Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Sunday 30 September 2012

Dalam sehari setengah saya jual 7 botol air sarang walit

Assalamualaikum

Saya sedang berjalan dari Selangor ke Perak dan Kedah. Hari ini saya sudah bergerak hampir satu Perak. Esok pagi saya akan ke Kedah. Sambil berjalan sambil promosi air sarang walit syifa'. Seorang pelanggan setia kami Dr Murad membeli 5 botol air sarang walit syifa'. Katanya rakan2nya ramai yang sudah menempah. Ustaz Harullah juga beli sebotol. Siapa yang tidak kenal Ustaz Harullah seorang guru agama yang berumur 70 tahun. Kemudian saya ke Perak terus seorang pengusaha rumah burung beli sebotol lagi. Wah..alhamdulillah sudah 7 botol saya jual dalam diam tak diam.

Apapun ramai stokis kami membuat tempahan baru..alhamdulillah semuanya menceritakan perkara2 yang baik dari pelanggan mereka. Apapun bagi yang berminat utk membeli air sarang burung sila hubungi stokis yang berdekatan. Bagi yang berminat utk jadi stokis pula boleh hubungi saya.

Jazakallah

Zahir
0196558840

Peluang untuk berkongsi rumah burung masih terbuka

Assalamualaikum

Peluang untuk berkongsi rumah burung secara modal sedikit masih terbuka. Setiap rakan kongsi hanya memerlukan modal minima RM 1600 sahaja. Jangan terlepas peluang keemasan ini. Anda akan menjadi salah seorang pemilik rumah burung yang sebenar. Lokasi sudah dikenalpasti.

Mungkin ini peluang terakhir anda..wallahualam

zahir
0196558840

Friday 28 September 2012

Stokis Terkini - SEREMBAN dan KUANTAN

Assalamualaikum

bagi yang ingin membeli air sarang walit syifa' di Seremban dan Kuantan boleh hubungi stokis kami di bawah.

Seremban - Shaharudin : 012 6297482


Kuantan - Ikhwan 019 9984 095

Jazakallah

Thursday 27 September 2012

Air Sarang Walit Syifa’ – Khasiat Sarang Burung Asli


Air Sarang Walit Syifa’ – Khasiat Sarang Burung Asli

Air Sarang Walit Syifa’ keluaran 100% produk bumiputera Islam dibuat berasaskan campuran sarang burung walit yang asli. Kajian ,mendapati Khasiat sarang burung mampu mengubati sakit lelah, asma, ghout, luka dalaman, batuk berterusan, demam, lemah tenaga dalaman dan luaran. Ia juga baik untuk ibu mengandung, menguatkan paru-paru anak dalam kandungan, memberikan kekuatan tulang bagi warga tua, melancarkan pembuluh darah, mencantikkan kulit, awet muda, menguatkan jantung dan lain-lain.

KERANA ITULAH HARGA BAGI SEGELAS KECIL SARANG ASLI YANG TULEN MENCECAH RM 200 ke atas.

Apa kata testimoni kami:

1)      Saya mengalami sakit ghout selama 3 bulan. Semakin lama semakin merebak dari kaki naik ke betis. Saya mencuba air sarang walit syifa’ dan alhamdulillah hasilnya ghout tersebut hilang dalam masa yang singkat. – Hamidon (Pengurus Kewangan) – 019 246 7293

 

2)    Ayah saudara saya mengalami nanah dalam perut ekoran jangkitan kuman. Saya telah membeli air sarang walit syifa’ dan Alhamdulillah apabila beliau pergi untuk scan di hospital sakitnya telah sembuh. Man (Juruelektrik) – 019 5920196

 

 

3)      Seorang anak kawan isteri saya mengalami penyakit asma semenjak kecil. Semenjak beliau membelikan air sarang walit syifa’, anaknya tidak lagi ke hospital dan tenaganya telah bertambah dan kesan hingus di setiap pagi juga telah hilang. – En Iza (usahawan) 012 2315819

 

4)     Saya telah mencuba air sarang walit syifa’ dan kesannya dengan izin Allah tenaga saya bertambah dalaman dan luaran. Saya sendiri bagai tak percaya namun inilah kelebihan yang Allah swt berikan kepada sarang walit ini. Sekarang saya sendiri menjadi stokis. – Asri 0111256 1799

 

HARGA :         300ml …..RM 50                                       750ml……..RM 130

Alhamdulillah telah ramai yang merasai khasiat air sarang walit syifa’. Anda boleh mencubanya. Layari blog kami di http://sifuwalet.blogspot.com untuk mengetahui stokis yang berhampiran di tempat anda atau boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:


STOKIS DIKEHENDAKI. PULANGAN PERNIAGAAN YANG LUMAYAN TANPA HAD, INSYAALLAH.

Alamat kami: Mectten Food Industry Sdn Bhd, No 42-1, Jln Seri Putra 1/4 , Bndr Seri Putra Bangi.

