Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Saturday, 30 June 2012

Yang tak tahu pun mengaku tahu

Assalamualaikum

Kembali ke cerita rumah burung walit. Baru-baru ini saya melawat beberapa rumah burung walit yang gagal di sekitar Perak. Nampaknya ramai sungguh yang mengalami nasib rumah burung mereka tidak dimasuki burung. Saya mengkaji rumah burung yang dibina agak ringkas dan harganya agak murah.

Apabila kita menyebut harganya murah maka saya sudah terlintas di kepala yang murah selalunya ada masalah. Apabila murah segala barangan dalaman juga murah. Sepatutnya tuan rumah tidak boleh marah jika harga setingkat RM 160 ribu (harga kami) tiba-tiba ada kontraktor yang menawarkan RM 90 ribu untuk setingkat. Sudah tentulah bangunan tetap akan naik tetapi adakah setiap perlatan di dalamnya di susun mengikut kepakaran yang sepatutnya?

Sebenarnya rumah yang mahal bukanlah kerana harga bahan sebuah rumah itu, tetapi mahalnya rumah burung itu terletak kepada kepakaran kontraktor dan konsultan yang merekabentuk dan meletakkan segala kepakaran dan ilmu mereka di dalam rumah burung tersebut.

Maka tepuk dada tanya diri anda. Jangan sudah terkeluar modal walaupun sedikit tetapi langsung tidak mendatangkan hasil. Adakalanya kerana terlalu mahu berjimat akhirnya anda akan rugi besar. Kontraktor tidak akan datang berulang kali bagi memantau rumah burung anda jika harga anda terlalu rendah. Percaya atau tidak, inilah masalah yang menimpa ramai pengusaha rumah burung apabila rumah burung mereka tidak dilakukan pemantauan oleh kontraktor walaupun kontraktor tersebut telah berjanji akan memantau rumah burung mereka. Kerana itulah bagi kebanyakan rumah burung yang berjaya, kontraktor dan konsultan yang mempunyai kepakaran dan bukti kejayaan perlu dijadikan rujukan. Bukannya kontraktor yang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Untuk kepastian, sila minta kontraktor yang anda pilih untuk melihat contoh rumah-rumah burung yang mereka telah buat. Kalau boleh lawatlah sekurang-kurannya 2 buah rumah burung mereka. Masuklah ke dalam. Jika kontraktor tersebut hanya tunjuk bahagian luar rumah dan tidak mahu membawa masuk ke dalam maka berhati-hatilah kerana kebanyakannya adalah kontraktor palsu. Semua orang boleh tunjukkan bahagian luar tanpa masuk ke dalam.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Ubahsuai dalaman rumah burung - RM 25 ribu

Assalamualaikum

Bagi yang ingin membina rumah burung sendiri atau sudah mempunyai bangunan tetapi mahukan kami melakukan ubahsuai dalaman, harga adalah seperti berikut:

Setingkat saiz:

20 kaki x 50 kaki/60kaki = RM 25 ribu (Warranty sehingga burung masuk)

20 kaki x 70 kaki x 80 kaki = RM 30 ribu (warranty sehingga burung masuk)

Jika warranty sehingga burung mengeluarkan 3 sarang maka harga standard yang lama akan digunakan iaitu RM 40 ribu bagi setiap tingkat. Terima kasih.

Stokis air syifa' Kota Bahru Kelantan

Assalamualaikum

Stokis air sarang syifa' Kota Bahru Kelantan - Pn Zunaidah 012 9512888

Jazakallah

Friday, 29 June 2012

Pintu masuk burung - 1 atau 2

Assalamualaikum

Saya ada melihat rumah burung yang menggunakan 2 pintu masuk. Malah ada yang lebih. tidak lah menjadi masalah jika menggunakan 2 atau lebih pintu masuk burung asalkan ruang dalaman atau saiz rumah burung tersebut besar. Ini bagi membolehkan kawasan dalamannya yang gelap. Adakalanya yang menjadi kesilapan kita ialah apabila saiz rumah burung kita hanya 20 x 50, atau 20 x 60 dan kita menggunakan 2 pintu masuk depan dan belakang.

