Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Thursday, 26 April 2012

AIR SARANG BURUNG SYIFA'



sarang burung asli yang dicampur dengan madu lebah asli oleh chef azmir effindi. Di doakan dengan ayat al-quran dan diselawat oleh ustaz- ustaz kami..insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit asma, batuk kering, sakit paru-paru, sakit saraf, ghout, semput, sakit kulit dan lain2. Juga mampu memberi tenaga dalaman, mencantikkan kulit dan awet muda...insyaAllah

Sarang diambil dari rumah burung MECTTEN BIRDNEST. Diproses sendiri.

Berminat boleh hubungi 0196558840, 0133407323 atau 0192467293

Diedarkan oleh MECTTEN FOOD INDUSTRY SDN BHD

Tuesday, 24 April 2012

PROJEK PERKONGSIAN DENGAN RAKAN-RAKAN

Assalamualaikum

Kami ingin menjemput semua rakan-rakan yang berminat untuk berkongsi modal dengan rakan-rakan lain dalam membina rumah burung setingkat bersaiz 20 kaki x 80 kaki.

Informasi:

1) Projek ini adalah projek anda dan rakan-rakan lain yang berminat berkongsi modal sedikit demi sedikit.

2) Kami tidak mempunyai saham (syer) dalam rumah burung tersebut.

3) Kami hanya bertindak sebagai moderator dalam menemukan anda semua dengan rakan-rakan lain yang berminat.

4) Setelah modal dikumpulkan kami hanya dilantik sebagai kontraktor dan konsultan bagi menyiapkan rumah burung tersebut

5) Anda dan rakan-rakan yang lain adalah pemilik 100% rumah burung tersebut

6) Kami akan mengajar cara-cara untuk membuat maintenance rumah burung secara percuma selama 3 bulan. (mengikut masa kami melakukan maintenance bulanan)

7) Kami akan tolong menjualkan sarang yang dikutip atau kami sendiri yang akan membelinya.

8) Kami akan membantu anda dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam hal perundangan dan mencari lokasi yang sesuai.

9) Rumah yang dicadangkan ialah setingkat bersaiz 20kaki x 80kaki dan bernilai RM 160 ribu. Jika dipecahkan 100% syer ini bermakna 1 peratus syer membawa nilai RM 1600.

10) Pengumpulan perkongsian antara anda semua adalah cara paling minima untuk anda memulakan bisnes ini.

11) Kami tiada hak ke atas rumah burung tersebut memandangkan kami hanyalah kontraktor dan konsultan yang membina rumah burung tersebut.


Ini merupakan satu lagi cadangan dan juga peluang kepada kita semua. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi kami secepat mungkin.

Terima kasih

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN BIRDNEST SDN BHD
0196558840

SOALAN DARI SAHABAT DARI JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan Zahirudin antara sifu-sifu
walet hebat bagi diri sy secara peribadi yang selalu sy
diikuti dalam blog-blog perwaletan di Malaysia, semoga sihat
alhamdulillah hendak-Nya..
Nama sy Zulkifli dan amat berminat selain ingin menceburi bidang perwaletan
ini cuma kekurangan ilmu, pengalaman serta masih memerlukan tunjuk ajar
walaupun pernah menghadiri seminar/kursus (mungkin kerana teori sahaja yg
di terjemahkan atau diri sy sendiri yg tidak memberi perhatian)
Jika Tuan tidak keberatan untuk memberi nasihat, pandangan, cadangan serta
berkongsi pengalaman sy ingin mengutarakan persoalan serta permasalahan
berkaitan dunia perwaletan kepada Tuan..