Tel: 03 8926 4282      Fax: 03 8926 4271

Wednesday 26 September 2012

Harga Rumah Burung Persendiran yang terbaru


Harga Rumah burung terkini:  (Projek  persendirian) Tahun 2012

SETINGKAT:

1)      20 kaki x 80 kaki …………………………………………………..RM 140k

2)      20 kaki x 70 kaki …………………………………………………..RM 130k

3)      20 kaki x 60 kaki …………………………………………………..RM 120k

4)      20 kaki x 50 kaki …………………………………………………..RM 110k

5)      20 kaki x 40 kaki …………………………………………………..RM 90k

 

Dua tingkat:

1)      20 kaki x 80 kaki ………………………………………………..RM 300k

2)      20 kaki x 70 kaki ………………………………………………..RM 280k

3)      20 kaki x 60 kaki ………………………………………………..RM 260k

4)      20 kaki x 50 kaki ………………………………………………. RM 240k

5)      20 kaki x 40 kaki ……………………………………………….. RM 220k

 

Tiga tingkat:

1)      20 kaki x 80 kaki ………………………………………………RM 500K

2)      20 kaki x 70 kaki ………………………………………………RM 480k

3)      20 kaki x 60 kaki ……………………………………………..RM 460k

4)      20 kaki x 50 kaki ……………………………………………..RM 440k

5)      20 kaki x 40 kaki ……………………………………………. RM 420k

 

Kerja-kerja tanah di  lakukan oleh tuan tanah.

Bekalan api dan air di lakukan oleh tuan tanah.

Warranty sehingga burung masuk tidur.

Fakta yang kurang tepat mengenai dunia walit

Assalamualaikum

Dunia walit penuh dengan pelbagai misteri dan ilmu. Semakin kita terlibat dalam dunia walit ini semakin banyak rahsia dan ilmu yang kita temui. Begitulah hebatnya Allah swt menjadikan alam ini. Begitu juga manusia. Kita sendiri terlalu banyak rahsia yang belum kita ketahui. Antaranya rahsia mencari kusyuk dalam sembahyang. Memang terdapat cara-caranya yang diajar ulamak namun kita sendiri belum juga berjumpa rahsia kekusyukan itu jika tidak diperkenankan Allah swt.

Namun di sini saya ingin berkongsi beberapa fakta yang sering membuatkan kita tersalah anggap mengenai dunia walit ini. Antaranya:

1) Walit tidak akan tinggal di rumah yang suhunya melebihi 30 darjah celcius. Sebenarnya kajian yang saya buat, walit boleh tinggal dalam rumah yang suhunya menjangkau 36 darjah celcius. Cuma sarang akan terlalu kering dan kurang kualitinya.

2) Walit perlukan tempat dalaman yang lapang sahaja. Kajian kami menunjukkan tidak semua tempat walit sukakan tempat lapang. Terdapat rumah yang dipasang VIP room lebih menarik perhatian walit.

3) Walit akan terbang mengelilingi rumahnya 7 kali (seumpama tawaf di Kaabah) sedangkan adakalanya mereka terus masuk ke dalam dan adakalanya mereka mengelilinginya melebihi 7 kali.

4) Lokasi pembinaan rumah burung perlu dikenalpasti terdapat burung atau tidak sedangkan di Malaysia sesuai didirikan tapak rumah burung kerana burung ini berada di mana-mana sahaja di Malaysia.

5) Rumah burung perlu didirikan di tepi pantai. Teori ini terbukti salah kerana burung walit terdapat banyak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

6) Burung walit jenis yang setia dan tidak akan berpindah. Sebenarnya burung walit ini jenis yang agak setia dan akan berpindah jika terdapat rumah yang menawarkan lebih keselesaan dan tarikan bunyi luar  dan dalam yang menarik.

7) Dalaman rumah burung perlu di cat hitam sedangkan bukti menunjukkan tidak perlu.

8) Atap rumah burung perlulah gelap sedangkan atap seperti zink yang berkilat dan bersilau mampu menarik burung untuk tinggal di dalamnya.

9) Suara luar tidak boleh ditukar kerana ditakuti burung lari. Kami sering menukar suara luar dan hasilnya lumayan.

10) Suara dalaman jangan ditukar. Sedangkan kajian kami menunjukkan suara dalam yang baik boleh dipasang asalkan suaranya adalah suara anak dan ibu.

Terdapat banyak lagi perkara yang kurang tepat. Namun ini hanyalah kajian saya. Belum tentu juga tepat. Namun ini semua berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya selama ini. Wallahualam

Zahir
0196558840

Tuesday 25 September 2012

Kursus Penyelenggaraan dan Baik pulih rumah burung- Terima kasih yg telah mendaftar

Assalamualaikum

Terima kasih saya ucapkan pada semua yang telah mendaftar untuk kursus ini. Tempat keseluruhan hanya 10 orang sahaja.

Siapa yang patut hadir:

1) Sesiapa yang belum mempunyai rumah burung
2) Sesiapa yang mempunyai rumah burung
3) Sesiapa yang ingin mempunyai rumah burung
4) sesiapa yang ingin mengetahui potensi bisnes ini


InsyaAllah kami akan ajarkan yang terbaik. Kursus ini adalah kali kedua kami anjurkan. Memandangkan saya agak free minggu hadapan. Terima kasih

Zahirudin Salehuddin

0196558840

Monday 24 September 2012

Kursus Penyelenggaraan dan Baik Pulih Rumah Burung Walit- 7.10.2012

Assalamualaikum

Satu kursus bertajuk Penyelenggaraan dan Baik Pulih Rumah Burung Walit akan diadakan oleh MECTTEN Holding Sdn Bhd.

