2012/4/17 Matpa Ari
salam abg ZAHIRUDIN?pemcm skg dengan walit?ok x?ok saya kenal diri saya dulu....saya mat-pa(pantai timur trgnu)....saya a masalah tentang BH saya .jd saya post email ini untuk mendapat pandangan dari pakar perwalitan la...iaitu abg la.ok abg,sya cte serba sedikit k tentang BH saya..ok pada 18 hb 4 2012 ni genap 3 bulan bh saya beroperasi..jd suara2 pun dah di mainkan..luar dan dalam...semua ok suara tu.masalahnye abg..burung banyak tapi hanya berlegar2 saje di atas...tidak menghiraukan bunyi suara..burung tidak datang dekat lubang masuk BH saya...(saya ad perunding..die cakap musim ni iaitu awal tahun burung x hiraukan suara?)kene tgu bulan 4 bru musim burung.skang dh tengah bulan 4 dah..seperti sedia kala jgk bang.ape pandangan abg?...pada waktu pg,petang camtu jgk bang..tapi kadang2 datang jgk seekor burung..itu pun just main2 dkt speker je..tp jarang sangat la burung datang dkt suara tu..cume round2 je kat BH.bagi lokasi saya rasa ok da bang..kawasan lapang,tepi sawah,dekat dengan sungai jgk la...dulu sebelum buat BH..da buat ujian tapak...mase tu dalam bulan 5@6 taun lepas..mase tu dalam mse 2 minit burung datang ramai bang..lbh kurang 50 ekor jgk...mcm mane pandangan abang?untuk pengetahuan abang..dekat area BH saya..ad 2 biji dah yang sudah jalan..sume dah burung tidor..dan perunding same jgk..setahun da berlalu kot BH tu beroperasi abang..tapi sekarang,situasi BH ni mcm BH sy jgk bang..burung x datang dekat suara..tapi mase bulan 4,5,6,7,8,9,10,11,12 tahun lepas ad banyk jgk burung datang dkt BH tu bang..dan siap tdo lg..tapi sekarang xda burung datang cme main round2 je kat atas..mcm mane pandangan abang?adakah walet dkt tempt saya berjadual abg?tq bang kerana sudi bagi pendapat...saya harap abang boleh jd rakan dan sifu perwalitan saya..tq bang..opppss lg satu..kalw ad mase abg update2 la blog walit abg k.saya hari2 mesti buke untuk dapat ilmu terbaru..tq bang...salam
JAWAPAN
Salam Mat pa. Terima kasih kerana bertanya. Saya tak dapat nak bagi jawapan yang tepat sebab mat pa tak bagi saiz rumah burung dan design rumah burung tersebut. Namun saya cuba juga untuk menjawab persoalan yang diberikan.
Untuk rumah burung yang baru 3 bulan, memang sesetengah rumah burung agak lewat burung untuk masuk. Biasanya petua untuk rumah burung yang berjaya ialah kita perlu melihat samada dalam masa 6 bulan sudah ada tanda atau belum burung tidur di dalamnya. Jadi saudara ada masa lagi 3 bulan untuk menentukan rumah burung ini dibina secara betul atau tidak.
Dalam masa 6 bulan pertama ianya bulan yang kritikal. Jika selepas 6 bulan masih tidak ada tanda tahi burung di dalamnya maka rumah burung tersebut bolehlah dianggap gagal. Untuk itu pembaikan perlu dilakukan seperti menukar suara luar yang baik. Jika burung bermain di twitter luar seperti mencium twitter ini bermakna suara burung luar itu baik. Namun ada juga burung yang mencium suara luar (twitter luar) namun tidak mahu masuk ke dalamnya. Ini kerana burung tersebut masih ragu-ragu dan takut untuk survey di dalamnya. Apabila ada burung yang berani masuk maka akan ada burung lain yang cuba masuk ke dalamnya (mengikut burung yang pertama masuk).
Design rumah juga perlu betul. Pintu masuk yang sesuai dan twitter luar yang di pasang selari di bahagian dalam (bagi suara luar). Ini bagi memastikan suara luar juga kedengaran di bahagian dalaman rumah burung. Rumah burung yang baik ialah rumah burung yang mempunyai pintu keluar masuk yang mudah bagi burung untuk bergerak. Jangan lupa untuk meletakkan aroma dalaman di papan. Begitu juga aroma di dinding. Ini semua adalah faktor burung untuk terus tinggal di dalamnya. Suara dalaman juga amat penting untuk burung membuat keputusan tinggal di dalamnya.
Twitter suara dalam perlu dipasangan secara hujung ke hujung papan. Dalam satu papan perlu diletakkan twitter paling kurang 3 unit. Satu di hujung kiri, tengah dan dihujung kanan. Talaan twitter juga perlu betul. Untuk beri burung tinggal didalamnya perlu dipasang twitter yang agak baik seperti jenis Audac. Manakala twitter luar pula bolehlah guna Horn Twitter.
Bagi lubang masuk pula saya lebih gemar menggunakan pintu masuk dari atas dan bukan dari tepi. Pintu jenis ini dapat menghalang burung hantu dan burung pemangsa lain untuk menceroboh ke dalamnya. Ianya juga boleh mengelakkan kelawar dari turut singgah di dalamnya. Perlu diingatkan jika kelawar masuk dan kencing di dalamnya maka burung walit tidak akan tinggal di dalamnya. Maka pemantau berterusan perlu supaya burung walit akan masuk dahulu berbanding yang lain.
Teori terdapat bulan yang burung tidak menghiraukan suara adalah satu lagi mitos ciptaan manusia. Tidak ada bulan yang tidak sesuai. Ianya hanya terpulang kepada burung untuk masuk atau tidak sahaja. Faktor saiz dan dalaman juga penting. Adalah lebih baik dalamnya dibuat gelap dengan menggunakan teknik penataan cahaya yang baik. Jangan lupa meletakkan kolam air di pintu masuk supaya burung akan nampak bayangnya dari luar dan beranggapan sudah ada burung lain di dalamnya dan menyebabkan burung tersebut untuk terjun masuk ke dalamnya.
Apapun saya doakan semoga berjaya. Setiap perkara itu perlu ada usaha dan doa. Berdoalah kepada Allah swt semoga rumah burung saudara akan berjaya, InsyaAllah. Jangan lupa untuk bersedekah selalu dan insyaAllah Allah akan melipat gandakan rezeki saudara.
Wallahualam
Zahirudin Salehuddin