Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Sunday 30 December 2012

Stokis negeri Perak dan Johor sudah penuh

Assalamualaikum

Untuk stokis negeri Perak dan Johor sudah ada yang mengambilnya. Hanya stokis kawasan sahaja yang masih kosong.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudah menghubungi kami. Doakan agar MECTTEN terus maju dan bertahan sehingga puluhan tahun lagi..atau ratusan tahun lagi..insyaAllah

Zahir
0196558840

Wednesday 26 December 2012

Jemputan menjadi Sleeping Partner

Assalamualaikum

Kami mencari dan ingin menjemput sesiapa yang ingin menjadi sleeping partner kami bagi pelbagai projek. InsyaAllah satu penerangan akan diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Sila sms saya di talian 019 6558840

InsyaAllah moga diberkati.

Zahir
0196558840

Saturday 22 December 2012

Tanah untuk dijual di Sungkai Perak Bersebelahan Highway

Assalamualaikum

Partner saya saudara Azmir Effindi ingin menjual tanah di Sungkai bersebelahan highway utara selatan. Tanah tersebut telah pun dibuka iklannya 2 minggu yang lalu.

Buat masa ini lebih sepuluh orang yang telah datang melawat termasuk dari orang Cina. Harga yang di tawarkan RM 60 ribu (walaupun ada yang menawarkan RM 120 ribu) seekar. Hanya yang cepat dan yang dapat membayar secara cash sahaja akan diberikan.

Maklumatnya:

1) Tanah seekar
2) Sungkai Perak (Bersebelahan highway utara selatan)
3) Taraf Pertanian
4) freehold (Pegangan bebas)
5) Sangat berpotensi


Bagi yang berminat sila hubungi beliau 013 3407323 Azmir Effindi. Boleh nego jika serius.

Jazakallah

STOKIS NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU DI CARI SEGERA

Assalamualaikum

Bagi sesiapa yang berminat menjadi stokis negeri bagi Kelantan dan Terengganu boleh menghubungi kami. Kami memerlukan stokis negeri bagi memudahkan stokis kawasan mengambil stok dengan mudah.

Saya boleh dihubungi di talian 0196558840

Jazakallah

Zahir
0196558840

Friday 21 December 2012

Membina dan mengubahsuai bangunan dan rumah kediaman serta lain-lain

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang tidak mengetahui selain dari membina dan mengubahsuai rumah burung kami juga menawarkan pembinaan dan pengubahsuaian rumah kediaman selama ini. Malahan kami bermula dengan perniagaan ini sebelum perniagaan rumah burung.

Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kajang, kami menawarkan perkhidmatan ini.

InsyaAllah bagi yang berminat boleh menghubungi kami di talian di bawah atau layari

Http://mecttendeco.blogspot.com

Jazakallah

Zahir
0196558840

Sila sms jika saya tidak mengangkat telefon. Terima kasih

Maklumat perniagaan MECTTEN

Assalamualaikum

Bagi melihat perniagaan yang kami tawarkan seperti pembinaan rumah burung atau pembinaan dan pengubahsuaian rumah kediaman atau semua yang berkaitan dengan MECTTEN maka bolehlah lawati link di bawah


Http://mecttengroup.blogspot.com


Jazakallah

Senarai stokis air walit syifa'

Assalamualaikum

Bagi yang ingin mencari stokis air walit syifa' yang berdekatan dengan anda maka bolehlah melayari

http://walitsyifa.blogspot.com

Bagi yang ingin menjadi stokis kawasan atau negeri juga boleh melayari blog tersebut.

Jazakallah

Wednesday 12 December 2012

Boleh hubungi saya utk projek rumah burung persendirian atau perkongsian

Assalamualaikum

Pertama sekali terima kasih bagi semua yang menghubungi saya untuk projek perkongsrumah burung di bawah Astana Syiffa Network.

Terima kasih juga bagi yang menghubungi saya bagi projek persendirian.

Bagi yang berminat untuk mengetahui kedua-dua projek ini bolehlah menghubungi saya di talian di bawah. InsyaAllah akan saya cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Jazakallah

Zahir
0196558840

Tuesday 11 December 2012

Sheikh Nurudin Di Bandar Baru Bangi

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Alhamdulillah, semalam sempat saya menghadirkan diri ke kuliah maghrib Sheikh Nuruddin al Banjari al- Makki. Bukan senang untuk mendengar terus dari beliau. Saya merupakan salah seorang peminat dalam mendengar ceramahnya namun selalunya saya lihat dari You tube sahaja. Tetapi kini saya dapat mendengar terus ceramah beliau. Alhamdulillah kehadiran yang penuh sesak dan saya sendiri duduk di luar surau. Alhamdulillah ya Allah. Moga lebih ramai lagi tuan-tuan guru yang akan datang ke sini dan mengajar kami. Saya teringat beberapa bulan yang lalu Tuan Guru Hadi Awang telah datang ke Masjid Al-Azhar, KUIS untuk menyampaikan ceramah kuliah maghrib. MasyaAllah. Dapatlah saya mengucup tangannya. Memohon keberkatan Ulamak. InsyaAllah. Ulamak adalah pewaris nabi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday 10 December 2012

Bagi Update projek perkongsian sila ke Astanasyiffa.blogspot

Assalamualaikum

Bagi sebarang update projek perkongsian 2 tingkat di bawah astana syiffa sila lawati http://astanasyiffa.blogspot.com

Link ke blog tersebut ada di letakkan di bar sebelah. Terima kasih

Stokis air walit masih dibuka

Assalamualaikum

Stokis air masih dibuka. Memandangkan panggilan yang kami terima dari seluruh Malaysia semakin meningkat, kami amat menggalakkan agar ramai dari kita mengambil peluang menjadi stokis air. Modal hanya RM 1920 bagi stokis kawasan. Untuk yang tidak berkemampuan juga boleh memulakan bisnes air walit syifa' ini dengan modal serendah RM 330 untuk 3 botol 750ml. Anda juga boleh mendapat komisyen sehingga 10% dengan memperkenalkan stokis terbaru.


Air syifa' walit telah pun sampai ke Sabah dan Sarawak melalui POS. Kami amat berharap agar ada STOKIS NEGERI yang juga boleh menjadi tempat di mana stokis-stokis kawasan mengambil stok. Semoga peluang ini diambil secepat mungkin. InsyaAllah dalam minggu ini atau minggu hadapan kami akan menghantar stok air kepada stokis terbaru kami di Kota Bahru Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi yang berminat menjadi stokis bolehlah menghubungi kami. 