Kursus ini akan membincangkan:

1) Mencari kesilapan rumah burung (Trouble shooting)

2) Melaksanakan pembaikan menurut cara yang betul

3) Teknik memanggil burung yang betul

4) Teknik menambah koloni

5) Penataan cahaya yang betul

6) Pintu masuk yang baik

7) Penyelenggaraan yang betul

8) Suara yang berkesan

9) Lawatan ke rumah burung sebenar


Maklumat kursus:

Tarikh: 7.10.2012
Hari : Ahad
Waktu: 10 pagi ke 5 ptg
Yuran: RM 790

Lokasi:  Pejabat HQ kami di :

no 42-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi 43000 Kajang Selangor. (susur masuk diantara Tol Bandar Baru Bangi dan Tol Nilai terdapat di tengah-tengahnya Tol Seri Putra/Mahkota. (berhampiran KUIS)

Bagi yang mendaftar lebih dari seorang peserta maka diskaun 5 % akan diberikan. Tempat terhad kepada 10 orang peserta sahaja.

Jika berminat sila bank in kan pembayaran ke 21601100019196  (RHB ACCOUNT) di atas nama Mecten Sales and Services.

Setelah duit dimasukkan sila faxkan slip pembayaran ke no 03 8926 4271. Sila sertakan sekali nama penuh, no ic, no tel dan alamat.

Terima kasih

Zahirudin Salehuddin

0196558840

Sunday 23 September 2012

Masih menunggu stokis dari pantai timur

Assalamualaikum

Kebelakangan ini saya menerima begitu banyak panggilan dari pantai timur seperti Pahang dan Terengganu yang mahu membeli air walit syifa'. Setengahnya tidak dapat saya penuhi memandangkan stokis yang ada agak jauh dari mereka malahan ada negeri yang hampir tiada stokisnya.

Bagi yang masih ingin menjadi stokis bolehlah menyertai kami. Modal cuma RM 1920 (buat ketika ini). InsyaAllah berbaloi.


Wallahualam

Zahir
0196558840

Apa yang dapat dengan RM 50 sekarang ni?

Assalamualaikum

Ptg tadi saya ke kedai berhampiran selepas beriadah bermain bola..Selepas 3 bulan berehat dari main bola, nampaknya saya kena juga turun padang. Alhamdulillah, kalau dahulu boleh main setengah jam kini saya boleh bermain 2 jam. Hendak tak hendak saya kena mengaku, pengambilan air sarang burung walit syifa' banyak mengubah tenaga badan saya dengan izin Allah.

Berbalik cerita ke kedai tadi, saya bawa RM 50. Bila dah beli barang seperti biskut (biskut empat segi), aiskrim untuk anak-anak, dan sabun mandi serta sedikit barang keperluan lain, jumlahnya RM 42. Terkejut juga bila melihat nilai RM 50 ketika ini begitu kecil. Bahkan untuk mencari nilai RM 50 pun agak sukar dalam dunia mencabar ketika ini.

Ingatan saya terus tertumpu kepada beberapa orang miskin yang saya jumpai di seluruh Malaysia sewaktu saya berjalan ke site-site di seluruh negara. Saya lihat kalau di sekeliling kita ramai orang susah, bagaimanalah agaknya mereka mencari duit. Ada yang saya jumpa di Bukit Mahkota Bangi seorang ibu tinggal (bukan ibu tunggal), mempunyai 6 orang anak kecil (belum bersekolah) tidak berhari raya pada hari raya pertama. Sewaktu saya melawat keluarga tersebut saya terasa sayu, apabila saya lihat mereka sangat dhaif. Hanya ada sebuah meja usang dan Rice Cooker yang dah buruk. Alhamdulillah dapatlah saya dan syarikat MECTTEN serta isteri saya memberi sedikit sedekah dah bantuan. Saya tertanya-tanya, bagaimana masyarakat kita akan dapat terus mengubah nasib.

Sewaktu saya membuka MECTTEN, saya telah berjanji dengan Allah akan berusaha sedaya upaya saya menaikkan ekonomi orang Islam. Cabaran untuk menyatukan orang-orang Islam untuk menaikkan ekonomi sebegini amatlah hebat. Saya sendiri pernah menerima sms dan panggilan yang seakan menyindir usaha MECTTEN. Namun saya berserah ke hadrat Allah swt. Sudah menjadi Sunnah dalam perjuangan mesti ada penentangan dan cabaran. Saya mohon agar semua yang membaca blog saya turut mendoakan agar MECTTEN menjadi satu syarikat yang kuat dan mampu untuk menjadi satu vehicle untuk orang-orang Islam berubah.