Serba sedikit mengenai diri sy beserta penerangan permasalahan yang
dihadapi :-
-Berasal dari Kulim, Kedah.
-Bekerja di Johor Bahru.
-Kakitangan kerajaan (perundangan).
-Pernah menghadiri seminar 1GP di Pej. Jab.Vaterinar Cheras pada Mei 2011.
-Pernah menghadiri Kursus Burung Walet di Hotel Sri Malaysia, Negeri
Sembilan
-Mempunyai keluasan tanah (anggaran 3 ekar) milik keluarga berstatus
pertanian yg sesuai pada pendapat sy iaitu berdekatan sawah padi,sungai dan
hutan bagi mendirikan rumah burung walet terletak di kawasan Baling, Kedah
(sekarang baru ditanam semula anak-anak pokok getah)
-Telah memperolehi Surat Sokongan bertulis dari Jab.Vaterinar Negeri Kedah
(walupun pada mulanya menghadapi masalah karenah birokrasi) sepertimana
termaktup didalam buku 1GP dan dimaklumkan oleh pihak bank dan PBT ia
merupakan salah satu syarat wajib bagi kelulusan pinjaman serta pihak
berkuasa tempatan (PBT) bagi pembinaan rumah burung walet.
-Jarak 250M dari jalan utama dan jalan susur masuk mempunyai tar sehingga
ke lokasi yg dimaksudkan.
-Jarak kediaman manusia yg paling hampir ialah 100M dari lokasi dan telah
mendapat persetujuan mulut bagi proses pembinaan kerana mereka sendiri
berminat utk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dunia perwaletan ini.
-Air dan elektrik rasanya tiada masalah besar kerana kedua-duanya telah
tersedia ada menyusuri jalan bersebelahan tapak tanah yg dirancang.

Berkenaan syarikat perunding :-
-Pihak perunding merangkap kontraktor (100% syarikat bumiputera) beribu
pejabat di Ampang mempunyai sebuah RBW sendiri yg telah mempunyai hasil di
Nibong Tebal, P.Pinang (lokasi tepat dirahsiakan pihak perunding dan boleh
dilawati jika berhubung terus dengan mereka dimaklumkan kerana faktor
keselamatan. (bukan niat mahu promosi cuma ingin memberikan gambaran mengapa sy agak yakin dan percaya untuk bekerjasama).
-Pihak perunding telah membuat uji lokasi suara burung walet serta
bersetuju utk bekerjasama seterusnya mengeluarkan surat sebut harga
mengikut saiz yg bersesuaian kurang seminggu selepas uji lokasi suara
dijalankan.
-Sy telah mencadangkan saiz RBW paling minima kerana keterbatasan sumber
kewangan dan pihak perunding mengesyorkan saiz 20` X 50` dua tingkat
setengah beharga RM169,000.00 kerana faktor populasi walet yg tinggi dan
RBW terdekat terletak kira-kira 40-50KM dari tapak dicadangkan dan
sebaiknya dibina dengan skala yg lebih besar.
-RM169,000.00 termasuk kos pembinaan,sistem audio,peralatan elektrik
elektronik dan
penyelenggaraan selama 6 bulan selepas RBW siap dibina (tidak termasuk
selama 3 bulan proses pembinaan)
-Jenis serta bahan pembinaan,sistem audio dan peralatan elektrik
elektronik yg digunakan tidak dijelaskan kerana mungkin terlalu banyak
pilihan bagi mereka.
-Lakaran rekabentuk RBW bersaiz 20` X 50` telah diberi kepada sy oleh
syarikat perunding dan boleh di email jika Tuan inginkan.
-Bercadang untuk memohon pembiayaan dari Agro Bank.

Sy pernah mempertimbangkan untuk membuat pinjaman peribadi disebabkan
proses kelulusan pembiayaan lebih mudah iaitu berstatus penjawat awam cuma
had pembiayaan hanya sekitar RM 100,000.00 ke bawah sahaja kerana dinilai
dari komitmen overlap gaji sy.(golongan pelaksana)


Soalan sy kepada Tuan Zahirudin :-
(1) Adakah keluasan sebegitu 20` X 50` (2 tgkat 1/2) termasuk sistem audio
bersama alatan elektrik elektronik adalah ideal dengan jumlah peruntukan
RM169,000.00 mengikut keadaan semasa serta mengambil kira jenis, bahan dan
peralatan secara keseluruhan bagi pendapat Tuan?