Zahir
0196558840 (sila SMS sahaja untuk saya hubungi kembali)

Thursday 6 December 2012

YA ALLAH SUDILAH PANDANG KAMI - Doa ku (Instrumental)



Y Allah sudilah pandang kami..Perjuangan yang penuh berliku dan berduri, ampunilah kelekaan dan dosa-dosa kami..jadikanlah kami penyejuk hati agama Mu ini..jangan dibiarkan kami bersendirian ya Allah, tanpa bantuanMu mustahil bagi kami mencapai segala cita-cita kami.

Ya Allah jadikanlah Islam di bumi ini sebagai yang tertinggi sesuai dengan Hadis Nabi kami "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya". Ya Allah ikhlaskan hati kami dalam menjalankan segala kehidupan kami hanya keranaMU.

Ya Allah ya tuhan kami, yang Maha Agung Yang Maha mengasihani, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semenjak kecil. Jangan lah engkau jadikan kami golongan yang rugi di dunia dan di akhirat. Ya Allah, lapangkanlah segala bebanan kami, agar kami mampu membantu dan memberikan kebaikan kepada saudara-saudara kami yang lain.

Ya Allah, kau hancurkanlah semua musuh-musuhmu seperti Israel, dan kumpulan-kumpulan yang menindas umat Islam di seluruh dunia. Dengan perkataan Allahuakbar, kami bersujud kepadamu jua..Amin ya Allah..

Wednesday 5 December 2012

Rumah burung - Peluang yang hadir mungkin sekali

Assalamualaikum

Setelah Mectten Holdings Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Mectten Birdnest Industry Sdn Bhd) menutup pintu JV secara beramai-ramai dengan semua syarikat rakanniaga dengan jumlah modal yang rendah, kini rakan kami Astana Syiffa Network pula memulakan peluang berkongsi secara beramai-ramai.

Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada para usahawan lain. Menurut Pengarah Urusan Astana Syiffa, saudara ust Yus, telah ramai yang menyertainya. Bagi beliau inilah peluang bagi ummat Islam memiliki rumah burung secara modal yang sangat rendah iaitu RM 4000. Jika kita hendak membinanya sendiri maka agak sukar untuk mencari modal dalam lingkunagn RM 140 ribu ke 600 ribu.

Apatah lagi peluang memiliki rumah burung ini mampu mendatangkan hasil yang lumayan dari RM 200 sebulan ke 600 sebulan bagi setiap lot. Memandangkan segala urusan diuruskan oleh Astana Syiffa yang mendapat tunjuk ajar dari Mectten.

Apatah lagi dengan pemilikan sehingga 25 tahun, sudah tentu amat berbaloi dengan bermodalkan RM 4000. Sebagai salah seorang yang berpengalaman luas dalam industri ini, Ust Yus juga mengharapkan agar ummat islam boleh berubah dari segi ekonominya pada masa akan datang. Bukan sahaja kepada diri mereka malahan kepada keturunan mereka yang akan datang, insyaAllah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus menghubungi beliau di talian:

Ust Yus : 019 343 4590


En Iza: 012  2315 819



Sarang kami jadikan Air Sarang Walit Syifa'

Assalamualaikum

 Ada yang bertanya mengapa perlu kita membina begitu banyak rumah burung sedangkan rumah burung sudah pun banyak di Malaysia.

Sebenarnya rumah burung di Malaysia memang banyak namun anggaran 70% rumah burung di Malaysia gagal dan tidak dimasuki burung. Apatah lagi peratusan kekurangan bekalan sarang walit bagi pasaran dunia masih kekurangan 70%. Mengapakah sarang masih kurang sehingga 70% untuk pasaran dunia? Jawapannya mudah,iaitu kerana burung walit tidak hidup di negara-negara lain melainkan di Asia Tenggara sahaja.

Kerana itulah kami sentiasa berusaha memberi peluang kepada semua memiliki rumah burung. Hasil yang diperolehi kami akan beli dengan harga semasa. Kami akan menjadikan sarang burung tersebut sebagai air sarang walit syifa'. InsyaAllah perancangan masa depan kami ingin mengeluarkan produk berasaskan kecantikan pula.

Dengan adanya golongan Islam mempelopori dunia walit ini, maka tidak mustahil ekonomi umat Islam boleh berkembang maju dengan jayanya. InsyaAllah doakan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah kita menjadi ummat yang mantap dan berjaya.

Wallahualam

Zahir
0196558890

Tuesday 4 December 2012

Update perkongsian 2 tingkat

Assalamualaikum

SETAKAT INI TINGGAL 90 LOT LAGI YG TINGGAL UTK PRJK PERKONGSIAN DGN ASTANA SYIFFA NETWORK bagi projek perkongsian 2 tingkat. Jazakallah.

Sunday 2 December 2012

Gambar-gambar Projek rumah burung kami

 Rumah burung 2 tingkat di Lekir Setiawan. Projek Perkongsian ke 7. Sudah mengeluarkan hasil.

Banglow yang diubahsuai menjadi rumah burung di Klang. Sudah mengeluarkan hasil.




Burung Walit di salah sebuah rumah burung kami




Rumah setingkat sewaktu pembinaan di Perak.



Rumah burung setingkat di Kuala Selangor milik Ust Hasrullah. Sudah mengeluarkan hasil.




Rumah setingkat projek perkongsian di Lambor kanan Perak.






Rumah perkongsian pertama di Layang-layang kanan Perak setingkat. Sudah mengeluarkan hasil.





Rumah Perseorangan 2 tingkat di Kuala Kangsar menggunakan teknologi IBS. Sudah siap 90%.





anak burung yang bergayut di sarangnya.




Tapak untuk rumah burung setingkat.




Keadaan dalaman banglow yang diubahsuai.





Burung yang banyak berlegar-legar di rumah burung setingkat.


Thursday 29 November 2012

Ustaz Munawir - Kiamat 2012 ?



Ust Munawir merupakan kekanda saya yang juga duta air sarang walit syifa'. Merupakan pengetua sekolah tahfiz dan juga penceramah radio dan penceramah bebas.

Semoga ilmu yang diberikan mendapat manfaat..Wallahualam

Zahir
0196558840

Wednesday 28 November 2012

Projek Perkongsian 2 tingkat di bawah Astana Syifa

Assalamualaikum

Projek perkongsian yang terbaru yang ditawarkan baru-baru ini adalah 100% di bawah Astana Syifa. Astana Syifa akan menguruskan semuanya. Mectten hanya dilantik menjadi kontraktor dan konsultan mengendalikannya.

Iklan akan dikeluarkan di dalam surat khabar.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami. Terima kasih

Zahir
0196558840

Monday 26 November 2012

Lot Kilang air tinggal 1 lot lagi

Assalamualaikum

lot kilang air tinggal 1 lot sahaja lagi.. Siapa cepat dia dapat.