Keadaan kehidupan yang saban hari semakin menghimpit menyebabkan ramai di kalangan kita hidup tiada arah. Malahan ada yang sanggup meminta bantuan gereja yang mempunyai niat tersembunyi. Cuba lah lihat keliling kita. Setiap orang punya masalah tersendiri. Namun jika kita semua bersatu hati dan berlapang dada serta berdoa insyaAllah kita akan menjadi umat yang kuat. Bukankah kita semua dahulunya umat yang kuat dan digeruni di seluruh dunia kerana kekuatan kita dan di sayangi kerana pegangan Islam yang sebenar ketika itu? Ayuh saya menyeru diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan semua agar kita segera berfikir "Out of the Box". Kita mula berfikir bahawa segalanya tidak mustahil. Kita juga mampu bergelar jutawan dan kita juga mampu menjadi hamba Allah yang terbaik.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Friday 21 September 2012

Suara walit yg baik - Mectten



Assalamualaikum

Suara luar mempunyai banyak jenis. Harganya pun berlainan. Ada yang sesuai diletakkan di luar ada pula hanya untuk suara dalam sahaja. Ini antara suara yang baik yang kami gunakan..anda boleh lihat sendiri

Thursday 20 September 2012

Baru balik dari Muar Johor

Assalamualaikum

Hari ini saya telah ke Muar Johor..Letih juga berjalan sehari kat sana. Tapi seronok dapat tengok tempat orang..orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..

Kehadiran saya di situ bagi menjalankan ujian tapak bagi melihat kesesuaian tapak untuk pembinaan rumah burung. Sebenarnya di Malaysia, dimana-mana sahaja sesuai untuk didirikan rumah  burung. Kami telahpun buktikan di beberapa tempat yang mana pada asalnya dikatakan tiada burung tetapi akhirnya penuh burung, insyaAllah.

Alhamdulillah dapatlah makan gulai asam pedas Muar.. dengar cerita kedai tersebut pernah masuk rancangan jalan-jalan cari makan..Alhamdulillah semua sudah selesai..


Zahir
0196558840

Lot Kilang tinggal 51/2 lagi

Assalamualaikum

Lot untuk rakankongsi kilang hanya tinggal 5 1/2 lot sahaja lagi.

Jazakallah

zahir
0196558840

Tuesday 18 September 2012

Harga sarang jatuh pun pengusaha masih lagi berpendapatan lumayan

Assalamualaikum

Harga sarang jatuh sehingga RM 1300 untuk sekilo sarang. Tetapi bagi pengusaha rumah burung ianya tetap memberikan pulangan yang lumayan. Jika 10 kilo sebulan pengusaha tetap mampu menerima pendapatan RM 13000 setiap bulan bagi setingkat.

Sedangkan kos maintenance dan lain-lain dalam satu ribu sebulan sahaja. Makan minum serta ubat burung tidak diperlukan. Ini bermakna jika pengusaha mempunyai 20kg, 30kg sarang sebulan sudah tentu tetap lumayan. Kerana itu kawan-kawan saya yang sudah ada rumah burung tetap tersenyum kerana pendapatan mereka tetap besar.

Begitupun ramai juga yang menyimpan sarang hingga harga naik semula barulah dijual mereka kepada pemborong. Sarang takkan basi atau rosak. Simpan sahaja ianya elok-elok.

Wallahualam

Zahir
019 6558840

Monday 17 September 2012

Singgah le ke Restoran kami - How to make delicious lamb chop - Soodoo Cafe



Assalamualaikum

Penyediaan western food yang lazat. telah ramai yang mengatakan western food kami paling sedap (the best in the town).. InsyaAllah puas hati..

Zahir
0196558840

Kisah pesakit stroke yang merasai kesan air sarang burung

Assalamualaikum

Saya teringat seorang Dr yang datang memberitahu isterinya diserang stroke dan tidak dapat tidur malam hari. Tangan sebelah kirinya (jika tidak silap saya) terasa kebas dan sejuk. Setelah isterinya diberi air sarang burung, badan sebelah yang stroke terasa panas dan terasa darah bergerak semula. Alhamdulillah kata Dr terbabit, perubahan positif yang ditunjukkan oleh isterinya telah menguatkan kepercayaan khasiat sarang burung anugerah Allah swt ini.

Semoga air sarang walit ini menjadi salah satu cara alternatif bagi yang memerlukan..insyaAllah


Wallahualam

Zahir
0196558840

Syarat untuk menjadi Stokis baru Air Walit Syifa' akan dinaikkan

Assalamualaikum

Syarat untuk menjadi stokis air walit syifa' yang terbaharu akan dinaikkan tidak lama lagi.. Jumlah botol yang perlu dibeli akan dinaikkan..

Bagi stokis yang lama jumlah tetap sama..

Jazakallah

Zahir
0196558840

Air Sarang Walit Syifa' Terus Mendapat Sambutan

Assalamualaikum

Nampaknya hari raya sudah pun habis. Saya pun asyik pergi ke rumah terbuka sejak hari raya yang lalu. Petang tadi adalah rumah terbuka terakhir saya hadiri di Bandar Baru Bangi. Sampai di sana saya hanya makan buah-buahan sahaja sebab dah tak larat lagi.

