Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Monday, 30 July 2012

Kami mohon maaf bagi warga Sabah, Sarawak dan Brunei


Assalamualaikum

Alhamdulillah air sarang walit syifa' mendapat sambutan yang amat menggalakkan di seluruh semenanjung Malaysia. Kami mendapat pelbagai respon dari pelanggan akan kebaikan air ini.

Namun saya mewakili Mectten memohon jutaan kemaafan bagi warga Sabah, Sarawak dan Brunei kerana air ini belum dapat dinikmati di sana. Kami mendapat panggilan telefon dari sana yang ingin membeli dan yang ingin menjadi stokis. Untuk makluman pengedaran air kami belum lagi meliputi kawasan Malaysia barat.

InsyaAllah doakan agar air walit syifa' ini akan terus laris dan semoga kami akan mampu menyediakan bekalan sehingga ke Malaysia Barat malahan terus keseluruh dunia pada masa akan datang, InsyaAllah.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Burung masuk tapi kemudian keluar

Assalamualaikum

Seorang hamba allah memiliki rumah burung tetapi sudah sekian lama burung di rumahnya hanya masuk dan kemudian keluar. Burung-burung datang tetapi apabila masuk tidak mahu duduk atau tinggal di dalamnya.

Mengapa agaknya?  Pertama sekali kita ketahui bahawa burung-burung datang dan masuk didalamnya. Ini menunjukkan suara luar yang dipasang memang sudah sesuai. Namun suara dalamannya tidak cukup menarik untuk membuatkan burung tinggal di dalamnya. Perlu diingatkan suara dalaman yang baik akan menyebabkan burung-burung akan mula mencangkuk di twitter. Mereka akan mula khayal dengan lagu burung yang dimainkan. Perkara ini akan terjadi selama 3 atau 4 minggu sebelum mereka membuat keputusan untuk tinggal di dalamnya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Sunday, 29 July 2012

Mengapa baiknya berkongsi rumah burung

Assalamualaikum


Alhamdulillah ramai yang menelefon dan berminat menyertai perkongsian rumah burung ini. Sebenarnya banyak kebaikan berkongsi rumah burung ini. Antaranya ianya membolehkan kita yang kekurangan modal untuk memiliki rumah burung yang sebenar. rumah ini insyaAllah akan dibina di satu kawasan yang strategik.

Kita boleh pergi dan melihat serta memegangnya. Ianya juga dapat memberikan kita satu bentuk ilmu bagaimana sebenarnya rumah burung ini. Selama ini kita tidak pernah dibenarkan masuk ke dalamnya oleh tuan punya rumah burung tetapi kini kitalah pemilik rumah burung tersebut. Dari sedikit-sedikit hasil yang kita perolehi inilah insyaAllah akan menjadi modal yang banyak dalam satu hari nanti. Dengan berkat kesabaran kita insyaAllah akan bertambah lagi rezeki kita.

Walaupun rumah burung ini kami MECTTEN tidak mempunyai sebarang syer, namun insyaAllah kami akan menurunkan ilmu dalam menyelenggara rumah burung. Kami juga akan sama-sama memastikan rumah yang kami bina akan berjaya. Alangkah indahnya dengan perkongsian ini, umat Islam akan bersatu dan bertambah kekuatannya dari segi ukhuwah dan ekonominya. Yakinlah dengan janji Allah swt. Islam merupakan agama yang benar dan dengan Islam lah kita akan maju. Kita akan berjaya asalkan kita berada di landasan yang betul.

Kalau orang-orang bukan Islam sudah lama mencuba mengapa kita masih lagi tertanya-tanya? Kita lah yang sepatutnya berada jauh di hadapan. Marilah kita bangkit dari zaman kegelapan. Menuju ke arah cahaya kemenangan. Apatah lagi ini perniagaan yang halal dari segi syariah. Suburkan semangat kerjasama dan insyaAllah kita juga boleh berjaya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840
Pengarah Urusan MECTTEN GROUP  

Friday, 27 July 2012

Maher Zain Muhammad - Lagu yang menyentuh hati



Lagu yang menyentuh hati dan mengingatkan kepada Rasulullah saw...Thanks Maher Zain for this kind of song that so beuatiful...alhamdulillah

Sarang burung sehari 2 kilo - MasyaAllah

Assalamualaikum

Teringat saya sewaktu salah seorang kenalan saya yang juga seorang kontraktor rumah burung datang bertemu saya. Katanya dia melakukan penyelenggaraan di sebuah rumah burung di Kg Koh Perak milik seorang lelaki berbangsa Cina.

Menurut beliau rumah tersebut menghasilkan sarang 2 kilogram sehari..ya ...sehari...! Ini menyebabkan tuan rumah tersebut terpaksa menngambil sarang setiap hari...MasyaAllah...Subhanallah..Tiada yang mustahil bagi Allah swt..

Jika 2 kg sehari, kalau harga RM 3000 maka sehari pendapatannya RM 6000. Kalau Rm 4000 sekilo maka pendapatannya RM8000 sehari..

Begitulah jika Allah swt berkehendakkan..teringin rasanya saya nak masuk dan tengok rumah tersebut tapi apakan daya, ia bukannya rumah saya..jadi saya berdoa agar semua rumah yang saya bina juga akan diberikan keajaiban sebegitu.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Thursday, 26 July 2012

Rumah burung ada pelbagai pilihan dan cara

Assalamualaikum

Sebentar tadi seorang rakan JV dari rumah 3 menelefon saya. Katanya beliau berminat untuk masuk menjadi rakankongsi  kilang air.

Beliau bertanya apakah peluang pelaburan yang berpanjangan boleh beliau lakukan. Saya katakan buatlah rumah burung setingkat. Rumah burung setingkat bersaiz 20kaki x 80 kaki mampu memberikan pulangan RM 1 juta ke atas dalam masa 5 tahun.

Selepas 5 tahun pula jika rumah sudah mencapai tahap maksimum maka pendapatan seisi rumah setiap bulan mencecah diantara RM 30 ribu ke RM 60ribu. Atau mungkin selepas 5 tahun dengan sarang sudah mencecah 10kg sebulan, anda ingin menjual rumah burung tersebut kerana mungkin ingin berpindah ke luar negara atau mungkin sudah tidak mahu memikirkan sangat urusan dunia, maka anda boleh menjual rumah tersebut dengan nilai RM 1 juta ke atas. InsyaAllah ramai pembeli yang ingin membelinya.

Jangan memeningkan kepala kita. Jika tidak sanggup buat 2 tingkat maka buatlah setingkat. Atau mungkin anda ada rumah kampung yang tidak digunakan lagi maka ubahsuailah dalamannya. Kami sudah menukar 2 rumah kampung setakat ini dan alhamdulillah salah satunya sudah mengeluarkan sarang dalam masa 3 bulan sahaja. Satu lagi pula baru beroperasi 1 bulan.

