Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Friday 6 July 2012

Ubah hidup kita dengan berniaga

Assalamualaikum

Sepanjang perjalanan saya merentasi seluruh Malaysia membuatkan hati saya tersentuh apabila apabila saya memasuki kawasan pendalaman. Ramai lagi orang-orang Islam yang hidup dalam kedhaifan. Ada golongan tua, golongan kurang upaya, ibu tunggal, ibu tinggal (ditinggal suami tanpa berita), bapa tunggal dan sebagainya.

Persoalannya ialah bagaimana kita ingin mengubah nasib kita agar tidak menjadi orang yang hidup dalam serba kekurangan. Sebenarnya tidaklah menjadi masalah hidup dalam kemiskinan jika kita penuh sifat sabar dan redha tetapi berusaha itu menjadi kewajipan bagi kita sebagaimana yang telah Allah perintahkan. Kerana itu menurut Islam kemiskinan boleh membawa kekufuran bagi yang tidak sabar dan redha.

Setiap yang Allah swt jadikan dimuka bumi ini mempunyai hikmahnya. Bagi yang berusaha tetapi masih juga gagal mungkin akan timbul sifat mudah putus asa. Mungkin juga ada yang berpandangan sudah tidak ada jalan keluar lagi dari kesulitan. Sebenarnya dalam Islam itu sendiri sudah diajarkan tidak ada istilah putus asa dalam kehidupan.

Oleh itu saya ingin mengajak saudara/saudari semua agar kita mula berniaga. Berniagalah apa sahaja. Dari mana pun boleh. Dari rumah pun boleh. Jika kita makan gaji ketika ini, jangan lakukan perniagaan sampingan kita ketika bekerja. Rezeki yang kita dapat tidak akan halal jadinya. Lakukan perniagaan sampingan kita itu di luar waktu kerja atau di hari cuti kita. Betapa beratnya dosa yang akan kita tanggung jika kita bekerja tetapi kita buat perkara lain. Itu hanya ingatan saya yang serba kekurangan ini.

Berbalik kepada perniagaan tadi. Bukankah Allah telah meletakkan rezeki manusia itu 9/10 adalah dari perniagaan? Kita ingin menjadikan hidup kita lebih baik. Kita inginkan anak-anak kita hidup dalam keadaan selesa. Namun jika kita masih lagi tidak bergerak ke hadapan dalam memulakan perniagaan maka kita harus menerima hakikat rezeki kita tidak akan berubah. Kita impikan rumah yang besar, kereta yang besar, hidup aman dari masalah hutang, tetapi jika kita berterusan mengambil sikap duduk dan diam maka kita akan terus dibelenggu masalah kewangan.


Untuk menjadi insan yang berjaya perlulah ada 3 perkara iaitu usaha, berdoa dan tawakkal. Jadilah usahawan yang beriman dan bukannya hanya untuk memenuhi hawa nafsu. Jadilah orang yang jujur dan amanah. Janganlah kita membinasakan diri kita dengan harta yang tidak halal. Berniagalah dengan jujur. Mulakan langkah pertama hari ini juga. Bukannya esok, lusa. Jangan ditangguhkan perkara yang baik.

Hadis Rasullullah saw:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredai."
(riwayat al-Bukhari)

Niatkan semuanya kerana Allah, insyaAllah moga Allah akan tunjukkan jalan perniagaan kepada kita.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840