Selalunya musim raya ni, kesihatan kita semakin buruk. Al maklumlah, badan senang diserang penyakit jika kita tidak menjaga makan. Asal nampak sedap semua kita makan. Bila dah berhari-hari tak jaga makan barulah kita sedar, darah semakin tinggi, kencing manis semakin naik, pernafasan tersemput-semput dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah ramai yang datang kepada saya bertanyakan air sarang syifa' dan khasiatnya. Saya pun menerangkan apa yang patut. Setelah mereka mencubanya semuanya mengakui keberkesanan air sarang walit syifa' ini. Alhamdulillah ada yang kata gula dalam badan naik sehingga 20 bacaannya kini turun ke 12 dan ke bawah.. Ada yang darah tinggi, nampaknya dah stabil..

Saya sendiri pun terasa lebih kuat dan bertenaga..Alhamdulillah..Jangan lupa bagi yang ingin merasai air sarang walit syifa' ini bolehlah mendapatkan di stokis yang berhampiran. Manalah tahu kalau dah rezeki boleh memulihkan penyakit..dengan Izin Allah jua..


Bagi yang ingin menjadi stokis boleh hubungi saya di no di bawah

Zahir
0196558840

Baru sehari walet dah masuk-rumah kedai-mectten



Seperti yg dijanjikan saya uploadkan video rumah kedai di Kajang yang diubahsuai menjadi rumah burung.. tidak sampai sejam burung sudahpun masuk ke rumah burung tersebut. Alhamdulillah..

Sunday 16 September 2012

Rumah burung jenis rumah kedai di Kajang

Assalamualaikum

Pagi tadi saya telah membawa owner rumah burung jenis rumah kedai di Kajang untuk melihat sendiri keadaan rumah burung yang baru sahaja siap jumaat yang lalu. Sebenarnya rumah tersebut telahpun dimasuki burung pada hari pertama lagi.. Itulah rezeki namanya..

Rumah tersebut bersaiz 20 kaki x 70 kaki, insyaAllah mampu menghasilkan 10kg sarang sebulan pada tahun ke 5 nya nanti.

Owner tersebut juga gembira dengan perkembangan rumah burungnya itu. InsyaAllah semoga menjadi rumah burung yang berjaya..

Saya akan upload kan videonya dalam blog ini nanti..InsyaAllah..

Jazakallah

0196558840

Friday 14 September 2012

We miss u Rasulullah....



Assalamualaika ya Rasulullah..we miss u so much..

Rumah burung setingkat Pendang Kedah-Mectten



Assalamualaikum

Rumah burung setingkat di Pendang Kedah. Suara dipasang dan burung terus bermain-main. Ada yang sudahpun masuk kedalam untuk survey.

Zahir
0196558840

Dulu dikatakan tiada burung walit di sini - Alhamdulillah



Assalamualaikum

Satu ketika dahulu waktu saya mula-mula ingin buat rumah burung di sini, terdapat beberapa orang yang mengaku bijak pandai mengatakan sini bukan laluan burung. Rumah yang kami bina pun dikatakan setingkat, jadi sukar untuk walit turun. Alhamdulillah selepas hampir 2 tahun beginilah keadaan rumah burung ini. MasyaAllah..semoga Allah memberikan rezeki yang lebih banyak lagi..doakan

Zahir
0196558840

Thursday 13 September 2012

Imam Abu Hanifa - Manusia yang kaya dengan Ilmu

Assalamualaikum

Jumaat datang lagi..InsyaAllah marilah kita bercerita mengenai Imam Abu Hanifa iaitu salah seorang Imam 4 mazhab yang besar dalam masyarakat Islam.

Saya tertarik dengan kisah beliau yang merupakan seorang saudagar yang kaya raya tetapi menjadi Imam yang hebat dan kisahnya mahsyur sehingga ke hari ini.

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah / 699 Masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah Baghdad. Beliau dipanggil Abu Hanifah kerana belaiu mempunyai anak bernama Hanifa.

Imam Abu Hanifa terkenal dengan kealimannya dalam ilmu fikah dan tauhid. Semasa hayatnya beliau berguru lebih daripada 200 orang Ulamak besar. Antara gurunya ialah sahabat Rasulullah Abdullah bin  Abbas atau Ibnu Abbas dan Abdullah bin Mas'ud atau Ibnu Mas'ud.

Imam Abu Hanifa pernah berkata: " Aku memberikan hukum berdasarkan Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al-Quran, aku gunakan hadis. Sekiranya tidak terdapat pada Quran dan Hadis, aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah. Aku berpegang kepada pendapat siapa sahaja antara mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan, dan aku berpegang pada pendapat yang besar sahaja".

Menurutnya lagi, sekiranya terdapat hadis, aku terus ambil. Sekiranya para sahabat, aku buat pilihan. Sekiranya pendapat para tabiin, kami berbahas dan berbincang dengan mereka.

Kata beliau lagi: "Aku berijtihad sepertimana mereka berijtihad. Aku berpegang kepada kebenaran seperti mereka juga".

Semoga kita terus mengambil ilmu dari Imam-Imam besar kita ini. Semoga tiada lagi golongan yang mempertikaikan kemunculan Mazhab-Mazhab yang telah banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai maslahat kita selama ini. Semoga kita tergolong dalam golongan yang benar. Siapalah kita yang cetek ilmu ini berbanding mereka.

