Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Monday 27 August 2012

5 tahun lagi bersaralah...

Assalamualaikum

Baru-baru ini semasa hari raya, saya bertemu seorang sahabat lama yang satu sekolah dan juga sekampung. Dia bertanya saya, apakah cita-cita saya. Saya beritahu yang saya ingin bersara dalam masa 5 tahun lagi. Katanya mengapa 5 tahun lagi? Saya katakan 5 tahun lagi rumah burung saya akan mencapai usia maksimum. InsyaAllah itulah masa bagi semua pengusaha rumah burung merasai hasil yang lumayan. Tanpa perlu bekerja keras lagi.

Jika mempunyai sebuah rumah burung setingkat sahaja insyaAllah dalam masa lima tahun pendapatan diantara RM 30 ribu ke 60 ribu sebulan. Dengan duit sebanyak itu, bukankah terlalu banyak lebihannya. Yang penting ianya sumber yang halal. Setiap kita pastinya inginkan kebebasan kewangan. Kita ingin hidup tanpa hutang, meminta-minta mahupun hidup dalam serba kekurangan. Setiap dari kita mestinya mahu naik haji, beribadah, dan menolong orang yang memerlukan. Bukankah begitu?

Sahabat saya ini juga seorang usahawan dan beliau banyaknya mendapat tender-tender yang besar dari kerajaan. Beliau juga inginkan kebebasan pada tempoh tertentu. Cuma jalannya agak berbeza dengan saya. Untuk mendapat tender perlulah meredah pelbagai laluan yang sukar. Saya pula lebih suka dengan cara begini.

Bukanlah mudah juga laluan saya ini namun saya mendapati bila kita membuat rumah burung ini, kita akan lebih bergantung harap kepada Allah swt. Dia sahajalah yang boleh memberi rezeki sarang yang banyak mahupun sikit. Saya juga berharap agar bantuan dariNya sentiasa ada. Baik dikala susah mahupun senang. Alhamdulillah sambutan air sarang walit syifa' pun semakin mendapat sambutan. Namun dalam hati saya, saya selalu ingat bahawa kita merancang Allah juga merancang, dan perancangan Allah lah yang paling baik. Terus berusaha, berdoa dan tawakkal, moga esok masih bernyawa dan Allah akan menjadikan kita golongan yang berani berubah demi masa depan yang lebih cemerlang..InsyaAllah..

Buat anda semua, apapun kata-kata orang lain mengenai niat anda ingin berubah, jangan pedulikannya, kerana waktu anda susah tiada siapa ingin menolong, dan waktu anda senang pasti ada jua suara-suara sumbang. Yang penting teruskan usaha, tabahkan hati, tingkatkan kesabaran, insyaAllah ada jalan-jalan keluar..


Wallahualam

Zahir

Sunday 26 August 2012

Pengiraan sarang dan burung

Assalamualaikum

Baru-baru ini aada sahabat sekampung saya bertanya, kalau maksimum sebuah rumah 20kaki x 80 kaki x setingkat, berapakah sarang boleh dipungut sebulan. Saya katakan 10kg sarang bersamaan 1000 ketul sarang. Jumlah burung pula ialah 1000 x 2 = 2000 ekor burung. Biasanya jika maksimum terdapat 3 kumpulan. Iaitu kumpulan yang bertelur + mengeram, kumpulan yang berpacaran, dan kumpulan yang baru (remaja dan belum mahu bertelur). Masing-masing mengambil tempat masing-masing.

Macamana untuk capai tahap maksimum? Jawapannya rumah yang sudah dimasuki burung dan sudah menghasilkan sarang akan menghasilkan kutipan sarang yang maksimum apabila sampai masanya. Kerana itulah pemantauan yang berterusan dan penyelenggaraan yang berterusan perlu dilakukan. Mungkin suara dalam atau luar perlu ditukar bagi menjadikan keadaan dalamnya lebih menarik.

