Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Sunday 22 July 2012

Bisnes sarang burung untuk diwarisi ke anak cucu





Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadhan.

Alhamdulillah hari ini kita sudah 2 hari menjalani ibadah puasa. Bersyukur ke hadrat Allah swt dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia pengusaha rumah burung tetap mengaut keuntungan yang lumayan. Bagi rumah burung yang belum banyak sarangnya, pengusaha perlu bersabar. Ini merupakan perniagaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Apatah lagi sabar itu adalah sebahagian dari iman. Kita sebagai orang Islam lah yang seharusnya mempercayai dan membina rumah burung yang banyak kerana konsep sabar ini sudah diajar semenjak kita kecil lagi. Dengan sabar insyaAllah rezeki kita akan bertambah dan yang penting ianya halal dan thoiyibah.

Bisnes sarang burung ini sudah mula dipelopori oleh orang-orang Islam ketika ini. Syukur ke hadrat Allah swt di atas kesedaran ini. Ada yang bertanya kepada saya adakah perniagaan ini boleh bertahan sehingga seratus tahun lagi? Jawapan saya InsyaAllah sarang burung ini boleh bertahan 1000 tahun lagi atau mungkin lebih. Manakan tidak, pengguna yang menggunakan sarang burung ini semakin hari semakin bertambah. Ketika ini semua yang sudah mencubanya ternyata mengalami perubahan yang baik dari segi kesihatan. Pada saya, jika sarang burung ini mendapat sambutan yang hebat di Malaysia maka tidak mustahil kita tidak lagi memerlukan kebenaran untuk mengimport sarang keluar negara.

Bagi saya keupayaan Mectten membuat air sarang walit syifa' merupakan satu petanda bahawa bisnes sarang burung ini bukanlah omongan kosong. Inilah perniagaan yang sangat berdaya saing dan maju apatah lagi pada tahun 2006 pengambilan sarang di seluruh negara yang mempunyai burung walit dianggarkan bernilai RM 11 ke 12 billion. Biar apapun kata orang, bagi yang mempunyai rumah burung pasti tahu apa yang saya maksudkan.

Seorang pelanggan kami pernah mengeluh kerana menyesal membina rumah setingkat. Beliau tidak menjangka rumah burung setingkatnya semakin hari semakin bertambah sarangnya. Yang penting hasilnya itu mudah sangat untuk dijual. Sarang burung pula tidak ada expired date. Jika kita simpan setahun pun tiada masalah. Asalkan disimpan dengan baik.

Kita sibuk menyimpan duit untuk hari tua. Kadangkala kita takut untuk melaburkan dalam perniagaan kerana takut rugi. Sebenarnya dengan menyinpan duit kita adakalanya baik adakalanya tidak. Sebagai contoh, duit yang banyak tetapi tidak dibiakkan boleh menjadi tidak cukup apabila kita dilanda masalah. Katalah kita jatuh sakit, atau anak kita memerlukan wang, akhirnya wang yang kita kumpul tetap habis. Ramai yang habis duit begitu sahaja. Ada yang habis duit EPF kerana memenuhi kehendak anak-anak. Ada yang memberi pinjam dan sebagainya. Tidak dinafikan memberi pinjam itu amat mulia di sisi agama. Tetapi lebih baik jika kita boleh meminjamkan wang dan bersedekah. Dalam masa yang sama kita mempunyai sebuah bank yang dapat memberikan wang setiap bulan tanpa perlu bekerja siang dan malam.

Apatah lagi dengan rumah burung ini, kita sudah bersedia mewariskan kepada anak-anak kita serta cucu-cucu kita. Katalah umur kita 30 tahun dan anak-anak dalam 1 hingga 5 tahun. Rumah burung yang dibina mampu bertahan lagi 100 tahun atau lebih. Selepas maksimum 5 tahun rumah setingkat sahaja mampu mengeluarkan 8kg ke 10 kg sebulan. Setiap bulan selepas kita berumur 35 tahun pendapatan kita insyaAllah diantara RM 10ribu ke RM 60 ribu. Katalah kita dipanggil Allah dalam umur kita 60 tahun. Dalam masa 25 tahun kita sudah menikmati antara RM 3 juta ke RM 18juta. Selepas itu giliran anak-anak pula menikmatinya dan seterus akan terus dinikmati oleh cucu. Malahan tidak mustahil jika ianya terus diwarisi kepada cicitnya pula.

Itu dari segi kewangan. Jika sudah kita dapat mewariskan kepada anak dan cucu, bagaimana pula dengan pahalanya. Bayangkan jika kita berniat kerana ingin meningkatkan kehidupan kerana Allah swt, tidakkah ianya menjadi amalan yang berpanjangan bersedeqah kepada keturunan kita kelak. Kita telah menyiapkan satu benteng kewangan yang kukuh yang mana dapat menyelamatkan keturunan kita dari hidup susah dan meminta-minta. Cuba kita perhatikan berapa ramai insan yang hidup dalam kedhaifan. Berapa ramai pula yang berumah batu tetapi terhimpit dalam masalah hutang di bandar-bandar besar? Ada pula yang berhutang dengan along sehingga hidup mereka terancam. Kemiskinan ini baik hanya bagi yang redha. Tetapi satu bebanan berat bagi yang tidak sanggup bersabar. Kerana kemiskinan ramai yang jadi perompak, jadi pelacur, jadi penagih dan banyak lagi. Sanggupkah kita melihat anak cucu kita terjebak dalam kancah seperti ini satu masa nanti, nauzubillah.

Dikala masih ada peluang ada masa, ada kudrat, ayuh bangunkan ekonomi kita. Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan mencuba. Allah akan membantu kita keluar dari masalah jika terus berusaha dan berdoa. Biarkan mereka-mereka yang tidak ingin berubah dan berkata negatif. Kerana saya tahu, orang yang hanya berkata negatif itu sendiri tidak punya apa-apa melainkan mengeluarkan pendapat yang negatif. Yang negatif akan terus tertinggal tetapi yang berusaha dengan ikhlas insyaAllah Allah swt tidak akan sia-siakan. Jika anda mahu lihat buktinya, mulakan hari ini, insyaAllah dalam 5 tahun lagi anda bakal bergelar jutawan..moga-moga jutawan yang beriman..insyaAllah

Zahirudin Salehuddin
Managing Director MECTTEN GROUP
0196558840