Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun
Assalamualaikum
Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.
Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.
Maklumat seperti berikut:
1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.
Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.
Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?
Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.
InsyaAllah, man jadda wa jadda.
Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'
Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT
Alat penggera rumah Mecten V-01.
Tawaran diskaun hebat.
Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)
Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)
Ciri-ciri:
1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik
Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung
Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.
Zahir 0196558840

Thursday, 29 December 2011
Rumah burung Mectten Setingkat waktu malam.3gp
Assalamualaikum...
Saya pergi melawat rumah burung kami setingkat. Alhamdulillah dianggarkan jumlah burung melebihi 150 ekor dah. Umur rumah baru mencecah 1 tahun 4 bulan. Doakan...
Zahirudin Salehuddin
0196558840
Monday, 26 December 2011
Alangkah indahnya jika kita ada bank sendiri
Assalamualaikum.
Alangkah indahnya jika kita ada bank sendiri. Bank yang terus mengeluarkan duit tatkala kita sudah tidak lagi bekerja. Bank yang terus mengeluarkan duit tatkala kita hanya duduk diam-diam dan memantau bank sekali sekala setiap bulan. Bank yang boleh mengeluarkan pendapatan dari RM 20 ribu sebulan ke atas.
Bayangkan ketika ini kita bercita-cita untuk mencari wang pendapatan tambahan. Katalah pukul 8 pagi masuk kerja dan pukul 5 ptg habis bekerja. Pukul 8 malam buat part time tambah duit. Mungkin ada yang kerja di restoran, kerja di car wash atau apa sahaja. Balik rumah jam 12 malam. Esok jam 6 sudah bangun. Sembahyang subuh dan bersiap-siap ke tempat kerja. Duit kita yang dapat dari gaji bulanan dicampur dengan gaji part time. Adakah mencukupi? Apatah lagi jika sudah bekeluarga. Anak-anak semakin membesar. Pendapatan semakin meruncing. Buat kerja tambahan badan pulak semakin lemah. Akhirnya prestasi menurun dan berkemungkinan dibuang kerja.
Saya sendiri keluar membeli beg sekolah anak-anak saya. Kalau yang berjenama RM 89.90 satu. Jadi saya beli yang tak berjenama. Harganya 59.90 satu. Saya beli 3 jadi harganya lebih kurang RM 180 semua. Baru beg sekolah. Belum yang lain-lain lagi. Alhamdulillah saya terfikir sekarang saya sudah ada rumah burung sendiri. Paling tidak pun saya boleh petik sarang dan jual pada yang memerlukan sekeping antara RM 60 ke 120. Dapat 5 sarang sudah mencecah RM 500.
Waktu begini saya panjatkan kesyukuran tak terhingga kepada Allah swt. Kerana dengan izinNya saya mampu merubah nasib hidup saya. Saya ingat lagi sewaktu 5 tahun yang lalu saya selalu tiada wang. Saya beli telur dan beras RM 2.80 sekilo. Kadang-kadang beras habis selama 3 hari. Anak-anak dan isteri saya makan tepung goreng manakala saya mengikat perut. Akhirnya segala penderitaan saya dan keluarga saya terbalas. Allah menemukan saya dengan ilmu rumah burung. Akhirnya saya mengerti mengapa orang-orang cina pernah berkata kepada saya mempunyai rumah burung umpama anda mempunyai sebuah bank persendirian....Alhamdulillah
Zahirudin b Salehudiin

Friday, 23 December 2011
Benarkah burung Melaka sarangnya kurang kualiti?
Assalamualaikum
Dalam perjalanan pulang dari Perak minggu lalu seorang teman lama menelefon. Beliau merupakan seorang usahawan. Berniaga sejak dari zaman bujang hinggalah sekarang. Syabas saya ucapkan. Kebetulan telah lebih 10 tahun kami terputus hubungan selepas tamat pengajian. Dalam asyik bersembang dan bertanya khabar beliau terkejut setelah mendapati saya mempunyai bisnes rumah burung walit. Lalu beliau bertanya mengenai rumah burung. Katanya telah lama beliau dan rakan-rakan ingin menceburi bidang perniagaan ini namun mendapat tahu burung di Melaka sarangnya kurang kualitinya.
Saya katakan, sebenarnya sarang yang kecil dan kurang kualiti adalah kerana faktor umur yang muda. Biasanya burung yang muda atau kali pertama bersarang akan menyebabkan kualiti sarang yang terhasil agak kurang baik. Begitu juga jika rumah yang dibina terlalu panas mahupun sejuk. kedua-duanya akan menyebabkan sarang yang dihasilkan kurang berkualiti. Tidak timbul soal di mana burung itu menetap.
Selepas penerangan diberikan kepada beliau, beliau terus bersetuju untuk datang ke pejabat kami di Seri Putra bagi perbincangan selanjutnya. InsyaAllah, dapatkan maklumat yang tepat dan bukannya mendengar dari sumber yang kurang berpengalaman. Wallahualam

Thursday, 22 December 2011
Burung takde bulan 11 dan 12 sebab balik Indonesia?
Assalamualaikum
Seorang sahabat dari klate menelefon saya untuk bertanya. Benarkah bulan 11 dan 12 burung-burung walit takde kat Malaysia sebab balik ke Indonesia? Wah...termenung juga saya mendengar teori itu. Menurut beliau, teori itu diberikan oleh rakan-rakan cina.
Saya berikan jawapan kepadanya, itu adalah satu lagi teori yang mengarut. Sebab apa saya kata begitu, cuba lihat dalam rumah burung kita sebelah malam hari. Adakah burung-burungnya dah menghilang atau masih ada dalamnya? Kalau rumah burung saya, di Layang kanan saya lihat jumlah masih sama dan mungkin bertambah.
Burung walit tidak akan migrate lagi jika ditempat kita masih ada tempat untuknya berteduh. Kerana itu lah saya katakan rumah burung yang berdekatan dalam satu kawasan untuk jangka pendeknya kurang baik tetapi untuk jangka panjangnya sangat baik. Burung akan ada lebih pilihan untuk berteduh. Wallahualam
Zahirudin Salehudin

Monday, 19 December 2011
Ust Azhar Idrus - Penantian dan Penggantian
Assalamualaikum
Hampir 3 jam menunggu kedatangan ust Azhar Idrus ke Restoran Soodoo Cafe kami di Bandar Seri Putra malam Sabtu lalu. 2 hari sebelum itu saya sudah menyampaikan undangan agar ust Azhar Idrus dapat singgah selepas menagadakan ceramah di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi.
Namun kita merancang Allah jua merancang, dan perancangan Allah itu lebih baik. Pukul 10 malam saya mendapat tahu beliau pergi ke restoran lain. Mulanya kecewa juga. Ramai rakan-rakan disini tak sabar-sabar untuk bersua dengannya dan duduk semeja. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya katakan dalam hati, mungkin ada hikmahnya ust tak datang. Mungkin saya belum cukup baik untuk Allah temukan dengan seorang guru yang hebat. Mungkin saya perlu meningkatkan amalan, wallahualam.
Sampai sahaja di rumah, seorang partner saya menelefon, "Yob, customer kamu dari Rembau dah sampai". Saya terkejut sedikit. Saya memang menanti customer yang seorang ini. dah 3 minggu saya deal untuk buatkan rumah burung 3 tingkat. Tak sangka pula dia datang malam tu. Akhirnya saya bergegas ke restoran dan malam itu alhamdulillah akhirnya berjayalah saya dan partner saya membuat close deal yang baik.
Dalam perjalanan pulang saya beritahu isteri saya, begitulah kehendak Allah swt. Bila ada yang kita harapkan tidak menjadi, tetapi kita redha dan berserah dengan Allah maka Allah akan gantikan dengan yang lain pula. Subhanallah. Sifat redha itu sangatlah penting dan bukannya asyik merungut sentiasa. Ada orang merungut walaupun sudah ada kerja. Ada orang merungut bila tiada kerja. Ada orang redha dengan apa yang ada. Ada orang redha dengan apa yang ada tetapi terus berusaha menjadi muslimin/ muslimat yang lebih baik. Marilah sama-sama kita belajar untuk redha dalam kehidupan ini. Bukannya mudah tetapi tidak mustahil. InsyaAllah