Kalau semua sistem sudah terbaik, tetapi masih tidak ada burung yang masuk juga maka percepatkan solat hajat, sunat taubat dan lain-lain. Adakalanya Allah swt ingin menguji kesabaran kita. Wallahualam


Zahir
0196558840

Saturday 25 August 2012

Suara dalam bolehkah ditukar selalu?

Assalamualaikum

Terdapat beberapa teori mengenai suara dalam. Ada yang mengatakan suara dalam tidak boleh ditukar sampai bila-bila. Bila kita sudah mempunyai koloni didalamnya, dan sarang sudah pun terhasil maka kita tidak boleh lagi menukar suara di dalamnya.

Bagi teori yang kedua kita boleh menukar suara dalamnya tetapi hanya apabila dalam masa 6 bulan sarangnya tidak bertambah. Suara yang baik adalah campuran suara ibu dan anak-anak burung.

Bagi saya, boleh menukar suara dalam jika rumah yang kita bina dimasuki burung tetapi tidak mahu di inapi oleh burung-burung tersebut. Ataupun rumah burung tersebut sudah mempunyai sarang tetapi sarangnya tidak mahu bertambah maka elok kita tukarkan suara dalamnya.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Friday 24 August 2012

Terima kasih buat semua termasuk sifu-sifu dari Indonesia

Assalamualaikum

Nampaknya waktu untuk saya bercuti raya sudahpun tamat. Semasa saya bercuti tempohari di Ipoh pun saya sempat lagi melihat beberapa rumah burung di sekitar teluk intan, Lekir, Layang kanan, Sg Manik. Alhamdulillah nampaknya semakin baik hasil yang diperolehi.

Saya juga sempat mencuba beberapa suara baru yang diberikan oleh para sifu-sifu dari Indonesia. Alhamdulillah mereka sudi memberikan pelbagai suara simpanan peribadi mereka dan ternyata hasilnya amat menggalakkan. Bukanlah satu perkara mudah bagi para sifu-sifu rumah burung ini untuk bertukar-tukar kepakaran melainkan kita juga mempunyai kepakaran tersendiri. Alhamdulillah semakin ramai yang kita kenal maka jaringan kita semakin bertambah.

Nampaknya banyak kerja yang akan saya lakukan selepas ini. Dari Kelantan, Perak hingga Selangor, saya perlu menyiapkan segala projek-projek ini. Kebanyakannya sudah 90% siap. InsyaAllah saya akan menyediakan sistem yang terbaik buat semua. Kami tidak mahu menyiapkan rumah burung tetapi sebenarnya rumah burung tersebut gagal. Apatah lagi begitu ramai yang menelefon saya meminta khidmat nasihat memandangkan rumah burung mereka tidak ada seekor burung pun yang masuk menginap.

Akhir kata saya memohon maaf bagi sms yang tidak sempat saya jawab dengan pelbagai ucapan hari raya. Terima kasih tidak terhingga dengan semua ucapan-ucapan anda. Saya amat hargainya cuma jumlah yang masuk terlalu banyak sehingga tidak sempat saya membalasnya. Akhirkata saya ucapkan Selamat Hari Raya dari saya dan seluruh kakitangan MECTTEN BIRDNEST INDUSTRY SDN BHD.


Zahirudin Salehuddin
0196558840

Saturday 18 August 2012

Selamat Menyambut Hari Raya





Assalamualaikum

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Alhamdulillah akhirnya sudah sebulan kita berpuasa. Syawal pun menjelma. Marilah kita berdoa semoga segala amal ibadah kita di bulan puasa yang lalu diterima Allah swt. Semoga rahmat Allah akan turun kepada kita sehingga ke akhir hayat kita, InsyaAllah.

Saya berdoa agar segala projek MECTTEN seperti rumah JV, rumah perkongsian, kilang air, restoran, dan alat penggera rumah akan terus berjaya dan semoga kita semua akan menjadi kuasa ekonomi yang besar dan bersatu di masa akan datang, insyaAllah.

