Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday 4 September 2012

Khasiat sarang burung banyak sekali - Mengapa perlu eksport ke luar?

Assalamualaikum


Ramai yang bertanya saya apakah khasiat sarang burung walit ini? Saya katakan mengikut banyak. Untuk menjimatkan masa saya mencari khasiatnya, saya telah quote khasiat dari sebuah blog:

Khasiat Sarang Burung Walit
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
 
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
 
# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
 
# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
 
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
 
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
 
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
 
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
 
Sumber: http://anizyn.blogspot.com

Saya juga sempat menjenguk laman web di alamat http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/312-pertanian-komersial/7795-khasiat-sarang-burung-walit.html yang menceritakan khasiat sarang burung seperti dibawah:

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik.
 
Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
 
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
 
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
 
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
 
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
 
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
 
Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
 
Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.



Namun sebagai salah seorang pengguna tetap sarang burung ini, bagi saya terlalu banyak perkara yang telah berlaku kepada saya dan para pelanggan yang telah mencubanya. Antaranya tenaga dalaman yang meningkat dan stamina tubuh badan yang bertambah 2 kali ganda. Maaf ini bukan berniat untuk menceritakan yang sulit. Ini adalah hasil kajian saya ke atas tubuh badan saya. Bukan sahaja lelaki sahaja yang menceritakan pengalaman ini malahan kaum wanita juga terasa semakin muda. Hubungan suami isteri semakin baik.

Jika sudah khasiatnya begitu banyak mengapa perlu kita mengeksport sarang ke luar negara sedangkan khasiat ini boleh dinikmati oleh rakyat negara ini. Kita kagum dengan rakyat negara China yang berkulit cantik, memiliki tenaga yang kuat seperti atlit-atlit mereka, kecerdasan otak yang tinggi dan lain-lain tetapi kita terlupa faktor pemakanan mereka yang amat menggemari sarang burung walit.

Apatah lagi sarang burung walit hanya terdapat di negara asia tenggara yakni Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand. Jika rakyat Malaysia, Indonesia dan Thailand menjadikan sarang burung ini makanan yang wajib diambil walau sebulan sekali, insyaAllah jumlah sarang yang ada tidak mencukupi. Ketika ini kerajaan China masih lagi mengekalkan "penutupan" pintu eksport sarang ke negaranya.

Bagi saya, biarkan jika negara China tidak mahu mengambil sarang dari kita, dan kita lihat sejauh mana masyarakat mereka boleh hidup tanpa sarang burung kita. Bukan jual mahal tetapi sarang walit ini terlalu berharga untuk di jual kepada negara luar. Bayangkan jika air sarang walit syifa' pun kami sudah kehabisan stok sarang, apatah lagi jika permintaan air ini meningkat nanti. Bagi saya Ini peluang yang amat baik bagi kita membudayakan sarang burung walit dalam makanan dan minuman kita. InsyaAllah jika kita sudah mengetahui khasiatnya, sudah pasti sarang yang ada hanya untuk pasaran tempatan dan sudah tentu rumah yang ada di Malaysia ini tidak cukup bekalannya..InsyaAllah

Zahir