Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Thursday, 29 December 2011

Rumah burung Mectten Setingkat waktu malam.3gp



Assalamualaikum...

Saya pergi melawat rumah burung kami setingkat. Alhamdulillah dianggarkan jumlah burung melebihi 150 ekor dah. Umur rumah baru mencecah 1 tahun 4 bulan. Doakan...

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday, 26 December 2011

Alangkah indahnya jika kita ada bank sendiri

Assalamualaikum.

Alangkah indahnya jika kita ada bank sendiri. Bank yang terus mengeluarkan duit tatkala kita sudah tidak lagi bekerja. Bank yang terus mengeluarkan duit tatkala kita hanya duduk diam-diam dan memantau bank sekali sekala setiap bulan. Bank yang boleh mengeluarkan pendapatan dari RM 20 ribu sebulan ke atas.

Bayangkan ketika ini kita bercita-cita untuk mencari wang pendapatan tambahan. Katalah pukul 8 pagi masuk kerja dan pukul 5 ptg habis bekerja. Pukul 8 malam buat part time tambah duit. Mungkin ada yang kerja di restoran, kerja di car wash atau apa sahaja. Balik rumah jam 12 malam. Esok jam 6 sudah bangun. Sembahyang subuh dan bersiap-siap ke tempat kerja. Duit kita yang dapat dari gaji bulanan dicampur  dengan gaji part time. Adakah mencukupi? Apatah lagi jika sudah bekeluarga. Anak-anak semakin membesar. Pendapatan semakin meruncing. Buat kerja tambahan badan pulak semakin lemah. Akhirnya prestasi menurun dan berkemungkinan dibuang kerja.

Saya sendiri keluar membeli beg sekolah anak-anak saya. Kalau yang berjenama RM 89.90 satu. Jadi saya beli yang tak berjenama. Harganya 59.90 satu. Saya beli 3 jadi harganya lebih kurang RM 180 semua. Baru beg sekolah. Belum yang lain-lain lagi. Alhamdulillah saya terfikir sekarang saya sudah ada rumah burung sendiri. Paling tidak pun saya boleh petik sarang dan jual pada yang memerlukan sekeping antara RM 60 ke 120. Dapat 5 sarang sudah mencecah RM 500.

Waktu begini saya panjatkan kesyukuran tak terhingga kepada Allah swt. Kerana dengan izinNya saya mampu merubah nasib hidup saya. Saya ingat lagi sewaktu 5 tahun yang lalu saya selalu tiada wang. Saya beli telur dan beras RM 2.80 sekilo. Kadang-kadang beras habis selama 3 hari. Anak-anak dan isteri saya makan tepung goreng manakala saya mengikat perut. Akhirnya segala penderitaan saya dan keluarga saya terbalas. Allah menemukan saya dengan ilmu rumah burung. Akhirnya saya mengerti mengapa orang-orang cina pernah berkata kepada saya mempunyai rumah burung umpama anda mempunyai sebuah bank persendirian....Alhamdulillah

Zahirudin b Salehudiin
0196558840

Friday, 23 December 2011

Benarkah burung Melaka sarangnya kurang kualiti?

Assalamualaikum

Dalam perjalanan pulang dari Perak minggu lalu seorang teman lama menelefon. Beliau merupakan seorang usahawan. Berniaga sejak dari zaman bujang hinggalah sekarang. Syabas saya ucapkan. Kebetulan telah lebih 10 tahun kami terputus hubungan selepas tamat pengajian. Dalam asyik bersembang dan bertanya khabar beliau terkejut setelah mendapati saya mempunyai bisnes rumah burung walit.  Lalu beliau bertanya mengenai rumah burung. Katanya telah lama beliau dan rakan-rakan ingin menceburi bidang perniagaan ini namun mendapat tahu burung di Melaka sarangnya kurang kualitinya.

Saya katakan, sebenarnya sarang yang kecil dan kurang kualiti adalah kerana faktor umur yang muda. Biasanya burung yang muda atau kali pertama bersarang akan menyebabkan kualiti sarang yang terhasil agak kurang baik. Begitu juga jika rumah yang dibina terlalu panas mahupun sejuk. kedua-duanya akan menyebabkan sarang yang dihasilkan kurang berkualiti. Tidak timbul soal di mana burung itu menetap.

Selepas penerangan diberikan kepada beliau, beliau terus bersetuju untuk datang ke pejabat kami di Seri Putra bagi perbincangan selanjutnya. InsyaAllah, dapatkan maklumat yang tepat dan bukannya mendengar dari sumber yang kurang berpengalaman. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Thursday, 22 December 2011

Burung takde bulan 11 dan 12 sebab balik Indonesia?

