Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Sunday, 23 September 2012

Apa yang dapat dengan RM 50 sekarang ni?

Assalamualaikum

Ptg tadi saya ke kedai berhampiran selepas beriadah bermain bola..Selepas 3 bulan berehat dari main bola, nampaknya saya kena juga turun padang. Alhamdulillah, kalau dahulu boleh main setengah jam kini saya boleh bermain 2 jam. Hendak tak hendak saya kena mengaku, pengambilan air sarang burung walit syifa' banyak mengubah tenaga badan saya dengan izin Allah.

Berbalik cerita ke kedai tadi, saya bawa RM 50. Bila dah beli barang seperti biskut (biskut empat segi), aiskrim untuk anak-anak, dan sabun mandi serta sedikit barang keperluan lain, jumlahnya RM 42. Terkejut juga bila melihat nilai RM 50 ketika ini begitu kecil. Bahkan untuk mencari nilai RM 50 pun agak sukar dalam dunia mencabar ketika ini.

Ingatan saya terus tertumpu kepada beberapa orang miskin yang saya jumpai di seluruh Malaysia sewaktu saya berjalan ke site-site di seluruh negara. Saya lihat kalau di sekeliling kita ramai orang susah, bagaimanalah agaknya mereka mencari duit. Ada yang saya jumpa di Bukit Mahkota Bangi seorang ibu tinggal (bukan ibu tunggal), mempunyai 6 orang anak kecil (belum bersekolah) tidak berhari raya pada hari raya pertama. Sewaktu saya melawat keluarga tersebut saya terasa sayu, apabila saya lihat mereka sangat dhaif. Hanya ada sebuah meja usang dan Rice Cooker yang dah buruk. Alhamdulillah dapatlah saya dan syarikat MECTTEN serta isteri saya memberi sedikit sedekah dah bantuan. Saya tertanya-tanya, bagaimana masyarakat kita akan dapat terus mengubah nasib.

Sewaktu saya membuka MECTTEN, saya telah berjanji dengan Allah akan berusaha sedaya upaya saya menaikkan ekonomi orang Islam. Cabaran untuk menyatukan orang-orang Islam untuk menaikkan ekonomi sebegini amatlah hebat. Saya sendiri pernah menerima sms dan panggilan yang seakan menyindir usaha MECTTEN. Namun saya berserah ke hadrat Allah swt. Sudah menjadi Sunnah dalam perjuangan mesti ada penentangan dan cabaran. Saya mohon agar semua yang membaca blog saya turut mendoakan agar MECTTEN menjadi satu syarikat yang kuat dan mampu untuk menjadi satu vehicle untuk orang-orang Islam berubah.

Keadaan kehidupan yang saban hari semakin menghimpit menyebabkan ramai di kalangan kita hidup tiada arah. Malahan ada yang sanggup meminta bantuan gereja yang mempunyai niat tersembunyi. Cuba lah lihat keliling kita. Setiap orang punya masalah tersendiri. Namun jika kita semua bersatu hati dan berlapang dada serta berdoa insyaAllah kita akan menjadi umat yang kuat. Bukankah kita semua dahulunya umat yang kuat dan digeruni di seluruh dunia kerana kekuatan kita dan di sayangi kerana pegangan Islam yang sebenar ketika itu? Ayuh saya menyeru diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan semua agar kita segera berfikir "Out of the Box". Kita mula berfikir bahawa segalanya tidak mustahil. Kita juga mampu bergelar jutawan dan kita juga mampu menjadi hamba Allah yang terbaik.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840