Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday 13 March 2012

Banyaknya rumah burung yang gagal


SETINGKAT PUN BANYAK BURUNG. RUMAH BURUNG CHANGKAT BANJAR


Assalamualaikum

Banyaknya rumah burung yang gagal. Bagaimana saya tahu? Iklan kami baru sahaja masuk suratkhabar Harakah dan hasilnya majoriti yang menelefon kami semuanya mengadu rumah burung mereka tidak dimasuki burung walit..Kalau sudah tidak dimasuki burung walit bagaimana pula kita nak mengharapkan sarangnya?

Kerana itu saya selalu berpesan, carilah kontraktor yang benar-benar pakar. Kalau setakat cerita mulut dari mereka, memang indah khabar dari rupa. Saya terperasan beberapa kontraktor yang saya tahu mereka ini tidak tahu sangat tentang rumah burung tetapi bercerita di blog dan internet bagaikan pakar sudah berbelas tahun. Harga yang diletakkan pula cukup rendah dan murah. Hasilnya ada rumah burung yang tak dapat disiapkan. Adapula rumah burung yang hidup segan mati tak mahu. Ada juga rumah burung yang baru setahun dibina sudah mula retak dan ada yang mula mereput di makan anai-anai. Ada pula yang bocor kerana dimasuki air hujan..masyaAllah..

Ada seorang kontraktor (mengaku kontraktor sebenarnya) cukup hebat di blog dan internet. Beliau pernah menelefon saya. Saya berbual panjang dengannya mengenai rumah burung. Pada mulanya saya bersangka baik dengan hamba Allah ini. Beliau mengatakan mempunyai kepakaran dalam rumah burung. Saya bertukar-tukar pandangan. Sehingga satu soalan bila ditanya beliau tidak boleh menjawab. Akhirnya saya minta bertukar teknologi dan dia mengaku beliau tidak mempunyai teknologi. Beliau hanya dapatkan job dan sub kan kepada orang lain. Beliau ambil untung atas angin. Wow!! Beliau kata beliau meletakkan kepercayaan penuh kepada kontraktor subnya. Saya bertanya kepadanya, katalah rumah dah siap tapi burung belum masuk lagi atau belum bersarang lagi, tiba-tiba kontraktor sub beliau mati atau lari, bagaimana untuk terus melakukan pemantauan pemanggilan burung. Hampir 5 minit beliau terdian dan akhirnya mengatakan dia sendiri tak boleh menjawab soalan ini.

Persoalannya, adakah halal baginya mengambil kerja-kerja membina rumah burung sedangkan apa yang dikatakan itu tidak benar. Adakah halal rezekinya jika saban waktu ramai yang tertipu? Pelanggan rumah burung terlalu mengharap agar rumah burung mereka dimasuki burung walit tetapi jika tiada jaminan pemantauan saya fikir tentulah ramai pengusaha yang akan rugi!! Ada yang meletakkan harga dua tingkat setakat RM 160 ribu. Jangan terkejut rumah jenis ini akan gagal disebabkan faktor bahan binaan, suara dan lain-lain yang tiada kualiti. Dengan harga sebegini pastinya pemantauan berterusan tidak dapat dilakukan kerana kos berulang alik setiap bulan.

Sebagai "player" dalam bidang ini saya menyeru supaya setiap pelanggan yang ingin mebina rumah burung jangan terlalu memikirkan kos yang murah kerana sudah tentu ada bezanya murah dan mahal. Namun jangan pula mengambil kontraktor yang mengenakan harga terlalu mahal seperti yang saya dapat tahu di Kuala Selangor harga 3 tingkat bersamaan RM 700 ribu. Untuk selamat, mana-mana kontraktor yang kata mereka pakar rumah burung, sila minta mereka bawa masuk ke rumah burung yang telah mereka bina. Sebagai pelanggan anda berhak untuk melihat rumah burung mereka. Jika mereka memberikan pelbagai alasan, maka lupakan sahaja khidmat mereka kerana mereka mungkin...saya kata mungkin seorang broker!!

Wallahualam

p/s Saya harap kepada semua yang sudah call kami untuk melihat rumah burung mereka yang gagal, suapaya dapat bersabar. Kami perlu melihat jadual kerja dan perjalanan kami.

Zahirudin Salehuddin
0196558840