Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday 24 April 2012

SOALAN DARI SAHABAT DARI JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan Zahirudin antara sifu-sifu
walet hebat bagi diri sy secara peribadi yang selalu sy
diikuti dalam blog-blog perwaletan di Malaysia, semoga sihat
alhamdulillah hendak-Nya..
Nama sy Zulkifli dan amat berminat selain ingin menceburi bidang perwaletan
ini cuma kekurangan ilmu, pengalaman serta masih memerlukan tunjuk ajar
walaupun pernah menghadiri seminar/kursus (mungkin kerana teori sahaja yg
di terjemahkan atau diri sy sendiri yg tidak memberi perhatian)
Jika Tuan tidak keberatan untuk memberi nasihat, pandangan, cadangan serta
berkongsi pengalaman sy ingin mengutarakan persoalan serta permasalahan
berkaitan dunia perwaletan kepada Tuan..

Serba sedikit mengenai diri sy beserta penerangan permasalahan yang
dihadapi :-
-Berasal dari Kulim, Kedah.
-Bekerja di Johor Bahru.
-Kakitangan kerajaan (perundangan).
-Pernah menghadiri seminar 1GP di Pej. Jab.Vaterinar Cheras pada Mei 2011.
-Pernah menghadiri Kursus Burung Walet di Hotel Sri Malaysia, Negeri
Sembilan
-Mempunyai keluasan tanah (anggaran 3 ekar) milik keluarga berstatus
pertanian yg sesuai pada pendapat sy iaitu berdekatan sawah padi,sungai dan
hutan bagi mendirikan rumah burung walet terletak di kawasan Baling, Kedah
(sekarang baru ditanam semula anak-anak pokok getah)
-Telah memperolehi Surat Sokongan bertulis dari Jab.Vaterinar Negeri Kedah
(walupun pada mulanya menghadapi masalah karenah birokrasi) sepertimana
termaktup didalam buku 1GP dan dimaklumkan oleh pihak bank dan PBT ia
merupakan salah satu syarat wajib bagi kelulusan pinjaman serta pihak
berkuasa tempatan (PBT) bagi pembinaan rumah burung walet.
-Jarak 250M dari jalan utama dan jalan susur masuk mempunyai tar sehingga
ke lokasi yg dimaksudkan.
-Jarak kediaman manusia yg paling hampir ialah 100M dari lokasi dan telah
mendapat persetujuan mulut bagi proses pembinaan kerana mereka sendiri
berminat utk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dunia perwaletan ini.
-Air dan elektrik rasanya tiada masalah besar kerana kedua-duanya telah
tersedia ada menyusuri jalan bersebelahan tapak tanah yg dirancang.

Berkenaan syarikat perunding :-
-Pihak perunding merangkap kontraktor (100% syarikat bumiputera) beribu
pejabat di Ampang mempunyai sebuah RBW sendiri yg telah mempunyai hasil di
Nibong Tebal, P.Pinang (lokasi tepat dirahsiakan pihak perunding dan boleh
dilawati jika berhubung terus dengan mereka dimaklumkan kerana faktor
keselamatan. (bukan niat mahu promosi cuma ingin memberikan gambaran mengapa sy agak yakin dan percaya untuk bekerjasama).
-Pihak perunding telah membuat uji lokasi suara burung walet serta
bersetuju utk bekerjasama seterusnya mengeluarkan surat sebut harga
mengikut saiz yg bersesuaian kurang seminggu selepas uji lokasi suara
dijalankan.
-Sy telah mencadangkan saiz RBW paling minima kerana keterbatasan sumber
kewangan dan pihak perunding mengesyorkan saiz 20` X 50` dua tingkat
setengah beharga RM169,000.00 kerana faktor populasi walet yg tinggi dan
RBW terdekat terletak kira-kira 40-50KM dari tapak dicadangkan dan
sebaiknya dibina dengan skala yg lebih besar.
-RM169,000.00 termasuk kos pembinaan,sistem audio,peralatan elektrik
elektronik dan
penyelenggaraan selama 6 bulan selepas RBW siap dibina (tidak termasuk
selama 3 bulan proses pembinaan)
-Jenis serta bahan pembinaan,sistem audio dan peralatan elektrik
elektronik yg digunakan tidak dijelaskan kerana mungkin terlalu banyak
pilihan bagi mereka.
-Lakaran rekabentuk RBW bersaiz 20` X 50` telah diberi kepada sy oleh
syarikat perunding dan boleh di email jika Tuan inginkan.
-Bercadang untuk memohon pembiayaan dari Agro Bank.