Sunday, 18 December 2011
Saturday, 17 December 2011
Rumah burung di bawah paras harga sebenar - dimana rasionalnya?
Assalamualaikum
Saya ada bertemu seorang hamba Allah yang mengadu rumah burungnya tidak dimasuki burung walaupun sudah berusia dua tahun. Saya diminta melawat rumah burung beliau di sekitar Selangor. Beliau membelanjakan RM 160K untuk 2 tingkat. Sebelum ini beliau ada meminta sebut harga dari kami dan kami berikan harga RM 280 (harga pada waktu itu) dan dikatakan terlalu mahal, walaupun pada kami ianya harga yang agak baik.
Setelah 2 tahun beliau kembali menelefon saya dan bertanya kenapa rumah burungnya tak dimasuki burung. Setelah saya pergi ke sana dapatlah saya simpulkan kenapa rumah burung itu gagal 100%.
Pertama: Rumah tersebut menggunakan bahan binaan murah dengan menggunakan batu blok yang lopong. Hasilnya kepanasan dalaman terlalu tinggi, terasa duduk di dalam sauna.
Kedua: Pintu masuk ikut tepi yang memudahkan burung hantu dan kelawar boleh keluar masuk sesuka hati.
Ketiga: Tiada atap melindungi tingkat paling atas.
Keempat: Suara luar yang kurang menarik begitu juga suara dalaman.
Kelima: Twitter yang banyak telah terbakar di dalamnya.
Keenam: Tiada maintenance dijalankan walaupun sebulan sekali.
Dalam pada itu kelemahan struktur bangunan juga perlu diambil kira. Dengan tiang yang kecil (saiz hanya sesuai utk rumah setingkat), serta lantai slab dari papan plywood, menyebabkan rumah tersebut hanya boleh bertahan paling lama 10 tahun sahaja. Terdapat kayu-kayu yang sudah mula berkulat dan mereput. Kolam di tingkat atas tidak dibuat dengan betul dan menyebabkan air meresap ke tingkat bawah. Kayu meranti pula banyak yang menggunakan kayu recycle. Terdapat tanda-tanda nyata yang kayu tersebut bagaikan sudah berusia 5 ke 6 tahun.
Setelah saya terangkan harga baik pulih terkedu tuan rumah. Saya beritahunya, eloklah jangan saya yang baik pulih rumah tersebut sebab kosnya amatlah tinggi. Lagipun bahannya terlalu murah dan saya rasa tak sanggup untuk mengenakan caj yang tinggi untuk menggantikan bahan yang baik. Saya hanya mampu memberikan tip-tip agar beliau boleh memperbaiki setakat yang mampu.
Berhati-hati dengan harga yang murah. Biar harga rumah burung kita mahal sedikit asalkan berbaloi. Atau untuk selamat, dapatkan dari kontraktor dan konsultan yang benar-benar berpengalaman dan bukannya kontraktor tangkap muat. Dikhuatiri, janji manis mereka akan menyebabkan anda menderita selepas itu. Konon ada warantya, akhirnya ditinggal pergi. Akhirnya rumah burung anda bakal mencatatkan sejarah sebagai rumah burung yang gagal. Dan bila ini terjadi jangan salahkan industri ini, tetapi salahkan diri sendiri kerana terlalu mencari yang murah akhirnya mendapat hasil yang tidak berkualiti. Seorang Pakar Dari Indonesia pernah berkata, Jika anda inginkan sebuah rumah burung yang murah tetapi mahukan hasil yang lumayan maka anda tersilap besar.
Cubalah anda fikirkan sejenak, rumah burung adalah seperti sebuah bank persendirian. Membina sebuah bank bukanlah perkara mudah. Apatah lagi jika binaannya murah. Mudah untuk roboh dan diceroboh. InsyaAllah saya akan ceritakan lagi rumah burung yang lain yang juga gagal. Semoga anda semua membuat keputusan yang bijak...insyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mectten Birdnest Industry Sdn Bhd
019 6558840

Thursday, 15 December 2011
PERGINYA SATU PERMATA YANG TAK TERNILAI
Assalamualaikum. Pada hari rabu yang lalu selepas subuh, saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang tuan guru yang hebat Pak Imam Majid. Beliau pernah menjadi guru saya dan adik beradik yang lain. Melaluinya kami mengenali apakah itu Islam yang sebenarnya. Beliau datang mengajar setiap hari di rumah kami secara personally.
Kehebatan beliau ialah beliau merupakan pejuang kemerdekaan. Semua pimpinan mengenali beliau termasuklah tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan lain-lain. Mula berkecimpung dalam perjuangan dan menjadi orang kanan Dr Burhanuddin Helmi. Beliau juga antara yang pernah ditahan ISA oleh pemerintah dan pernah bertukar penjara 7 tempat. Keazaman beliau untuk menuntut Ilmu adalah sangat di puji. Beliau boleh berbahasa Arab (arab Al-Quran, arab Dusun), English, Bahasa Cina. Beliau mempelajari bahasa Inggeris sewaktu berada di dalam penjara bersama Pak Sako.
Pernah dipanggil oleh Lee Kwan Yew (Perdana Menteri Singapura) untuk menjadi salah seorang menteri kabinet di sana sewaktu pemisahan Malaysia dan Singapura. UKM juga pernah mengeluarkan sebuah buku Memoir Abdul Saleh Majid yang mengisahkan perjuangan beliau sewaktu hidupnya. Terdapat banyak buku-buku karangan beliau yang berkisar mengenai kemerdekaan dan politik.
Seorang guru Tasauf yang hebat. Hidupnya tidak memiliki sebarang harta seperti kereta, motosikal dan rumah disebabkan beliau lebih rela derita di dunia tetapi bahagia di akhirat. Pemikiran dan analisa yang cukup tajam menyebabkan jika sesiapa yang berbual dengannya tentu tidak percaya bagaimana seorang yang tua, berpakaian lusuh, dan berkopiah namun bijak dalam mengeluarkan hujah. Bagi saya beliau buat apa yang dikatakan. Beliau amat berpegang teguh dengan agama serta hukum. Antara pesanan beliau ialah belajarlah bersungguh-sungguh supaya kita tidak ditipu oleh orang lain.
Saya hampir menitiskan airmata apabila menyembahyangkan jenazahnya. Namun hati terubat apabila wajahnya tersenyum dan saya yakin ianya satu tanda beliau telahpun mendapat apa yang dihajati, insyaAllah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang bertakwa. InsyaAllah.

Sunday, 11 December 2011
Tawaran DECEMBER - RM 80 ribu saiz 15kaki x 45kaki
Assalamualaikum
December ini kami ingin menawarkan Rumah burung RM 80 ribu yang bersaiz 15 x 45. Bagi yang mempunyai modal yang kurang boleh mencuba saiz yang kami tawarkan. Berminat boleh hubungi kami secepat mungkin.
Zahirudin Salehuddin
0196558840
December ini kami ingin menawarkan Rumah burung RM 80 ribu yang bersaiz 15 x 45. Bagi yang mempunyai modal yang kurang boleh mencuba saiz yang kami tawarkan. Berminat boleh hubungi kami secepat mungkin.
Zahirudin Salehuddin
0196558840
Wednesday, 7 December 2011
Kakitangan Kerajaan Boleh Buat Pinjaman Untuk Buat Rumah
Assalamualaikum
Saya baru sahaja dikunjungi seorang sahabat lama dari Johor. Beliau amat berminat untuk membina rumah burung secara persendirian. Isterinya seorang guru.
Saya mencadangkan kepada beliau, jika tiada modal, kakitangan kerajaan boleh memohon pinjaman secara individu kepada Bank Agro. Hanya perlu menunjukkan pay slip gaji sahaja sudah boleh membuat pinjaman sehingga RM 250k.
Rumah setingkat kami hanya RM 160k. Pulangan boleh mencecah sehingga RM 40k sebulan selepas tahun ke 4 atau ke 5. Mendengar penerangan saya tadi, beliau begitu tertarik dan berhasrat untuk membuat pinjaman tidak lama lagi.
Saya katakan ada 3 golongan yang buat wang sendiri. Iaitu:
1) Kerja Sendiri (Berniaga kecil-kecilan)
2) Berniaga (Skala sederhana dan besar)
3) Pelabur
Menurut kajian, hanya 2 golongan sahaja dari atas ini yang boleh menjadi kaya iaitu Golongan Berniaga dan juga Golongan Pelabur.
Jadi saya katakan kepadanya jika tidak mampu berniaga maka jadilah Pelabur. Melaburlah dalam rumah burung secara persendirian. InsyaAllah hasil dari langit amatlah lumayan jika kena caranya.