Akhirnya rumah burung kita akan terang dibahagian dalamnya menyebabkan burung-burung walit boleh tinggal tetapi agak sukar untuk bersarang. adalah lebih praktikal jika kita mengekalkan satu pintu masuk sahaja yang bersaiz 4kaki x 4 kaki. Untuk menjadikan ianya lebih menarik saya sarankan gunakan sistem terjun dari atas dan bukannya dari tepi. Ditakuti sistem dari tepi burung hantu dan kelawar akan masuk ke dalam dan mengganggu walit di dalamnya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin

0196558840

0196558840

Thursday, 28 June 2012

Sokongan tuan/puan semua kami amat hargai

Assalamualaikum

"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang Muslim baik berupa malapetaka, kegelisahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya" (Hadis Riwayat Buukhari)

Hadis diatas menceritakan berkat bagi orang-orang yang bersabar dan tidak berputus asa dengan Allah insyaAllah akan mendapat balasan yang baik.

Bagi Mectten terlalu banyak dugaan yang telah kami tempuhi dan alhamdulillah berkat bantuan Allah kami berjaya mengharunginya. Di atas kesempatan ini juga kami iingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjadi rakan kilang, rakan kongsi rumah burung, stokis air dan juga kepada semua yang telah membeli produk air sarang syifa' kami.

Walaupun ada juga segelintir yang menelefon serta mengucapkan perkara-perkara negatif namun kami menganggap semua kerja jihad kerana Allah mempunyai dugaannya tersendiri.

"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang dan barang siapa membantu menguruskan keluarga orang yang berperang, maka ia pun (juga) termasuk iikut perang". (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah moga-moga segala perkerjaan kami ini dikira jihad dalam meningkatkan ekonomi umat Islam dan semoga semua yang membantu akan mendapat pahala, insyaAllah.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Tuesday, 26 June 2012

Sarang burung walit makanan Diraja china dan golongan bangsawan

Assalamualaikum

Sarang burung walit merupakan satu makanan untuk golongan raja dan bangsawan di China. Di ceritakan satu ketika dahulu laksamana Cheng Ho dan pengikutnya pernah terdampar di sebuah pulau di kepulauan Borneo. Di sebabkan tiada makanan mereka telah masuk ke dalam sebuah gua di situ dan mendapati terdapat sarang burung walit. Mereka telah memakan sarang burung walit dan hasilnya dari sehari ke sehari badan mereka bertambah kuat. akhirnya mereka membawa pulang sarang burung walit untuk dipersembahkan kepada Raja mereka.

Semenjak dari itu pedagang China akan datang untuk membeli sarang burung walit. Untuk makluman semua burung walit tidak ada di negara China. Ianya hanya ada di sekitar negara-negara yang beriklim khatulistiwa sahaja. Kerana itulah harganya sangat mahal dan ia digelar emas putih.

Oleh kerana masa pun berubah dan ekonomi manusia semakin baik maka sarang burung ini sudah boleh dinikmati oleh orang ramai. Kerana itulah negara China yang mempunyai populasi yang begitu ramai merupakan pengimport sarang burung yang pertama di dunia dengan peratusan import 60%. Jika di negara China sarang burung yang dicuci akan dinaikkan harganya diantara RM 12 ribu ke 22 ribu sekilo. Jika harganya berkali ganda di sana, namun orang-orang cina tetap membelinya kerana khasiatnya, mengapa kita di sini dengan harga yang lebih rendah tidak mahu mencubanya? Bukankah burung walit ini Allah swt berikan hanya ada di negara-negara berpenduduk Islam? Wallahualam

Zahir
0196558840

Sunday, 24 June 2012

Hampir 99% pengguna berpuashati

Assalamualaikum

Hampir 99% pengguna air sarang walit syifa' berpuashati. Kami menerima feedback yang sangat baik dari para pelanggan yang mencuba air sarang walit syifa' kami.