Sy pernah mempertimbangkan untuk membuat pinjaman peribadi disebabkan
proses kelulusan pembiayaan lebih mudah iaitu berstatus penjawat awam cuma
had pembiayaan hanya sekitar RM 100,000.00 ke bawah sahaja kerana dinilai
dari komitmen overlap gaji sy.(golongan pelaksana)


Soalan sy kepada Tuan Zahirudin :-
(1) Adakah keluasan sebegitu 20` X 50` (2 tgkat 1/2) termasuk sistem audio
bersama alatan elektrik elektronik adalah ideal dengan jumlah peruntukan
RM169,000.00 mengikut keadaan semasa serta mengambil kira jenis, bahan dan
peralatan secara keseluruhan bagi pendapat Tuan?


(2) Pada pendapat Tuan juga, jika peruntukan RM100,000.00 ke bawah
apakah saiz serta rekabentuk yg sesuai termasuk sistem audio, alatan elektrik elektronik dan jenis
bahan disyorkan?


(3) Apabila siap kelak, sy bercadang untuk menjadikan RBW tersebut sebagai
rujukan kepada penduduk setempat sepertimana terkandung dalam kertas kerja sy
untuk dimajukan kepada pihak bank bagi kelulusan pinjaman kerana sy lihat
ramai pnduduk setempat amat berminat mengenai industri burung walet ini dan
semestinya memerlukan perunding  walet yg berwibawa untuk
sebarang nasihat serta pndangan. Apa pendapat dan saranan Tuan?


(4) Pihak perunding menawarkan dari mulanya proses pengurusan hinggalah
setiap kali penjualan sarang melalui perjanjian iaitu 15%-20% hasil dari
keseluruhan penjualan sarang adalah milik mereka dan selebihnya milik sy.
Apa pendapat Tuan, adakah situasi tersebut `menang-menang` ataupun
boleh dicadangkan kaedah lain?


Diharapkan Tuan dapat berkongsi serba sedikit ilmu perwaletan dan sy
ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Tuan Zahirudin membaca email dikirimkan seterusnya memberi pendapat, cadangan serta saranan kepada sy yg baru
menapak dalam industri berimpak tinggi ini. Wassalam.




JAWAPAN
Waalaikummusslam

Pertama sekali saya memohon maaf sebab lewat membalas emel tuan. InsyaAllah saya akan cuba menjawab soalan tuan sebaik yang boleh.


(1) Adakah keluasan sebegitu 20` X 50` (2 tgkat 1/2) termasuk sistem audio
bersama alatan elektrik elektronik adalah ideal dengan jumlah peruntukan
RM169,000.00 mengikut keadaan semasa serta mengambil kira jenis, bahan dan
peralatan secara keseluruhan bagi pendapat Tuan?


JAWAPAN:

Harga 169,000 sebenarnya agak murah. Sebenarnya saiz yang sebegitu biasanya harga RM 200 ribu ke atas. Harga yang murah dikhuatiri bahan binaannya dikurangkan kualiti. Saya pernah melihat rumah burung yang bersaiz 2 tingkat 20 kaki x 70 kaki dibuat dengan kualiti yang 70% sangat mendukacitakan. Bukanlah saya ingin menakutkan tuan, tetapi kebiasaannya bahan binaan tidak berkualiti, dan tidak menggunakan tangga batu sebaliknya menggunakan tangga kambing yang diperbuat dari kayu.

Rumah burung perlu dipantau oleh pakar. Kerana itulah harganya agak mahal kerana pemantauan yang berterusan diperlukan. Kebiasaannya konsultan dan kontraktor rumah burung sering menjanjikan pemantauan tetapi gagal. Akhirnya rumah burung ditinggalkan. Tuan rumah sudah mengeluarkan modal tetapi syarikat perunding lesap begitu sahaja. Inilah dilemma yang dihadapi oleh pengusaha rumah burung. Bagaimanapun jika tuan dapat menilai konsultan ketika ini baik, maka bolehlah diteruskan.