Monday, 5 December 2011
PROJEK JV JERTEH ADALAH YANG TERAKHIR.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah kami berbincang maka projek JV JERTEH adalah projek JV terakhir. Kami tidak akan lagi membuka projek JV yang baru selepas ini. Memandangkan Projek JV 8 dan 9 sedang dibina, maka kami merasakan cukuplah projek JV yang ada.
Kami akan memberi tumpuan kepada projek individu yang ingin membina rumah secara persendirian. Sebarang soalan boleh hubungi saya di talian di bawah. Terima kasih semua.
Zahirudin b Salehuddin

Thursday, 1 December 2011
Walit mengejar hujan?
Assalamualaikum
Adakah anda perasan bahawa setiap binatang yang terbang bila waktu hujan samada lebat atau rintik akan mencari tempat berteduh? Paling tidak mereka akan berehat di atas wayar talian elektrik untuk berehat sementara menunggu hujan berhenti. Ini adalah disebabkan kepak mereka akan basah dan pasti menyukarkan mereka untuk terbang.
Berbeza dengan burung walit. Mereka akan mengejar hujan. Mereka akan terus bermain-main di dalam hujan samada lebat atau tidak. Itu adalah kelebihan burung walit ciptaan Allah swt. Mereka boleh terbang tanpa henti.
Anda sendiri boleh cuba lihat dengan mata anda sendiri perkara ini. Luangkan sedikit masa untuk melihat kebesaran Allah. Mungkin kerana itulah agaknya sarangnya sangat berkualiti dari segi khasiatnya.

Monday, 28 November 2011
Buatlah rumah burung persendirian
Assalamualaikum
Bisnes Rumah burung merupakan satu perniagaan yang sangat berbaloi bagi kita semua. Perniagaan yang sudah 3 generasi di Malaysia ini, masih lagi memerlukan bekalan sarang burung yang banyak di seluruh dunia.
Kebanyakan pemilik rumah burung di Malaysia berpendapatan RM 40 ribu ke atas sebulan bagi yang bersaiz 20 kaki x 80 kaki atau lebih. Dalam masa 5 tahun sahaja, sebuah rumah burung mampu mengembalikan RM 1 juta ke atas secara keseluruhan.
Buatlah rumah burung secara persendirian. Anda boleh berkongsi dengan adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan dan binalah di atas tanah yang anda pilih secara bersama. Bila sudah ada hasil nanti dan anda mampu untuk membinanya sendiri maka binalah sendiri rumah burung tersebut.
Jangan ditunggu lama-lama. Semakin lama, semakin kita akan ketinggalan. Pilihlah lagi 5 tahun anda menjadi jutawan ataupun lagi 5 tahun anda masih di tempat yang sama.

Bagaimana Menangani Rumah Burung Agar Tidak Gagal?
Assalamualaikum
Bagaimana anda ingin menangani rumah burung supaya tidak gagal? Sebenarnya sangat mudah untuk kita mengenali rumah burung yang dibina gagal atau tidak. Sebagai pemilik rumah burung kita perlu memantau rumah burung dalam tempoh 6 bulan pertama. Jika sepanjang tempoh tersebut tiada tanda-tanda burung tidur di dalamnya maka anda perlu mengambil inisiatif yang cepat dan pantas. Rumah burung yang tidak kelihatan sebarang tompokan najis walit menandakan rumah tersebut tidak didiami burung tersebut.
Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil? Cuba lihat tip-tip di bawah:
1) Pastikan suara luar ditukar kepada yang lain.
2) Suara dalam juga perlu ditukar kepada yang lain.
3) Cuba lihat pintu masuk adakah sesuai atau tidak. Seeloknya gunakan lorong masuk dari atas.
4) Jika anda tidak menggunakan monkey house, maka gunakan bilik-bilik VIP di dalamnya.
5) Perhatikan suhu dalaman (puncak panas dan puncak sejuk)
6) Letakkan aroma dinding dan aroma papan.
7) Pastikan tiada pemangsa yang menganggu di dalamnya.
Ambil dahulu langkah-langkah di atas. Jika tetap tidak berkesan maka sudah tiba masanya bagi pakar untuk melawat rumah anda.

Wednesday, 23 November 2011
RAMAI YANG SUSAH TAPI TAK RAMAI YANG MEMBANTU
Assalamualaikum
Alhamdulillah masih lagi saya dapat menulis di ruangan yang terhad ini. Saya ada menerima pelbagai sms memohon bantuan dari banyak pihak. Alhamdulillah Mectten sememangnya menyediakan tabungan untuk membantu kehidupan saudara seagama kita. Namun kami tidaklah dapat memberikan bantuan yang sama setiap bulan bagi orang yang sama. Kami memiliki begitu banyak senarai nama-nama sahabat-sahabat kita yang memerlukan bantuan. Buat masa ini kami juga telah mengambil keluarga miskin untuk dijadikan keluarga angkat syarikat ini.
Bila saya lihat ramai orang-orang Islam yang hidup susah saya merasa terpanggil untuk menyeru semua agar kita dapat bersatu dalam berniaga. Kalau kita lihat orang-orang kita begitu sedikit yang berniaga. Yang dah kaya tak teringat nak membantu yang susah. Ada pula yang baru berjaya sedikit sudah pula melupakan apa yang Allah tuntut dalam membela nasib saudara se Islam.
Ada pula orang miskin yang dihina dan disindir pula bila mereka ini meminta bantuan. Ingatlah bagi yang kaya bahawa Allah swt telah memilih anda menjadi orang berharta dengan harta yang Allah pinjamkan. Bersedekahlah selain berzakat yang menjadi kewajipan kita. Kita harus memberi dorongan kepada semua saudara-saudara kita untuk terus bangun berjuang menentang kefakiran dan kemiskinan. Bagi yang tidak juga mahu membantu walaupun berupaya, ingatlah akan pertanyaan Allah swt di akhirat kelak jika masih ada saudara-saudara kita yang masih kelaparan di malam hari.
Bagi yang sedang berusaha mengubah nasib maka teruskan dengan cara yang betul. Cubalah berniaga apa sahaja yang halal. Jangan gentar dengan kegagalan. Jangan takut dengan dugaan. Semua orang yang berjaya di dunia ini pernah gagal. Bangkit dan terus berusaha lagi. Buat perniagaan secara kecil-kecilan. Perlu mencari ilmu dahulu. Saya sendiri sudah melihat ramai orang yang hidupnya susah tetapi kini Allah swt telah mengubah nasib mereka. Jika ada yang menyindir kalian pekakkan telinga dan fokus untuk berjaya. Panjatkan doa siang dan malam ke hadrat Allah swt. Siapa tahu, esok lusa nasib kalian akan berubah. Jika Allah berkehendakkan "Jadilah" maka pasti ia akan "JADILAH".
Zahirudn Salehuddin
0196558840
Perhatian: Bagi yang ingin mengikuti seminar percuma usahawan sarang burung walit sila lihat iklan seminar di atas. Terima kasih