Assalamualaikum

Seorang sahabat dari klate menelefon saya untuk bertanya. Benarkah bulan 11 dan 12 burung-burung walit takde kat Malaysia sebab balik ke Indonesia? Wah...termenung juga saya mendengar teori itu. Menurut beliau, teori itu diberikan oleh rakan-rakan cina.

Saya berikan jawapan kepadanya, itu adalah satu lagi teori yang mengarut. Sebab apa saya kata begitu, cuba lihat dalam rumah burung kita sebelah malam hari. Adakah burung-burungnya dah menghilang atau masih ada dalamnya? Kalau rumah burung saya, di Layang kanan saya lihat jumlah masih sama dan mungkin bertambah.

Burung walit tidak akan migrate lagi jika ditempat kita masih ada tempat untuknya berteduh. Kerana itu lah saya katakan rumah burung yang berdekatan dalam satu kawasan untuk jangka pendeknya kurang baik tetapi untuk jangka panjangnya sangat baik. Burung akan ada lebih pilihan untuk berteduh. Wallahualam

Zahirudin Salehudin
0196558840

Monday, 19 December 2011

Ust Azhar Idrus - Penantian dan Penggantian

Assalamualaikum

Hampir 3 jam menunggu kedatangan ust Azhar Idrus ke Restoran Soodoo Cafe kami di Bandar Seri Putra malam Sabtu lalu. 2 hari sebelum itu saya sudah menyampaikan undangan agar ust Azhar Idrus dapat singgah selepas menagadakan ceramah di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi.

Namun kita merancang Allah jua merancang, dan perancangan Allah itu lebih baik. Pukul 10 malam saya mendapat tahu beliau pergi ke restoran lain. Mulanya kecewa juga. Ramai rakan-rakan disini tak sabar-sabar untuk bersua dengannya dan duduk semeja. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya katakan dalam hati, mungkin ada hikmahnya ust tak datang. Mungkin saya belum cukup baik untuk Allah temukan dengan seorang guru yang hebat. Mungkin saya perlu meningkatkan amalan, wallahualam.

Sampai sahaja di rumah, seorang partner saya menelefon, "Yob, customer kamu dari Rembau dah sampai". Saya terkejut sedikit. Saya memang menanti customer yang seorang ini. dah 3 minggu saya deal untuk buatkan rumah burung 3 tingkat. Tak sangka pula dia datang malam tu. Akhirnya saya bergegas ke restoran dan malam itu alhamdulillah akhirnya berjayalah saya dan partner saya membuat close deal yang baik.

Dalam perjalanan pulang saya beritahu isteri saya, begitulah kehendak Allah swt. Bila ada yang kita harapkan tidak menjadi, tetapi kita redha dan berserah dengan Allah maka Allah akan gantikan dengan yang lain pula. Subhanallah. Sifat redha itu sangatlah penting dan bukannya asyik merungut sentiasa. Ada orang merungut walaupun sudah ada kerja. Ada orang merungut bila tiada kerja. Ada orang redha dengan apa yang ada. Ada orang redha dengan apa yang ada tetapi terus berusaha menjadi muslimin/ muslimat yang lebih baik. Marilah sama-sama kita belajar untuk redha dalam kehidupan ini. Bukannya mudah tetapi tidak mustahil. InsyaAllah

Saturday, 17 December 2011

Album - Gambar rumah burung Mectten









Rumah burung di bawah paras harga sebenar - dimana rasionalnya?

Assalamualaikum

Saya ada bertemu seorang hamba Allah yang mengadu rumah burungnya tidak dimasuki burung walaupun sudah berusia dua tahun. Saya diminta melawat rumah burung beliau di sekitar Selangor. Beliau membelanjakan RM 160K untuk 2 tingkat. Sebelum ini beliau ada meminta sebut harga dari kami dan kami berikan harga RM 280 (harga pada waktu itu) dan dikatakan terlalu mahal, walaupun pada kami ianya harga yang agak baik.

Setelah 2 tahun beliau kembali menelefon saya dan bertanya kenapa rumah burungnya tak dimasuki burung. Setelah saya pergi ke sana dapatlah saya simpulkan kenapa rumah burung itu gagal 100%.

Pertama: Rumah tersebut menggunakan bahan binaan murah dengan menggunakan batu blok yang lopong. Hasilnya kepanasan dalaman terlalu tinggi, terasa duduk di dalam sauna.