(2) Pada pendapat Tuan juga, jika peruntukan RM100,000.00 ke bawah
 apakah saiz serta rekabentuk yg sesuai termasuk sistem audio, alatan elektrik elektronik dan jenis
bahan disyorkan?


JAWAPAN:
elok jika tuan membina rumah burung setingkat sahaja.Kami menyediakan pembinaan rumah burung setingkat dan alhamdulillah kesemuanya sudah dimasuki burung dan sudah bersarang. Bagi saiz 20 kaki x 50 kaki harga kami RM 100 ribu. Dalam masa 5 tahun ianya mampu memberi pulangan 6 ke 8 kilo sebulan sarang. Ini bermakna pendapatan sebulan dalam lingkungan RM 10 ribu ke 50ribu sebulan, insyaAllah. Ketinggian rumah burung tidak penting, tetapi keupayaan memanggil burung dan memujuknya agar tinggal di dalamnya itulah yang penting. Buktinya rumah-rumah burung kami yang setingkat penuh dengan burung dan mengeluarkan sarang walaupun baru setahun umur mereka.



Bagi peruntukan 100,000 ke bawah

(3) Apabila siap kelak, sy bercadang untuk menjadikan RBW tersebut sebagai
rujukan kepada penduduk setempat sepertimana terkandung dalam kertas kerja sy
untuk dimajukan kepada pihak bank bagi kelulusan pinjaman kerana sy lihat
ramai pnduduk setempat amat berminat mengenai industri burung walet ini dan
semestinya memerlukan perunding  walet yg berwibawa untuk
sebarang nasihat serta pndangan. Apa pendapat dan saranan Tuan?


JAWAPAN:

Rumah setingkat sahaja insyaAllah mampu menjadi bank persendirian yang baik. Tujuan menjadikan ianya satu rumah burung contoh sangat baik dan perlu dipuji. untuk makluman kami sekarang sedang membina rumah burung bersaiz begitu di Pendang Kedah. Sudah pun siap 50% pembinaannya.



(4) Pihak perunding menawarkan dari mulanya proses pengurusan hinggalah
setiap kali penjualan sarang melalui perjanjian iaitu 15%-20% hasil dari
keseluruhan penjualan sarang adalah milik mereka dan selebihnya milik sy.
Apa pendapat Tuan, adakah situasi tersebut `menang-menang` ataupun
boleh dicadangkan kaedah lain?


JAWAPAN:

Biasanya pihak kami memberi 2 option kepada pelanggan. Yang pertama kami akan mengajar tuan rumah bagaimana menjaga rumah burung. Tetapi jika tuan rumah tiada masa menguruskannya kami akan menawarkan option kedua iaitu kami akan melakukan maintenance (Setiap kerosakan akan kami ganti) dan pecahan tuan rumah dan kami ialah 30% kepada kami dan 70% kepada tuan rumah.

Yang penting ialah warranty dari konsultan mestilah menunggu rumah burung tersebut sehingga burung bersarang. Selagi burung belum bersarang rumah burung tersebut belum dianggap selamat. Ada rumah burung yang banyak burung tetapi tidak bersarang. Ini kerana kayu atau keadaan dalaman yang tidak cukup selesa bagi burung-burung bersarang.

Kerana itu kami meletakkan jaminan menunggu sehingga rumah tersebut mengeluarkan 3 ketul sarang barulah warranty tamat. Selepas bersarang barulah kami menawarkan 2 option di atas.

Apapun terpulang kepada owner untuk menentukannya. Kebanyakan konsultan tidak mahu menurunkan ilmu mereka 100%. Bagi kami tidak ada masalah untuk berkongsi ilmu memandangkan janji Allah akan memberikan ilmu lagi jika kita menurunkan ilmu kepada orang lain.

InsyaAllah segalanya akan berjaya. Yang paling baik lakukan solat isythikharah bagi memohon petunjuk. Pastikan wang yang dilaburkan benar-benar berbaloi dan hasil juga lumayan.

Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
0196558840
www.mectenbirdnest.com
http://bisneswalit.blogspot.com
http://sifuwalet.blogspot.com