1/2 lot bersamaan RM5000

1 lot bersamaan RM 10,000

Hubungi

Ust Yus 019 343 4590

Kerana Allah dan Rasul

Assalamualaikum

Ada sahabat-sahabat kita bertanya saya, "En Zahir, bagaimanakah cabaran untuk meningkatkan ekonomi ummat Islam ini"...Berbagai-bagai lagi pertanyaan mereka.

Bagi saya dalam dunia perniagaan dan kehidupan kita ini jika saya tidak ingat akan Allah dan Rasul, rasanya dah lama saya letak jawatan. Impian saya untuk menyatukan ummat Islam seramai mungkin dan melaksanakan ekonomi secara Islam amat sukar jika tiada bantuan Allah swt. Dengan ahli-ahli rakankongsi yang bertambah, amanah yang amat berat saya rasakan di bahu ini.

Pun begitu, terdapat juga yang menelefon dengan pelbagai kata sindiran dan sebagainya. Namun saya yakin, inilah sunnah orang-orang yang berjuang. Saya tahu dan yakin, kekuatan Mectten bertahan sehingga hari ini adalah kerana kekuasaan Allah swt. Mana mungkin saya boleh lakukan semuanya beserta rakan-rakan dalam syarikat ini, tanpa restuNya. Lihat sahajalah cabaran-cabaran dan dugaan. Adakalanya saya rasa terlalu keletihan. Tambahan pula ada anasir-anasir yang cuba untuk memusnahkan rancangan kami.

Namun insyaAllah kami yakin, Allah lah sebaik-sebaik tempat untuk kita merujuk. Dialah sahaja tempat untuk kita mengadu. InsyaAllah walaupun susah bagaimanapun, akan ada pertolongan dari Nya. Saya berdoa agar segala yang kita rancangkan menjadi kenyataan dan segala urusan kita akan dipermudahkan. Moga projek JV yang terbaru akan dapat menjana lagi ekonomi kita semua. InsyaAllah.

Zahir
0196558840

Sunday 25 November 2012

Makluman Update Projek JV dahulu

Assalamualaikum

Semua projek-projek JV yang terdahulu akan di kemaskini melalui surat-surat yang akan dihantar bermula bulan 12 ini.

Segala perkembangan hasil tuaian dan sebagainya akan di beritahu melalui surat dari pejabat Mectten kepada semua rakan kongsi. Kami tidak akan kemaskini di blog bagi menjaga keselamatan rumah burung di seluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat kami atau emel kepada theagroworld@gmail.com

Jazakallah

Friday 23 November 2012

Restoran Soodoo di tukar menjadi kilang air walit Syifa'

Assalamualaikum

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat pengumuman. Restoran Soodoo sudah pun di tutup dan akan ditukarkan lokasinya ke Bandar Baru Bangi dalam tahun hadapan insyaAllah.

Kami telah menukarkan restoran Soodoo menjadi Kilang air Walit Syifa'. InsyaAllah doakan tuan-tuan dan puan-puan.




Thursday 22 November 2012

Pembetulan: Projek JV sehingga 25 tahun

Assalamualaikum

Saya ingin membuat pembetulan.

Projek JV yang terbaru bersama ASTANA SYIFA' hanya sehingga 25 tahun pemilikannya.

JAzakallah

Zahir
0196558840

Wednesday 21 November 2012

Stokis Kuala Terengganu - Sila dapatkan pada En Za ami

Assalamualaikum

Air walit syifa' sudah pun berada di Kuala Terengganu.

Bagi yangberada di Terengganu dan berminat boleh mendapatkan air di Kuala Terengganu.

Hubungi :

En Za ami - 016 921 3559

InsyaAllah hanya yang terbaik dari kami.


Rumah burung 2 tingkat - Pendapatan selama 25 tahun

Contoh projek 2 tingkat kami di Lekir Perak. Telah pun beroperasi dan mula menghasilkan sarang.


Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi. Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 lot ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas 6 ke 7 tahun\
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.
13) Sarang akan di beli oleh ASTANA SYIFA' dengan harga semasa.
14) Jangkaan pendapatan sebulan bagi satu lot di antara RM 200 ke 600 sebulan apabila sampai masa pengeluaran maksimum sarang.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan. Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia. InsyaAllah, man jadda wa jadda.

Ust Yus
019 3434590

Air walit syifa' menambah stamina

Assalamualaikum

Semalam sewaktu saya ke kedai di kawasan rumah saya, saya tertembung dengan jiran saya. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya. Disebabkan kami jarang dapat bertemu, maka rancak jugalah perbualan kami.

Sedang asyik bersembang, beliau bertanya mengenai bagaimana saya boleh bermain bola sepak dalam tempoh yang lama tanpa henti. Sebelum ini dia kata, saya akan keluar selepas 20 minit tetapi sekarang saya boleh bermain sehingga 2 jam. Saya pun pelik juga. Cuma saya katakan kepada beliau selepas saya mengamalkan air sarang walit syifa' memang sungguh ketara perubahan stamina saya. Dengan umur saya yang hampir menjangkau 40 tahun, saya masih lagi boleh berlari dan merembat bola. Apatah lagi tubuh badan saya yang tidak lagi seperti bujang-bujang dahulu.

Selepas habis bersembang dengan beliau terus beliau "order" sebotol air walit syifa'. Alhamdulillah. Semoga semua umat Islam akan mengamalkan air sarang walit syifa' apatah lagi dengan menjadi ahli anda semua bakal menerima peluang menjana wang melalui program Ekonomi Mudah kami.

Setiap orang berhak untuk berjaya dan mengubah nasib. InsyaAllah

Zahir
0196558840

Monday 19 November 2012

En Bujang Stokis Air walit syifa' - Buat Untung RM 1200 dalam seminggu sahaja

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya dapat panggilan dari tuan Bujang. Menurutnya stok yang baru diambilnya minggu lalu telah pun habis. Sungguh laris. Menurutnya lagi pelanggannya terdiri dari pelbagai kaum. Katanya lagi kaum cina mengatakan air walit syifa' terlalu murah memandangkan kandungan sarangnya yang banyak.

Yang menariknya dia sudahpun menempah stok baru dengan kami dan yang mengejutkan separuh dari stok baru yang ditempahnya itu sudah pun habis ditempah oleh pelanggannya.

Buat sesiapa yang berminat boleh segera menghubungi kami. Dengan sistem komisyen dan bonus yang tinggi saya pasti anda semua boleh berjaya dalam masa yang singkat sahaja. InsyaAllah..

