Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Friday 18 January 2013

Pertahankan Islam maka kita akan selamat dunia dan akhirat

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga saya berjumpa dengan jumaat yang mulia ini. Di akhir-akhir ini begitu banyak kisah-kisah politik yang berlegar-legar di media massa. Adakalanya tak masuk akal kita sebagai orang Islam.


Ada yang menyuruh bersatu, ada yang menyalahkan politik dalam Islam, ada yang membenarkan politik dalam Islam. Sebagai orang Islam yang mengakui beriman, maka wajib bagi kita mengikuti apa sahaja yang di suruh oleh Allah swt dan rasulNya dan meninggalkan apa yang dilarang. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Ingatlah bagi kita semua, barangsiapa yang menolak, walaupun 0.000005 % maka hukumnya kufurlah seseorang itu. Inilah pandangan ulamak-ulamak muktabar yang telah dipersetujui oleh jumhur ulamak.

Setiap dari kita akan disoal di akhirat kelak mengenai semua ini. Akan di tanya semua perkara walau sebesar-besar zarah. Kita semua mahukan belas kasihan dan rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat apatah lagi. Ramai di kalangan orang Islam kita tersasar jauh dalam penilaian mengenai Islam apabila hanya mengatakan Islam ini pada sembahyang, puasa, haji, zakat tetapi terlupa beriman kepada apa yang Allah swt telah turunkan adalah menjadi perkara yang utama sebagai orang mukmin.

Ramai yang tersilap dalam menentang arahan Allah swt hanya berlandaskan pemikiran akal logik yang mana cenderung bagi nafsu diri sendiri. Kerana itulah wajib bagi kita menuntut ilmu dari guru yang mursyid dan bukannya sekadar sedikit-sedikit. Dimanakah kedudukan kita di kahirat kelak? Sanggupkah kita dikumpulkan bersama golongan yang menderhaka kepada Allah swt hanya kerana mendapat habuan dunia yang amat sedikit berbanding di akhirat kelak?

Saya berpesan kepada diri saya dan diri sahabat-sahabat semua, seruan Allah dan Rasul telah pun termaktub sejak lama lagi, janganlah kita menjerumuskan diri kita ke lembah maksiat kepada Allah swt dan terus berada dalam kesesatan. Ingatlah, di akhirat kelak tiada tempat lagi untuk kita lari, bahkan hanya iman dan taqwa yang sejati di dunia ini akan menyelamatkan kita dari bakaran api neraka kelak. Wallahualam

Zahir