Begitu juga mungkin anda ingin membina rumah burung di rumah kedai. Banyak rumah kedai yang ditinggalkan. Juga boleh dilakukan. Kami bersedia mengubahsuai rumah kedai tanpa mengubah suai struktur luaran.

Anda fikir dan anda tentukan jawapannya. Anda akan tahu satu masa nanti apa yang saya maksudkan.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Wednesday, 25 July 2012

Duduk diam-diam dapat duit - betulkah ada


Assalamualaikum

Tentu anda sering mendengar ayat duduk diam-diam dapat duit. Benarkah ada? Bagi saya entahlah...saya belum bertemu lagi perkara yang halal duduk diam-diam dapat duit. Tetapi kalau dari segi agama pun Rasullullah mengajar kita berusaha. Rasulullah pun bekerja sedangkan Baginda boleh memohon untuk menjadi kaya.

Rumah burung pun tidak boleh duduk diam-diam 100%. Sekurang-kurangnya sebulan sekali kenalah juga buat penyelenggaraan.  Cuma tak perlulah setiap hari memantau rumah burung kita. Cukup dengan membuat penyelenggaraan sekali sebulan.

Setiap bulan bagi rumah yang sudah maximum dapat menghasilkan RM 10 ribu ke atas. Sebab itu bagi sesetengah owner rumah sanggup travel sejauh beratus kilometer untuk mengambil hasilnya. Kadangkala rumah burung di Perak tapi mereka tinggal di Johor. Tak perlu bagi makan, minum daan ubat tetapi insyaAllah burung-burung akan memberikan emas putihnya kepada kita.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Rumah setingkat di Kuala Selangor sudah bersarang



Assalamualaikum

Alhamdulillah rumah persendirian setingkat di Kuala Selangor sudah pun mula bersarang. Rumah yang dimiliki Ust Harullah itu memang sudah banyak burung yang masuk di dalamnya.

Menurut ust Harullah dia mahukan Mectten Birdnest meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan. Alhamdulillah. Saya amat menghormati Ust Harullah memandang beliau merupakan guru agama yang disegani dan dihormati kerana ilmunya. Walaupun usianya sudah mencecah 70 an namun keikhlasan beliau dalam membina rumah burung bagi meninggalkan sesuatu yang berharga buat anak cucunya. Beliau juga menegaskan beberapa peratus hasil dari rumah burungnya akan disumbangkan ke jalan Allah swt. MasyaAllah...Terharu saya dengan beliau..

Semoga Ust dipanjangkan umur dan dimudahkan rezeki..InsyaAllah..

Saudara Baru Memerlukan Sumbangan

Assalamualaikum

bagi sesiapa yang mempunyai keupayaan untuk bersedeqah bolehlah menyalurkan bantuan kepada saudara baru iaitu Mohd Firdaus Leow. Saya sendiri belum pernah bertemunya tetapi sudah hampir 2 tahun berinteraksi melalui telefon/sms.

Bagi yang ingin menyumbang bolehlah wangnya di bank in ke akaun bank Islam miliknya 02066023414664.

no tel nya ialah 012 951 6828

Boleh hubunginya untuk berbual atau sebagainya.

Jazakallah

Tuesday, 24 July 2012

RAKAN KONGSI RUMAH BURUNG DICARI – 22% sudah dimiliki


RAKAN KONGSI RUMAH BURUNG DICARI – 22% sudah dimiliki

MILIK ANDA 100%. KAMI HANYA MENCARIKAN RAKAN KONGSI ANDA DAN TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG SYER DI DALAMNYA.


Hendak bina sendiri mungkin anda kekurangan wang. Kalau nak buat pinjaman bank pun agak susah. Kerana itu kami bantu anda dengan mencarikan rakan kongsi di seluruh Malaysia. Berlapang dada dan berkongsilah secara bijak.

INFO:

1)      Milik penuh anda dan rakan-rakan

2)      Kami tidak mempunyai sebarang syer dan hanya bertindak sebagai moderator.

3)      Rakan kongsi sedia ada sudah menunggu

4)      Harga rumah RM 160,000.00

5)      Saiz bangunan 20kaki x 80kaki x setingkat

6)      Rumah saiz begini insyaAllah mampu mengeluarkan 10kg sebulan selepas tahun ke 5(tahun maksimum)

7)      Modal dikongsi serendah RM 1600 sahaja

8)      Jangkaan Pendapatan keseluruhan bagi setiap rumah RM 40ribu ke 60 ribu sebulan selapas tahun ke 5 (Tahun maksimum)

9)      Tanah sudah tersedia

10)  Jangkaan mula selepas bulan 9

11)  Perjanjian disediakan

12)  Peluang bagi anda memiliki rumah burung secara mudah

13)  Perkongsian hanya diantara anda dan rakan kongsi yang lain.





Untuk Sebarang Pertanyaan Sila hubungi no yang tertera di bawah:

1)      Zahir                        019-6558840

2)      Ust Yus                   019-3434590


CAWANGAN PERAK

3)      Din                          013-7443530



HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PERCUMA BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMILIKI RUMAH BURUNG DENGAN KOS PALING MINIMA.

 MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD

No . 42-1, Jalan Seri Putra ¼, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang Selangor.

Tel: 03-8926 4303     Fax: 03- 8926 4271      emel: mdmecten@gmail.com


Monday, 23 July 2012

Haddad Alwi feat Anti - Marhaban Ya Ramadhan

Rakankongsi kilang walit - peluang masih terbuka

Assalamualaikum

Bagi perkongsian kilang sarang burung walit syifa', peluang masih terbuka. InsyaAllah ianya satu pelaburan jangka panjang. Terima kasih bagi terus memberi kepercayaan dan menjadi rakan kongsi kami. Jazakallah

Zahir
0196558840

Rumah perkongsian - 22 peratus sudah dimiliki

Assalamualaikum

Rumah perkongsian beramai-ramai sudah 22 % dimiliki. bagi yang berminat boleh terus hubungi kami secepat mungkin. Terima kasih

Zahir
0196558840

Sunday, 22 July 2012

JV 9 akan diberikan rumah di Terengganu

Assalamualaikum

utk pengetahuan semua bagi yang menyertai JV 9, tuan/puan semua akan menyertai rumah JV jerteh 3 tingkat bagi yang bersetuju. Kelebihannya di sana sudah ada hasil yang keluar. Namun demi menghormati perjanjian kita semua termasuk tuan rumah yang lain-lain, hasil pertama tetap akan diambil selepas 2 tahun. InsyaAllah ini merupakan berita yang sangat baik bagi semua. InsyaAllah semua akan dihubungi secepat mungkin.

Zahir
0196558840

Bisnes sarang burung untuk diwarisi ke anak cucu





Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadhan.