Wednesday, 16 November 2011
Rumah persendirian Ust Harullah di Tanjong Karang
Alhamdulillah, rumah persendirian Ust Harullah di Tanjong Karang sudahpun beroperasi berikutan kemasukan meter elektrik dari TNB semalam.
Sebagaimana yang dapat dilihat, di situ jumlah burung adalah ribuan ekor. Marilah kita semua mendoakan kejayaan rumah burung tersebut. InsyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
0196558840
Sebagaimana yang dapat dilihat, di situ jumlah burung adalah ribuan ekor. Marilah kita semua mendoakan kejayaan rumah burung tersebut. InsyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
0196558840
Thursday, 10 November 2011
Rumah burung Banglow di Klang
Alhamdulillah...
itulah yang dapat saya ucapkan apabila melihat 4 ekor burung walit sudah pun balik tidur di rumah banglow klang. Rumah yang sudahpun beroperasi dalam sebulan yang lalu sudah pun menjadi rumah baru bagi burung-burung tersebut. Rumah tersebut mampu menghasilkan antara 15kg ke 20kg sarang melalui jangkaan saya.
Di sana, burung-burungnya agak besar menandakan mereka semua sudah agak berumur. Kebanyakannya sudah berpasangan. Sebenarnya memang sukar untuk memujuk burung-burung besar untuk berpindah rumah melainkan kita membuat rumah yang lebih istimewa dari rumah asalnya. Saya telah memasang suara garau bagi memanggil burung-burung besar ini. Mereka hanya akan tertarik dengan suara burung besar dan bunyi anak-anak dibelakangnya. Suara dalam pula saya masukkan suara ibu bertelur beserta anak-anak. Suara-suara ini mampu memikat burung-burung walit yang berpengalaman untuk menetap di situ.
Kini giliran rumah papan di Kg Gajah pula untuk saya ubahsuaikan. Di situ lebih mencabar kerana rumah tersebut dari papan yang mana suhu dalaman perlu dijaga antara 30 darjah celcius ke bawah. Di Kg Gajah Perak ini burung-burung walit begitu banyak namun rumah burung belum ada lagi dikawasan tersebut (melalui pemerhatian saya). InsyaAllah berkat kita berusaha dan berdoa, tiada yang mustahil.
Sempat saya bersembang dengan owner rumah burung di Klang semalam. Katanya dia baru bertemu dengan seorang owner rumah burung lain di Klang. Beliau mempunyai kedai hardware. Yang menariknya, rumah tersebut tidak dimasuki burung walaupun pembinaannya sudah setahun. Saya hanya tersenyum dan mengatakan inilah rezeki Allah swt. Apa yang penting teruskan mencuba yang terbaik, berdoa dan bertawakkal. Jangan lupa bersedekah selalu. InsyaAllah akan berjaya. Janji Allah itu sentiasa benar.
Zahirudin b. Salehuddin

Sunday, 6 November 2011
Peringatan bagi kita...urusan dunia hanyalah untuk ke dunia akhirat yang kekal.
Zaid bin Thabit melaporkan,
“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”
Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi

Saturday, 5 November 2011
Stok sarang burung tak cukup
Assalamualaikum
Bulan lepas saya dapat call dari beberapa buyer yang mencari sarang burung. Ada yang minta sampai 30 kilo. Saya kata, sarang yang keluar dari rumahburung kami, kami beli semula. Kami sendiri memerlukan sarang burung yang banyak setiap bulan. Restoran kami yang akan dibuka bulan 12 ini akan menghidangkan menu sup sarang burung asli.
Jadi amat susahlah untuk sesiapa yang ingin membeli sarang burung kami. Malam tadi ada seorang hamba Allah dari Kedah menelefon mencari sarang burung juga. Katanya beliau membuat ubat dengan sarang burung tersebut. Beliau ada 2 buah rumah burung namun beliau katakan ianya masih belum cukup untuk produknya.
Kami sendiri ada mengeluarkan air sarang burung asli dengan doa syifa' bagi permintaan khas dan istimewa bagi yang berminat. Alhamdulillah terdapat feedback dari pelanggan yang meminumnya mengatakan terdapat perubahan yang mendadak hasil meminum air tersebut. Namun semua ini adalah kehendak Allah jua. InsyaAllah, semakin lama nampaknya sarang burung semakin mendapat perhatian yang cukup memberangsangkan. Kalau dahulu semua sibuk hendak eksport ke negara luar, tetapi sekarang, sarang yang ada di Malaysia sudah pun menjadi rebutan orang-orang tempatan. Perancangan kami, insyaAllah jika ada keizinan Allah swt, kami ingin mempelbagaikan produk yang ada termasuklah produk kosmetik. Bagi yang pernah mengamalkan sarang burung, hasilnya begitu menakjubkan dari segi kecantikan kulit dan kesihatan dalaman badan. Antara sakit yang dikatakan mampu diubati ialah sakit lelah, penyakit batuk kering, sakit paru-paru, sakit saraf, melambatkan penuaan, masalah kulit, strok, dan lain-lain. Namun semua ini hanyalah usaha sedangkan yang menyembuhkan itu tetap dari Allah swt jua..InsyaAllah...

Tuesday, 11 October 2011
Kemanakah arah remaja dan orang muda kita?
Tajuk di atas agak lama bermain-main dalam fikiran saya. Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Maka tidak terkecuali dengan pekerjaan yang begitu banyak. Mengapa di Malaysia kita perlu mengambil orang-orang warga asing untuk bekerja di pelbagai bidang?
Semuanya terfikir di kepala ini apabila setiap kali saya ingin membina rumah burung saya terpaksa memanggil warga asing untuk menjadi tenaga buruhnya. Mereka ini membuat wang yang banyak setiap hari bekerja. Waktu itu saya terasa betapa ruginya warga muda melepaskan peluang untuk menjadi tenaga mahir dalam bidang pembinaan. Wang negara banyak keluar ke negara asing menyebabkan pertukaran wang asing yang menguntungkan negara yang mana wangnya dihantar.
Memang inilah masalah yang sering dihadapi kita. Alangkah eloknya jika kita dapat mendidik remaja agar menjadi tenaga mahir dalam pembinaan. Mungkin juga kita sebagai ibu bapa moden terlalu memanjakan anak-anak? Kata peribahasa Inggeris "You spare the rod you spoil the child". Mungkin kita perlu membuka minda anak-anak muda agar mereka rajin bekerja dan berfikiran jauh.
Semoga masa hadapan kita akan dapat melihat mereka ini maju dan mahir dalam bidang masing-masing kerana inilah acuan bagaimana negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan lain-lain maju dalam pelbagai bidang di dunia ini.

Monday, 10 October 2011
Perjalanan ke Kelantan
Assalamualaikum
Saya bertolak dari Bangi lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di Jertih jam 8 malam. Ikut jalan dalam, banyak sungguh lori balak. Hujan pun turun dengan lebat sepanjang perjalanan. Sampai di Krai Kelantan melalui Gua Musang, saya teruja melihat rumah burung yang begitu banyak di Krai. Saya anggarkan lebih dari 100 buah rumah burung yang ada (maaf jika tersilap). Rumah-rumah kedai telah ditukar menjadi rumah burung.
Alhamdulillah, semoga semuanya itu majoritinya milik orang-orang Islam. Saya akan berada disini sehingga esok insyaAllah. Hari ni ke Pasir Putih. Ada testing tanah, insyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
Friday, 7 October 2011
Rumah burung yang murah atau yang mahal jadi pilihan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rumah burung yang bagaimana akan jadi pilihan anda? Yang murah atau yang mahal? Jika yang mahal pula bagaimana harganya? Adakah rumah setingkat RM 160 ribu dikatakan mahal? Atau adakah rumah setingkat RM 40 ribu dikatakan murah?
Rumah yang murah sudah tentu banyak kekurangannya. Spesifikasi bangunan sudah tentu tahapnya lebih rendah. Jika kita ingin memiliki rumah burung biarlah ketahanannya sehingga puluhan tahun ataupun mungkin ratusan tahun. Ini kerana rumah burung yang hanya tahun 10 ke 20 tahun adalah sangat merugikan memandangkan selepas tahun ke 5 rumah burung bakal mencapai tahap maksimum pengeluaran sarangnya setiap bulan.
Rumah yang murah umpama dari papan, tidak akan tahan lama. Dari segi kecurian, pecah masuk juga amatlah tinggi risikonya. Melainkan kawalan keselamatan dipertingkatkan. Rumah yang mahal sangat juga tidak saya galakkan pembinaannya. Sebagai contoh, harga rumah burung 3 tingkat yang ditawarkan MECTTEN ialah RM 450 ribu, namun ada kontraktor di Kuala Selangor meletakkan harga RM 700 ribu.
Bagi rumah yang terlalu murah juga dikhuatiri kontraktor yang membuatnya akan mengurangkan pelbagai kualiti seperti bancuhan simen, pasir dan besi di dalam rumah berkenaan. Ada juga yang menggunakan lantai bagi tingkat 2 menggunakan papan sahaja. Akibatnya papan tersebut mulai reput bila masuk tahun ke 2. Ada juga yang buat secara kecil-kecilan. Ianya bagus untuk percubaan tetapi bagi jangka panjang, ianya tidak menghasilkan pulangan yang lumayan.
Jika anda mahukan yang terbaik maka pilihlah kontraktor yang berwibawa. Kontraktor yang berwibawa juga tidak akan meletakkan harga yang dibawah harga pasaran demi hanya untuk mendapatkan job. Pastikan duit yang anda keluarkan adalah setimpal dengan pulangan yang dijangkakan. Tetapi yang paling penting bagi saya, pastikan kontraktor yang anda lantik adalah benar-benar pakar dalam industri ini kerana ketika ini kontraktor rumah burung sudah tumbuh bagai cendawan namun sebenarnya mereka hanyalah "marketeer" yang tugasnya mencari pelanggan dan akhirnya memberikan kepada kontraktor lain. Sudah ramai yang menjadi mangsa. Mintalah perlindungan dari Allah, semoga kita semua terselamat dari penipuan. Wallahualam

