Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi yang bukan Islam. Memandangkan tulisan saya ini menarik perhatian kaum lain yang bukan beragama Islam maka saya berikan salam sejahtera. Alhamdulillah ramai yang menelefon saya untuk menyatakan minat mereka untuk menggunakan khidmat MECTTEN. Malahan ada juga tuan rumah berbangsa cina yang menelefon dan berjumpa bagi bertukar-tukar fikiran dan meminta khidmat nasihat. Ramai juga yang mengeluh rumah dibina 3 tingkat, 4 tingkat belum dimasuki burung walaupun sudah berusia 3 tahun. Kalau mengikut agama Islam, ianya adalah rezeki dari Allah swt. Walaubagaimana kita buatpun kalau tak diizinkan oleh Allah maka tetap burung takkan masuk.
Kerana itulah selain dari teknik yang betul, kita mestilah berdoa selalu dan kalau boleh tuan punya rumah burung tersebut buatlah sedikit kenduri doa selamat dan perbanyakkan sedeqah. Sedeqah ini sangatlah baik kerana Allah telah menjanjikan hambanya yang rajin bersedeqah dengan balasan berlipat kali ganda.
Apapun isu yang ingin saya ketengahkan disini ialah peratusan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai kewujudan perniagaan yang hebat ini adalah dianggarkan sebanyak 99%. Itu maklumat yang saya dapati. Tetapi kemungkinan paras peratusan tersebut sudahpun menurun memandangkan setiap hari kita lihat maklumat melalui televisyen, radio malahan suratkhabar begitu banyak memberikan maklumat mengenai bisnes ini.
Persoalannya, jika peratusan yang tidak tahu mengenai bisnes ini begitu tinggi, agak-agaknya berapakah peratusan yang belum lagi masuk ke dalam rumah burung walit? Sudah tentulah ianya lebih tinggi dari peratusan yang tidak tahu mengenai bisnes walit ini..
Ini bermakna jika kita lihat ramai orang yang suka bercerita tentang bisnes walit ketika ini. Mungkin mereka ada mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Itu adalah satu langkah yang baik. Namun kita juga harus berhati-hati dalam setiap maklumat yang diterima. Contohnya, apa yang kita perolehi dalam setiap kursus tersebut belum tentu menjamin setiap rahsia rumah burung ini dapat dibongkar. Saya ada bertemu seorang hamba Allah yang sedang asyik menceritakan mengenai bisnes ini. Beliau tidak menyedari saya merupakan kontraktor dan konsultan rumah burung walit. Pada mulanya saya teringin untuk mendengar bagi menambah ilmu. Namun setelah beberapa minit, berbagai perkara yang saya fikir mengarut mula terkeluar. Hamba Allah tersebut terus-terusan bercerita akan kehebatan ilmu yang beliau miliki mengenai rumah burung ini. Saya hanya terus berdiam..mengangguk tidak..mengeleng pun tidak. Saya perhatikan begitu ramai yang agak tercengang dengan maklumat-maklumat yang diberikan.
Kemudian seorang dari sahabatnya yang mendengar ceramahnya yang panjang lebar mula memberikan pembayang dengan mengatakan disini ada seorang sifu yang berjaya. Dengan lantangnya beliau mengatakan "Siapa orang itu"... " Pakai Kereta Apa" ..."kalau setakat kereta kecil dan bukan Mers atau BMW orang itu bukannya sifu"... Saya hanya mendiamkan diri kerana saya sendiri tak tahu siapa sifu tersebut. Selepas saya dengar perkara yang diterangkan semakin mengarut, saya bertanya kepadanya, adakah dia pernah memasuki rumah burung. Dia jawab "Ada". Dia kata dia ada sebuah rumah burung bersaiz 10kaki x 30kaki. Baru sebulan dibina. Dan yang menariknya itulah rumahnya yang pertama dan belum ada seekor burung walit yang menetap mahupun singgah di dalamnya....
Terkedu sekejap memikirkan sikap hamba Allah ini. MasyaAllah..itulah ujian Allah swt terhadap kita. Baru diberi tongkat untuk berdiri kita sudah berbicara tentang berlari. Bukanlah tujuan saya bercerita ini untuk memburuk-buruk orang lain, tetapi bayangkan berapa ramai orang yang akan menerima maklumat yang salah di atas kesilapan kita. Biarlah kita berbicara perkara yang benar dan pasti. Jangan kita masih lagi tercari-cari jawapan kita sudah pun membuat kesimpulan. Seperkara lagi, berapa ramai tuan punya rumah burung terutama berbangsa cina saya jumpa, mereka semuanya low profile. Ada yang naik kereta buruk tetapi poketnya ada RM 40 ribu sebulan bagi sebuah rumah setingkat. Ada juga yang mempunyai 31 buah rumah burung 4 tingkat seluruh Malaysia, tetapi masih lagi merendah diri. MECTTEN sendiri sudah ada 10 rumah burung tetapi kami masih lagi merasakan masih ada ruang untuk diperbaiki. Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun
Assalamualaikum
Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.
Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.
Maklumat seperti berikut:
1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.
Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.
Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?
Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.
InsyaAllah, man jadda wa jadda.
Ust Yus
019 343 4590
Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.
Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.
Maklumat seperti berikut:
1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.
Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.
Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?
Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.
InsyaAllah, man jadda wa jadda.
Ust Yus
019 343 4590
AIR SARANG WALIT SYIFA'
Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT
Alat penggera rumah Mecten V-01.
Tawaran diskaun hebat.
Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)
Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)
Ciri-ciri:
1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik
Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung
Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.
Zahir 0196558840
Tawaran diskaun hebat.
Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)
Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)
Ciri-ciri:
1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik
Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung
Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.
Zahir 0196558840