Alhamdulillah hari ini kita sudah 2 hari menjalani ibadah puasa. Bersyukur ke hadrat Allah swt dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia pengusaha rumah burung tetap mengaut keuntungan yang lumayan. Bagi rumah burung yang belum banyak sarangnya, pengusaha perlu bersabar. Ini merupakan perniagaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Apatah lagi sabar itu adalah sebahagian dari iman. Kita sebagai orang Islam lah yang seharusnya mempercayai dan membina rumah burung yang banyak kerana konsep sabar ini sudah diajar semenjak kita kecil lagi. Dengan sabar insyaAllah rezeki kita akan bertambah dan yang penting ianya halal dan thoiyibah.

Bisnes sarang burung ini sudah mula dipelopori oleh orang-orang Islam ketika ini. Syukur ke hadrat Allah swt di atas kesedaran ini. Ada yang bertanya kepada saya adakah perniagaan ini boleh bertahan sehingga seratus tahun lagi? Jawapan saya InsyaAllah sarang burung ini boleh bertahan 1000 tahun lagi atau mungkin lebih. Manakan tidak, pengguna yang menggunakan sarang burung ini semakin hari semakin bertambah. Ketika ini semua yang sudah mencubanya ternyata mengalami perubahan yang baik dari segi kesihatan. Pada saya, jika sarang burung ini mendapat sambutan yang hebat di Malaysia maka tidak mustahil kita tidak lagi memerlukan kebenaran untuk mengimport sarang keluar negara.

Bagi saya keupayaan Mectten membuat air sarang walit syifa' merupakan satu petanda bahawa bisnes sarang burung ini bukanlah omongan kosong. Inilah perniagaan yang sangat berdaya saing dan maju apatah lagi pada tahun 2006 pengambilan sarang di seluruh negara yang mempunyai burung walit dianggarkan bernilai RM 11 ke 12 billion. Biar apapun kata orang, bagi yang mempunyai rumah burung pasti tahu apa yang saya maksudkan.

Seorang pelanggan kami pernah mengeluh kerana menyesal membina rumah setingkat. Beliau tidak menjangka rumah burung setingkatnya semakin hari semakin bertambah sarangnya. Yang penting hasilnya itu mudah sangat untuk dijual. Sarang burung pula tidak ada expired date. Jika kita simpan setahun pun tiada masalah. Asalkan disimpan dengan baik.

Kita sibuk menyimpan duit untuk hari tua. Kadangkala kita takut untuk melaburkan dalam perniagaan kerana takut rugi. Sebenarnya dengan menyinpan duit kita adakalanya baik adakalanya tidak. Sebagai contoh, duit yang banyak tetapi tidak dibiakkan boleh menjadi tidak cukup apabila kita dilanda masalah. Katalah kita jatuh sakit, atau anak kita memerlukan wang, akhirnya wang yang kita kumpul tetap habis. Ramai yang habis duit begitu sahaja. Ada yang habis duit EPF kerana memenuhi kehendak anak-anak. Ada yang memberi pinjam dan sebagainya. Tidak dinafikan memberi pinjam itu amat mulia di sisi agama. Tetapi lebih baik jika kita boleh meminjamkan wang dan bersedekah. Dalam masa yang sama kita mempunyai sebuah bank yang dapat memberikan wang setiap bulan tanpa perlu bekerja siang dan malam.

Apatah lagi dengan rumah burung ini, kita sudah bersedia mewariskan kepada anak-anak kita serta cucu-cucu kita. Katalah umur kita 30 tahun dan anak-anak dalam 1 hingga 5 tahun. Rumah burung yang dibina mampu bertahan lagi 100 tahun atau lebih. Selepas maksimum 5 tahun rumah setingkat sahaja mampu mengeluarkan 8kg ke 10 kg sebulan. Setiap bulan selepas kita berumur 35 tahun pendapatan kita insyaAllah diantara RM 10ribu ke RM 60 ribu. Katalah kita dipanggil Allah dalam umur kita 60 tahun. Dalam masa 25 tahun kita sudah menikmati antara RM 3 juta ke RM 18juta. Selepas itu giliran anak-anak pula menikmatinya dan seterus akan terus dinikmati oleh cucu. Malahan tidak mustahil jika ianya terus diwarisi kepada cicitnya pula.

Itu dari segi kewangan. Jika sudah kita dapat mewariskan kepada anak dan cucu, bagaimana pula dengan pahalanya. Bayangkan jika kita berniat kerana ingin meningkatkan kehidupan kerana Allah swt, tidakkah ianya menjadi amalan yang berpanjangan bersedeqah kepada keturunan kita kelak. Kita telah menyiapkan satu benteng kewangan yang kukuh yang mana dapat menyelamatkan keturunan kita dari hidup susah dan meminta-minta. Cuba kita perhatikan berapa ramai insan yang hidup dalam kedhaifan. Berapa ramai pula yang berumah batu tetapi terhimpit dalam masalah hutang di bandar-bandar besar? Ada pula yang berhutang dengan along sehingga hidup mereka terancam. Kemiskinan ini baik hanya bagi yang redha. Tetapi satu bebanan berat bagi yang tidak sanggup bersabar. Kerana kemiskinan ramai yang jadi perompak, jadi pelacur, jadi penagih dan banyak lagi. Sanggupkah kita melihat anak cucu kita terjebak dalam kancah seperti ini satu masa nanti, nauzubillah.

Dikala masih ada peluang ada masa, ada kudrat, ayuh bangunkan ekonomi kita. Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan mencuba. Allah akan membantu kita keluar dari masalah jika terus berusaha dan berdoa. Biarkan mereka-mereka yang tidak ingin berubah dan berkata negatif. Kerana saya tahu, orang yang hanya berkata negatif itu sendiri tidak punya apa-apa melainkan mengeluarkan pendapat yang negatif. Yang negatif akan terus tertinggal tetapi yang berusaha dengan ikhlas insyaAllah Allah swt tidak akan sia-siakan. Jika anda mahu lihat buktinya, mulakan hari ini, insyaAllah dalam 5 tahun lagi anda bakal bergelar jutawan..moga-moga jutawan yang beriman..insyaAllah

Zahirudin Salehuddin
Managing Director MECTTEN GROUP
0196558840

Jumpa ust tarmizi di Bazar Ramadhan Seri Putra

Assalamualaikum



Semalam waktu saya pergi melawat gerai Soodoo di Bazar Ramadhan. Soodoo kali ini menjual nasi Beriyani. Resepi khas dari chef terkemuka termasuklah dari Chef Azmir.

Tengah berdiri di hadapan gerai tersebut, tiba-tiba ust Tarmizi pun sampai di sebelah. Lama juga kami tak berjumpa. Seronok rasanya dapat bertemu ustaz. Seronok melihat orang-orang agama depan mata. alhamdulillah.

untuk maklumat: Ust Tarmizi merupakan Qari al-Quran Terengganu, pernah memasuki rancangan akademik al-Quran, pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), merupakan pembeca al-Quran di TV 9 dan al-Hijrah.