Zahir
0196558840

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار



Dari lihat Gangnam style yang dok kecoh kat internet sekarang ni, elok dengar lagu yang mengajak kita mencintai Nabi Muhammad saw...Jangan dibiarkan budaya bukan Islam merosakkan kita yang sudahpun Islam, yang sudah pun bertamaddun..Jangan biarkan segala usaha Rasulullah saw dirosakkan oleh anasir orang-orang kafir...

Wednesday 12 September 2012

Air walit syifa' - khasiat yang banyak perlu dicuba

Assalamualaikum

Air walit syifa' merupakan produk Mectten 100% bumiputera. Air walit syifa' ini merupakan campuran air yang telah ditapis, sarang burung asli dan gula batu.

Sepanjang kami memasarkan produk ini, ternyata begitu ramai pengguna yang menyatakan kesihatan mereka bertambah baik. Hasil dari penggunaan air sarang walit syifa' ini, terdapat pelbagai pesakit telah pun sembuh sepenuhnya. Antaranya sakit asma, batuk yang kuat, kurang tenaga, panas badan, dan banyak lagi.

Ketika ini permintaan air sarang walit syifa' amat tinggi di seluruh negara malahan permintaan juga datang dari Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Cubalah rasai anugerah dari Allah swt ini. Untuk mendapat hasil yang baik, air sarang walit syifa' perlulah diminum secara berterusan dan selalu.

Bagi yang berminat menjadi stokis boleh hubungi kami di talian di bawah:

Ust Yus - 019 3434590


Terima kasih

Zahir
0196558840

Tuesday 11 September 2012

Maintenance rumah burung

Assalamualaikum

Berikut adalah langkah penyelenggaraan rumah burung secara ringkas:


1) Pastikan papan meranti di sapu aroma papan yang baik setiap 3 minggu sekali

 

2) Pastikan suara luar tidak mati (twitter luar dalam keadaan yang baik)

 

3) Pastikan twitter dalaman semua nya berfungsi

 

4) Pastikan tiada haiwan pemangsa yang lain dalam rumah burung

 

5) Letakkan air dalam besen sebanyak yang boleh dan kelembapan dalam 80% melalui alat ukur.

 

6) Boleh buat pemantauan dalam rumah burung sebulan sekali. Jika tidak ada keperluan jangan masuk.

 

7) Suara luar boleh diganti dengan suara lain bagi memikat group baru.

 
semoga rumah burung Mat Pa akan berjaya insyaAllah

 Zahir
0196558840

Pertanyaan dari Terengganu


Soalan:
 
salam abg zahir.ape khabar?sihat ke?sorry abg zahir gangu..saya ad masalah dan cara mengatasi masalah rumah burung saya.baru2 ni  saya ad masuk ke BH saya dan saya dapati ad burung mati dalam 6 ekor..pada masa tu.lampu atas BH saya mati lbh kurang 4 hari..adakah di sebabakan lampu itu binatang seperti kelawar masuk?binatang ape yang biasa membunuh burung walit ni dan bagaimana cara mengatasinya bang?bangkai burung tu saya tengok dah kering,bulu ok lagi,x jd bangkai yang lama lg a.. adakah burung tu mati dalam masa 4 hari lampu saya mati atapun sebaliknya?ini saja bang..saya harap abg dapat membantu saya.terima kasih banyak2 bang..salam

 

Waalaikummussalam Mat Pa
 
Jawapan:
Pertama sekali jika pintu masuk burung kita melalui tepi, besar kemungkinan burung hantu akan masuk dan membunuh burung walit di dalamnya.
 Burung hantu memang sukar untuk kita halang jika pintu masuk burung ikut tepi. Yang boleh ialah menghalaunya dengan cara kita sendiri. Itulah kelemahan design ikut tepi. Jika ikut pintu atas maka burung hantu tidak akan dapat masuk ke dalamnya. Saya rasa kemungkinan burung hantu yang masuk ke dalam ataupun jika tidak kemungkinan tikus atau biawak kecil yang mampu masuk akan masuk ke dalamnya. Cuba pasang perangkap tikus yang besar dan letakkan umpan nenas di dalamnya.
Wallahualam
Zahir
0196558840

Marketing Executive/Marketing officer/Freelance dicari

Assalamualaikum

Peluang pendapatan dari RM 5000 ke atas sebulan.

Kami memberikan peluang kepada semua yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

1) Jika anda mempunyai bakat dan keinginan untuk berubah
2) Jika anda ingin menimba ilmu dalam perniagaan
3) Jika anda inginkan pendapatan yang tiada penghujungnya
4) Jika anda ingin keluar dari masalah kewangan
5) Jika anda inginkan kejayaan
6) Jika anda boleh membuat pemasaran dan jualan
7) Jika anda ingin belajar dari yang telah berjaya
8) Jika anda inginkan karier yang baik

 maka ini adalah peluang menyertai organisasi kami.

Komisyen yang tinggi akan dibayar kepada semua yang berjaya.

Kami mempunyai rangkaian perniagaan rumah burung, Kilang air Walit,  restoran dan alat penggera rumah.

Jika anda mempunyai cita-cita yang tinggi dan inginkan perubahan maka sertai kami sebagai Marketing Executive / Marketing Officer/ freelance.


hubungi saya ditalian 0196558840

Latihan akan diberikan.