Zahir

0196558840

Testimoni air walit syifa' - ayuh jom berbisnes menambah wang

Testimoni air walit syifa'


Testimoni Kami:

 

1)      Saya mengalami batuk selama berbulan-bulan. Telah banyak ubat yang saya gunakan namun tidak sembuh. Alhamdulillah selepas saya mengambil air walit syifa’ batuk saya terus sembuh. (En Mat Isa – Umur 79 tahun.  Hp:019 460 3556)

2)      Alhamdulillah selepas saya mengambil air sarang walit syifa’ Mectten saya sudah boleh bercakap dan bernafas dengan baik serta bertenaga kembali. Saya mengalami pelbagai masalah selepas pembedahan otak. (Ust Imam Sayfaat merupakan bekas imam 1 Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. HP: 019 3434590)

3)      Isteri saya mengalami batuk dan selsema yang teruk. Alhamdulillah selepas mengambil air walit syifa, Mectten isteri saya telah sembuh sepenuhnya dengan izin Allah swt . Saya juga sudah pun menjadi stokis air walit syifa’ dan pulangannya lumayan. (Ust Karim, Pengajar Al Quran . HP: 0111 5737401)

4)      Alhamdulillah air sarang burung walit syifa’ membantu menyembuhkan batuk saya yang berpanjangan lebih sebulan. Kulit saya juga lebih berseri. (Dr Rosinah Edinin – HP: 019 206 1670)

 

Peluang perniagaan bersama kami menerusi Program Ekonomi Mudah. Modal yang sangat rendah dengan pulangan yang sangat lumayan. PERCAYALAH! SESIAPA YANG MENCEBURI BISNES INI MAMPU MENJANA PENDAPATAN MELEBIHI RM 10 RIBU KE ATAS TANPA HENTI.

 

HIJRAHKAN DIRI DAN EKONOMI ANDA HARI INI. TIDAK RUGI MENCUBA. BISNES SARANG BURUNG WALIT MERUPAKAN BISNES YANG AMAT LUMAYAN. DI MALAYSIA SAHAJA BISNES INI MENJANA RM 1.5 BILLION SETAHUN.
 
Zahir
0196558840
Jika saya tidak sempat menjawab panggilan anda sila sms saya. terima kasih

Sunday 18 November 2012

Rumah burung di Kajang sudah mula diduduki burung



Assalamualaikum

Pagi tadi saya telah pergi ke Kajang untuk penyerahan kunci selepas tamatnya warranty kami kepada tuan rumah burung tersebut iaitu En Razi dan rakannya. Alhamdulillah memang ketara tumpukan tinja burung yang banyak di dalamnya melebihi 30 tempat cukup untuk menggambarkan rumah yang baru berusia 2 bulan ini menunjukkan peningkatan yang cukup ketara.

Buat En Razi terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. InsyaAllah segala kepercayaan kami balas dengan usaha bersungguh-sungguh. Doakan

Zahir
0196558840

Friday 16 November 2012

Bagi yang saya tidak sempat mengangkat Call sila sms sahaja

Assamualaikum

Bagi semua yang menghubungi saya tetapi saya tidak sempat mengangkat telefon, sila sms saya sahaja. Kebelakangan ini saya banyak keluar dari kawasan (outstation). Baru-baru ini saya ke Perak untuk menghantar stok air walit syifa' dan ke rumah burung.

Boleh sms saya dan insyaAllah saya akan menjawabnya.

Jazakallah.

Zahir
0196558840

Salam Maal hijrah 1434H

Assalamualaikum

Saya selaku Pengarah Urusan MECTTEN HOLDINGS SDN BHD (dahulunya dikenali sebagai MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD) ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1434 Hijrah.

InsyaAllah dengan tahun baru ini kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai segala cita-cita kita. Mulai saat ini marilah kita mempertingkatkan segala amal kebajikan kita semoga kita akan mendapat rahmat Allah swt. Jadikanlah akhirat itu puncak tujuan segala hidup dan dunia ini hanyalah satu persinggahan yang sementara.

Bagi yang ingin mengubah hidup kepada yang lebih baik dari segi ekonomi, perlulah terus berusaha dan yakinlah Allah swt tidak akan mensia-siakan hambaNya yang bersungguh-sungguh. Bagi yang ingin menjadi usahawan air sarang walit syifa', kami sedang membuka peluang untuk sesiapa yang berminat untuk bermula dari modal yang sangat rendah. Kami juga memperkenalkan PROGRAM EKONOMI MUDAH yang mana sesiapa yang membeli akan mendapat bonus yang lumayan dengan hanya memperkenalkan kepada rakan-rakan yang lain. Satu majlis taklimat percuma akan diadakan di pejabat tidak lama lagi.

Program ini mampu memberikan pulangan yang lumayan dan berpanjangan dan yang pentingnya halal tanpa riba, insyaAllah.  Doakan

Zahir
0196558840

Tuesday 13 November 2012

PELUANG MENJADI STOKIS NEGERI - Stokis Negeri di cari

Assalamualaikum
 
Stokis Negeri sedang dicari.
 
Semua stokis kawasan akan mengambil stok daripada stokis negeri.
 
Minima modal permulaan hanya RM14,400.

Hanya terbuka kepada bumiputera Islam sahaja.
 
Pasaran yang sangat luas.

Pendapatan yang tinggi.

Tertakluk kepada terma dan syarat.
 
Berminat, sila hubungi no yang tertera di bawah.
 
019 6558840 Zahir

013 3407323 Azmir (CEO MECTTEN)
 
 
Jazakallah

Testimoni yang terbaru air walit syifa'- En Rashidi



Assalamualaikum

Testimoni terbaru air walit syifa':

"Rasa yang sedap, membuat saya suka meminum air walit syifa'. Saya mengalami demam yang agak teruk juga. Alhamdulillah selepas saya membeli air walit syifa' keluaran MECTTEN, demam saya beransur pulih dengan izin Allah. Badan saya juga lebih bertenaga. Terima kasih kepada MECTTEN kerana mengelurakan produk yang sangat baik ini.

En Rashidi - Pengurus di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa di Subang.
Tel- 012 673 6218

Sunday 11 November 2012

Lubang Naga rumah burung - walit suka sgt



Kelihatan walit sedang asyik maksyuk tak nak lari dari monkey house lubang naga Mectten...biarka-biarkan..

Air Aroma Papan Mectten - Terima kasih kepada para pelanggan




Assalamualaikum

Air aroma papan Mectten yang sudah di doakan bagi kegunaan di sapu pada papan meranti untuk menggalakkan sarang dan juga bagi memanggil burung agar tidur di dalam rumah.

Sekarang terdapat dalam bentuk 1.5 liter dengan harga hanya RM 500 sahaja..Sesuai untuk rumah burung baru dan lama.

Hanya lalukan sekali lalu menggunakan roller cat yang kecil ke atas papan. Di gunakan 3 minggu sekali sahaja.

InsyaAllah kita hanya berusaha Allah jua yang menentukan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Haji Shamsuddin dari Maran Pahang yang telah membeli air aroma ini.

