Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday, 27 September 2011

Melawat rumah burung 100 sarang dalam setahun

Lawatan saya ke rumah burung 100 sarang dalam setahun di Perak. Alhamdulillah..rezeki tuan rumah..

Sila layari LINK INI: http://youtu.be/4ioQ2rnDAdA

Tuesday, 13 September 2011

99 peratus rakyat Malaysia tidak tahu mengenai rumah burung..

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi yang bukan Islam. Memandangkan tulisan saya ini menarik perhatian kaum lain yang bukan beragama Islam maka saya berikan salam sejahtera. Alhamdulillah ramai yang menelefon saya untuk menyatakan minat mereka untuk menggunakan khidmat MECTTEN. Malahan ada juga tuan rumah berbangsa cina yang menelefon dan berjumpa bagi bertukar-tukar fikiran dan meminta khidmat nasihat. Ramai juga yang mengeluh rumah dibina 3 tingkat, 4 tingkat belum dimasuki burung walaupun sudah berusia 3 tahun. Kalau mengikut agama Islam, ianya adalah rezeki dari Allah swt. Walaubagaimana kita buatpun kalau tak diizinkan oleh Allah maka tetap burung takkan masuk.

Kerana itulah selain dari teknik yang betul, kita mestilah berdoa selalu dan kalau boleh tuan punya rumah burung tersebut buatlah sedikit kenduri doa selamat dan perbanyakkan sedeqah. Sedeqah ini sangatlah baik kerana Allah telah menjanjikan hambanya yang rajin bersedeqah dengan balasan berlipat kali ganda.

Apapun isu yang ingin saya ketengahkan disini ialah peratusan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai kewujudan perniagaan yang hebat ini adalah dianggarkan sebanyak 99%. Itu maklumat yang saya dapati. Tetapi kemungkinan paras peratusan tersebut sudahpun menurun memandangkan setiap hari kita lihat maklumat melalui televisyen, radio malahan suratkhabar begitu banyak memberikan maklumat mengenai bisnes ini.

Persoalannya, jika peratusan yang tidak tahu mengenai bisnes ini begitu tinggi, agak-agaknya berapakah peratusan yang belum lagi masuk ke dalam rumah burung walit? Sudah tentulah ianya lebih tinggi dari peratusan yang tidak tahu mengenai bisnes walit ini..

Ini bermakna jika kita lihat ramai orang yang suka bercerita tentang bisnes walit ketika ini. Mungkin mereka ada mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Itu adalah satu langkah yang baik. Namun kita juga harus berhati-hati dalam setiap maklumat yang diterima. Contohnya, apa yang kita perolehi dalam setiap kursus tersebut belum tentu menjamin setiap rahsia rumah burung ini dapat dibongkar. Saya ada bertemu seorang hamba Allah yang sedang asyik menceritakan mengenai bisnes ini. Beliau tidak menyedari saya merupakan kontraktor dan konsultan rumah burung walit. Pada mulanya saya teringin untuk mendengar bagi menambah ilmu. Namun setelah beberapa minit, berbagai perkara yang saya fikir mengarut mula terkeluar. Hamba Allah tersebut terus-terusan bercerita akan kehebatan ilmu yang beliau miliki mengenai rumah burung ini. Saya hanya terus berdiam..mengangguk tidak..mengeleng pun tidak. Saya perhatikan begitu ramai yang agak tercengang dengan maklumat-maklumat yang diberikan.

Kemudian seorang dari sahabatnya yang mendengar ceramahnya yang panjang lebar mula memberikan pembayang dengan mengatakan disini ada seorang sifu yang berjaya. Dengan lantangnya beliau mengatakan "Siapa orang itu"... " Pakai Kereta Apa" ..."kalau setakat kereta kecil dan bukan Mers atau BMW  orang itu bukannya sifu"... Saya hanya mendiamkan diri kerana saya sendiri tak tahu siapa sifu tersebut. Selepas saya dengar perkara yang diterangkan semakin mengarut, saya bertanya kepadanya, adakah dia pernah memasuki rumah burung. Dia jawab "Ada". Dia kata dia ada sebuah rumah burung bersaiz 10kaki x 30kaki. Baru sebulan dibina. Dan yang menariknya itulah rumahnya yang pertama dan belum ada seekor burung walit yang menetap mahupun singgah di dalamnya....