Jazakallah

zahir

0196558840

Monday 10 September 2012

Betulkah bina rumah burung ini semudah yang dilihat?

Assalamualaikum


Ada beberapa orang yang datang melihat rumah burung kami akhirnya membuat keputusan untuk membinanya sendiri setelah melihat teknologi dalaman kami. Walaupun pada asalnya mereka mengatakan ingin kami membinanya dan hanya mahu melihat dalaman rumah burung kami sahaja sebagai memberi satu bentuk keyakinan kepada mereka.

Sebagai seorang Islam saya redha apabila mereka kemudiannya menyatakan ingin membina rumah burung sendiri setelah yakin mereka sudah mendapat ilmu dalaman rumah burung. Bagi saya, ilmu ini milik Allah swt. Jika kita berkongsi maka Allah akan tambah lagi. Cuma yang menjadi kemusykilan ialah mereka yang membina rumah burung sendiri ini akhirnya datang kembali kepada saya dan menceritakan bagaimana rumah burung mereka tidak dimasuki walau seekor burung.

Tiada apa yang boleh saya bantu. Saya sudahpun berkongsi ilmu dalaman rumah burung kami. Bagi rumah burung yang gagal dan inginkan pemulihan dari kami biasanya kami akan mengenakan bayaran paling minima RM 40 ribu. Jika masalahnya semakin rumit maka bayaran akan ditambah mengikut kesukaran pembaikan rumah tersebut. Yang penting bagi saya kita sendiri perlulah jujur dengan Allah swt. Niat perlu dibetulkan dan janganlah kita mengambil kesempatan di atas keikhlasan orang lain kerana Allah swt sudah pasti tidak sukakan ketidakjujuran kita..Akhirnya kita perlu ingat Allah swt jua penentu samada rumah kita berjaya atau tidak..

Wallahualam

Zahir
0196558840

Lot Kilang Tinggal 6 1/2 sahaja lagi

Assalamualaikum

Lot Kilang air walit syifa' tinggal 6 1/2 lot sahaja lagi.

Jazakallah

Zahir

Sunday 9 September 2012

Alhamdulillah Sambutan Air semakin hebat

Assalamualaikum

Pertama sekali terima kasih saya ucapkan bagi pihak MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD di atas sokongan semua atas produk air sarang walit syifa' kami.

Alhamdulillah terlalu banyak pujian yang kami terima di atas produk ini dan hanya saya mampu panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. Kami amat mengharapkan air ini menjadi syifa' (penawar) bagi semua yang mencubanya.

Baru-baru ini, terdapat usahawan dari Madinah yang juga berminat untuk menjadi rakan kongsi Kilang ini. MasyaAllah...Subhanallah..

Semoga air sarang walit ini memberi manfaat kepada kita semua..insyaAllah

Zahir

0196558840

Suara Luar untuk Di jual - Harga RM 1000 utk 3 jenis

Assalamualaikum

Tawaran yang tak mungkin dilepaskan..

Suara Luar kami 3 jenis dijual dengan harga RM 1000 sahaja. Setiap suara ini harganya yang sebenar RM 600 ke atas setiap satu..

Berminat boleh sms saya di 0196558840

Kami juga menyediakan aroma papan dengan harga RM 1000 bagi setiap 3 liter. Terbukti menambahkan hasil sarang-sarang baru. InsyaAllah hanya yang terbaik.

Zahirudin

0196558840

Saturday 8 September 2012

Rumah Kedai Di Kajang Siap 80%

Alhamdulillah rumah kedai di Kajang sudah pun siap 80% untuk diubahsuai menjadi rumah burung walit. Tak dapat nak upload gambar sebab ada masalah dengan Blogspot server. Apapun, alhamdulillah...


Zahir

Thursday 6 September 2012

Lot kilang tinggal 7 sahaja lagi

Assalamualaikum

untuk lot kilang hanya tinggal 7 lot sahaja lagi.

Jazakallah

Zahir

Wednesday 5 September 2012

Rumah burung setingkat Kuala Selangor



Keadaan dalaman rumah burung walit setingkat di Tanjung Karang Kuala Selangor..

Seperti yang dijanjikan semalam Rumah burung di Kuala selangor



Assalamualaikum..seperti yang saya janjikan semalam. Beginilah keadaan luar rumah setingkat di Kuala Selangor (Tanjung Karang). Suara ini pemberian seorang sahabat dari Indonesia. Terima kasih kepada beliau..Alhamdulillah

Tuesday 4 September 2012

Khasiat sarang burung banyak sekali - Mengapa perlu eksport ke luar?

Assalamualaikum


Ramai yang bertanya saya apakah khasiat sarang burung walit ini? Saya katakan mengikut banyak. Untuk menjimatkan masa saya mencari khasiatnya, saya telah quote khasiat dari sebuah blog:

Khasiat Sarang Burung Walit
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
 
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
 
# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
 
# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
 
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
 
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
 
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
 
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
 
Sumber: http://anizyn.blogspot.com

Saya juga sempat menjenguk laman web di alamat http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/312-pertanian-komersial/7795-khasiat-sarang-burung-walit.html yang menceritakan khasiat sarang burung seperti dibawah:

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik.
 
Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
 
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
 
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
 
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
 
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
 
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
 
Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
 
Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.



