Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum

Allahhuakbar Allhuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
 

Saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha bagi pihak keluarga Mectten kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Sekali lagi kita menyambut hari Raya Qurban yang mana telah beribu kali kita difahamkan besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menjalankan perintah Allah swt. Sebagai seorang muslim yang mukmin, kita sewajarnya meniru segala bentuk pengorbanan perjuangan kita tanpa perlu merungut dan mencari salah yang lain. Begitu juga dalam perjuangan Mectten yang ingin melahirkan ummah yang berjaya mengankat ekonomi Islam selaras dengan syariatNya.

Cubalah kita lihat realiti masyarakat kita, sangat sukar untuk mengambil peluang yang halal dan baik. Ramai antara kita lebih gemar dengan perniagaan dan pelaburan yang boleh mendatangkan hasil yang banyak dan cepat. Senario begini amat mendukacitakan apabila perkara-perkara syubhah sering di lakukan tanpa memikirkan kemanakah wang pelaburan kita itu di "laburkan" kembali samada ke tempat-tempat yang Allah redai ataupun tidak.

Memang tidak dinafikan pelaburan yang syubhah ini boleh mendatangkan pulangan yang lumayan sehingga tidak masuk akal, sehingga ada yang mampu bergelar jutawan. Namun sebagai hamba Allah swt, setiap kekayaan perlulah berlandaskan syariat. Kita tidak mahu hidup mewah tetapi di malam hari kita tidak dapat tidur kerana pelbagai masalah dunia. Ada manusia yang hidupnya hanya di pondok buruk namun tidurnya lena. Berapa ramai orang-orang yang kaya sekeliling kita hidup mewah, berkereta mewah, namun tiada kedamaian dalam hatinya.

Akhirnya ianya melibatkan keseluruhan hidup kita, termasuk anak-anak yang tidak menjadi. Fikirkan sejenak, biarlah kita susah sedikit asalkan ianya mendapat keredhaan Allah swt. Biarlah perniagaan kita tidaklah menghasilkan hasil yang berjuta ringgit dalam masa yang singkat asalkan tiada unsur tindas menindas. Biarlah rezeki kita tidak semewah yang lain asalkan apabila diaudit di akhirat kelak ianya selamat dari menghumbankan kita ke dalam api neraka jahannam.

Apapun saya bersyukur kerana ramai di sahabat-sahabat rakanniaga dalam MECTTEN sudah lama menyedari perkara ini. Ingatlah selalu, tinggalkan yang haram maka kita akan dapat yang halal. Itu adalah janji Allah swt. Bagi hari raya Qurban kali ini, ayuh marilah kita berqurban agar tidak lagi melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah swt..

Doakan untuk saya dan Mectten agar sentiasa berada di jalan yang benar selalu..insyaAllah


Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN HOLDINGS SDN BHD
0196558840