Dikesempatan ini, saya Zahirudin B Hj Salehuddin ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampunkan segala salah dan silap saya. Jika ada kelambatan dari segi tindakan atau kesilapan dari pihak kami maka kami mohon maaf. Kita hanyalah hamba Allah swt yang sentiasa lemah dan tidak berdaya. Sebarang kelemahan harap dapat diampunkan dan insyaAllah kami akan berusaha meningkatkan perkhidmatan kami di masa akan datang.

Akhirkata, saya mendoakan kita semua akan dirahmati Allah swt selalu dan akan menjadi insan yang berjaya dimasa hadapan. InsyaAllah

Zahirudin b Hj Salehuddin
0196558840
Pengarah Urusan Mectten Group

Tuesday 14 August 2012

6 bulan bagi menentukan rumah burung anda berjaya atau tidak




Assalamualaikum

Ramai yang bertanya berapa lamakah untuk kita ketahui rumah burung kita berjaya atau tidak. Maksud berjaya ini ialah berjaya menarik burung tinggal di dalamnya.

Rumah burung yang gagal memikat walaupun seekor burung untuk tinggal di dalamnya dalam tempoh 6 bulan adalah rumah burung yang ternyata gagal. Berlainan pula rumah burung yang terdapat burung di dalamnya tetapi tidak mempunyai sarang maka ianya tidak gagal cuma perlukan masa. Berkemungkinan yang masuk menetap di dalamnya itu adalah anak-anak burung.

Terdapat banyak rumah burung di Malaysia yang dibina 4 atau 5 tingkat tetapi tidak berjaya memikat burung. Ada yang sehingga 3 hingga 4 tahun menunggu. Apa yang pasti jika selepas 6 bulan masih belum ada seekor burung pun menetap di dalamnya maka anda perlu mengambil langkah membetulkan sistem dalaman. Bagi saya pintu masuk bukanlah masalah utama asalkan ruang masuknya mudah. Betulkan masalah bunyi luaran dahulu. Kemudian perhatikan bunyi dalaman. Perbaiki juga penataan cahaya. Penataan yang buruk akan menyebabkan burung tidak gemar mencangkuk di papan meranti dalam jangka waktu yang lama.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin

Rumah kedai yang akan jadi rumah burung di Selangor



Assalamualaikum

Alhamdulillah berkat bulan ramadhan ini rezeki terus mencurah masuk. Saya telah pergi melawat sebuah rumah kedai di Selangor yang akan diubahsuai menjadi rumah burung. Saya cukup teruja apabila pelanggan kami begitu gembira untuk memiliki rumah burungnya sendiri tidak lama lagi, insyaAllah.

Keluasan sekitar 20 kaki x 70 kaki sememangnya sangat baik dari segi keluasannya. Lokasi tadi juga saya dapat melihat begitu banyak burung walit yang bermain-main sekitarnya. Saiz sebegini mampu memberikan pulangan diantara 8kg ke 10kg sebulan apabila mencapai tahap maksimum kelak.

Saya mendoakan agar rumah burung ini akan menjadi rumah burung yang berjaya dan insyaAllah agar tuan punya rumah burung ini akan menjadi jutawan yang beriman dalam masa lima tahun lagi. Doakanlah..

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday 13 August 2012

Menutup aib saudaranya

Assalamualaikum

Nampaknya Ramadhan sudah semakin menghampiri penghujungnya. Semakin sayulah hati bagi insan yang ikhlas dalam mencari keredhaan Allah swt. Inilah waktunya untuk kita melatih diri untuk mendekati Allah swt dan Rasulnya Muhammad saw. Pernahkah kita terfikir bahawasanya Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita?

Dibulan yang mulia ini masih ramai diantara kita yang terus melakukan dosa. Antaranya dosa membuka aib seseorang. Kita hanya dibenarkan membuka aib seseorang jika ianya melibatkan masalah umum. Contohnya jika kita ternampak seseorang yang kita kenal mencuri maka wajib kita melaporkannya. Begitu juga jika nampak seseorang melakukan maksiat secara terang-terangan maka wajib kita melaporkan kepada yang berwajib. Namun janganlah kita sesekali membuka masalah rumahtangga orang lain, masalah hutang orang lain, masalah peribadi orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita.