Zahir

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan bulan bonus bagi kita semua

Assalamualaikum

Izinkan saya memberikan sedikit ilmu mengenai Ramadhan walaupun saya bukanlah ustaz. Kita semua sekarang ini berada di dalam bulan yang penuh keberkatan. Di dalam bulan ini kita seharusnya mengambil peluang yang Allah swt berikan seluas-luasnya bagi kita yang sedar.

Sabda Rasulullah saw: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang berpuasa di hari Arafah.

Tidakkah kita mahu di sambut oleh malaikat dalam keadaan mereka menyintai kita dan menyantuni kita? Di bulan ini setiap hari selama 24 jam pahala yang begitu banyak menunggu kita. Di bulan ini juga setiap doa-doa kita dimakbulkan. Bagi yang ingin mencari kehidupan yang lebih baik maka berdoalah kepada Allah swt dengan yakin bahawa Allah swt akan memakbulkan doa-doa kita semua.

Saya teringat sewaktu saya dalam keadaan susah satu ketika dahulu, saya melakukan sembahyang malam hari di bulan Ramadhan. Selama beberapa hari saya lakukan dan selepas itu rezeki saya turut berubah. Nasib saya juga berubah dengan izin Allah swt. Antara doa saya ialah saya mohon agar Allah swt menaikkan rezeki saya dan saya pohon agar rezeki saya tidak dicampur dengan perkara haram seperti rasuah dan lain-lain.

Bagi yang hatinya bercelaru dan bergelora maka lakukanlah zikir-zikir. Ucaplah nama-nama Allah swt dan berselawatlah selalu.

Firman Allah swt dalam surah ar -Ra'd ayat 28

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hatinya mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu , tenang dan tenteramlah hati manusia".

InsyaAllah saya menyeru diri saya dan tuan/puan semua agar gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya.

Wallahualam

Zahir

Bertemu stokis dari Baling Kedah - Cikgu Husin

Assalamualaikum



Alhamdulillah sempat juga saya menghantar sendiri air sarang walit syifa' ke Baling Kedah. Cikgu Husin merupakan rakan JV rumah burung sebelum ini juga telah menjadi rakan kongsi Kilang air serta terbaru menjadi stokis air di sana. Saya selaku pengarah urusan Mectten mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau di atas kepercayaannya ke atas syarikat kami. InsyaAllah kami juga sedang dalam persiapan pembinaan rumah burung setingkat (individu) kepunyaannya selepas hari raya ini.

Beliau cukup optimis perniagaan rumah burung ini insyaAllah mampu menghasilkan pulangan yang lumayan dan dapat memberikan kebebasan dalam masalah kewangan suatu masa nanti, insyaAllah.

Saya mendoakan agar cikgu husin dan kita semua akan menganggap ini adalah antara kerja-kerja jihad yang akan dikira apabila kita mati kelak.

Firman Allah swt dalam surah al-Hujarat ayat 15

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin yang sebenarnya adalah orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan rasul-rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman".

Bagi yang ingin mendapatkan stok di Baling Kedah bolehlah menghubungi Cikgu Husin di no 019 4719981.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Projek Perkongsian Rumah Burung - 21 peratus sudah dimiliki

Assalamualaikum

Alhamdulillah untuk projek perkongsian rumah burung ini kami sudahpun berjaya mengumpulkan rakan kongsi sesama anda dan sebanyak 21 peratus syer dalam rumah burung tersebut sudah dimiliki.

Hari ini sahaja terdapat dua orang rakan kongsi dari utara yang sudah membeli syer sebanyak 10 dan 8 peratus.

Untuk makluman semua, perkongsian ini hanya melibatkan anda dan rakan kongsi lain yang kami bantu carikan dari seluruh Malaysia. Kami hanyalah sebagai moderator dan kontraktor yang tidak mempunyai sebarang syer dalam rumah burung tersebut.

Alhamdulillah nampaknya kita akan memulakan projek ini selepas bulan 9 nanti. Wallahualam


Zahirudin Salehuddin
0196558840

Thursday, 19 July 2012

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Ramadhan akhirnya dah tiba kembali.. Saya mohon keampunan kepada semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan termasuk rakan JV. Saya juga insyaAllah memaafkan kesilapan dan kesalahan bagi sesiapa yang pernah berbuat salah terhadap saya, insyaAllah. Semoga kita semua diberkati Allah dan Ramadhan kita mendapat keredhaan Allah swt.

Zahir
01196558840

Tuesday, 17 July 2012

Semua pelanggan di Melaka berpuashati dengan air sarang walit syifa'

Assalamualaikum

Saya mendapat feedback dari stokis air sarang walit syifa' di Melaka baru-baru ini. Alhamdulillah katanya kesemua pelanggan di sana berpuashati dengan air sarang walit syifa' kami.

Bagi yang ingin merasa air ini bolehlah menghubungi stokis-stokis kami yang berdekatan. InsyaAllah anda akan merasai kebaikannya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Projek Perkongsian Rumah Burung - 10% sudah dimiliki

Assalamualaikum

Projek Perkongsian Rumah Burung Walit yang telah diiklankan baru-baru ini sudah pun bertambah rakankongsinya.

Projek ini hanya dikongsi oleh anda dan rakan-rakan sahaja. Kami hanya membantu membina dan mengajar cara-cara untuk membuat penyelenggaraan. Segala hasil dan pentadbiran adalah di bawah anda semua.

Sebenarnya ianya satu cara yang sangat murah untuk memiliki rumah burung secara bersama. Apatah lagi ianya satu perniagaan yang berdaya saing. Kita perlu bersatu jika ingin terus maju. Masalah-masalah yang kecil harus kita ketepikan. Lakukan semuanya kerana Allah. InsyaAllah akan nampak hasilnya satu masa nanti.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin

0196558840

Monday, 16 July 2012

Kisah benar dari stokis subang jaya

Assalamualaikum

Tadi saya sempat berbual dengan stokis dari subang jaya selangor. Katanya seorang kawannya mempunyai anak berumur 6 tahun. Anak kawannya itu menghidap penyakit asma. Biasanya setiap bulan pasti dia akan ke hospital untuk mengambil ubat yang berkaitan.

Bulan lepas stokis tersebut telah menjual air sarang walit syifa' untuk diminum oleh anak kawannya tadi. Alhamdulillah, asma anaknya telah berkurang. Anaknya telah memberitahu emaknya yang beliau pada sebelah pagi sudah tidak selsema lagi (hidungnya terasa macam selsema). Anaknya memberitahu emaknya lagi badannya sudah semakin bertenaga. Terkejut emaknya mendengar pengakuan anak sekecil 6 tahun tadi.