(2) Pada pendapat Tuan juga, jika peruntukan RM100,000.00 ke bawah
apakah saiz serta rekabentuk yg sesuai termasuk sistem audio, alatan elektrik elektronik dan jenis
bahan disyorkan?


(3) Apabila siap kelak, sy bercadang untuk menjadikan RBW tersebut sebagai
rujukan kepada penduduk setempat sepertimana terkandung dalam kertas kerja sy
untuk dimajukan kepada pihak bank bagi kelulusan pinjaman kerana sy lihat
ramai pnduduk setempat amat berminat mengenai industri burung walet ini dan
semestinya memerlukan perunding  walet yg berwibawa untuk
sebarang nasihat serta pndangan. Apa pendapat dan saranan Tuan?


(4) Pihak perunding menawarkan dari mulanya proses pengurusan hinggalah
setiap kali penjualan sarang melalui perjanjian iaitu 15%-20% hasil dari
keseluruhan penjualan sarang adalah milik mereka dan selebihnya milik sy.
Apa pendapat Tuan, adakah situasi tersebut `menang-menang` ataupun
boleh dicadangkan kaedah lain?


Diharapkan Tuan dapat berkongsi serba sedikit ilmu perwaletan dan sy
ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Tuan Zahirudin membaca email dikirimkan seterusnya memberi pendapat, cadangan serta saranan kepada sy yg baru
menapak dalam industri berimpak tinggi ini. Wassalam.




JAWAPAN
Waalaikummusslam

Pertama sekali saya memohon maaf sebab lewat membalas emel tuan. InsyaAllah saya akan cuba menjawab soalan tuan sebaik yang boleh.


(1) Adakah keluasan sebegitu 20` X 50` (2 tgkat 1/2) termasuk sistem audio
bersama alatan elektrik elektronik adalah ideal dengan jumlah peruntukan
RM169,000.00 mengikut keadaan semasa serta mengambil kira jenis, bahan dan
peralatan secara keseluruhan bagi pendapat Tuan?


JAWAPAN:

Harga 169,000 sebenarnya agak murah. Sebenarnya saiz yang sebegitu biasanya harga RM 200 ribu ke atas. Harga yang murah dikhuatiri bahan binaannya dikurangkan kualiti. Saya pernah melihat rumah burung yang bersaiz 2 tingkat 20 kaki x 70 kaki dibuat dengan kualiti yang 70% sangat mendukacitakan. Bukanlah saya ingin menakutkan tuan, tetapi kebiasaannya bahan binaan tidak berkualiti, dan tidak menggunakan tangga batu sebaliknya menggunakan tangga kambing yang diperbuat dari kayu.

Rumah burung perlu dipantau oleh pakar. Kerana itulah harganya agak mahal kerana pemantauan yang berterusan diperlukan. Kebiasaannya konsultan dan kontraktor rumah burung sering menjanjikan pemantauan tetapi gagal. Akhirnya rumah burung ditinggalkan. Tuan rumah sudah mengeluarkan modal tetapi syarikat perunding lesap begitu sahaja. Inilah dilemma yang dihadapi oleh pengusaha rumah burung. Bagaimanapun jika tuan dapat menilai konsultan ketika ini baik, maka bolehlah diteruskan.




(2) Pada pendapat Tuan juga, jika peruntukan RM100,000.00 ke bawah
 apakah saiz serta rekabentuk yg sesuai termasuk sistem audio, alatan elektrik elektronik dan jenis
bahan disyorkan?