Terdapat juga pesakit stroke yang tidak boleh tidur malam tetapi sekarang sudah pun boleh tidur malam. Malahan ada yang termengah-mengah bila bercakap tetapi kini sudah boleh bercakap tanpa penat. Alhamdulillah.

Bagi anda yang ingin mencuba air sarang walit syifa' ini bolehlah menghubungi para stokis kami yang berhampiran.


Jazakallah

Zahirudin Salehuddin

0196558840

Stokis Pasir MAS Kelantan

Assalamualaikum

Stokis Pasir Mas Kelantan - Nasarudin - 017 609 6252

Thursday, 21 June 2012

Orang Cina pun mula minum air walit syifa'



Assalamualaikum

Baru-baru ini rakan saya telah pergi ke Maidyn USJ. Katanya dia memegang botol air walit syifa' untuk dibawa masuk ke dalam pasaraya tersebut bagi tujuan mencari tempat booth bagi meletakkan air sarang walit syifa'.

Sewaktu dia membawanya ke dalam tiba-tiba seorang lelaki berbangsa cina menegurnya. Dia bertanya adakah yang dipegang oleh rakan saya itu air sarang walit. Rakan saya menjawab "Ya". Dia melihat air sarang syifa' boleh nampak sarang yang tulen di dalamnya. Dia bertanya berapakah harganya dan rakan saya menjawab RM 130 sebotol. Lelaki berbangsa cina tersebut terus memberitahu rakan saya yang ia ingin sekali membelinya. Dia membeli dengan harga RM 150. Katanya air sebegini harganya sangat murah.

Saya tidak terkejut mendengar cerita rakan saya tadi kerana seperti apa yang pernah saya katakan, pergilah cari air sarang burung yang asli, anda akan tahu harganya RM 200 ke atas untuk segelas kecil sahaja. Malah jangan terkejut jika ada yang menjual sehingga ribuan ringgit bagi sebotol yang asli.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Wednesday, 20 June 2012

Air Walit Syifa' Bukanlah Ubat...

Assalamualaikum

Hari ini saya berada di Perak dan esok (Khamis) insyaAllah saya akan ke Manong dan terus ke Kedah bagi menghantar stok kepada stokis.

Sepanjang perjalanan ada pelanggan yang menghubungi saya. Mereka kata adakah air syifa' boleh menyembuhkan sakit itu sakit ini. Saya ingin terangkan sekali lagi air walit syifa' bukanlah ubat. Ianya bukanlah minuman berstatus ubat tetapi ianya adalah air minuman penambah tenaga.

Cuma menurut kajian perubatan sarang burung ini mampu memberi pelbagai khasiat dalam mengurangkan dan menyembuhkan pelnagai penyakit. Kerana itulah ramai pelanggan kami menyatakan keberkesanan menggunakan air walit syifa' Mectten.

Bagi yang ingin mencuba bolehlah menghubungi kami dan insyaAllah anda akan berpuas hati.

Zahir
0196558840

Stokis terbaru- Simpang Empat Perak dan Lekir Setiawan

Assalamualaikum

Stokis terbaru kami

(Simpang Empat/Hutan Melintang) En Azmi - 0108373309

(Setiawan) Hj Abdullah - 019 4706997

Jazakallah

Sunday, 17 June 2012

Mohon Maaf bagi negeri-negeri yang belum ada stokis

Assalamualaikum

Saya ingin memohon jutaan kemaafan bagi negeri-negeri yang belum ada stokis lagi seperti Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan beberapa negeri lain yang masih belum ada stokis. Sebenarnya permintaan di Kelantan, adalah antara yang tertinggi namun kami masih belum mendapat permohonan yang serius untuk menjadi stokis di sana. InsyaAllah jika ada nanti kami akan war-warkan kepada semua. Jazakallah

Zahir
0196558840

Air walit syifa' hanya botol 750ml sahaja yang akan dikeluarkan

Assalamualaikum

Mulai pengeluaran akan datang hanya botol 750ml sahaja yang akan dikeluarkan. Untuk botol 300ml dan 1.5liter pengeluaran sudahpun dihentikan.

Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.

Zahirudin
0196558840

Syarat-syarat menjadi stokis

Assalamualaikum

Syarat-syarat menjadi stokis:

Modal permulaan RM 1920 untuk 24 botol 750ml.

Sebotol kepada stokis RM 80, dan kepada pelanggan RM 130.00

Terima kasih

Kami akan ke Kedah Khamis depan

Assalamualaikum.

Kami akan ke Kedah bagi menghantar stok air sarang burung walit syifa' pada khamis depan ini. Bagi sesiapa yang berminat menjadi Stokis kami sila hubungi kami untuk tempahan.

Bagi yang ingin menjadi stokis kami, terkini  syarat-syarat nya telah diperbaharui.

Modal permulaan RM 1920 dengan pembelian 24 botol 750ml. InsyaAllah pendapatan adalah lumayan dan berbaloi.

Zahir
0196558840

Friday, 15 June 2012

Orang Sikh pun minum air walit syifa'

Assalamualaikum

Sahabat saya ust yus mendapat panggilan sekitar jam 5.30 pagi 4 hari yang lalu dari seorang pesara polis berbangsa sikh. Beliau melihat iklan air sarang walit syifa' Mectten di dalam harakah. Sewaktu sahabat saya ini pergi bertandang berjumpa beliau di kajang, beliau mengadu beliau menghidapi masalah jantung dan air kahak yang banyak. Katanya beliau memang percaya sungguh pada orang-orang Islam kerana orang-orang Islam jujur. Namun ada juga yang mengambil kesempatan menipu beliau dengan memperkenalkan kepada pelbagai jenis bomoh.

Alhamdulillah selepas sehari beliau mencuba, beliau menelefon lagi untuk membeli. Katanya badannya semakin kuat dan kahak begitu banyak yang keluar. Kini beliau sudah membeli 4 botol air sarang burung syifa' walit dalam masa 4 hari. Alhamdulillah.

Apapun Allah jua penentunya. Kita hanyalah mencuba sahaja. Mana tahu, jika rezeki kita sembuh pula dengan air sarang burung walit syifa' ini. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Tuesday, 12 June 2012

Jika kita tidak mencuba manakan tahu hasilnya

Assalamualaikum

Mectten merupakan satu singkatan nama bagi Muslim Economy Community Territorry Network. Ianya merupakan satu cita-cita saya yang telah lama terpendam. Satu ketika dahulu saya pernah cuba menggabungkan tenaga orang-orang melayu Islam sahaja. Namun saya terfikir bukankah Islam ini Universal. Biar apapun bangsa kita, asalkan kita seorang Muslim maka kita semua bersaudara dan sama di sisi Allah swt. Islam bukanlah milik orang melayu semata-mata. Malah ada orang bukan melayu yang ternyata lebih alim dan warak berbanding orang-orang melayu itu sendiri.

Saya lihat orang-orang Islam sudah terlalu jauh ketinggalan. Sebagai contoh, apabila perayaan agama Buddha berlangsung, stok keperluan makanan akan menjadi sangat terhad. Sedangkan keperluan ini merupakan satu bentuk kelangsungan hidup kita semua. Apa akan jadi jika bangsa dan agama lain bercuti lebih lama? Apa akan jadi dengan kita?