Petang tadi, kawannya telah membeli sebotol air lagi untuk di buat minuman tambahan bagi anaknya. InsyaAllah kita hanya mencuba, Allah jua yang menyembuhkannya. Biarpun air walit syifa' bukannya ubat tetapi mungkin dapat membantu kita dengan mengurangkan penyakit yang ada. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Sunday, 15 July 2012

Berkongsi rumah burung cara paling mudah

Assalamualaikum

Pagi ini sahaja saya menerima begitu ramai panggilan yang bertanya mengenai rumah burung walit secara perkongsian seperti yang diiklankan di dada akhbar.

Sebenarnya perkongsian ini adalah cara paling mudah dan murah untuk kita semua memiliki rumah burung. Bayangkan kalau kita ingin mengumpulkan RM 160 ribu ianya satu jumlah yang agak besar. Melalui program perkongsian ini maka kita semua boleh mengurangkan bebanan modal yang besar.

Walaupun Mectten Birdnest Industry Sdn Bhd tidak menjadi sebahagian rakan kongsi bagi rumah ini, namun kami akan membantu sedaya upaya kami untuk menjadikan projek ini projek yang berjaya. Sebagai orang Islam kita harus berlapang dada dan jangan terlalu rumit memikirkan masalah perkongsian ini. Semua rakan kongsi harus berniat kerana Allah dan insyaAllah segala pekerjaan kita akan dipermudahkan.

Hanya RM 1600 anda sudah mampu memiliki 1% dari rumah burung tersebut. Jika selepas 5 tahun insyaAllah jangkaan sebulan bagi 1 % pendapatan dalam RM 300 ke 600 sebulan. Namun projek ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Semua hasil dan sebagainya bergantung kepada Allah swt jua. Tiada yang mustahil bagi Allah dan bagi kita tetap berupa hambaNya yang lemah.

Wallahualam

Zahirudin B Salehuddin
0196558840

Saturday, 14 July 2012

Pelancaran Rumah JV 8 di Changkat Banjar pada 22.7.2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah projek JV ke 8 di Changkat Banjar sudah pun siap sepenuhnya.  Disebabkan bekalan TNB belum tiba, kami akan menggunakan bekalan elektrik sementara dari rumah tuan tanah.

Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Ahad 22.7.2012 ini. Pelancaran kali ini akan dilakukan pada bulan ramadhan. Moga kita mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan ini. InsyaAllah

Setiap rakan JV akan dihubungi dalam minggu depan ini untuk pemberitahuan.

Jazakallah
Zahirudin Salehuddin

Friday, 13 July 2012

Stokis air wali syifa' - Beranang Selangor

Assalamualaikum

Kini air walit syifa' boleh didapati di Beranang. Hubungi:

En Fitri- 012 915 7527

Jazakallah

Terima kasih yang mendaftar untuk Kursus - saya akan bongkarkan rahsia rumah burung

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua yang akan menyertai kursus rumah burung walit ini. InsyaAllah saya akan bongkarkan faktor kegagalan rumah burung. Begitu juga dengan faktor rumah burung yang berjaya. InsyaAllah semoga semua akan mendapat manfaat.

Wallahualam

Zahirudn Salehuddin

Thursday, 12 July 2012

Masih ada tempat kosong untuk Kursus

Assalamualaikum

Buat pengetahuan semua, masih ada lagi tempat kosong untuk yang ingin menyertai kursus Usahawan rumah burung walit.

Pastinya anda ingin ketahui perlukah rumah burung diletakkan kolam, berapakah keluasan pintu masuk yang sesuai, bagaimana penataan cahaya yang terbaik, apakah bezanya rumah yang ada rooving room, adakah perlu meletakkan monkey house jika ada rooving room, perlukah ada VIP room, dan banyak lagi.

Peluang untuk anda menimba ilmu mengenai rumah burung dan rahsia-rahsia menjadikan rumah burung anda rumah yang berjaya, insyaAllah.

terima kasih

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Wednesday, 11 July 2012

Kami perlukan 120kg sarang sebulan dalam 3 tahun lagi

Assalamualaikum

Saya pernah mendengar ada beberapa hamba Allah yang berkata projek perkongsian JV rumah burung adalah satu perniagaan yang hanya mengejar wang orang. Ada juga yang mengatakan kalau Mectten sudah ada rumah burung dan berjaya mengapa perlu mengajar atau membuat rumah burung untuk orang lain?

Jawapan bagi persoalan di atas ialah kami mengharapkan ramai dikalangan jaringan kita membina rumah burung kerana stok sarang burung begitu sukar di dapati. Memang rumah burung banyak di Malaysia tetapi hampir kebanyakannya sudah ditempah pembeli. Kami sudah menjangkakan apabila kami membuka perniagaan air sarang burung ini, antara masalah utama ialah mendapatkan sarang setiap bulan dalam jumlah yang banyak.

Dalam 3 tahun lagi, kilang air sarang walit memerlukan lebih kurang 120kg sarang burung dalam sebulan bagi mendapatkan pengeluaran 50 ribu botol sebulan. Perniagaan sarang burung ini sudah bertahan 3 generasi keturunan sebenarnya di Malaysia. Ianya satu perniagaan yang tidak perlu mengambil masa kita yang lama. Burung-burung ini tidak perlu diberi makan, minum, ubat-ubatan dan sebagainya.

Oleh kerana permintaan yaqng sangat tinggi dan kami juga memerlukan sarang yang banyak dalam 3 tahun lagi, kami mengharapkan agar rumah yang dibina ketika ini oleh semua pelanggan kami mampu menghasilkan sarang yang banyak bagi kami membeli sarang tersebut. Kerana itu jugalah kami ingin membina rumah burung anda secara terbaik. 

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Pembayaran Rumah Jerteh - hujung bulan 7

Assalamualaikum

Pembayaran untuk JV Jerteh akan dilakukan di akhir bulan 7 ini, insyaAllah. Pengambilan sarang akan dilakukan pada pertengahan bulan ini. Jazakallah

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Tuesday, 10 July 2012

Rumah saiz kecil di Terengganu yang bermasalah


Assalamualaikum.

Saya baru dapat satu gambar dari seorang sahabat. Katanya sebuah rumah di terengganu 10kaki x 30kaki 3 tingkat sudah beroperasi selama beberapa tahun tetapi tidak dimasuki burung. Mulanya rumah tersebut dibina dengan kos yang rendah sahaja kerana mahu berjimat tetapi oleh kerana burung gagal masuk ke dalam maka tuan rumah telah melakukan pelbagai ubahsuai sehingga kos meningkat kepada RM 300ribu. Namun akhirnya burung tetap tidak mahu masuk dan tinggal di dalamnya.