Tuesday, 27 September 2011
Melawat rumah burung 100 sarang dalam setahun
Lawatan saya ke rumah burung 100 sarang dalam setahun di Perak. Alhamdulillah..rezeki tuan rumah..
Sila layari LINK INI: http://youtu.be/4ioQ2rnDAdA

Tuesday, 13 September 2011
99 peratus rakyat Malaysia tidak tahu mengenai rumah burung..
Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi yang bukan Islam. Memandangkan tulisan saya ini menarik perhatian kaum lain yang bukan beragama Islam maka saya berikan salam sejahtera. Alhamdulillah ramai yang menelefon saya untuk menyatakan minat mereka untuk menggunakan khidmat MECTTEN. Malahan ada juga tuan rumah berbangsa cina yang menelefon dan berjumpa bagi bertukar-tukar fikiran dan meminta khidmat nasihat. Ramai juga yang mengeluh rumah dibina 3 tingkat, 4 tingkat belum dimasuki burung walaupun sudah berusia 3 tahun. Kalau mengikut agama Islam, ianya adalah rezeki dari Allah swt. Walaubagaimana kita buatpun kalau tak diizinkan oleh Allah maka tetap burung takkan masuk.
Kerana itulah selain dari teknik yang betul, kita mestilah berdoa selalu dan kalau boleh tuan punya rumah burung tersebut buatlah sedikit kenduri doa selamat dan perbanyakkan sedeqah. Sedeqah ini sangatlah baik kerana Allah telah menjanjikan hambanya yang rajin bersedeqah dengan balasan berlipat kali ganda.
Apapun isu yang ingin saya ketengahkan disini ialah peratusan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai kewujudan perniagaan yang hebat ini adalah dianggarkan sebanyak 99%. Itu maklumat yang saya dapati. Tetapi kemungkinan paras peratusan tersebut sudahpun menurun memandangkan setiap hari kita lihat maklumat melalui televisyen, radio malahan suratkhabar begitu banyak memberikan maklumat mengenai bisnes ini.
Persoalannya, jika peratusan yang tidak tahu mengenai bisnes ini begitu tinggi, agak-agaknya berapakah peratusan yang belum lagi masuk ke dalam rumah burung walit? Sudah tentulah ianya lebih tinggi dari peratusan yang tidak tahu mengenai bisnes walit ini..
Ini bermakna jika kita lihat ramai orang yang suka bercerita tentang bisnes walit ketika ini. Mungkin mereka ada mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Itu adalah satu langkah yang baik. Namun kita juga harus berhati-hati dalam setiap maklumat yang diterima. Contohnya, apa yang kita perolehi dalam setiap kursus tersebut belum tentu menjamin setiap rahsia rumah burung ini dapat dibongkar. Saya ada bertemu seorang hamba Allah yang sedang asyik menceritakan mengenai bisnes ini. Beliau tidak menyedari saya merupakan kontraktor dan konsultan rumah burung walit. Pada mulanya saya teringin untuk mendengar bagi menambah ilmu. Namun setelah beberapa minit, berbagai perkara yang saya fikir mengarut mula terkeluar. Hamba Allah tersebut terus-terusan bercerita akan kehebatan ilmu yang beliau miliki mengenai rumah burung ini. Saya hanya terus berdiam..mengangguk tidak..mengeleng pun tidak. Saya perhatikan begitu ramai yang agak tercengang dengan maklumat-maklumat yang diberikan.
Kemudian seorang dari sahabatnya yang mendengar ceramahnya yang panjang lebar mula memberikan pembayang dengan mengatakan disini ada seorang sifu yang berjaya. Dengan lantangnya beliau mengatakan "Siapa orang itu"... " Pakai Kereta Apa" ..."kalau setakat kereta kecil dan bukan Mers atau BMW orang itu bukannya sifu"... Saya hanya mendiamkan diri kerana saya sendiri tak tahu siapa sifu tersebut. Selepas saya dengar perkara yang diterangkan semakin mengarut, saya bertanya kepadanya, adakah dia pernah memasuki rumah burung. Dia jawab "Ada". Dia kata dia ada sebuah rumah burung bersaiz 10kaki x 30kaki. Baru sebulan dibina. Dan yang menariknya itulah rumahnya yang pertama dan belum ada seekor burung walit yang menetap mahupun singgah di dalamnya....
Terkedu sekejap memikirkan sikap hamba Allah ini. MasyaAllah..itulah ujian Allah swt terhadap kita. Baru diberi tongkat untuk berdiri kita sudah berbicara tentang berlari. Bukanlah tujuan saya bercerita ini untuk memburuk-buruk orang lain, tetapi bayangkan berapa ramai orang yang akan menerima maklumat yang salah di atas kesilapan kita. Biarlah kita berbicara perkara yang benar dan pasti. Jangan kita masih lagi tercari-cari jawapan kita sudah pun membuat kesimpulan. Seperkara lagi, berapa ramai tuan punya rumah burung terutama berbangsa cina saya jumpa, mereka semuanya low profile. Ada yang naik kereta buruk tetapi poketnya ada RM 40 ribu sebulan bagi sebuah rumah setingkat. Ada juga yang mempunyai 31 buah rumah burung 4 tingkat seluruh Malaysia, tetapi masih lagi merendah diri. MECTTEN sendiri sudah ada 10 rumah burung tetapi kami masih lagi merasakan masih ada ruang untuk diperbaiki. Wallahualam

Sunday, 11 September 2011
Rumah Burung 3 Tingkat di Tanjung Karang RM 700 ribu..FUHHH
Assalamualaikum.
Rumah di Tanjung Karang Selangor, 3 tingkat RM 700,000.00. Fuh, Mahal nya! Keluh hati kecil saya. Apa agaknya teknologi yang dipasang sehingga mahal sebegitu.
Itulah maklumat yang saya terima dari seorang tauke hardware yang datang untuk menghantar barang ke site kami di Tanjung Karang. Site setingkat yang kami bina untuk Ustaz Harullah. Sampai di situ, taukeh tersebut terus bertanya, berapakah harga rumah burung yang kami bina untuk ust Harullah. Kami beritahu harganya RM 140k termasuk jaminan sehingga burung bersarang. Terkejut taukeh berbangsa Cina tersebut. Dia kata kenapa murah sangat. Dia sendiri fikir harga rumah tersebut pada mulanya RM 350K.
Takpelah...yang penting kita perlu jujur dan untung tak melampau. Asalkan masing-masing redha dan puas hati serta ada perjanjian dan akad. Bagi kami harga yang ada sudah cukup buat masa ini. Cuma saya sentiasa berdoa agar harga barang tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga. Kalau dulu bata merah saya boleh dapat seketul RM 0.35sen. Itu beberapa bulan yang lalu. Sekarang seketul bata sudah pun mencecah RM0.50 sen. Naik berganda-ganda. Belum lagi bab kenaikan besi.
InsyaAllah kami akan terus bertahan dengan harga yang ada. Semoga keberkatan akan datang dengan adanya kejujuran dari pihak kami dan pihak tuan semua. Wallahualam
Zahir