Penghantaran adalah melalui POS. Kos RM 500 tidak termasuk kos penghantaran melalui POS. Terima kasih

Zahir
019 6558840

Berkongsi rumah burung - masih ada kekosongan

Assalamualaikum

Rumah burung untuk dikongsi beramai-ramai masih ada.

Modal hanya serendah RM 1600

InsyaAllah selepas habis rumah setingkat ini kami akan membuka pula rumah 2 tingkat dengan kadar modal minima RM 4000 pula.


Modal rendah tetapi keuntungan sehingga puluhan tahun.

Perjanjian perkongsian selama 40 tahun.

Sekian terima kasih.

Zahir
0196558840

Lubang Naga buat burung walit suka untuk masuk







Assalamualaikum

setelah di pasang lubang naga MECTTEN, walit berpusu-pusu masuk ke dalam. Itu pada hari pertama. Pada hari kedua kami di Gua Musang, sudah ada 10 hingga lebih tempat tidur burung. Saya anggarkan sudah ada 14 ekor yang tinggal dalamnya.

Hari kedua saya masuk ke dalam saya ternampak seekor burung walit sedang asyik tidur melekat di pintu masuk lubang naga kami (seperti gambar di atas). Kehadiran saya tidak diambil peduli. Hmmm..saya pun terus tangkap gambar dan tangkap video.


Zahir
0196558840

Terima kasih kerana membeli suara MECTTEN

Assalamualaikum

Nampaknya selepas beberapa video telah saya uploadkan ke dalam U tube semakin ramai yang telah membeli suara kami. Alhamdulillah, telah ramai yang memperakui suara yang kami beri telah pun berjaya membawa perubahan besar setakat ini.

Namun perlu diingat, suara yang baik perlulah datang dengan bunyi luar yang baik dan jelas. Talaan twitter tidak boleh terlalu perlahan. Jenis twitter yang digunakan perlulah berqualiti seperti audax itupun jika anda takut untuk menggunakan horn twitter. Horn twitter agak baik walaupun Horn 1000 sudah cukup memadai. Namun tidak sesuai bagi yang berdekatan dengan rumah orang. Pastikan juga pintu masuk yang mudah dan dalaman juga perlulah betul.

Letakkan aroma papan yang sesuai. Jangan pandang remeh mengenai aroma ini kerana ianya boleh memperbanyakkan sarang kita. Apapun terima kasih kepada semua pelanggan yang memebeli suara ini dari Kuala Terengganu, Jerteh, Perak dan lain-lain. Saya menunggu testimoni anda pula mengenai suara kami..insyaAllah, moga-moga Allah izinkan.


Jazakallah

Saturday 10 November 2012

Berbagai-bagai testimoni dari pelbagai pelanggan di terima mengenai Air Walit Syifa'

Assalamualaikum

Alhamdulillah pelbagai testimoni dari pelbagai pelanggan dari seluruh Malaysia telah kami terima dan kesemuanya mengatakan air walit syifa' memang menjadi penawar yang berharga. Saya sering katakan kepada para pelanggan sebenarnya kita orang-orang Islam sering terlambat dalam mengambil pelbagai kesempatan dan peluang yang Allah swt berikan. Khasiat air sarang burung ini telah di amalkan oleh kaum Cina bermula beratus tahun yang lalu. Kita merasakan kaum cina dilihat lebih bijak dalam segala hal. Namun kita terlupa akan dari segi pemakanan.

Melalui testimoni yang kami terima Air walit syifa' telah berjaya membantu memulihkan dan mengurangkan sakit asma, batuk, nanah dalam perut, luka dalaman, menambah tenaga sex, menambah tenaga luaran, mengurangkan darah tinggi, menurunkan kencing manis, menghilangkan ghaut, mencantikkan kulit dan lain-lain lagi. Ini semua adalah pengakuan pelanggan kepada kami.

Produk kami amat berlainan dari produk lain kerana kami tidak mencampurkan sebarang jeli tetapi hanya sarang walit tulen. Air ini juga sudah di doakan bagi menjadi penyembuh kepada segala jenis penyakit yang ada ubatnya ataupun tidak. Ianya juga di doakan agar peminumnya beroleh kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah dan berkat, serta penerang hati dalam menerima ilmu, insyaAllah.

Bagi yang berminat boleh hubungi stokis yang berhampiran atau hubungi saya di no yang tertera di bawah.

Jazakallah

Zahir
0196558840

Terima kasih orang Kelantan dan Terengganu

Assalamualaikum

Baru sahaja sampai ke Bangi. Penat dan seronok dapat merantau ke Kelantan dan Terengganu dalam 4 hari ni. Alhamdulillah dapat sudah saya ON kan bunyi di rumah tersebut. Rupanya, selepas video tersebut saya uploadkan ke blog, terdapat ramai sahabat kita yang melihat video tersebut teringin membeli suara luar dan dalam. Seperti mana saya beritahu dahulu, saya sedang mempromosikan suara burung walit dengan harga RM 1500 bagi 5 suara. Biasanya satu suara berharga RM 500 setiap satu.


Saya terus bergerak ke Kuala Terengganu pada hari kedua untuk bertemu Stokis air walit Syifa' Terengganu iaitu en Za amin. Beliau juga telah membeli aroma dan suara burung kami. Alhamdulillah. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada beliau.

InsyaAllah kini giliran rumah  burung di Kuala Kangsar dan Layang kanan untuk di siapkan. Di Layang Kanan adalah milik Cikgu Husien dari Pendang. InsyaAllah doakan.

Zahir
019 6558840

Thursday 8 November 2012

Video-Rumah belum siap burung walit sudah masuk Di Gua MUsang



Video ini semasa kami baru sahaja testing suara. Walaupun kerja-kerja masih terdapat "last touch", namun nampaknya burung-burung sudah tidak sabar untuk masuk dan berpaut di papan meranti merah..

VIDEO-Baru on suara burung walit terus masuk- Gua Musang



ALHAMDULILLAH.

Kami menggunakan teknologi Monkey House jenis Lubang Naga MECTTEN. Jenis ini amat disukai oleh walit yang mudah keluar masuk.

Dengan teknologi suara luaran yang baik dan suara dalaman yang membuatkan burung tidak mahu keluar walaupun kita masih berada di dalamnya.

Rumah burung di Gua Musang - Baru on suara burung berpuluh ekor sudah masuk..alhamdulillah

Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk hari ke 2 saya di Kelantan. Alhamdulillah siap sudah projek di Kelantan di kawasan Gua Musang. Selepas ini tinggal projek di Kuala Kangsar untuk saya siapkan.