Melihat dari keadaan gambar yang diberi, memang kita dapat lihat keluasan rumah tersebut terlalu kecil. Lebih baik buat setingkat degan saiz 20 x 40 atau 20 x 50 kaki. Ianya lebih selesa bagi burung melakukan terbangan survey.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday, 9 July 2012

Projek Changkat Banjar - JV 4 bayaran sedang di agihkan

Assalamualaikum

untuk projek JV ke 4 di Changkat Banjar Perak kami sedang membuat pembayaran kepada semua syarikat usahasama. Bayaran adalah secara terkumpul bagi sarang yang telah dikutip dari bulan 4. Semua akan diberikan surat pemberitahuan. Terima kasih

Rakan kongsi dicari bagi projek rumah burung

Assalamualaikum

Kami mencari rakan kongsi bagi membina rumah burung setingkat bersaiz 20kaki x 80kaki. Harga sebuah rumah RM 160 ribu. Modal serendah RM 1600 boleh menyertainya. Perjanjian selama 40 tahun. Tanah sudah tersedia dan hanya menunggu masa untuk dimulakan.

Dalam masa 5 tahun rumah ini mampu menghasilkan 10kg sarang sebulan. Inilah peluang bagi yang ingin menceburkan diri.

Rakan kongsi sudah ada yang menanti. Bagi yang berminat boleh segera menghubungi saya. Terima kasih.

Zahirudin Salehuddin

0196558840
mdmecten@gmail.com

Diskaun bagi Peserta Kursus Usahawan Rumah burung

Assalamualaikum

Bagi peserta yang hadir lebih dari dua orang, anda akan menikmati diskaun 10%. Bagi yang hadir 3 orang ke atas diskaun ialah sebanyak 15%.

Harap Maklum

Jazakallah

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Sunday, 8 July 2012

Kursus Usahawan Sarang Burung- Terima kasih bagi yang sudah mendaftar

Assalamualaikum


Alhamdulillah sudah ada yang membuat bayaran bagi kursus usahawan sarang burung walit ini. Perkara yang paling menarik ialah inilah masanya bagi peserta untuk melihat sendiri bagaimana keadaan rumah burung yang sebenar yang ada sarang di dalamnya. InsyaAllah kursus ini akan mengungkai pelbagai topik termasuk soal jawab berkenaan tip-tip rumah burung yang berjaya.


Wallahualam


Zahirudin Salehuddin
0196558840

40 hari 20kg sarang

Assalamualaikum

Saya masih ingat hujung tahun lalu apabila seorang haji menelefon saya dari terengganu. Sewaktu itu saya baru menulis satu artikel berkenaan bangunan bersaiz 20 kaki x 80 kaki x 2 tingkat mampu mengeluarkan sarang burung 20kg sebulan.

Haji tersebut menghubungi saya dan memberitahu beliau menelefon saya kerana katanya apa yang saya tulis mengenai 20kg sebulan bagi rumah 2 tingkat bersaiz yang disebut diatas adalah benar berdasarkan pengalaman beliau. Beliau mempunyai 2 buah rumah burung 2 dan 4 tingkat. Katanya beliau baru sahaja siap membina rumah burung tersebut. Menurutnya kawannya seorang lelaki berbangsa cina telah membina bangunan 2 tingkat bersaiz 20kaki x 80 kaki hanya disebelah tanahnya sahaja. Rakannya itu telah 5 tahun mengeporasikan rumah burung beliau dan ketika ini memungut 20kg setiap 40 hari.

Alhamdulillah saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu. Setiap perkara mestilah ada penjelasannya. Jadi penjelasan mengapa orang-orang cina membina rumah burung lagi lama lagi banyak, lagi besar, lebih tinggi adalah kerana pulangannya menjadikan mereka jutawan senyap. Duduk di kedai kopi, berehat di rumah, pergi melancong, dihujung bulan penghasilan pendapatan mencecah RM 80 ribu sebulan itupun jika harga semasa sarang RM 4000 sekilo. Jika naik ke RM 5 ribu atau lebih maka lebihlah pendapatan. Jika diwaktu sekarang harga RM 2600 sekilo pun beliau masih mampu menjana pendapatan RM 52000.00 sebulan.

Jadi terpulang kepada kita untuk berfikir secara rasional. Adakah kita akan terus bekerja dengan orang, atau mula membina rumah burung anda sendiri? Masih lagikah anda ingin berjimat cermat setiap bulan atau anda berusaha mencari lebihan wang tanpa perlu menjadi hamba wang? Rumah burung ada jawapannya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Saturday, 7 July 2012

Pembayaran kepada rakan kilang sudah bermula

Assalamualaikum

Terima kasih buat semua rakan kongsi kilang yang telah menyertai kami. Masih ada lagi kekosongan bagi yang ingin sertai.

Alhamdulillah pembayaran balik setiap bulan bagi batch yang pertama telah pun dapat dilaksanakan hujung bulan 6 yang lalu. InsyaAllah semoga ikatan perkongsian ini akan terus kukuh dan utuh sehingga bila-bila. InsyaAllah jika ada rezeki mungkin selepas ini kita akan mula menerokai pelbagai lagi perniagaan yang berpotensi tinggi pada masa depan.

Orang-orang sentiasa berbaik sangka dan berfikiran positif adalah orang-orang yang selalu berjaya dalam perniagaan...insyaAllah..

Semoga ini semua dikira kerja-kerja jihad kerana Allah swt. Jihad meningkatkan ekonomi ummah.

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Air sarang walit Syifa'-Testimoni terbaru

Assalamualaikum

Seorang kawan datang bertemu saya untuk membeli air sarang burung. Saya beritahu beliau stok hanya boleh dibeli stokis berhampiran sahaja. Kami hanya pengilang. Katanya ayah saudaranya menghidapi nanah dalam perut. Saya pun tak pasti penyakit yang bagaimana. Namun saya jelaskan padanya boleh mencuba air walit syifa'. tidak salah mencuba kerana antara khasiat sarang burung ialah mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt dalam masa 2 hari beliau menelefon saya dan memberitahu ayah saudaranya sudahpun pulih dan ingin membeli lagi air sarang walit syifa' kami. Semua ini atas kehendak Allah jua.

Wallahualam

Zahirudin Salehudin
0196558840

Friday, 6 July 2012

Kursus Usahawan rumah burung Walit pada 17 dan 18 hb julai



Assalamualaikum

Satu kursus bertajuk Usahawan Rumah Burung Walit akan diadakan pada 17 (sessi 1) dan 18 (sessi 2) bulan julai 2012.


Maklumat kursus

Kursus satu hari (Anda pilih ssessi yang mana satu)

Dari jam 9 pagi ke 5 ptg



Kursus ini akan membincangkan mengenai:
1) Asas industri sarang burung walit
2) Keadaan dalaman rumah burung,
3) Jenis-jenis rumah burung walit
4) Masalah usahawan rumah burung walit
5) Teknik memanggil burung yang berkesan
6) Penyelenggaraan rumah burung walit
7) Lawatan ke rumah burung sebenar di Nilai

Untuk kursus ini bayaran adalah RM 680 bagi satu sessi.

