Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Wednesday, 30 January 2013

Sekali lagi saya upload suara yang baik bagi rumah burung



Assalamualaikum

Saya mendapat pertanyaan dari beberapa pengusaha rumahb urung walit yang mendapati rumah burung mereka kurang burung yang singgah.

Seperti apa yang pernah saya katakan suara luar adalah antara faktor terpenting dalam menjadikan rumah burung menjadi rumah burung yang berjaya. Kerana itu suara burung yang murah di pasaran memang saya tidak galakkan untuk tuan rumah membelinya.

Suara yang baik mampu memanggil kawanan burung walit berlegar-legar di bunyi yang dipasang. Kerana itu juga saya selalu syorkan tuan rumah memiliki 20 suara burung yang kita boleh pasang secara rotation.

Sesetengah kawanan burung walit suka bunyi cthnya A tetapi tidak tertarik dengan bunyi cthnya B. Rotation perlu pada ditukar dalam tempoh 3 bulan sekali. InsyaAllah jika suara luar sudah menarik maka langkah pertama anda sudahpun betul. Kini anda hanya perlu letakkan suara dalaman dan aroma yang betul pula.

insyaAllah

zahir
0196558840

Monday, 28 January 2013

Peluang menjadi perniagaan yang mudah dengan air walit

Assalamualaikum

Kami mengadakan taklimat percuma bagi yang ingin memulakan perniagaan air walit secara modal yang sangat rendah bermula dengan RM 180 sahaja.

Siapa yang patut menyertainya:

1) Sesiapa yang ingin menambah pendapatan secara sambilan.
2) Sesiapa yang minat berniaga
3) Sesiapa yang kurang modal
4) Sesiapa yang mahukan pendapatan berterusan setiap bulan
5) Sesiapa yang mahukan perubahan dalam hidup

Program ini kami namakan program Ekonomi Pantas dan Berkat. Tidak perlu sepenuh masa. Tidak perlu premis perniagaan. Tidak perlu modal yang banyak.

Sila hadiri majlis taklimat kami, insyaAllah anda akan dapati peluang ini sangat baik. Maklumat adalah seperti berikut:

1) Tarikh: 1.2.2013 (Jumaat)
2) Masa : 9.30 malam
3) Tempat: Pejabat Urusan MECTTEN HOLDINGS, No 42-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar seri Putra, Bangi Selangor.



Utk Maklumat sila sms ke no saya 0196558840


Jazakallah

Zahir
0196558840


Sunday, 27 January 2013

Ya Allah temukan kami dengan Rasulullah saw

Assalamualaikum

Selamat menyambut Maulidur Rasul, Nabi Muhammad saw. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku menatap wajahmu...Ya Rasulullah, betapa agungnya dirimu menjadi pemerintah yang adil...tanpa dirimu, sudah pasti manusia dalam kegelapan...

Sebagai umat Islam, kita tidak semestinya hanya menyambut hari lahir Nabi Muhammad saw, tetapi kita juga wajib mengikuti segala saranannya. Antaranya menjadikan segala syariat Allah swt ditegakkan di muka bumi ini. Jangan kita menyambut maulidurrasul tetapi pada yang sama kita mempertahankan syariat mat saleh yang kita guna pakai sehingga ke hari ini. Ingatlah amaran Allah swt yang terdapat banyak dalam al-Quran yang mana barangsiapa yang berhukum selain hukum Allah maka kufurlah orang itu...

Sebagai ummat Islam, kita perlulah yakin 100% segala yang datang dari Allah swt melalui Rasulnya adalah yang terbaik untuk kita ikuti. Kita perlu ada keimanan yang jitu kerana jika tidak ada keimanan yang jitu maka dikhuatiri kita akan menyesal sewaktu di alam kubur apatah lagi di alam akhirat...saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua...agar kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Friday, 18 January 2013

Pertahankan Islam maka kita akan selamat dunia dan akhirat

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga saya berjumpa dengan jumaat yang mulia ini. Di akhir-akhir ini begitu banyak kisah-kisah politik yang berlegar-legar di media massa. Adakalanya tak masuk akal kita sebagai orang Islam.


Ada yang menyuruh bersatu, ada yang menyalahkan politik dalam Islam, ada yang membenarkan politik dalam Islam. Sebagai orang Islam yang mengakui beriman, maka wajib bagi kita mengikuti apa sahaja yang di suruh oleh Allah swt dan rasulNya dan meninggalkan apa yang dilarang. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Ingatlah bagi kita semua, barangsiapa yang menolak, walaupun 0.000005 % maka hukumnya kufurlah seseorang itu. Inilah pandangan ulamak-ulamak muktabar yang telah dipersetujui oleh jumhur ulamak.

Setiap dari kita akan disoal di akhirat kelak mengenai semua ini. Akan di tanya semua perkara walau sebesar-besar zarah. Kita semua mahukan belas kasihan dan rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat apatah lagi. Ramai di kalangan orang Islam kita tersasar jauh dalam penilaian mengenai Islam apabila hanya mengatakan Islam ini pada sembahyang, puasa, haji, zakat tetapi terlupa beriman kepada apa yang Allah swt telah turunkan adalah menjadi perkara yang utama sebagai orang mukmin.

Ramai yang tersilap dalam menentang arahan Allah swt hanya berlandaskan pemikiran akal logik yang mana cenderung bagi nafsu diri sendiri. Kerana itulah wajib bagi kita menuntut ilmu dari guru yang mursyid dan bukannya sekadar sedikit-sedikit. Dimanakah kedudukan kita di kahirat kelak? Sanggupkah kita dikumpulkan bersama golongan yang menderhaka kepada Allah swt hanya kerana mendapat habuan dunia yang amat sedikit berbanding di akhirat kelak?