Alhamdulillah, baru hari pertama saya ON kan suara dan tidak sampai 5 minit begitu banyak burung-burung walit yang masuk. Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kemudahan bagi kerja kami dan kemudahan bagi rezeki tuan rumah burung ini.  Selepas ini saya akan bergerak ke Terengganu pula bagi menghantar air walit syifa' kepada stokis di sana.

Nampaknya permintaan air walit syifa' terus meningkat dari sehari ke sehari. Saya akan masukkan video Gua Musang bagi tontonan semua. Doakan agar semuanya berjalan baik. Jazakallah

Zahir
0196558840

Tuesday 6 November 2012

Stokis terkini - Terengganu

Assalamualaikum

Bagi yang ingin membeli air walit syifa' di Terengganu boleh hubungi Stokis terbaru kami:

En Rafidi : 019 9920 366 - PAKA

En Za ami : 016 - 921 3559 Kuala Terengganu

Amri Ludin - 017 972 7983 - Bandar Kemaman

Monday 5 November 2012

TERKINI: Testimoni dari pelanggan

Assalamualaikum

Dari Salah seorang pelanggan:

Alhamdulillah, air sarang walit syifa' membantu menyembuhkan batuk saya yang berpanjangan lebih sebulan. Kulit saya juga lebih berseri.

daripada Dr Rosinah Edinin (Pensyarah ) - 019 206 1670


Peluang Perniagaan: menjadi agen air walit syifa'

Assalamualaikum

Kami menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak untuk menjadi stokis agen dan pengedar bagi air walit syifa' ini.

Setelah di perbincangkan mengenai usaha MECTTEN untuk menjadi syarikat pembangunan ekonomi ummat Islam maka kami membuka peluang bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen air walit kami.

Syarat-syaratnya asas:

1) Modal permulaan hanya RM 330.

2) Hanya botol 750 ml sahaja

3) Tiada penghantaran percuma (ambil sendiri atau dihantar menggunakan Pos Penghantaran)

4) Kos pos Penghantaran ditanggung oleh agen.

5) Termasuk syarat-syarat lain yang ditetapkan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0196558840


Jazakallah

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Sunday 4 November 2012

Maha Agung Allah pencipta burung walit


Subhanallah, maha suci Allah yang mencipta kita dengan sekalian makhluknya. Burung walit, satu spesis burung yang akan keluar selepas subuh dan balik selepas maghrib. Ada juga yang akan pulang lewat. Dengan habitat yang mudah, maka ianya boleh hidup di mana-mana sahaja di Malaysia ini selagi ada makanan dan minuman.

Walit mampu terbang melebihi 100 km sehari pergi dan balik. Dia tidak memerlukan rehat sewaktu terbang berbelas jam. Mungkin kerana itulah sarangnya mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik. Kalau dahulu kita hanya mendengar kaum cina mendapat manfaat dari sarang burung walit ini, tetapi kini, Allah swt telah memberikan peluang kepada umat Islam untuk merasainya terutama bagi bangsa Melayu.

Sarang walit yang biasanya dijual dengan harga seribu ke atas untuk 3 atau 4 keping sahaja kini sudah mampu untuk diminum dengan harga RM 130 sahaja. Memang terlalu murah. Namun inilah antara usaha awal kami ingin memberi masyarakat Islam menikmati khasiatnya. Betapa beruntungnya masyarakat Islam kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat dan faedah dari langit ini.

Alhamdulillah, selagi kami mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik maka akan kami lakukan. Semoga terdapat sedikit pahala pemberian Allah swt di situ. Mungkin semakin lama semakin banyak pula khasiat-khasiat baru yang kita ketemui. Begitulah hebatnya Allah dalam memberikan kebaikan kepada kita semua.


Zahir
0196558840

Saturday 3 November 2012

Imam Syafie, manusia agung kurniaan Allah swt



Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menghabiskan membaca buku mengenai Imam Syafie tulisan Abdul Latip Talib. Buku ini saya baca selepas saya membaca kisah Imam Hanafi sebelum ini dari penulis yang sama.

Alhamdulillah begitu banyak info yang sangat berguna tentang Imam besar kita ini. Saya cukup tertarik mengenai sikapnya yang merendah diri dan tidak pernah berhenti dari mencari ilmu. Walaupun beliau di fitnah oleh golongan muktazilah namun beliau tidak pernah marah malah menganggap musuh sebagai cerminan bagi dirinya dimana dia boleh melihat dimana kekurangannya dan dimana beliau boleh pula berdakwah dengan penuh kesabaran.

Walaupun hidupnya serba dalam kekurangan semenjak kecil disebabkan kemiskinan, namun Imam as-Syafie telah menunjukkan kemiskinan bukanlah penghalang untuk beliau menuntut ilmu. Dan dengan menuntut ilmu itulah beliau dapat meningkatkan taraf hidup dan penghormatan di mata masyarakat di seluruh dunia.

Imam as-Syafie juga berani dalam menegur kemungkaran dan kesalahan pemerintah. Beliau tidak berselindung atau mengampu orang-orang besar dan kaya demi mendapat ganjaran lumayan. Beliau juga seorang yang ikhlas dalam segala hal. Ikhlas kepada Allah swt dan ikhlas kepada manusia juga kerana Allah swt. Beliau juga tidak pernah berdendam dengan mana-mana pihak yang menfitnah beliau malah mengampunkan mereka.

Subhanallah. Sayang sekali zaman ini kita tidak lagi dapat bertemu insan semulia ini. Malahan tidak mungkin ada ulamak yang mampu menjadi sealimnya, warak dan zuhud sepertinya. Apatah lagi terlalu banyak peninggalan ilmu-ilmu di dalam kitab-kitabnya. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh di akhirat kelak...

Wallahualam

Zahir
0196558840

Friday 2 November 2012

PROMOSI ALAT PENGGERA RUMAH - DISKAUN SEHINGGA 30 November 2012

Assalamualaikum



Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk pemasangan)

Ciri-ciri:
1) Mempunyai 2 siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik


Sesuai untuk:
Kawasan perumahan
Kawasan Rumah Kedai
Rumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.


Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.


Zahir
0196558840

Thursday 1 November 2012

Ittipat Top - Billionaire antara termuda di dunia

Assalamualaikum

Sedang saya berehat di rumah saya mula mencari kisah kejayaan ahli-ahli perniagaan terutamanya kisah benar. Mulanya kelmarin saya cuba cari sebuah filem yang bertajuk The Pirates of Silicone Valley. Ini kali ke 2 saya menontonnya. Ianya berkaitan kisah benar bagaimana Steve Job (pemilik asal Apple) dan Bill Gates (Microsoft) manusia terkaya di dunia, yang memulakan perniagaan dari bawah.