Sistem yang ada di negara ini telah dipelopori oleh orang-orang yang bukan beragama Islam dari sudut ekonominya. Mengapa mereka begitu maju? Kenapa kita sering tertinggal? Cuba lihat orang-orang berbangsa Cina, mereka bersatu hati dalam mengembangkan ekonomi mereka. Mereka mempunyai persatuan yang aktif. Mereka bergerak secara bersama dan percaya antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah ada kedai-kedai mereka boleh bertahan berpuluh tahun walaupun pelanggannya macam tak ada. Cuba kalau orang Melayu Islam berniaga restoran. Belum tentu orang -orang Islam akan datang dan makan ke sana. Dalam masa 6 bulan maka semuanya akan musnah. Kedai tersebut akan di tutup kerana kurangnya aliran modal.

Kita sebagai orang Islam di Malaysia sepatutnya lebih maju. Buying Power kita adalah antara tertinggi. Namun kita seringkali terlupa kita jugalah yang tidak menyokong produk keluaran kita. Pada masa yang sama, produk yang tiada kualiti perlu kita buangkan dari market kita. Jangan lakukan perniagaan yang menipu orang semata-mata untuk mengaut keuntungan. Hidup kita hanyalah sementara. Entah esok lusa kita akan mati dan sudah pasti mahkamah agung di akhirat kelak menanti. Tiada tempat untuk berselindung. Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang terselindung dalam hati kita.

Berbalik kepada soal orang-orang Melayu Islam, kebanyakan kita harus membuang sikap sinis, tidak percaya dan berbagai lagi yang negatif. Cuba lihat orang-orang yaang berjaya, semuanya mempunyai sikap yang positif. Jika kita berani mencuba insyaAllah kita akan berjaya. Jika kita terus bersikap negatif, maka kita tidak akan dapat mencapai kekayaan. Islam menyarankan kita kaya agar dapat membantu yang lain. Sebaiknya setelah kita berfikir mengenai apa-apa peluang yang ada, kita lakukan solat isyhtikharah. Bukankah jawapan dari Allah swt itu yang terbaik? Maka bermula saat ini berfikirlah secara positif dan buangkanlah sifat-sifat yang tak elok dalam diri kita. Ingatlah, jangan kita bersikap dengki dan khianat kepada orang lain, kerana janji Allah pasti benar bagi yang berlaku zalim. Jadilah hamba Allah yang jujur dan amanah. InsyaAllah akan dibukakan jalan-jalan menuju ke arah keredhaanNya. Wallahualam

Zahir 0196558840

Monday, 11 June 2012

Stokis Terbaru - Ipoh

Assalamualaikum

Bagi yang tinggal di Ipoh boleh dapatkan stok air sarang walit syifa' dari stokis terbaru kami:

(Ipoh)  Hakim – 019 642 9440

Jazakallah

Kisah benar pesakit batuk kering

Assalamualaikum

Saya ada berjumpa dengan seorang bekas guru berbangsa cina. Beliau sekarang sudahpun pencen. Umurnya sudah pun menginjak sekitar 60 tahun. Beliau menceritakan pengalaman ayahnya yang pernah mengidap sakit batuk kering sewaktu umurnya masih kecil. Doktor pada masa itu meramalkan ayahnya boleh hidup dalam 3 bulan sahaja lagi.

Beliau sekeluarga terlalu sedih dan menangis. Ini kerana pada zaman tersebut, ubat bagi sakit batuk kering belum ada lagi. Namun seorang jiran memberitahu ayahnya agar mencari sarang burung dan cuba makannya dengan menjadikan ianya sup atau pun buat air minuman. Katanya selepas sebulan, ayahnya pergi membuat pemeriksaan di hospital dan pihak doktor terkejut apabila penyakit batuk kering ayahnya telahpun sembuh. Doktor yang bertugas bertanya bagaimana sakitnya boleh sembuh. Kata ayahnya, dia mengamalkan sarang burung.