JAWAPAN:
elok jika tuan membina rumah burung setingkat sahaja.Kami menyediakan pembinaan rumah burung setingkat dan alhamdulillah kesemuanya sudah dimasuki burung dan sudah bersarang. Bagi saiz 20 kaki x 50 kaki harga kami RM 100 ribu. Dalam masa 5 tahun ianya mampu memberi pulangan 6 ke 8 kilo sebulan sarang. Ini bermakna pendapatan sebulan dalam lingkungan RM 10 ribu ke 50ribu sebulan, insyaAllah. Ketinggian rumah burung tidak penting, tetapi keupayaan memanggil burung dan memujuknya agar tinggal di dalamnya itulah yang penting. Buktinya rumah-rumah burung kami yang setingkat penuh dengan burung dan mengeluarkan sarang walaupun baru setahun umur mereka.



Bagi peruntukan 100,000 ke bawah

(3) Apabila siap kelak, sy bercadang untuk menjadikan RBW tersebut sebagai
rujukan kepada penduduk setempat sepertimana terkandung dalam kertas kerja sy
untuk dimajukan kepada pihak bank bagi kelulusan pinjaman kerana sy lihat
ramai pnduduk setempat amat berminat mengenai industri burung walet ini dan
semestinya memerlukan perunding  walet yg berwibawa untuk
sebarang nasihat serta pndangan. Apa pendapat dan saranan Tuan?


JAWAPAN:

Rumah setingkat sahaja insyaAllah mampu menjadi bank persendirian yang baik. Tujuan menjadikan ianya satu rumah burung contoh sangat baik dan perlu dipuji. untuk makluman kami sekarang sedang membina rumah burung bersaiz begitu di Pendang Kedah. Sudah pun siap 50% pembinaannya.



(4) Pihak perunding menawarkan dari mulanya proses pengurusan hinggalah
setiap kali penjualan sarang melalui perjanjian iaitu 15%-20% hasil dari
keseluruhan penjualan sarang adalah milik mereka dan selebihnya milik sy.
Apa pendapat Tuan, adakah situasi tersebut `menang-menang` ataupun
boleh dicadangkan kaedah lain?


JAWAPAN:

Biasanya pihak kami memberi 2 option kepada pelanggan. Yang pertama kami akan mengajar tuan rumah bagaimana menjaga rumah burung. Tetapi jika tuan rumah tiada masa menguruskannya kami akan menawarkan option kedua iaitu kami akan melakukan maintenance (Setiap kerosakan akan kami ganti) dan pecahan tuan rumah dan kami ialah 30% kepada kami dan 70% kepada tuan rumah.

Yang penting ialah warranty dari konsultan mestilah menunggu rumah burung tersebut sehingga burung bersarang. Selagi burung belum bersarang rumah burung tersebut belum dianggap selamat. Ada rumah burung yang banyak burung tetapi tidak bersarang. Ini kerana kayu atau keadaan dalaman yang tidak cukup selesa bagi burung-burung bersarang.

Kerana itu kami meletakkan jaminan menunggu sehingga rumah tersebut mengeluarkan 3 ketul sarang barulah warranty tamat. Selepas bersarang barulah kami menawarkan 2 option di atas.

Apapun terpulang kepada owner untuk menentukannya. Kebanyakan konsultan tidak mahu menurunkan ilmu mereka 100%. Bagi kami tidak ada masalah untuk berkongsi ilmu memandangkan janji Allah akan memberikan ilmu lagi jika kita menurunkan ilmu kepada orang lain.

InsyaAllah segalanya akan berjaya. Yang paling baik lakukan solat isythikharah bagi memohon petunjuk. Pastikan wang yang dilaburkan benar-benar berbaloi dan hasil juga lumayan.

Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
0196558840
www.mectenbirdnest.com
http://bisneswalit.blogspot.com
http://sifuwalet.blogspot.com

Friday, 20 April 2012

Jangan biarkan suara dalam terpadam dalam masa yang lama

Assalamualaikum

Suara dalam adalah faktor penting dalam membuat rumah burung kita diduduki burung. Kita kena selalu pastikan amp dan twitter dalaman dalam keadaan baik. Adakalanya pemeriksaan twitter dalaman perlu dilakukan lebih teliti. Adakalanya akibat overload hasil kilat menyebabkan hampir semua twitter dalaman terbakar. Pendengaran yang teliti boleh memastikan twitter mana yang terbakar dan harus digantikan secepat mungkin.

Ini kerana bagi burung-burung baru yang masuk untuk survey akan hinggap di twitter yang dia sukai. Semakin banyak twitter semakin besar potensi untuk menarik burung baru yang banyak. Itulah tempat mereka pada mulanya. Hanya selepas mereka ingin bersarang barulah mereka akan mencari papan meranti. Pastikan juga suara dalaman tidak pecah kerana bunyi terlalu kuat. Hasil talaan yang baik dan tepat akan menyebabkan burung-burung ini dapat menikmati suasana dalaman dan menikmati suara dalaman kita.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Tuesday, 17 April 2012

Soalan dari sahabat kita di Terengganu

2012/4/17 Matpa Ari
salam abg ZAHIRUDIN?pemcm skg dengan walit?ok x?ok saya kenal diri saya dulu....saya mat-pa(pantai timur trgnu)....saya a masalah tentang BH saya .jd saya post email ini untuk mendapat pandangan dari pakar perwalitan la...iaitu abg la.ok abg,sya cte serba sedikit k tentang BH saya..ok pada 18 hb 4 2012 ni genap 3 bulan bh saya beroperasi..jd suara2 pun dah di mainkan..luar dan dalam...semua ok suara tu.masalahnye abg..burung banyak tapi hanya berlegar2 saje di atas...tidak menghiraukan bunyi suara..burung tidak datang dekat lubang masuk BH saya...(saya ad perunding..die cakap musim ni iaitu awal tahun burung x hiraukan suara?)kene tgu bulan 4 bru musim burung.skang dh tengah bulan 4 dah..seperti sedia kala jgk bang.ape pandangan abg?
...pada waktu pg,petang camtu jgk bang..tapi kadang2 datang jgk seekor burung..itu pun just main2 dkt speker je..tp jarang sangat la burung datang dkt suara tu..cume round2 je kat BH.bagi lokasi saya rasa ok da bang..kawasan lapang,tepi sawah,dekat dengan sungai jgk la...dulu sebelum buat BH..da buat ujian tapak...mase tu dalam bulan 5@6 taun lepas..mase tu dalam mse 2 minit burung datang ramai bang..lbh kurang 50 ekor jgk...mcm mane pandangan abang?untuk pengetahuan abang..dekat area BH saya..ad 2 biji dah yang sudah jalan..sume dah burung tidor..dan perunding same jgk..setahun da berlalu kot BH tu beroperasi abang..tapi sekarang,situasi BH ni mcm BH sy jgk bang..burung x datang dekat suara..tapi mase bulan 4,5,6,7,8,9,10,11,12 tahun lepas ad banyk jgk burung datang dkt BH tu bang..dan siap tdo lg..tapi sekarang xda burung datang cme main round2 je kat atas..mcm mane pandangan abang?adakah walet dkt tempt saya berjadual abg?tq bang kerana sudi bagi pendapat...saya harap abang boleh jd rakan dan sifu perwalitan saya..tq bang..opppss lg satu..kalw ad mase abg update2 la blog walit abg k.saya hari2 mesti buke untuk dapat ilmu terbaru..tq bang...salam