Setiap peserta akan disediakan nota dan makan pagi dan tengahari percuma. Tempat hanya 10 orang bagi setiap sessi di pejabat kami Bandar Seri Putra Bangi.


Alamat kursus:



Mectten Birdnest Industry Sdn Bhd



No 42-1, Jalan Seri Putra ¼, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi


Ini merupakan peluang bagi yang berminat menceburkan diri dalam perusahaan rumah burung ini. InsyaAllah semoga memberi manfaat.


Bagi yang berminat boleh terus bank in pembayaran ke akaun Maybank Islamic 562834613309 dan faxkan slip pembayaran beserta nama penuh dan no ic  ke 03 8926 4271

Siapa yang membuat pembayaran dahulu akan kami utamakan dan kami memohon maaf kerana tempat sangat terhad.

Jazakallah
Zahirudin Salehuddin
0196558840

Ubah hidup kita dengan berniaga

Assalamualaikum

Sepanjang perjalanan saya merentasi seluruh Malaysia membuatkan hati saya tersentuh apabila apabila saya memasuki kawasan pendalaman. Ramai lagi orang-orang Islam yang hidup dalam kedhaifan. Ada golongan tua, golongan kurang upaya, ibu tunggal, ibu tinggal (ditinggal suami tanpa berita), bapa tunggal dan sebagainya.

Persoalannya ialah bagaimana kita ingin mengubah nasib kita agar tidak menjadi orang yang hidup dalam serba kekurangan. Sebenarnya tidaklah menjadi masalah hidup dalam kemiskinan jika kita penuh sifat sabar dan redha tetapi berusaha itu menjadi kewajipan bagi kita sebagaimana yang telah Allah perintahkan. Kerana itu menurut Islam kemiskinan boleh membawa kekufuran bagi yang tidak sabar dan redha.

Setiap yang Allah swt jadikan dimuka bumi ini mempunyai hikmahnya. Bagi yang berusaha tetapi masih juga gagal mungkin akan timbul sifat mudah putus asa. Mungkin juga ada yang berpandangan sudah tidak ada jalan keluar lagi dari kesulitan. Sebenarnya dalam Islam itu sendiri sudah diajarkan tidak ada istilah putus asa dalam kehidupan.

Oleh itu saya ingin mengajak saudara/saudari semua agar kita mula berniaga. Berniagalah apa sahaja. Dari mana pun boleh. Dari rumah pun boleh. Jika kita makan gaji ketika ini, jangan lakukan perniagaan sampingan kita ketika bekerja. Rezeki yang kita dapat tidak akan halal jadinya. Lakukan perniagaan sampingan kita itu di luar waktu kerja atau di hari cuti kita. Betapa beratnya dosa yang akan kita tanggung jika kita bekerja tetapi kita buat perkara lain. Itu hanya ingatan saya yang serba kekurangan ini.

Berbalik kepada perniagaan tadi. Bukankah Allah telah meletakkan rezeki manusia itu 9/10 adalah dari perniagaan? Kita ingin menjadikan hidup kita lebih baik. Kita inginkan anak-anak kita hidup dalam keadaan selesa. Namun jika kita masih lagi tidak bergerak ke hadapan dalam memulakan perniagaan maka kita harus menerima hakikat rezeki kita tidak akan berubah. Kita impikan rumah yang besar, kereta yang besar, hidup aman dari masalah hutang, tetapi jika kita berterusan mengambil sikap duduk dan diam maka kita akan terus dibelenggu masalah kewangan.


Untuk menjadi insan yang berjaya perlulah ada 3 perkara iaitu usaha, berdoa dan tawakkal. Jadilah usahawan yang beriman dan bukannya hanya untuk memenuhi hawa nafsu. Jadilah orang yang jujur dan amanah. Janganlah kita membinasakan diri kita dengan harta yang tidak halal. Berniagalah dengan jujur. Mulakan langkah pertama hari ini juga. Bukannya esok, lusa. Jangan ditangguhkan perkara yang baik.

Hadis Rasullullah saw:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredai."
(riwayat al-Bukhari)

Niatkan semuanya kerana Allah, insyaAllah moga Allah akan tunjukkan jalan perniagaan kepada kita.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840


Wednesday, 4 July 2012

Jawatan Kosong

Assalamualaikum


Kami sedang mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan di bawah:


1) Tukang Masak/Chef  (Utk RESTORAN SOODOO MECTTEN)
Pengalaman sekurang-kurangnya setahun.
Boleh masak Western food/masakan Melayu dan lain-lain
Latihan akan diberi
Sembahyang 5 waktu
Mempunyai akhlak yang baik
Mempunyai semangat kerja berpasukan
Mempunyai matlamat dan cita-cita untuk berjaya
Lelaki atau perempuan


2) Kerani
Pengalaman sekurang-kurangnya setahun.
Kelulusan sekurang-kurangnya sijil SPM/Diploma
Perempuan

SEMUA JAWATAN LOKASI DI BANDAR SERI PUTRA BANGI, SELANGOR

Berminat? Sila hantarkan emel ke mdmecten@gmail.com

InsyaAllah bersama kita semua berjaya.

Zahirudin Salehudin
0196558840

Tuesday, 3 July 2012

Stokis Shah Alam

Assalamualaikum


Bagi yang tinggal di Shah Alam sekarang anda sudah boleh membeli air sarang walit syifa':


Hj Sirajuddin - 019 2280474

Soalan mengenai penyelenggaraan rumah burung


2012/4/17 Matpa Ari <clarks.ari_77@

salam abg zahir...lame tidak bersua..hehe..sekalun thniah kepada abg zahir kerana penjualan air sarang walit shifa begitu lancar dan banyak stokis2 dah di buke seluruh malaysia.tahniah abg..moge abg dimurahkan rezeki dalam industri ini..Alhamdulilah abg,rumah burung saya telah ad burung tidor..syukur banyak2 kepadaALLAH kerana 1 permulaan yang baik dan berbanyak time kasih atas tunjuk ajar abg dan suara walit abg begitu mengagumkan.tapi saya perlu belajar dan ingin menuntut ilmu seterusnya dengan abg..mcm mane nak selenggara BH kite abg zahir?..maksud selenggara BH kite tu mcm mane?kurang pasti..apa yang patut kite selenggara dalam BH kite?tterima kasih abg zahir..



JAWAPAN


Waalaikummussalam.
Alhamdulillah matpa. Semua itu atas kehendak Allah jua. Yang penting kita kena usaha dahulu. Kerana itu adalah sunnah yang telah diajar oleh Nabi kita nabi Muhammad saw. Setiap perkara tidak ada jalan mudah melainkan usaha, doa dan tawakkal. Begitu juga dengan bisnes Mectten bermula dari rumah burung setingkat kini kami sudah memiliki bangunan 3 tingkat.