Teringat dan terngiang-ngiang di telinga saya apabila guru berbangsa Cina tersebut mengatakan "Kita orang-orang cina tak kisah dengan apa yang orang melayu katakan samada percaya atau tidak dengan khasiat sarang burung, sebab orang cina memang dah lama tahu dan merasai kelebihan sarang burung ini. Ramai yang terbukti sembuh dari penyakit mereka. Tetapi untuk sembuh perlulah ada pengambilan yang berterusan".

Sehingga kini cikgu tersebut mengamalkan air sarang burung. Mana tahu kalau sudah rezeki Allah menyembuhkan sakit kita. Burung Walit ini Allah ciptakan terbang tanpa henti. Tenaga dalamannya cukup tinggi. Jadi tidak mustahil ianya disalurkan khasiatnya di dalam sarang burung tersebut. Wallahualam.

Zahir
0196558840

Petik sarang rumah setingkat mectten



Assalamualaikum. Alhamdulillah petang tadi 11.6.2012 saya telah pulang ke Perak menghantar stok air sarang burung bagi stokis di sana. Selepas itu saya bergerak untuk melihat rumah burung di Changkat Banjar (JV4). Dapatlah sekali kami memetik sarang. Burung ketika kami masuk sekitar 50 ekor. Sarang juga semakin bertambah. Alhamdulillah.

Zahir
0196558840
Pengarah Urusan Mectten Birdnest Industry Sdn Bhd

Rakankongsi kilang- Tinggal 9 lot sahaja lagi

Assalamualaikum.

Masih ada 9 lot lagi untuk menjadi rakankongsi kilang air sarang burung kami. Siapa yang dahulu kami utamakan.

Jazakallah
0196558840
Zahir

Stokis terbaru- Triang, Pahang

Assalamualaikum

Bagi tinggal di Pahang boleh hubungi stokis terbaru kami di Pahang:

Abdul Hamid - 019 9136585 / 019 2802586

Jazakallah

Friday, 8 June 2012

Stokis Air Walit Syifa' Ampang

Assalamualaikum

Stokis terbaru ialah dari Ampang Kuala Lumpur. Sila hubungi: Pn Yasmin 012 236 9277

Wednesday, 6 June 2012

Air Sarang Burung Walit menurunkan kencing manis

Assalamualaikum

Baru-baru ini ada sahabat saya yang bekerja di Hospital Serdang datang berjumpa. Beliau telah mencuba air sarang walit Syifa' Mectten. Beliau mempunyai penyakit kencing manis. Waktu beliau datang beliau kebetulan sedang mengalami demam yang agak teruk juga.

Saya berikan beliau air sarang Syifa' kami dan esoknya beliau sudahpun sihat dengan izin Allah jua. Beliau juga mengaku kencing manisnya menurun dengan cepat selepas beliau meminum air tersebut. Katanya air sarang syifa' Mectten memang agak ajaib.

Saya katakan tidak mustahil bagi Allah swt untuk menyembuhkan asalkan kena dengan usaha dan doa. Alhamdulillah semakin ramai yang memberikan respon yang sangat baik mengenai air kami ini. Wallahualam

Jazakallah
Zahir
0196558840

Tuesday, 5 June 2012

Rumah burung yang hilang bunyi

Assalamualaikum

Rumah burung kalau masih baru beroperasi dalam 6 bulan pertama, bunyi audio luar dan dalam sangatlah penting. Ini kerana bagi burung yang baru menetap di situ mereka akan merasakan rakan-rakan mereka sudahpun berpindah ke tempat lain.

Kerana itulah bunyi luar dan dalaman perlulah ada dimainkan mengikut masa yang ditetapkan. Bunyi luar sepatutnya di antara jam 6.30 pagi ke 8 malam setiap hari. Bagi bunyi dalaman pula perlulah dipasang 24 jam.

