Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday 12 June 2012

Jika kita tidak mencuba manakan tahu hasilnya

Assalamualaikum

Mectten merupakan satu singkatan nama bagi Muslim Economy Community Territorry Network. Ianya merupakan satu cita-cita saya yang telah lama terpendam. Satu ketika dahulu saya pernah cuba menggabungkan tenaga orang-orang melayu Islam sahaja. Namun saya terfikir bukankah Islam ini Universal. Biar apapun bangsa kita, asalkan kita seorang Muslim maka kita semua bersaudara dan sama di sisi Allah swt. Islam bukanlah milik orang melayu semata-mata. Malah ada orang bukan melayu yang ternyata lebih alim dan warak berbanding orang-orang melayu itu sendiri.

Saya lihat orang-orang Islam sudah terlalu jauh ketinggalan. Sebagai contoh, apabila perayaan agama Buddha berlangsung, stok keperluan makanan akan menjadi sangat terhad. Sedangkan keperluan ini merupakan satu bentuk kelangsungan hidup kita semua. Apa akan jadi jika bangsa dan agama lain bercuti lebih lama? Apa akan jadi dengan kita?

Sistem yang ada di negara ini telah dipelopori oleh orang-orang yang bukan beragama Islam dari sudut ekonominya. Mengapa mereka begitu maju? Kenapa kita sering tertinggal? Cuba lihat orang-orang berbangsa Cina, mereka bersatu hati dalam mengembangkan ekonomi mereka. Mereka mempunyai persatuan yang aktif. Mereka bergerak secara bersama dan percaya antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah ada kedai-kedai mereka boleh bertahan berpuluh tahun walaupun pelanggannya macam tak ada. Cuba kalau orang Melayu Islam berniaga restoran. Belum tentu orang -orang Islam akan datang dan makan ke sana. Dalam masa 6 bulan maka semuanya akan musnah. Kedai tersebut akan di tutup kerana kurangnya aliran modal.

Kita sebagai orang Islam di Malaysia sepatutnya lebih maju. Buying Power kita adalah antara tertinggi. Namun kita seringkali terlupa kita jugalah yang tidak menyokong produk keluaran kita. Pada masa yang sama, produk yang tiada kualiti perlu kita buangkan dari market kita. Jangan lakukan perniagaan yang menipu orang semata-mata untuk mengaut keuntungan. Hidup kita hanyalah sementara. Entah esok lusa kita akan mati dan sudah pasti mahkamah agung di akhirat kelak menanti. Tiada tempat untuk berselindung. Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang terselindung dalam hati kita.

Berbalik kepada soal orang-orang Melayu Islam, kebanyakan kita harus membuang sikap sinis, tidak percaya dan berbagai lagi yang negatif. Cuba lihat orang-orang yaang berjaya, semuanya mempunyai sikap yang positif. Jika kita berani mencuba insyaAllah kita akan berjaya. Jika kita terus bersikap negatif, maka kita tidak akan dapat mencapai kekayaan. Islam menyarankan kita kaya agar dapat membantu yang lain. Sebaiknya setelah kita berfikir mengenai apa-apa peluang yang ada, kita lakukan solat isyhtikharah. Bukankah jawapan dari Allah swt itu yang terbaik? Maka bermula saat ini berfikirlah secara positif dan buangkanlah sifat-sifat yang tak elok dalam diri kita. Ingatlah, jangan kita bersikap dengki dan khianat kepada orang lain, kerana janji Allah pasti benar bagi yang berlaku zalim. Jadilah hamba Allah yang jujur dan amanah. InsyaAllah akan dibukakan jalan-jalan menuju ke arah keredhaanNya. Wallahualam

Zahir 0196558840