Ular dan Tikus dalam rumah burung
Assalamualaikum
Sewaktu operasi penyelenggaraan dijalankan semalam, kami berjaya membunuh 2 ekor pemangsa yang cukup licik dan membahayakan. Seekor anak ular tedung manakala seekor lagi tikus. Lokasi ialah di Teluk Intan, Tanjong Sari. Penyelenggaraan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Tikus dan ular merupakan haiwan pemangsa yang akan memakan telur burung walit ini. Mereka juga mampu memakan anak burung walit yang masih kecil lagi.
Terima kasih

Labels:
Bisnes,
Jutawan,
sarang burung walit,
tikus,
ular
Wednesday, 7 September 2011
Sampai bila kita harus miskin dan susah?
Assalamualaikum.
Nampaknya bahang hariraya masih lagi kuat dan berterusan. Open House tahun ni agak berkurang di tempat saya. Mungkin belum lagi agaknya. Di Bandar Baru Bangi restoran semua penuh sebelah malam. Mungkin ramai antara kita hendak mengubah selera. Dah jemu makan ketupat, rendang dan lemang agaknya. Tambahan pula biskut raya pun banyak yang dihidangkan di setiap rumah. Apapun bersyukurlah kerana kita masih lagi berupaya menikmati makanan yang baik dan halal.
Dalam pada kita bergembira, masih ada ramai lagi insan yang berduka. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Di Bandar Bukit Mahkota Bangi, terdapat flat di situ. Sahabat saya yang juga penggerak komuniti remaja di situ telah melakukan survey yang mana menunjukkan betapa ramai golongan miskin yang berpendapatan rendah. Ada juga ibu tunggal yang harus membesarkan anak-anak mereka dengan penuh jerih perit. Ada juga "ibu tinggal" yang tiada pembelaan. Ada juga keluarga yang mempunyai anak sehingga 11 orang. MasyaAllah...
Pernahkah anda mengalami tekanan dalam kewangan, hidup yang menekan, susah untuk melelapkan mata, hutang yang semakin hari semakin menimbun, kehilangan pekerjaan, hilang keyakinan diri dan sebagainya? Di dalam hidup ini, wang bukan segala-galanya tetapi wang boleh menyelesaikan banyak perkara. Kerana itu didalam Islam kita digalakkan berniaga kerana 9/10 rezeki itu dari berniaga. Katalah rezeki di Malaysia bagi setiap rakyat dikumpulkan ialah sebanyak RM 10 billion (contoh sahaja), 9/10 darinya iaitu RM 9 billion itu adalah dari perniagaan. Bukankah sudah jelas dan cantik agama kita menunjukkan apa guna berniaga itu?
Untuk keluar dari masalah kemiskinan dan kesusahan, perkara pertama yang perlu ada ialah keinginan untuk berubah. Fikirkan sejenak, anda ingin berubah terus atau sekadar ingin berubah sekejap sahaja. Jika anda ingin mengubah nasib hidup anda terus menerus maka pilihlah untuk berniaga, namun jika anda ingin berubah hanya untuk mengatasi masalah bagi tempoh sementara maka bolehlah buat kerja "part time". Nasihat saya, mulalah untuk berfikir bagaimana untuk berniaga. Tak perlu cari perniagaan yang memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, katalah anda kekurangan modal atau modal "tak berapa nak ada" mungkin agak payah untuk memulakan perniagaan. Namun jika anda boleh mencari satu produk atau bisnes orang lain yang boleh anda promosikan dan anda akan dibayar komisyen, maka lakukannya. Berapa ramai jutawan di Malaysia ini memulakan karier perniagaan mereka hanya melalui komisyen. Anda boleh menjadi Pemasar Bebas (Freelance Marketeer). Modal sangat minima. Tak perlu ada pejabat. Tak perlu ada pekerja. Tak berhenti kerja yang ada. Yang perlu ada ialah kebijaksanaan untuk anda mencari produk yang sesuai untuk anda promosikan.
Sebagai contoh mudah, syarikat A ada menjual alat penggera rumah. Anda tahu syarikat itu ada bisnes yang baik. Anda boleh pergi ke syarikat tersebut dan minta untuk menjadi freelance marketeer. Anda mula promosikan di kawasan perumahan anda atau yang berdekatan dahulu. InsyaAllah jika berusaha pasti akan ada balasan dari Allah swt. Atau apa sahaja produk yang bagus yang berkualiti. Jangan promosikan produk atau servis yang tidak jelas dan mempunyai unsur penipuan. Akibatnya apabila syarikat yang anda bantu promosikan produk atau servisnya gagal atau tutup, maka anda pula yang disalahkan. Namun untuk menjadi usahawan yang hebat, jika anda terkena seperti itupun, yakinlah anda di pihak yang benar. Anda tidak pernah berniat menipu orang. Allah swt Maha Mengetahui. Gagal sekali bukannya gagal selamanya.
Cubalah bangkit dari kelemahan diri kita ini. Saya tahu, bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru. Tetapi bagi saya jika kita tidak memulakan hari ini, sampai bila lagi kita boleh bertahan dengan kesusahan. Jika kita tidak mencuba hari ini, bagaimana kita tahu apakah akan terjadi pada masa hadapan. Mahukah kita terus-terusan dianggap orang yang susah dan gagal? Jangan pedulikan kata-kata orang-orang yang sering menghina kita, sebaliknya pekakkan telinga dan lakukan demi mengubah nasib hidup dan keluarga. Setiap dari kita harus bangun dalam kehidupan. Kita perlu berhijrah. Kuatkan semangat dan roh kita.
Saya doakan semua yang ingin berubah akan berjaya. Dibawah ini adalah antara amalan saya yang sering saya buat ketika zaman saya susah dahulu sehingga sekarang. Cubalah amalkan moga-moga ada kebaikannya, insyaAllah:
1) Sembahyang 5 waktu
2) Berbuat baik kepada kedua orang tua
3) Bersedeqah walau 10 sen
4) Membaca surah Kursi 7 kali sehari
5) Sembahyang sunat taubat dan disusuli sunat hajat serta sunat isytikharah
6) Menjaga persahabatan dan silaturrahim
7) Tidak mengadu domba
8) Berdoa selalu walaupun di dalam hati
9) Berbuat baik dengan makhluk Allah yang lain
10) Seringlah berselawat
Bukanlah saya ingin mengatakan saya ini baik, namun ini adalah antara amalan yang saya lakukan. Moga-moga jika anda semua lakukan mungkin ada bantuan yang datang dari Allah swt untuk anda. Apapun saya ucapkan semoga berjaya dalam membentuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. InsyaAllah.
Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN GROUP

Wednesday, 31 August 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum.
Alhamdulillah selesailah sudah kita mengharungi bulan puasa Ramadhan al-mubarak kini tibalah kita menyambut hari raya Aidilfitri. Moga-moga segala amalan baik kita di bulan Ramadhan akan diterima Allah swt hendaknya. Sepanjang bulan yang mulia itu, kita telah melakukan pelbagai amalan seperti sunat mahupun wajib. Alhamdulillah bagi yang telah berjaya dan bagi yang belum, berdoalah agar kita dapat berjumpa lagi di Ramadhan yang akan datang.
Secara peribadi, saya sendiri merasakan tidak puas dalam melakukan ibadah puasa. Namun kita masih ada puasa 6 yang boleh kita lakukan. InsyaAllah, semoga segala amalan yg baik di bulan Ramadhan akan dapat kita teruskan di bulan-bulan seterusnya.
Sempena hari raya ini saya selaku Pengarah Urusan Mectten saya mewakili Lembaga Pengarah serta rakan-rakan dan keluarga Mectten mengucapkan jutaan kemaafan kepada semua dan semoga kita semua beroleh kejayaan demi kejayaan dalam meningkatkan amalan dan ekonomi Islam, InsyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN

Monday, 22 August 2011
Alhamdulillah, rumah persendirian di Perak sudahpun bersarang.
Alhamdulillah. Saya mengucapkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah swt kerana rumah-rumah pelanggan secara persendirian sudahpun mengeluarkan sarang. Di Sg Manik, sudah ada sarang yang keluar. Begitu juga di Manong Kuala Kangsar dan Lekir Setiawan.
Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah sudi menggunakan khidmat kami. InsyaAllah kita semua akan menerima segala imbuhan hasil di dunia dan akhirat.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD

Monday, 15 August 2011
Air Sarang Burung Walit, boleh jadi Ubat yang baik.
Sarang Burung Yang sudah dibersihkan.
Assalamualaikum.
Pada saya, sarang burung walit begitu baik khasiatnya. Setelah mendengar dari rakan-rakan cina akan khasiatnya, saya sendiri merasai pengalaman dalam mengubati ayah saya. Ayah saya berumur 70 tahun dan menghadapi sakit saraf. Dia telah dibedah di hospital besar Ipoh bulan lalu. Menurut doktor yang merawatnya, penyakit ayat saya akan sembuh dalam tempoh enam bulan dari tarikh dia dibedah. Ayah saya lumpuh separuh badan. Saya telah mengambil sekeping sarang burung dan mula membersihkannya. Kemudian saya bacakan surah yasin dan doa syifa'. Saya berikan kepada ayah saya sebelum pembedahan dan selepas pembedahan.
Alhamdulillah selepas 3 hari pembedahan doktor merasakan suatu keajaiban telah berlaku. Ayah saya sudah boleh menggerakkan kakinya dan proses pemulihan berlangsung agak cepat. Semuanya dengan Izin Allah jua.
Kemudian dalam kes lain, datang pula seorang Doktor dari puchong yang ingin membeli sarang burung bagi diberikan kepada isterinya yang mengalami stroke. Alhamdulillah, setelah diberikan air sarang burung yang asli, isterinya sudah beransur sembuh dan sudah boleh tidur malam. Subhanallah. Ramai yang datang nak beli sarang burung tetapi masalahnya sarang kami sudah semakin sedikit.
Bagi yang inginkan air sarang burung yang asli dan syifa', saya akan buatkan untuk anda secara peribadi. Harga sebotol 1.5 liter saya jual RM 1000. InsyaAllah kita hanya mencuba, Allah yang menentukan. Kalau tak dicuba, kita takkan tahu. Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
0196558840
Tuesday, 9 August 2011
Monday, 8 August 2011
Bagaimana ingin membina rumah burung bersaiz 15 kaki x 40 kaki
Assalamualaikum.
Alhamdulillah sempat lagi saya mencoretkan pengetahuan dan pengalaman saya pada saat ini. Tajuk yang saya fikir ramai yang sedang mencari-cari jawapannya.
Untuk membina rumah burung walit, bagi saya saiz paling minima dan paling baik ialah masih lagi 20 kaki x 60 kaki x setingkat. Namun ada juga yang mengatakan kita masih boleh bina saiz yang lebih kecil. Perlu diingatkan peratusan kegagalan rumah burung di Malaysia ialah pada tahap 70%. Kebanyakannya ialah kerana mereka ingin membina sendiri setelah melihat rumah burung orang lain. Itupun hanya dari luar.
Namun jika anda ingin membina saiz yang lebih kecil seperti 15 kaki x 40 kaki x setingkat anda perlulah melakukan pelbagai perubahan design dalamannya. Jika rumah burung yang besar, kita mempunyai monkey house bagi menarik burung masuk dan bagi tujuan penataan cahaya. Bagi rumah yang kecil tidak perlu lagi menggunakan monkey house bagi mengelakkan terbangan burung untuk survey menjadi lebih pendek dan tidak selesa. Bagi rumah yang lebih kecil juga pastinya ventilation dan suhu semakin susah untuk dijaga. Pastikan anda menggunakan humidifier. Pastikan juga humidifier tidak dipasang terlalu lama sehingga kelembapan mengatasi 90%. Ianya akan mengganggu papan dan seterusnya merosakkan sarang.
Cahaya didalamnya perlulah di buat penataan yang sesuai agar tidak terlalu terang. Yang lainnya design adalah sama.
Wallahualam
Zahirudin

Monday, 1 August 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum.
Alhamdulillah sekali lagi kita berjaya memasuki bulan Ramadhan. Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah swt yang telah sekali lagi memanjangkan umur ini. Semoga kali ini Allah swt akan terus memberikan kita rahmatNya yang tidak terhingga. Amin ya Rabbal Alamin

Thursday, 28 July 2011
Projek perseorangan di Tanjoung Karang.
Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan di Tanjong Karang Selangor untuk Ust Harullah sedang giat dijalankan. Tanah yang lapang (sawah padi) memperlihatkan kehadiran ribuan burung di situ atas kurniaan Allah. Terima kasih saya ucapkan kepada ust Harullah yang telah memberikan kami kerja-kerja ini. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik..InsyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN
0196558840
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN
0196558840
Wednesday, 13 July 2011
Benarkah Burung Walit Tidak Suka Bunyi Suara yang kuat
Sarang yang kelihatan terbentuk di Twitter.
Macam-macam teori yang kita boleh dengar dari macam-macam orang. Baru-baru ini ada orang yang berjumpa saya dan bertanya benarkah burung walit tidak suka pada bunyi panggilan yang kuat. Saya katakan semakin kuat bunyi panggilan luar semakin banyak burung yang datang terutama dari atas. Namun mengikut peraturan yang telah ditetapkan kita wajarlah menggunakan had 40dc agar ianya tidak mengganggu penduduk sekitarnya.
Suara yang perlahan bukan sahaja mampu menjadikan rumah burung kita gagal malahan mampu pula menjadikan rumah burung kita diduduki oleh kelawar dan lain-lain. Ada juga teori yang mengatakan rumah burung yang memasang suara dalam yang kuat akan menyebabkan telinga burung walit pekak. Agak kelakar juga bunyinya. Kalaulah anda dapat masuk ke mana-mana rumah burung, cuba anda lihat sebelah malamnya dimanakah burung-burung tersebut tidur. Jangan terkejut jika anda melihat kebanyakan burung akan meletakkan kepala di dalam twitter dan ekornya di luar. Bagi kita, sudah tentu telinga kita bingit dan boleh pekak, tetapi bagi burung walit bunyi tersebut cukup mengkhayalkan dan menenangkan.
Apa yang penting ialah kita boleh mendengar pelbagai teori dari sesiapa pun yang dianggap pakar, tetapi kita sendiri perlu melihat dan mengkaji adakah benar segala teori tersebut.
Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
Wednesday, 15 June 2011
Mengejar kebahagian
Assalamualaikum.
Semalam sewaktu saya sedang berehat-rehat selepas isyak, saya terlihat TV 2. Dah lama rasa nak berehat sikit. Tiba-tiba pandangan saya tertumpu ke sebuah cerita yang mana filem ini saya sudah lama tidak menontonnya. Tajuknya The Persuit of Happyness. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang yang hidup miskin berubah menjadi jutawan. Kisah benar ini telah menunjukkan bagaimana seorang yang sangat berani mencuba dan dapat bertahan sehinggakan isterinya pun lari meninggalkan dia. Akhirnya beliau menjadi seorang jutawan walaupun tiada siapa yang menaruh harapan agar beliau berjaya.
Kisah sebegini amatlah baik jika kita teladani tetapi haruslah kita selarikan dengan Islam. Sepatutnya orang-orang Islam lah yang lebih kuat dan baik serta tidak mudah putus asa. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan baik kecil mahupun besar, kita mesti mempunyai sifat-sifat asas seperti rajin, tidak tamak, berfikiran kreatif, positif dan yang utama ialah sabar. Usaha sahaja tidak mencukupi jika kita tidak berdoa dan bertawakkal.
Allah swt akan memberikan kita kejayaan jika kita sudah pun memiliki segala syarat yang diperlukan. Cuma perlu kita sedari, adakah kekayaaan dan kejayaan kita itu diberi dengan limpah kasih atau tidak. Adakah Allah swt redha dengan segala urusan kita? Jadi, sebagai hamba Allah swt, kita wajib bersangka baik dan jika belum berjaya teruskan mengejar kebahagian kita. Pastikan kita mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Tuesday, 14 June 2011
Kita masih di sini
Assalamualaikum
Alhamdulillah, pagi-pagi lagi ramai yang menelefon saya bertanya mengenai bisnes sarang burung ini. Malah ada juga yang terus buat pembayaran bagi pembelian lot mewakili syarikat masing-masing.
Dalam banyak-banyak panggilan, saya mendapat satu panggilan dari seorang Ustaz di Kuala Selangor yang ingin membina sebuah rumah jenis setingkat. Alhamdulillah. InsyaAllah sabtu ini saya dan rakan-rakan akan ke Kuala Selangor bagi melihat tapak tanah.
InsyaAllah dalam masa 5 tahun, dengan izin Allah swt, rumah setingkat sahaja mampu memberikan pulangan RM 1 juta ke atas. Bagaimana pula dengan yang kurang mempunyai modal? Mengapa tidak anda masuk ke bahagian perkongsian beramai-ramai?
Sebenarnya seharusnya kita berani mencuba. Apatah lagi setiap rumah yang dibina adalah hakmilik kita selama 40 tahun. Bukti kewujudan rumah amatlah jelas. Setiap rumah yang telah siap dibina akan dilancarkan dengan memanggil semua rakanniaga untuk melihat keadaan rumah burung tersebut. Setiap perjanjian juga adalah jelas.
Kita sering terlepas untuk memulakan bisnes yang baik. Cuma ada juga yang tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya. Sebagaimana yang telah kami terangkan, ini bukanlah skim cepat kaya. Ini merupakan gabungan rakanniaga yang akan melihat sendiri bagaimana kita membangunkan rumah burung dari A sehingga Z. Sistem juga adalah melalui mudharabah.
Bayangkan selama 5 tahun akan datang, jika kita tidak mengambil apa-apa inisiatif, ayat yang paling sesuai untuk kita ialah "KITA MASIH DISINI" sedangkan yang lain sudah di depan.