Terkedu sekejap memikirkan sikap hamba Allah ini. MasyaAllah..itulah ujian Allah swt terhadap kita. Baru diberi tongkat untuk berdiri kita sudah berbicara tentang berlari. Bukanlah tujuan saya bercerita ini untuk memburuk-buruk orang lain, tetapi bayangkan berapa ramai orang yang akan menerima maklumat yang salah di atas kesilapan kita. Biarlah kita berbicara perkara yang benar dan pasti. Jangan kita masih lagi tercari-cari jawapan kita sudah pun membuat kesimpulan. Seperkara lagi, berapa ramai tuan punya rumah burung terutama berbangsa cina saya jumpa, mereka semuanya low profile. Ada yang naik kereta buruk tetapi poketnya ada RM 40 ribu sebulan bagi sebuah rumah setingkat. Ada juga yang mempunyai 31 buah rumah burung 4 tingkat seluruh Malaysia, tetapi masih lagi merendah diri. MECTTEN sendiri sudah ada 10 rumah burung tetapi kami masih lagi merasakan masih ada ruang untuk diperbaiki. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin

Sunday, 11 September 2011

Rumah Burung 3 Tingkat di Tanjung Karang RM 700 ribu..FUHHH

Assalamualaikum.

Rumah di Tanjung Karang Selangor, 3 tingkat RM 700,000.00. Fuh, Mahal nya! Keluh hati kecil saya. Apa agaknya teknologi yang dipasang sehingga mahal sebegitu.

Itulah maklumat yang saya terima dari seorang tauke hardware yang datang untuk menghantar barang ke site kami di Tanjung Karang. Site setingkat yang kami bina untuk Ustaz Harullah. Sampai di situ, taukeh tersebut terus bertanya, berapakah harga rumah burung yang kami bina untuk ust Harullah. Kami beritahu harganya RM 140k termasuk jaminan sehingga burung bersarang. Terkejut taukeh berbangsa Cina tersebut. Dia kata kenapa murah sangat. Dia sendiri fikir harga rumah tersebut pada mulanya RM 350K.

Takpelah...yang penting kita perlu jujur dan untung tak melampau. Asalkan masing-masing redha dan puas hati serta ada perjanjian dan akad.  Bagi kami harga yang ada sudah cukup buat masa ini. Cuma saya sentiasa berdoa agar harga barang tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga. Kalau dulu bata merah saya boleh dapat seketul RM 0.35sen. Itu beberapa bulan yang lalu. Sekarang seketul bata sudah pun mencecah RM0.50 sen. Naik berganda-ganda. Belum lagi bab kenaikan besi.

InsyaAllah kami akan terus bertahan dengan harga yang ada. Semoga keberkatan akan datang dengan adanya kejujuran dari pihak kami dan pihak tuan semua. Wallahualam

Zahir
0196558840

Ular dan Tikus dalam rumah burung

Assalamualaikum

Sewaktu operasi penyelenggaraan dijalankan semalam, kami berjaya membunuh 2 ekor pemangsa yang cukup licik dan membahayakan. Seekor anak ular tedung manakala seekor lagi tikus. Lokasi ialah di Teluk Intan, Tanjong Sari. Penyelenggaraan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Tikus dan ular merupakan haiwan pemangsa yang akan memakan telur burung walit ini. Mereka juga mampu memakan anak burung walit yang masih kecil lagi.

Terima kasih

Zahirudin Salehuddin

Wednesday, 7 September 2011

Sampai bila kita harus miskin dan susah?

Assalamualaikum.

Nampaknya bahang hariraya masih lagi kuat dan berterusan. Open House tahun ni agak berkurang di tempat saya. Mungkin belum lagi agaknya. Di Bandar Baru Bangi restoran semua penuh sebelah malam. Mungkin ramai antara kita hendak mengubah selera. Dah jemu makan ketupat, rendang dan lemang agaknya. Tambahan pula biskut raya pun banyak yang dihidangkan di setiap rumah. Apapun bersyukurlah kerana kita masih lagi berupaya menikmati makanan yang baik dan halal.

Dalam pada kita bergembira, masih ada ramai lagi insan yang berduka. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Di Bandar Bukit Mahkota Bangi, terdapat flat di situ. Sahabat saya yang juga penggerak komuniti remaja di situ telah melakukan survey yang mana menunjukkan betapa ramai golongan miskin yang berpendapatan rendah. Ada juga ibu tunggal yang harus membesarkan anak-anak mereka dengan penuh jerih perit. Ada juga "ibu tinggal" yang tiada pembelaan. Ada juga keluarga yang mempunyai anak sehingga 11 orang. MasyaAllah...