Pengeluaran Air Walit Syifa' merupakan idea antara yang terawal kami 4 tahun lalu. Terlalu banyak perkara yang menarik mengenai khasiat sarang burung ini. Kerana itulah kami ingin berkongsi khasiatnya dengan menjual air sarang walit yang asli hanya sekitar RM 50 ke RM 130 walaupun harga air sarang asli biasanya RM 200 ke atas bagi segelas kecil sahaja. Di pasaran hanya kelihatan air sarang yang mengaku sarang tetapi tidak nampak pun sarangnya. Namun ianya terpulang kepada kita untuk mencari mana yang terbaik.

Untuk soalan menyelenggara rumah burung ini tidak lah rumit asalkan kita tahu rutin penjagaannya. Perkara pertama perlu kita ingat ialah jangan masuk rumah burung terlalu kerap. Cukup sebulan sekali. Pastikan suara dalam dan luar dalam keadaan baik. Apabila masuk ke rumah burung cuba periksa twitter dalam. Jika ada yang rosak sila gantikan. Sapukan aroma pada papan sebulan sekali bagi menarik burung bersarang lebih awal di papan. Letak perangkap tikus jika terdapat kesan tikus dalam rumah. begitu juga letak racun cicak. Pastikan biawak kecil tidak masuk ke dalam rumah. InsyaAllah itu sahaja yang asas. Yang lain hanya tengok dengan mata kasar apa yang perlu ditambah baikkan. InsyaAllah saya doakan Matpa akan terus berjaya. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday, 2 July 2012

Stokis Gombak

Assalamualaikum

Dari seorang pelanggan kini seorang stokis

GOMBAK - 0133970840 EN Nasarudin

Testimoni dari pelanggan di Gombak

Assalamualaikum

Baru-baru ini seorang pelanggan telah menghubungi saya. En Nasarudin merupakan seorang Planning Manager di Telekom Gombak. Katanya telah sebulan beliau menghidapi penyakit Tiroid. anak tekaknya membengkak menyebabkan beliau mengalami kesukaran bernafas. Menurut Dr Pakar beliau tidak digalakkan melakukan pembedahan kerana dikhuatiri boleh berlakunya koma selepas pembedahan. Oleh kerana tekaknya yang semakin mengecil, ianya menyebabkan beliau sering rasa terganggu bila tidur.

Saya lantas menghantar 4 botol air sarang walit syifa' kepadanya. Saya kata air walit syifa' ini bukanlah ubat tetapi khasiat sarang burung ini memang telah terbukti menurut pelbagai kajian perubatan. Selepas 3 hari beliau menghantar sms yang menyatakan selepas beliau minum 2 botol air sarang walit syifa' badannya sudah tidak keletihan dan terasa oksigen sudah semakin banyak yang disedutnya. Badannya juga sudah kurang mengantuk dan pernafasan semakin baik. Semasa beliau shopping di sebuah pasaraya baru-baru ini, terdapat lendir yang keluar dari hidungnya. Walaupun Tiroidnya masih bengkak namun beliau sangat gembira kerana sudah semakin baik kesihatannya.

Beliau telah melakukan pesanan bagi mendapatkan stok terbaru dan sekaligus ingin menjadi Stokis di sana. Jika anda ingin mendapatkan penjelasan beliau mengenai pengalaman beliau boleh menghubunginya di talian 013 3970840

Wallahualam

Zahir
0196558840

Terima kasih kepada rakan kongsi Kilang

Assalamualaikum

Alhamdulillah peluang menjadi rakan kongsi kilang telah mendapat sambutan yang sangat baik. Setiap hari ada sahaja rakan niaga dari seluruh Malaysia yang berminat masuk untuk projek ini menelefon kami.

Ini kemungkinan peluang yang terbaik yang juga terakhir yang kami tawarkan. Tidak perlu menjual dan sebagainya hanya menjadi sebahagian dari rakan kongsi kami. Sekali lagi kami berterima kasih kepada anda semua. Semoga Allah swt membalas segala apa yang kita usahakan ini dengan penuh keberkatan, InsyaAllah.

wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Emel mdmecten@gmail.com

Sunday, 1 July 2012

Stokis Penang - En Umar

Assalamualaikum

Stokis terbaru dari Pulau Pinang

En Umar - 017 4380087 (Kepala Batas. SPU Pulau Pinang)

Peluang memiliki rumah burung secara Perkongsian



Assalamualaikum

Baru-baru ini ada beberapa orang yang bertanya mereka ada tanah tetapi kurang modal. Ramai yang nak buat pinjaman tetapi tak lulus. Oleh kerana orang Islam kini sudah nampak peluang dalam rumah burung ini maka sudah ramai yang mula mencari jalan untuk memiliki rumah burung. Memandangkan projek JV kami sudah pun tamat, kami menyeru bagi yang berminat memiliki rumah burung ini agar dapat berkongsi modal secara beramai-ramai dan berkongsi kemakmuran rumah burung tersebut.

Idea kami ialah:

1) Rumah yang ideal ialah 20 kaki x 80 kaki.
2) Nilainya RM 160 ribu (Termasuk warranty sehingga 3 ketul sarang)
3) Pecahkan syer kepada 100% dalam rumah tersebut.
4) Satu syer membawa kepada nilai hanya RM 1600 sahaja.
5) Terpulang kepada semua untuk membeli berapa syer yang mereka kehendaki.
6) Katalah ada sahabat yang sanggup membeli 10 peratus maka nilainya ialah RM 16000
7) Setelah wang terkumpul sebanyak 60% iaitu RM 96000 maka kita boleh memulakan pembinaannya.
8) Kami hanya bertindak sebagai moderator dalam projek ini.
9) Kami akan mencarikan rakan-rakan kongsi lain dan kami akan menjadi kontraktor dan konsultan
10) Kami akan mengajar kepada anda cara-cara untuk menyelenggara rumah burung.
11) Kami tidak mempunyai sebarang syer dalam rumah burung tersebut.

Sebenarnya kami hanya memberikan idea serta peluang kepada semua yang berminat. Saya rasa ini merupakan salah satu cara terbaik untuk semua memiliki rumah burung secara berkongsi modal yang paling minima. Apatah lagi mungkin ada di antara kita hendak mengeluarkan modal tetapi takut tidak mendapat pulangan. InsyaAllah jika anda semua menceburkan diri dalam bidang ini, barulah nampak betapa luasnya industri ini. Lihat sahaja bagaimana orang-orang Cina yang terlebih dahulu merebut peluang ini. Kebanyakan mereka membina dari 2 hingga 5 tingkat. Bagi kita pula cubalah dahulu yang setingkat. InsyaAllah berbaloi.

Zahirudin Salehuddin
019 6558840