JAWAPAN
Salam Mat pa. Terima kasih kerana bertanya. Saya tak dapat nak bagi jawapan yang tepat sebab mat pa tak bagi saiz rumah burung dan design rumah burung tersebut. Namun saya cuba juga untuk menjawab persoalan yang diberikan.
Untuk rumah burung yang baru 3 bulan, memang sesetengah rumah burung agak lewat burung untuk masuk. Biasanya petua untuk rumah burung yang berjaya ialah kita perlu melihat samada dalam masa 6 bulan sudah ada tanda atau belum burung tidur di dalamnya. Jadi saudara ada masa lagi 3 bulan untuk menentukan rumah burung ini dibina secara betul atau tidak.
Dalam masa 6 bulan pertama ianya bulan yang kritikal. Jika selepas 6 bulan masih tidak ada tanda tahi burung di dalamnya maka rumah burung tersebut bolehlah dianggap gagal. Untuk itu pembaikan perlu dilakukan seperti menukar suara luar yang baik. Jika burung bermain di twitter luar seperti mencium twitter ini bermakna suara burung luar itu baik. Namun ada juga burung yang mencium suara luar (twitter luar) namun tidak mahu masuk ke dalamnya. Ini kerana burung tersebut masih ragu-ragu dan takut untuk survey di dalamnya. Apabila ada burung yang berani masuk maka akan ada burung lain yang cuba masuk ke dalamnya (mengikut burung yang pertama masuk).
Design rumah juga perlu betul. Pintu masuk yang sesuai dan twitter luar yang di pasang selari di bahagian dalam (bagi suara luar). Ini bagi memastikan suara luar juga kedengaran di bahagian dalaman rumah burung. Rumah burung yang baik ialah rumah burung yang mempunyai pintu keluar masuk yang mudah bagi burung untuk bergerak. Jangan lupa untuk meletakkan aroma dalaman di papan. Begitu juga aroma di dinding. Ini semua adalah faktor burung untuk terus tinggal di dalamnya. Suara dalaman juga amat penting untuk burung membuat keputusan tinggal di dalamnya.
Twitter suara dalam perlu dipasangan secara hujung ke hujung papan. Dalam satu papan perlu diletakkan twitter paling kurang 3 unit. Satu di hujung kiri, tengah dan dihujung kanan. Talaan twitter juga perlu betul. Untuk beri burung tinggal didalamnya perlu dipasang twitter yang agak baik seperti jenis Audac. Manakala twitter luar pula bolehlah guna Horn Twitter.
Bagi lubang masuk pula saya lebih gemar menggunakan pintu masuk dari atas dan bukan dari tepi. Pintu jenis ini dapat menghalang burung hantu dan burung pemangsa lain untuk menceroboh ke dalamnya. Ianya juga boleh mengelakkan kelawar dari turut singgah di dalamnya. Perlu diingatkan jika kelawar masuk dan kencing di dalamnya maka burung walit tidak akan tinggal di dalamnya. Maka pemantau berterusan perlu supaya burung walit akan masuk dahulu berbanding yang lain.
Teori terdapat bulan yang burung tidak menghiraukan suara adalah satu lagi mitos ciptaan manusia. Tidak ada bulan yang tidak sesuai. Ianya hanya terpulang kepada burung untuk masuk atau tidak sahaja. Faktor saiz dan dalaman juga penting. Adalah lebih baik dalamnya dibuat gelap dengan menggunakan teknik penataan cahaya yang baik. Jangan lupa meletakkan kolam air di pintu masuk supaya burung akan nampak bayangnya dari luar dan beranggapan sudah ada burung lain di dalamnya dan menyebabkan burung tersebut untuk terjun masuk ke dalamnya.
Apapun saya doakan semoga berjaya. Setiap perkara itu perlu ada usaha dan doa. Berdoalah kepada Allah swt semoga rumah burung saudara akan berjaya, InsyaAllah. Jangan lupa untuk bersedekah selalu dan insyaAllah Allah akan melipat gandakan rezeki saudara.
Wallahualam
Zahirudin Salehuddin

