Sarang yang kelihatan terbentuk di Twitter.
Macam-macam teori yang kita boleh dengar dari macam-macam orang. Baru-baru ini ada orang yang berjumpa saya dan bertanya benarkah burung walit tidak suka pada bunyi panggilan yang kuat. Saya katakan semakin kuat bunyi panggilan luar semakin banyak burung yang datang terutama dari atas. Namun mengikut peraturan yang telah ditetapkan kita wajarlah menggunakan had 40dc agar ianya tidak mengganggu penduduk sekitarnya.
Suara yang perlahan bukan sahaja mampu menjadikan rumah burung kita gagal malahan mampu pula menjadikan rumah burung kita diduduki oleh kelawar dan lain-lain. Ada juga teori yang mengatakan rumah burung yang memasang suara dalam yang kuat akan menyebabkan telinga burung walit pekak. Agak kelakar juga bunyinya. Kalaulah anda dapat masuk ke mana-mana rumah burung, cuba anda lihat sebelah malamnya dimanakah burung-burung tersebut tidur. Jangan terkejut jika anda melihat kebanyakan burung akan meletakkan kepala di dalam twitter dan ekornya di luar. Bagi kita, sudah tentu telinga kita bingit dan boleh pekak, tetapi bagi burung walit bunyi tersebut cukup mengkhayalkan dan menenangkan.
Apa yang penting ialah kita boleh mendengar pelbagai teori dari sesiapa pun yang dianggap pakar, tetapi kita sendiri perlu melihat dan mengkaji adakah benar segala teori tersebut.
Wallahualam
Zahirudin Salehuddin