Kemudian saya cuba search sebuah lagi cerita mengenai usahawan yang berjaya yang berlandaskan kisah benar (true story). Saya telah terjumpa sebuah cerita mengenai Ittipat Top yang bertajuk The Billionaire. Kisah bagaimana anak muda yang menjadi billionaire dengan berusaha tanpa jemu dan yang nampak mustahil akhirnya menjadi kenyataan.

Sebenarnya inilah yang telah diajar oleh Islam itu sendiri mengenai sifat tidak putus asa dan terus bergerak. Rasullullah sendiri telah menunjukkan contoh tauladan yang terbaik dalam berniaga. InsyaAllah semoga kita semua tergolong dalam orang yang mendapat keuntungan di dunia dan akhirat. Apapun anda boleh tonton filem The Billionaire ini di you tube. Yang mana baik kita jadikan ikutan dan mana yang buruk kita buang jauh-jauh. InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita.

Wallauhualam

Zahir
0196558840

Monday 29 October 2012

Pasaran Air Walit untuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapore

Assalamualaikum
 
Terkini yang ingin membeli air sarang walit syifa' ke Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia maka bolehlah menghubungi nama yang tertera di bawah:
 
Ust Yus - 019 343 4590
 
 
Kami memohon maaf kerana sebelum ini terpaksa menghampakan ramai pelanggan dari sana kerana tidak dapat membuat penghantaran ke sana di sebabkan tiada stokis. InsyaAllah kami akan menghantar menggunakan pos ke sana.
 
 
Jazakallah

Lot Kilang air tinggal 3 lot sahaja lagi

Assalamualaikum


Lot kilang air walit syifa' untuk yang ingin jadi rakankongsi ada lagi berbaki 3 lot sahaja lagi.

Nilai 1 lot bersamaan RM 10k.

2 tahun pertama pengembalian modal.

tahun ke 3 keuntungan akan dibahagikan 1 lot bersamaan 1% dari untung bersih kilang air tersebut.


Potensi pendapatan jangkaan RM 10k ke atas sebulan. InsyaAllah


Zahir
0196558840

Sunday 28 October 2012

Tiada yang mustahil jika kita ingin kembali kepada Allah


doaku (haddad alwi feat padi) with lyrics




Hati yang resah bila mengingati Allah akan tenteram..bagi yang hidup dalam kegelapan, dalam kepayahan mahupun dalam kesesatan..tidak nampak jalan keluar dari segala halangan bagaikan di hadapan ada gunung besar yang tidak mungkin dapat di lalui..lalu yakinilah ...setiap kesusahan atau apa sahaja di dunia ini rintangan yang dilalui, pasti ada jalan keluarnya..pasti ada penghujungnya..kerna Allah itu tidak pernah tidur, mengantuk malahan Allah swt itu sentiasa ada untuk mendengar keluhan dan doa hamba-hambaNya..bagaimana mungkin pencipta kita terlupa akan kita sedangkan kitalah yang sering melupakan Allah..

Berdoalah dan merintihlah..kerana Allah merindui hamba-hambaNya yang selalu merintih dan meminta pertolongan..Allahuakbar

Stokis terbaru dari Muar Johor

Assalamualaikum


Bagi sesiapa yang berada di Johor lehlah menghubungi stokis terbaru kami dari Muar untuk mendapatkan stok air walit syifa'.


Cikgu Razi - 013 652 6073  (Muar Johor)


Jazakallah

Saturday 27 October 2012

Lot rumah burung di Jerteh masih terbuka. Rumah sudah beroperasi

Assalamualaikum

Lot rumah burung di jerteh masih ada lagi.

Satu lot bersamaan 1% pemilikan berharga RM 15ribu.

Perjanjian selama 40 tahun.

Rumah sudah beroperasi selama 2 tahun.

Saiz rumah  20kaki x 50kaki x 3 tingkat.

Setakat ini penghasilan sarang dalam masa 3 ke 4 bulan 1/2kilo ke 1 kilo.

Maksimum pengeluaran selepas tempoh matang 20kg ke 30kg sebulan.

Berminat sila hubungi Ust Yus 019 3434590

Perjanjian peguam RM 1000.

Jazakallah

Air walit syifa' di Kuantan tinggal sedikit sahaja lagi

Assalamualaikum

Stokis kami En Ikhwan memberitahu kami stok beliau di Kuantan tinggal beberapa botol terakhir lagi. Katanya stok air walit ini agak laris di sini. Ramai yang meminumnya telah memuji kelazatan air tersebut dan yang paling menariknya, air tersebut telah didapati berkesan dalam memulihkan tubuh badan pelanggan.

Bagi yang masih belum merasai air tersebut dan ingin membelinya bolehlah menghubungi saudara Ikhwan di talian 019 9984095

Adalah di nasihatkan bagi mendapat kepuasan elok sekiranya para pelanggan membeli air walit 750ml dengan harga RM 130 sahaja. InsyaAllah sekali dah cuba pasti terasa perubahannya.


Wallahualam

Zahir
0196558840

Friday 26 October 2012

Ayuh lakukan hari ini untuk tempoh 5 tahun akan datang. Rumah burung secara berkongsi masih dibuka

Assalamualaikum


Perkongsian rumah burung masih dibuka. Mengapa anda perlu sertai:

1) Tanah disediakan
2) Rakan kongsi yang sedia menunggu
3) Potensi perniagaan yang baik
4) Milikan perkongsian selama 40 tahun
5) Mectten hanya sebagai kontraktor dan konsultan yang akan mengajar selok belok rumah burung.
6) Modal serendah RM1600 sahaja
7) Rumah bersaiz 20kaki x 80 kaki x setingkat dan mampu mengeluarkan hasil sehigga 10kg sebulan bila sampai tempoh maximum.
8) Sarang dibeli oleh Mectten semula.
9) Tidak perlu bagi makan, minum atau ubatan kepada burung walit tetapi boleh menghasilkan pulangan yang lumayan
10) Tiada unsur haram dalam perniagaan ini.

Bayangkan jika anda ingin berniaga burger sekalipun, modal untuk gerai, bahan mentah dan lain-lain anda masih memerlukan sekitar RM5ribu. Itu belum lagi dikira tenaga dan masa yang diperlukan untuk anda menjaga dan menjual burger tersebut. Lokasi juga perlu betul dan perlu diingatkan anda perlu berusaha keras untuk mendapat balik pulangannya.

Dengan perniagaan rumah burung ini, terlalu banyak kebaikannya. Anda tidak perlu berhenti kerja. Bina rumah burung dan nikmati hasilnya secara perlahan-lahan dahulu. Kemudian setelah tahap maksimum, anda akan tahu betapa beruntungnya anda berada dalam insutri ini, insyaAllah.

Tiada yang mustahil. Inilah rahsia besar bagaimana kebanyakan pengusaha kaum cina yang menjadi jutawan yang benar-benar senyap. Ayuh, lakukan perubahan hari ini untuk tempoh 5 tahun akan datang.