Saya berpesan kepada diri saya dan diri sahabat-sahabat semua, seruan Allah dan Rasul telah pun termaktub sejak lama lagi, janganlah kita menjerumuskan diri kita ke lembah maksiat kepada Allah swt dan terus berada dalam kesesatan. Ingatlah, di akhirat kelak tiada tempat lagi untuk kita lari, bahkan hanya iman dan taqwa yang sejati di dunia ini akan menyelamatkan kita dari bakaran api neraka kelak. Wallahualam

Zahir

Monday, 14 January 2013

Pesanan Khalifah Umar Abdul Aziz

Assalamualaikum

Apabila di kalangan kita dipilih menjadi pemimpin maka sibuk kita bergembira dan rasa dunia ini akan menjadi milik kita. Kita lupa bahawa segala yang ada adalah sementara. Setiap yang berada di bawah kita akan menjadi tanggungjawab yang berat dan memikul amanah adalah perkara yang paling sukar untuk dipikul. Peringatan ini saya tujukan kepada diri saya dan semua. Seperti saya yang memikul tanggungjawab terhadap amanah kepada para rakanniaga dan pekerja. InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik dalam melaksanakan semua tanggungjawab ini agar di akhirat kelak saya tidak akan dipersalahkan..nauzubillah..

Wahai sahabat-sahabat sekalian, apabila saya terbaca mengenai pesanan Umar Abdul Aziz seorang terbaik pemimpin agung yang warak dan alim, hati ini resah gelisah dan malam tidak sapat saya melelapkan mata. Saya takut andai kata sahabat-sahabat semua akan menyalahkan saya di akhirat kelak. InsyaAllah semua yang saya buat adalah yang terbaik yang mampu saya lakukan. Sudah ditakdirkan saya menjadi pemimpin bagi syarikat ini dan saya mohon kesabaran bagi kita semua jika ada kelewatan dari syarikat ini. Setakat ini rumah-rumah burung telah mengeluarkan hasil namun ada yang belum kami buat bayaran kerana mahu menunggu hasil yang dituai banyak sedikit untuk dibuat pembayaran.

Pesanan dari Umar Abdul Aziz :

" Saya berpesan kepada kamu, bertakwalah kepada Tuhan kerana ketakwaan itu lebih penting daripada segalanya, Beramallah kamu untuk akhiratmu nescaya Tuhan menyelesaikan segala urusan duniamu. Perbaikilah tingkah lakumu dikala sunyi, nescaya Tuhan perbaiki tingkah lakumu di hadapan umum. Banyakkan mengingati mati dan buatlah persiapan menghadapinya, nescaya mencegah kamu hidup berfoya-foya mengikut nafsumu. Sesiapa yang tidak mengingati kematiannya, nescaya dia mati dalam kehinaan".


Beliau menyambung ucapannya:

" Wahai sekalian manusia, sebelum saya, muncul beberapa orang pemimpin yang kamu tidak senangi kerana kezaliman yang mereka lakukan pada kamu. Sekarang tiba pula giliran saya menjadi pemimpin yang kamu. Ketahuilah tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah swt. Sekiranya pemimpin itu taat kepada Allah maka wajiblah taat kepadanya. Sekiranya pemimpin itu derhaka kepada Allah maka tidak wajib taat kepadanya"



Wallahualam

Zahir
0196558840

Air walit syifa' terus mendapat sambutan

Assalamualaikum



Baru-baru ini saya mendapat feedback daripada pelanggan yang menggunakan air walit syifa'. Alhamdulillah, ramai yang mengaku akan keberkesanan air sarang walit syifa' ini. Apatah lagi sarang yang terdapat di dalamnya begitu terasa apabila air tersebut diminum.

Antara yang mencubanya ialah pesakit kencing manis, darah tinggi, batuk asma dan juga pesakit kanser. Sepertimana yang kita sedia maklum, sarang walit ini mengandungi begitu banyak kebaikan yang Allah swt ciptakan. Mungkin juga kerana walit ini sendiri diciptakan tidak kenal erti letih apabila terbang sehingga berbelas jam tanpa rehat. Malahan ketika hujan lebat juga mereka tidak berteduh.

Saya juga mendapat maklumbalas dari orang-orang cina yang mengatakan betapa murahnya harga air walit syifa'. Bagi mereka untuk botol 750ml harga kebiasaannya adalah antara RM 300 ke 400 sebotol. Namun saya menerangkan, kami meletakkan harga yang agak murah bagi membolehkan orang-orang yang kurang  berkemampuan membelinya. Alhamdulillah nampaknya semakin hari semakin bertambah pengguna air walit syifa'.

Bagi yang ingin membelinya bolehlah menghubungi kami untuk mengetahui stokis yang berhampiran di tempat saudara. Bagi yang berada di Perak boleh sahaja menghubungi Stokis negeri untuk bertanyakan stok ataupun stokis kawasan.



Untuk mengetahui stokis yang berhampiran sila layari http://walitsyifa.blogspot.com





Jazakallah

Zahir

0196558840







Tuesday, 8 January 2013

Ishtikharah adalah yang terbaik

Assalamualaikum

Seorang dari sahabat bertanya apakah cara terbaik untuk kita menceburi dalam sesuatu bisnes. Saya katakan yang terbaik telah lama di ajarkan dalam agama kita yakni Islam. Setiap yang kita dalam dilema sebaiknya kita dapatkan petunjuk Allah swt. Dialah sahaja yang boleh memberikan jalan yang terbaik buat kita.

InsyaAllah Allah aka menunjukkan jalan yang benar untuk kita ikuti walaupun biasanya terdapat kesulitan dan risiko namun kita perlu yakin itu semua dugaan hidup. Tiada yang mustahil selagi ianya ketentuan buat kita.

Wallahualam

Zahir
0196558850