Pernahkah anda mengalami tekanan dalam kewangan, hidup yang menekan, susah untuk melelapkan mata, hutang yang semakin hari semakin menimbun, kehilangan pekerjaan, hilang keyakinan diri dan sebagainya? Di dalam hidup ini, wang bukan segala-galanya tetapi wang boleh menyelesaikan banyak perkara. Kerana itu didalam Islam kita digalakkan berniaga kerana 9/10 rezeki itu dari berniaga. Katalah rezeki di Malaysia bagi setiap rakyat dikumpulkan ialah sebanyak RM 10 billion (contoh sahaja), 9/10 darinya iaitu RM 9 billion itu adalah dari perniagaan. Bukankah sudah jelas dan cantik agama kita menunjukkan apa guna berniaga itu? 

Untuk keluar dari masalah kemiskinan dan kesusahan, perkara pertama yang perlu ada ialah keinginan untuk berubah. Fikirkan sejenak, anda ingin berubah terus atau sekadar ingin berubah sekejap sahaja. Jika anda ingin mengubah nasib hidup anda terus menerus maka pilihlah untuk berniaga, namun jika anda ingin berubah hanya untuk mengatasi masalah bagi tempoh sementara maka bolehlah buat kerja "part time". Nasihat saya, mulalah untuk berfikir bagaimana untuk berniaga. Tak perlu cari perniagaan yang memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, katalah anda kekurangan modal atau modal "tak berapa nak ada" mungkin agak payah untuk memulakan perniagaan. Namun jika anda boleh mencari satu produk atau bisnes orang lain yang boleh anda promosikan dan anda akan dibayar komisyen, maka lakukannya. Berapa ramai jutawan di Malaysia ini memulakan karier perniagaan mereka hanya melalui komisyen. Anda boleh menjadi Pemasar Bebas (Freelance Marketeer). Modal sangat minima. Tak perlu ada pejabat. Tak perlu ada pekerja. Tak berhenti kerja yang ada. Yang perlu ada ialah kebijaksanaan untuk anda mencari produk yang sesuai untuk anda promosikan. 

Sebagai contoh mudah, syarikat A ada menjual alat penggera rumah. Anda tahu syarikat itu ada bisnes yang baik. Anda boleh pergi ke syarikat tersebut dan minta untuk menjadi freelance marketeer. Anda mula promosikan di kawasan perumahan anda atau yang berdekatan dahulu. InsyaAllah jika berusaha pasti akan ada balasan dari Allah swt. Atau apa sahaja produk yang bagus yang berkualiti. Jangan promosikan produk atau servis yang tidak jelas dan mempunyai unsur penipuan. Akibatnya apabila syarikat yang anda bantu promosikan produk atau servisnya gagal atau tutup, maka anda pula yang disalahkan. Namun untuk menjadi usahawan yang hebat, jika anda terkena seperti itupun, yakinlah anda di pihak yang benar. Anda tidak pernah berniat menipu orang. Allah swt Maha Mengetahui. Gagal sekali bukannya gagal selamanya.

Cubalah bangkit dari kelemahan diri kita ini. Saya tahu, bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru. Tetapi bagi saya jika kita tidak memulakan hari ini, sampai bila lagi kita boleh bertahan dengan kesusahan. Jika kita tidak mencuba hari ini, bagaimana kita tahu apakah akan terjadi pada masa hadapan. Mahukah kita terus-terusan dianggap orang yang susah dan gagal? Jangan pedulikan kata-kata orang-orang yang sering menghina kita, sebaliknya pekakkan telinga dan lakukan demi mengubah nasib hidup dan keluarga. Setiap dari kita harus bangun dalam kehidupan. Kita perlu berhijrah. Kuatkan semangat dan roh kita.


Saya doakan semua yang ingin berubah akan berjaya. Dibawah ini adalah antara amalan saya yang sering saya buat ketika zaman saya susah dahulu sehingga sekarang. Cubalah amalkan moga-moga ada kebaikannya, insyaAllah:

1) Sembahyang 5 waktu
2) Berbuat baik kepada kedua orang tua
3) Bersedeqah walau 10 sen
4) Membaca surah Kursi 7 kali sehari
5) Sembahyang sunat taubat dan disusuli sunat hajat serta sunat isytikharah
6) Menjaga persahabatan dan silaturrahim
7) Tidak mengadu domba
8) Berdoa selalu walaupun di dalam hati
9) Berbuat baik dengan makhluk Allah yang lain
10) Seringlah berselawat

Bukanlah saya ingin mengatakan saya ini baik, namun ini adalah antara amalan yang saya lakukan. Moga-moga jika anda semua lakukan mungkin ada bantuan yang datang dari Allah swt untuk anda. Apapun saya ucapkan semoga berjaya dalam membentuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. InsyaAllah.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN GROUP