Kedua: Pintu masuk ikut tepi yang memudahkan burung hantu dan kelawar boleh keluar masuk sesuka hati.

Ketiga: Tiada atap melindungi tingkat paling atas.

Keempat: Suara luar yang kurang menarik begitu juga suara dalaman.

Kelima: Twitter yang banyak telah terbakar di dalamnya.

Keenam: Tiada maintenance dijalankan walaupun sebulan sekali.


Dalam pada itu kelemahan struktur bangunan juga perlu diambil kira. Dengan tiang yang kecil (saiz hanya sesuai utk rumah setingkat), serta lantai slab dari papan plywood, menyebabkan rumah tersebut hanya boleh bertahan paling lama 10 tahun sahaja. Terdapat kayu-kayu yang sudah mula berkulat dan mereput. Kolam di tingkat atas tidak dibuat dengan betul dan menyebabkan air meresap ke tingkat bawah. Kayu meranti pula banyak yang menggunakan kayu recycle. Terdapat tanda-tanda nyata yang kayu tersebut bagaikan sudah berusia 5 ke 6 tahun.

Setelah saya terangkan harga baik pulih terkedu tuan rumah. Saya beritahunya, eloklah jangan saya yang baik pulih rumah tersebut sebab kosnya amatlah tinggi. Lagipun bahannya terlalu murah dan saya rasa tak sanggup untuk mengenakan caj yang tinggi untuk menggantikan bahan yang baik. Saya hanya mampu memberikan tip-tip agar beliau boleh memperbaiki setakat yang mampu.

Berhati-hati dengan harga yang murah. Biar harga rumah burung kita mahal sedikit asalkan berbaloi. Atau untuk selamat, dapatkan dari kontraktor dan konsultan yang benar-benar berpengalaman dan bukannya kontraktor tangkap muat. Dikhuatiri, janji manis mereka akan menyebabkan anda menderita selepas itu. Konon ada warantya, akhirnya ditinggal pergi. Akhirnya rumah burung anda bakal mencatatkan sejarah sebagai rumah burung yang gagal. Dan bila ini terjadi jangan salahkan industri ini, tetapi salahkan diri sendiri kerana terlalu mencari yang murah akhirnya mendapat hasil yang tidak berkualiti. Seorang Pakar Dari Indonesia pernah berkata, Jika anda inginkan sebuah rumah burung yang murah tetapi mahukan hasil yang lumayan maka anda tersilap besar.

Cubalah anda fikirkan sejenak, rumah burung adalah seperti sebuah bank persendirian. Membina sebuah bank bukanlah perkara mudah. Apatah lagi jika binaannya murah. Mudah untuk roboh dan diceroboh. InsyaAllah saya akan ceritakan lagi rumah burung yang lain yang juga gagal. Semoga anda semua membuat keputusan yang bijak...insyaAllah.

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mectten Birdnest Industry Sdn Bhd
019 6558840

Thursday, 15 December 2011

PERGINYA SATU PERMATA YANG TAK TERNILAI

Assalamualaikum. Pada hari rabu yang lalu selepas subuh, saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang tuan guru yang hebat Pak Imam Majid. Beliau pernah menjadi guru saya dan adik beradik yang lain. Melaluinya kami mengenali apakah itu Islam yang sebenarnya. Beliau datang mengajar setiap hari di rumah kami secara personally.

Kehebatan beliau ialah beliau merupakan pejuang kemerdekaan. Semua pimpinan mengenali beliau termasuklah tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan lain-lain. Mula berkecimpung dalam perjuangan dan menjadi orang kanan Dr Burhanuddin Helmi. Beliau juga antara yang pernah ditahan ISA oleh pemerintah dan pernah bertukar penjara 7 tempat. Keazaman beliau untuk menuntut Ilmu adalah sangat di puji. Beliau boleh berbahasa Arab (arab Al-Quran, arab Dusun), English, Bahasa Cina. Beliau mempelajari bahasa Inggeris sewaktu berada di dalam penjara bersama Pak Sako.

Pernah dipanggil oleh Lee Kwan Yew (Perdana Menteri Singapura) untuk menjadi salah seorang menteri kabinet di sana sewaktu pemisahan Malaysia dan Singapura. UKM juga pernah mengeluarkan sebuah buku Memoir Abdul Saleh Majid yang mengisahkan perjuangan beliau sewaktu hidupnya. Terdapat banyak buku-buku karangan beliau yang berkisar mengenai kemerdekaan dan politik.