Monday, 16 April 2012

Hati-hati dengan cara membina rumah burung Walit

Assalamualaikum

Semakin lama saya berjalan di seluruh Malaysia semakin banyak rumah burung yang gagal kami temui. Ada yang burung sudah tidur tapi tidak mahu bersarang. Ada yang sudah 4 tahun beroperasi namun masih tiada burung yang duduk di dalamnya. Di Setiawan Lekir berhampiran rumah burung kami 2 tingkat, terdapat sebuah rumah 4 tingkat yang sudah pun ditutup oleh tuannya disebabkan tiada burung yang masuk. Sewaktu kami mahu membina rumah 2 tingkat JV ke 7 kami di situ terdapat cakap-cakap yang mengatakan rumah burung tidak sesuai dibina di situ memandangkan rumah burung 4 tingkat tersebut sudah beroperasi melebihi 4 tahun tidak dimasuki burung dan akhirnya ditutup terus operasinya.

Dengan izin Allah swt, rumah burung kami yang belum pun berumur setahun sudah pun di masuki burung dan terdapat 24 spot tahi burung yang terdapat di dalamnya. Bagi rumah persendirian setingkat yang kami bina berhampiran situ, sudah pun menghasilkan 13 sarang. InsyaAllah dari pemantauan yang kami lakukan akan terdapat banyak lagi sarang-sarang baru yang akan keluar. Menurut sesetengah yang mengaku pakar, mengatakan di lekir rumah burung setingkat sangat berisiko tinggi untuk gagal. Namun dengan izin Allah jua rumah burung setingkat milik pelanggan kami sudah pun mengeluarkan hasil. Dijangka lagi 4 tahun, rumah tersebut mampu mengeluarkan sarang sekitar 10 ke 15 kilo sebulan. Tuan rumah tersebut juga amat berpuas hati dengan perkembangan rumah beliau dan segala teori yang beliau dengar selama ini hanyalah satu teori rapuh dan telah dapat dipatahkan dengan bukti sarang yang ada.

InsyaAllah, rumah setingkat mampu memberi pulangan RM 40 ribu keatas sebulan. Telah ramai yang telah berjaya menjadi jutawan tanpa perlu memberi 100% tumpuan di rumah burung. Fikirkan apa akan anda nikmati dari pelaburan pembinaan rumah burung milik anda sendiri ketika ini? Dalam 5 tahun lagi jika anda tidak membinanya sekarang pastinya anda tidak akan terfikir betapa mudahnya mendapat habuan dari rumah burung anda. Jika anda masih lagi meraguinya, saya nasihatkan cubalah tanya rakan-rakan yang sudah ada rumah burung yang BERJAYA. Namun untuk membinanya perlulah berhati-hati dalam pelbagai aspek. Jangan rumah burung hanya tinggal nama dan akhirnya industri ini yang disalahkan sedangkan andalah penyebab mengapa rumah burung anda gagal.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday, 9 April 2012

Harga sarang semakin naik semula..Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Harga sarang kebelakangan ini semakin naik. Terbaru, harga sarang sudahpun naik antara RM 3000 ke 3600..itu maklumat dari pembeli-pembeli yang saya dapat.

Sewaktu harga sarang jatuh, kami sering mengingatkan semua pemilik rumah burung agar menyimpan dahulu sarang yang ada. Harga insyaAllah akan naik dalam beberapa bulan akan datang. Kelebihan sarang burung ini ialah ianya tidak rosak jika disimpan walaupun setahun atau lebih.

Bersyukur dengan berita ini. Jangan lupa bagi yang berminat untuk mendapatkan air sarang burung syifa' Mectten yang diadun dengan madu, boleh menghubungi kami. InsyaAllah buat masa ini sambutan sangat menggalakkan. Harga RM 100 (harga promosi) bagi 1.5 liter.


Bagi yang memiliki rumah burung pula kami menyediakan air aroma sarang burung bagi penggalak sarang baru. Harga RM 1000 untuk 3 liter. InsyaAllah kita berusaha dan berdoa, Allah swt jua penentunya.

Zahir 0196558840