Suara dalaman pula elok dipasang suara anak-anak burung yang dicampur dengan suara ibu burung. Ianya akan menggalakkan burung-burung bersarang cepat. InsyaAllah. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday, 4 June 2012

Stokis air sarang burung syifa' di Melaka

Assalamualaikum

Stokis terbaru kami dari Melaka. Bagi yang tinggal di sekitar Melaka boleh menghubungi beliau.

Pulau Gadong - Puan Noremi 012 3184459

Jazakallah

Stokis terbaru: Stokis Klang

Assalamualaikum

Stokis terbaru dari Klang:

Pn Aminah - 019 368 6468

Yang berada di Klang boleh segera hubungi stokis kami. Rasailah kelazatan air sarang burung walit syifa' yang terbukti berkesan dalam menambah baik kesihatan.

Jazakallah

Sunday, 3 June 2012

TESTIMONI DARI SEORANG PELANGGAN MENGENAI AIR SARANG WALIT SYIFA'

Assalamualaikum.

gambar en Saidi yang menggunakan produk air sarang walit syifa' Mectten.


Semalam seorang sahabat kita yang juga pengguna terawal air sarang walit syifa' Mectten ingin berjumpa dan berbual. Saya pun keluar minum malam dengannya di restoran di Bandar Bukit Mahkota.  Beliau menceritakan bagaimana perubahan kesihatannya yang agak teruk sebelum ini menjadi semakin baik. Beliau mengalami kurang potassium di dalam badan. Akibat penyakit ini ialah badan akan menjadi lemah, tidak bermaya dan akhirnya jantung akan terhenti dan akan mati.

Pernah diisytiharkan mati sebelum ini, kemudian dengan izin Allah swt beliau hidup kembali. Keadaannya yang meruncing menyebabkan beliau sering masuk hospital. Terpaksa bergantung hidup dengan ubat dari hospital jika ingin terus hidup.

Tetapi semenjak menggunakan produk air sarang burung syifa' walit, keadaannya telah berubah. Badannya semakin bertenaga, dan terasa ringan. Beliau juga tidak lagi bergantung kepada ubat dari hospital lagi. Katanya dia sendiri hairan bagaimana sakitnya boleh hilang setelah minum air sarang burung. Saya katakan kepadanya tiada yang mustahil kerana semuanya dari Allah swt. Kini dia membeli beberapa botol seminggu untuk diberikan kepada isteri, anak dan ayahnya.

Peluang untuk menjadi stokis masih terus terbuka. Permintaan yang kami dapati juga sangat hebat di seluruh Malaysia. Bagi kawasan yang masih belum ada stokis kami mohon maaf. InsyaAllah jika ada nanti kami akan iklankan di dalam suratkhabar dan internet. Jazakallah

Zahir
0196558840

Saturday, 2 June 2012

Peluang menjadi rakankongsi kilang air sarang burung masih terbuka.

Assalamualaikum

Kami sedang mencari para rakankongsi dalam kilang air sarang burung kami. Kilang ini akan dibuka di sekitar Nilai.

Kami membuka hanya 20 lot sahaja. Satu lot bersamaan 1% dari hasil keuntungan bersih kilang pada tahun ke 3.

Modal hanya RM 5k untuk setengah lot atau RM 10k bagi satu lot.

Modal akan dibayar balik bermula bulan berikutnya.

Perjanjian selama 3 tahun.

2 tahun pertama modal anda akan dibayar balik.

Untuk tahun ke 3, anda akan menikmati keuntungan 1/2% ke 1% dari keuntungan bersih kilang.

Sasaran kami pada tahun ke 3, penjualan adalah 50ribu botol sebulan.

Ini menjadikan pendapatan para rakankongsi adalah diantara RM 10 ribu dan 20 ribu ke atas sebulan.

Sistem mengikut mudharrabbah.

11 lot sudah terjual setakat ini.

InsyaAllah kita akan berkongsi keuntungan ini.

Rebutlah peluang ini. Ini mungkin peluang anda seumur hidup.

Zahirudin Salehuddin
0196558840