Seorang guru Tasauf yang hebat. Hidupnya tidak memiliki sebarang harta seperti kereta, motosikal dan rumah disebabkan beliau lebih rela derita di dunia tetapi bahagia di akhirat. Pemikiran dan analisa yang cukup tajam menyebabkan jika sesiapa yang berbual dengannya tentu tidak percaya bagaimana seorang yang tua, berpakaian lusuh, dan berkopiah namun bijak dalam mengeluarkan hujah. Bagi saya beliau buat apa yang dikatakan. Beliau amat berpegang teguh dengan agama serta hukum. Antara pesanan beliau ialah belajarlah bersungguh-sungguh supaya kita tidak ditipu oleh orang lain.

Saya hampir menitiskan airmata apabila menyembahyangkan jenazahnya. Namun hati terubat apabila wajahnya tersenyum dan saya yakin ianya satu tanda beliau telahpun mendapat apa yang dihajati, insyaAllah.  Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang bertakwa. InsyaAllah.

Sunday, 11 December 2011

Tawaran DECEMBER - RM 80 ribu saiz 15kaki x 45kaki

Assalamualaikum

December ini kami ingin menawarkan Rumah burung RM 80 ribu yang bersaiz 15 x 45. Bagi yang mempunyai modal yang kurang boleh mencuba saiz yang kami tawarkan. Berminat boleh hubungi kami secepat mungkin.

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Wednesday, 7 December 2011

Kakitangan Kerajaan Boleh Buat Pinjaman Untuk Buat Rumah

Assalamualaikum

Saya baru sahaja dikunjungi seorang sahabat lama dari Johor. Beliau amat berminat untuk membina rumah burung secara persendirian. Isterinya seorang guru.

Saya mencadangkan kepada beliau, jika tiada modal, kakitangan kerajaan boleh memohon pinjaman secara individu kepada Bank Agro. Hanya perlu menunjukkan pay slip gaji sahaja sudah boleh membuat pinjaman sehingga RM 250k.

Rumah setingkat kami hanya RM 160k. Pulangan boleh mencecah sehingga RM 40k sebulan selepas tahun ke 4 atau ke 5. Mendengar penerangan saya tadi, beliau begitu tertarik dan berhasrat untuk membuat pinjaman tidak lama lagi.

Saya katakan ada 3 golongan yang buat wang sendiri. Iaitu:

1) Kerja Sendiri (Berniaga kecil-kecilan)
2) Berniaga (Skala sederhana dan besar)
3) Pelabur

Menurut kajian, hanya 2 golongan sahaja dari atas ini yang boleh menjadi kaya iaitu Golongan Berniaga dan juga Golongan Pelabur.

Jadi saya katakan kepadanya jika tidak mampu berniaga maka jadilah Pelabur. Melaburlah dalam rumah burung secara persendirian. InsyaAllah hasil dari langit amatlah lumayan jika kena caranya.

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday, 5 December 2011

PROJEK JV JERTEH ADALAH YANG TERAKHIR.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah kami berbincang maka projek JV JERTEH adalah projek JV terakhir. Kami tidak akan lagi membuka projek JV yang baru selepas ini. Memandangkan Projek JV 8 dan 9 sedang dibina, maka kami merasakan cukuplah projek JV yang ada.

Kami akan memberi tumpuan kepada projek individu  yang ingin membina rumah secara persendirian. Sebarang soalan boleh hubungi saya di talian di bawah. Terima kasih semua.

Zahirudin b Salehuddin
0196558840

Thursday, 1 December 2011

Walit mengejar hujan?

Assalamualaikum

Adakah anda perasan bahawa setiap binatang yang terbang bila waktu hujan samada lebat atau rintik akan mencari tempat berteduh? Paling tidak mereka akan berehat di atas wayar talian elektrik untuk berehat sementara menunggu hujan berhenti. Ini adalah disebabkan kepak mereka akan basah dan pasti menyukarkan mereka untuk terbang.

Berbeza dengan burung walit. Mereka akan mengejar hujan. Mereka akan terus bermain-main di dalam hujan samada lebat atau tidak. Itu adalah kelebihan burung walit ciptaan Allah swt. Mereka boleh terbang tanpa henti.

Anda sendiri boleh cuba lihat dengan mata anda sendiri perkara ini. Luangkan sedikit masa untuk melihat kebesaran Allah. Mungkin kerana itulah agaknya sarangnya sangat berkualiti dari segi khasiatnya.

Zahirudin Salehuddin
0196558840