Thursday 25 October 2012

Air Walit Syifa'



Sesuai untuk semua golongan..

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum

Allahhuakbar Allhuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
 

Saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha bagi pihak keluarga Mectten kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Sekali lagi kita menyambut hari Raya Qurban yang mana telah beribu kali kita difahamkan besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menjalankan perintah Allah swt. Sebagai seorang muslim yang mukmin, kita sewajarnya meniru segala bentuk pengorbanan perjuangan kita tanpa perlu merungut dan mencari salah yang lain. Begitu juga dalam perjuangan Mectten yang ingin melahirkan ummah yang berjaya mengankat ekonomi Islam selaras dengan syariatNya.

Cubalah kita lihat realiti masyarakat kita, sangat sukar untuk mengambil peluang yang halal dan baik. Ramai antara kita lebih gemar dengan perniagaan dan pelaburan yang boleh mendatangkan hasil yang banyak dan cepat. Senario begini amat mendukacitakan apabila perkara-perkara syubhah sering di lakukan tanpa memikirkan kemanakah wang pelaburan kita itu di "laburkan" kembali samada ke tempat-tempat yang Allah redai ataupun tidak.

Memang tidak dinafikan pelaburan yang syubhah ini boleh mendatangkan pulangan yang lumayan sehingga tidak masuk akal, sehingga ada yang mampu bergelar jutawan. Namun sebagai hamba Allah swt, setiap kekayaan perlulah berlandaskan syariat. Kita tidak mahu hidup mewah tetapi di malam hari kita tidak dapat tidur kerana pelbagai masalah dunia. Ada manusia yang hidupnya hanya di pondok buruk namun tidurnya lena. Berapa ramai orang-orang yang kaya sekeliling kita hidup mewah, berkereta mewah, namun tiada kedamaian dalam hatinya.

Akhirnya ianya melibatkan keseluruhan hidup kita, termasuk anak-anak yang tidak menjadi. Fikirkan sejenak, biarlah kita susah sedikit asalkan ianya mendapat keredhaan Allah swt. Biarlah perniagaan kita tidaklah menghasilkan hasil yang berjuta ringgit dalam masa yang singkat asalkan tiada unsur tindas menindas. Biarlah rezeki kita tidak semewah yang lain asalkan apabila diaudit di akhirat kelak ianya selamat dari menghumbankan kita ke dalam api neraka jahannam.

Apapun saya bersyukur kerana ramai di sahabat-sahabat rakanniaga dalam MECTTEN sudah lama menyedari perkara ini. Ingatlah selalu, tinggalkan yang haram maka kita akan dapat yang halal. Itu adalah janji Allah swt. Bagi hari raya Qurban kali ini, ayuh marilah kita berqurban agar tidak lagi melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah swt..

Doakan untuk saya dan Mectten agar sentiasa berada di jalan yang benar selalu..insyaAllah


Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN HOLDINGS SDN BHD
0196558840

Wednesday 24 October 2012

Puasa sunat Arafah

Assalamualaikum...




Esok hari Khamis adalah 9 Zulhijjah maka sunat bagi kita berpuasa. Puasa hari Arafah ini telah dijanjikan Allah akan dihapuskan dosa yang yang lalu serta tahun yang akan datang.

 dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Saya dapati begitu ramai yang bertanya bagaimana untuk niat puasa ini. Mengikut apa yang saya ketahui, niat ini ada beberapa cara. Cukup sekadar kita niat puasa sunat di dalam hati pun sudah memadai. Ada juga yang mengatakan perlu niat yang penuh seperti di bawah.


DO'A NIAT PUASA ARAFAH

نويت صوم عرفة سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
“ Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.”


InsyaAllah marilah kita beramai-ramai berpuasa esok hari. InsyaAllah moga-moga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang beruntung..

Wallahualam

Zahir
0196558840

Pelanggan hidap kanser antara yg menggunakan air walit syifa' di Melaka

Assalamualaikum.

Di Melaka terdapat pesakit yang menghidap kanser payu dara antara yang mengamalkan air sarang walit syifa'. Menurut stokis kami Puan Noremi, pelanggan di Melaka datang dari pelbagai masalah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan terdapat seorang yang menghidap barah payudara.

Menurut pesakit tersebut, kesakitan yang ditanggungnya berkurangan. Namun menurut kajian dari pihak kementerian China, sarang burung hanya boleh mencegah kanser jika kita mengamalkannya dari awal. Walaupun begitu segalanya adalah di bawah kuasa Allah swt juga. Jika Allah berkehendakkan maka ianya mampu jadi ubat penyembuh.

Kami mendoakan agar semua yang mengambil air walit syifa' ini mampu sembuh dari segala jenis penyakit yang dihidapi insyaAllah.

Bagi yang tinggal di Melaka boleh menghubungi stokis kami di sana di talian 012 318 4459 PN NOREMI.

Jazakallah

Zahir
0196558840

Kami akan ke Terengganu untuk menghantar stok air

Assalamualaikum



Selepas hari raya Haji ini kami akan ke Terengganu bagi menghantar stok kepada stokis-stokis baru di sana. Nampaknya insyaAllah, ramai pelanggan yang menelefon kami sebelum ini pasti tidak akan dihampakan lagi dengan ketiadaan stokis di sana. Namun masih banyak lagi stokis-stokis baru diperlukan memandangkan pasaran di sana yang cukup luas.

Bagi yang ingin menjadi stokis di sana maka bolehlah menghubungi kami. Jazakallah

Zahir
0196558840

Tuesday 23 October 2012

Lihat bukti baru pilih kontraktor



Assalamualaikum

Semakin lama semakin banyak cerita yang saya dapat rumah burung yang dibina tiada burung walaupun sudah bertahun dibina. Masalah yang sering kita dapati ialah ramai pengusaha tersilap dalam melantik kontraktor. Apatah lagi di internet sendiri begitu banyak yang mengaku kontraktor dan konsultan yang kononnya berpengalaman namun sebenarnya hanyalah kontraktor cari makan sahaja yang tidak ada pengalaman tetapi bercerita umpama merekalah yang paling hebat.

Yang mampu saya nasihatkan ialah cuba lihat hasil kerja kontraktor tersebut. Lawatilah bahagian dalaman rumah burung mereka. Jika benar ada hasil maka bolehlah buat dengan mereka. Tetapi jika mereka sendiri tidak benarkan kita melawatnya maka ternyata ini semua kontraktor yang kita perlu berhati2. Adakalanya mereka hanya pandai bercakap dan kita tertarik dari gaya percakapan mereka sedangkan mereka sendiri tidak ada rumah burung.

Wallahulam

Zahir
0196558840