Namun sebagai salah seorang pengguna tetap sarang burung ini, bagi saya terlalu banyak perkara yang telah berlaku kepada saya dan para pelanggan yang telah mencubanya. Antaranya tenaga dalaman yang meningkat dan stamina tubuh badan yang bertambah 2 kali ganda. Maaf ini bukan berniat untuk menceritakan yang sulit. Ini adalah hasil kajian saya ke atas tubuh badan saya. Bukan sahaja lelaki sahaja yang menceritakan pengalaman ini malahan kaum wanita juga terasa semakin muda. Hubungan suami isteri semakin baik.

Jika sudah khasiatnya begitu banyak mengapa perlu kita mengeksport sarang ke luar negara sedangkan khasiat ini boleh dinikmati oleh rakyat negara ini. Kita kagum dengan rakyat negara China yang berkulit cantik, memiliki tenaga yang kuat seperti atlit-atlit mereka, kecerdasan otak yang tinggi dan lain-lain tetapi kita terlupa faktor pemakanan mereka yang amat menggemari sarang burung walit.

Apatah lagi sarang burung walit hanya terdapat di negara asia tenggara yakni Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand. Jika rakyat Malaysia, Indonesia dan Thailand menjadikan sarang burung ini makanan yang wajib diambil walau sebulan sekali, insyaAllah jumlah sarang yang ada tidak mencukupi. Ketika ini kerajaan China masih lagi mengekalkan "penutupan" pintu eksport sarang ke negaranya.

Bagi saya, biarkan jika negara China tidak mahu mengambil sarang dari kita, dan kita lihat sejauh mana masyarakat mereka boleh hidup tanpa sarang burung kita. Bukan jual mahal tetapi sarang walit ini terlalu berharga untuk di jual kepada negara luar. Bayangkan jika air sarang walit syifa' pun kami sudah kehabisan stok sarang, apatah lagi jika permintaan air ini meningkat nanti. Bagi saya Ini peluang yang amat baik bagi kita membudayakan sarang burung walit dalam makanan dan minuman kita. InsyaAllah jika kita sudah mengetahui khasiatnya, sudah pasti sarang yang ada hanya untuk pasaran tempatan dan sudah tentu rumah yang ada di Malaysia ini tidak cukup bekalannya..InsyaAllah

Zahir

Alhamdulillah rumah burung di Kuala Selangor sudah bertambah sarang dan burungnya

Assalamualaikum


Alhamdulillah nampaknya rumah burung di Kuala Selangor (Tanjung Karang), sudahpun bertambah sarangnya dan burungnya.

Hasil pengubahsuaian dalaman dan suara garau yang baik, nampaknya rumah tersebut mampu menarik lebih banyak burung baru untuk tinggal.

InsyaAllah doakan.

Saya akan uploadkan videonya tak lama lagi..insyaAllah

Zahir

Monday 3 September 2012

Lot Kilang tinggal 8 lot sahaja lagi

Assalamualaikum

Nampaknya lot kilang semakin menghampiri penghujungnya. Terima kasih di atas sokongan anda semua. InsyaAllah selepas ini tiada lagi lot kilang yang dibuka.

Jazakallah

Zahir

Saturday 1 September 2012

Apalah yang boleh dibuat dengan modal yang rendah

Assalamualaikum

Ramai antara kita ingin berniaga. Nak meniaga ni bukanlah satu kerja yang mudah. Perlu juga ada modal yang cukup.

Kita perlu siapkan syarikat, pejabat, bayaran utiliti, paling minima seorang pekerja dan lain-lain. Mungkin juga modal permulaan dalam RM 50 ribu. Perlu juga memikirkan untuk bertahan selama 6 bulan yang akan datang.

Belum lagi dimasukkan kos marketing. Jika kita ingin berniaga perlulah ada servis atau barang untuk di tawarkan. Selain untuk memulakan perniagaan kita perlu ada ilmu mengenainya. Agak sukar juga. Oleh kerana itu kami menawarkan anda menjadi rakan niaga bersama kami dan rakan-rakan kongsi yang lain. Hampir 90% apa yang anda perlu buat untuk memulakan perniagaan sudah pun tersedia.

Bayangkan apa yang anda boleh niagakan dengan wang RM1600, 4000, 10000 dan mendapat hasil sehingga 40 tahun? Jadi lakukan perubahan minda hari ini. Selagi peluang masih terbuka, anda boleh menyertai kami, insyaAllah


Zahir

Rakankongsi rumah burung walit - 35% sudah dimiliki

Assalamualaikum

Sudah 35% syer rumah burung dimiliki. Apabila mencapai 80% maka kami akan memulakan pembinaan rumah burung tersebut..Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah..

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

LOT KILANG AIR - TINGGAL 9 LOT SAHAJA

Assalamualaikum

Lot kilang air sudah pun tinggal 9 sahaja lagi. Terima kasih atas semua yang sudah menjadi rakanniaga kami. Peluang yang baik yang insyaAllah akan menjadi yang lebih baik dan boleh menjadi yang terbaik dalam hidup kita..insyaAllah.

Bagi yang masih berminat boleh terus hubungi saya.
 
Terima kasih

Zahirudin Salehuddin
0196558840