Friday, 10 June 2011
Al Fatihah Buat Sahabat
Assalamualaikum
Pemergian seorang sahabat di Bukit Mahkota baru-baru ini benar-benar meruntun jiwa hamba Allah yang sangat kerdil ini. Sahabat saya itu seorang yang sangat pemurah dengan senyuman, tenang dan sangat pandai mengambil hati sahabat-sahabat yang lain. Pemergiannya dalam usia 32 tahun amatlah mengejutkan.
Saya masih ingat sewaktu tahun lalu saya bertemu dengannya berhampiran sebuah restoran, beliau bertanya mengenai projek sarang burung walit. Saya terangkan kepadanya betapa penting bagi kita semua memiliki sesuatu yang dapat kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita apabila kita tiada satu masa nanti. Beliau sangat berminat namun kewangannya belum mengizinkan.
Namun itulah takdir Allah swt, beliau pergi menyahut seruan ilahi dalam usia yang sangat muda akibat peyakit kanser usus. Terlalu banyak kenangan bersama beliau terutama sewaktu di atas padang bola. Semoga beliau ditempatkan disisi orang-orang yang soleh dan berada di bawah limpahan rahmatNya. InsyaAllah.
Al fatihah untuk saudara Arif

Thursday, 9 June 2011
Burung walit - bangkainya tidak berbau
Assalamualaikum
Subhanallah. Maha Suci Allah. Baru-baru ini 2 ekor burung walit di Layang-Layang Kanan Perak ditemui mati. Sewaktu kami menjumpainya di atas atap, keadaan bangkai burung tersebut dianggarkan telah mati dalam 2 hari. Ini kemungkinan terjadinya perlanggaran sewaktu burung-burung tersebut berlegar-legar dengan banyaknya di atas rumah tersebut.
Sebenarnya bangkai burung walit tersebut tidak mengeluarkan sebarang bau. Aneh tetapi itulah kuasa Allah.
Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
0196558840
Tuesday, 7 June 2011
NAK RUMAH YANG MURAH TAPI HASIL MAHUKAN YANG LUMAYAN?
Assalamualaikum.
MECTTEN baru-baru ini mengambil bahagian dalam karnival Halal HUB di Kelantan. Alhamdulillah ramai juga yang menyertai projek ini bersama kita. Ramai juga yang menempah ingin membina rumah sebuah-sebuah.
Namun terdapat seorang dua yang berleter mengatakan rumah kami harganya mahal. Saya sendiri pernah didatangi seorang hamba Allah yang mengatakan rumah yang dia bina hanya daripada zink tetapi burung banyak masuk. Saya memberikan beberapa fakta untuk kita fikirkan secara logik akan kebenaran kata-kata mereka:
1) Jika benar menggunakan zink burung boleh masuk, sila tunjukkan dahulu kepada saya di mana rumah tersebut .
2) Bawa saya masuk untuk melihat dalamannya. Jika benar ada burung pastikan ada sarangnya.
3) Bagi yang buat rumah secara murah, apa pula material yang digunakan? Adakah tahan untuk 10, 20 atau seratus tahun. Ada rumah yang murah 2 tingkat dalam RM 160 ribu sahaja tetapi dalamannya ..MasyaAllah ...hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
4) Rumah yang murah dengan saiz yang kecil seperti 20kaki x 40 kaki akan hampir dengan kegagalan. Jika anda bertanya kontraktor yang tidak jujur dia akan memberikan jawapan iaitu...BOLEH! Namun bila setahun burung takde yang tidur maka kontraktornya pun hilang entah kemana.
5) Rumah berharga murah diberi jaminan? Terus terang saya katakan jika rumah 2 tingkat berharga RM 180 dan diberi jaminan sehingga burung bersarang, maka anda mungkin sedang ditipu.Saya pernah lihat seorang makcik Melayu yang membelanjakan RM 350K untuk rumah 3 tingkat namun seekor burung pun tak masuk walaupun sudah 2 tahun rumah tersebut dibina. Kontraktor berbangsa cina yang membinanya hanya memberikan alasan ..TUNGGU dan TUNGGU lagi. Akhirnya kami yang telah pergi membetulkannya.
6) Bata jenis apa yang digunakan? Lantai slab simen atau hanya pakai papan plywood seperti yang saya lihat di Sg Buaya, Rawang?
7) Rumah murah ini sebulan sekalikah maintenance atau 4 bulan sekali? Kalau twitter rosak sanggupkah mereka turun untuk tukar? Cubalah anda lihat rumah burung yang ditinggalkan begitu sahaja. Sedih apabila lihat rumah-rumah tersebut gagal.
8) Benarkan yang buat secara murah ini kontraktor yang berkaliber? Kebanyakan kontraktor walit ini bukannya guru-guru yang sebenar. Semua orang boleh kata mereka guru. Tapi buktinya langsung tiada. Yang tertipu hanya kita sendiri yang telah mengeluarkan belanja yang besar.
cukuplah persoalan-persoalan yang saya lemparkan tadi. Namun fakta menunjukkan 70% rumah burung di Malaysia GAGAL! Gagalnya rumah-rumah burung ini ialah kerana tiada kepakaran dan pembinaan dalam harga yang cukup murah. Kononnya mahu berjimat tetapi akhirnya hanya lebih merugikan. Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
MECTTEN BIRDNEST SDN BHD
Pengarah Urusan
0196558840
mdmecten@gmail.com

Tuesday, 24 May 2011
Friday, 6 May 2011
Harga-Harga Rumah Burung
Kami merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang pembinaan rumah burung walit.
Berikut ialah harga-harga rumah burung walit bagi semenanjung Malaysia:
Rumah bersaiz 20 kaki x 80 kaki:
1) Setingkat .....................RM 140,000.00
2) 2 tingkat ......................RM 280,000.00
3) 3 tingkat ......................RM 380,000.00
4) 4 tingkat ......................RM 580,000.00
5) 5 tingkat ......................RM 680,000.00
Jaminan sehingga burung bersarang.
Hubungi 0196558840
Mectten Birdnest Industry Sdn. Bhd. (933283-M)
No. 42-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03 2297 5379, 03 8926 4282/4303/4314
Fax : 03 8926 4271

Thursday, 5 May 2011
Wednesday, 4 May 2011
VIDEO CHANGKAT BANJAR SETINGKAT UNTUK PROJEK PERKONGSIAN KE 4
Kelihatan burung-burung walit mula bermain-main di luar rumah burung walaupun hanya setingkat. Di dapati tidak sampai sebulan sudah ada 20 spot tahi burung yang menunjukkan burung-burung sudah mula tidur. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)