Rasulullah saw pernah berpesan kepada kita bahawa jika yang benar kita katakan itu ada pada orang tersebut maka kita dikira mengumpat (Ghibbah) dan jika apa yang kita katakan itu tidak benar seperti gossip maka ianya fitnah. Orang yang kita umpat akan menerima segala pahala kita manakala segala dosanya akan ditanggung oleh kita. Dosa menfitnah pula lebih besar dari membunuh. Nauzubillah.

Hadis Rasulullah saw

"Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yanglain:

Daripada Uqbah bin Amir r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang melihat suatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup" (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah swt yang soleh dan solehah..insyaAllah

Wallahualam

Zahir

Rumah burung yang baru beroperasi perlukan lebih masa

Assalamualaikum

Rumah burung jika baru siap dan baru dipasang audionya haruslah diberi masa pemantauan sehingga 6 bulan pertama. Buat rumah burung ini bukanlah kerja magik. Ada yang saya jumpa mahukan burung terus masuk dalam masa 2 atau 3 hari sahaja.

Berkali-kali saya sudah berpesan, jika anda seorang yang gopoh atau mahukan pulangan yang cepat maka ini bukanlah bisnes yang sesuai untuk anda. Sebaliknya jika anda inginkan pelaburan yang panjang sehingga ke anak cucu tetapi agak lambat sedikit maka sarang burung walit lah jawapannya. Ada yang mahukan hasil berkilo-kilo dalam masa setahun. Cuba lihat rumah-rumah burung yang berjaya, bukanlah berjaya dalam masa setahun dua. Semuanya mengambil masa 5 hingga 6 tahun ke atas.

Rumah burung yang baru siap perlu diberi masa. Kerana itulah menjadi tugas kami membina dan memberikan warranty sehingga burung bersarang. InsyaAllah akan berjaya

Zahir
0196558840

Sunday 12 August 2012

Bersedekahlah sebanyak yang boleh

Assalamualaikum

Apabila tiba bulan Ramadhan pastinya kita akan dapat lihat begitu ramai golongan peminta sedekah. Kadangkala kita akan merasa perasaan simpati kita agak tinggi bila dalam bulan ramadhan ini. Inilah tandanya dengan berpuasa dapat mendidik hati menjadi lebih baik, sabar dan dapat meningkatkan iman.

Sebagai seorang yang mengaku Islam, kita harus memberikan bantuan bagi yang memerlukan. Cuba lihat bagaimana kesusahan masyarakat Islam di Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan. Bantulah dari segi apapun asalkan ianya membawa kepada kebaikan. Bagi yang ada wang, bolehlah bersedekah dengan wang ringgit mereka. Moga-moga Allah akan menambahkan lagi rezeki yang barakah buat kita. Bagi yang kurang mampu, bersedekahlah dengan tenaga. Malahan senyuman juga dianggap sedekah dalam Islam. Betapa mudahnya untuk Umat Muhammad saw membuat amal jariah.

Bersama-samalah kita berdoa agar seluruh umat Islam di dunia termasuklah masyarakat Rohingya, Palestin, Russia, Iraq, Somalia dan banyak lagi beroleh kemenangan. InsyaAllah doa orang-orang yang berpuasa adalah doa-doa yang akan dimakbulkan Allah saw. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Turki yang telah sudi melawat rakyat Rohingya. Semoga ianya menjadi satu titik tolak kebangkita Umat Islam di seluruh dunia. InsyaAllah

Zahir
0196558840

Stokis air sarang walit masih terbuka

Assalamualaikum

Semalam sewaktu majlis berbuka puasa bersama sahabat2 saya di Soodoo Cafe, saya telah beri mereka air sarang walit  Syifa' untuk dicuba. Selepas mereka mencuba, semuanya memuji kesedapan dan kesegaran air sarang walit syifa' Mectten sehinggakan ramai yang menempah untuk membeli dalam kuantiti yang banyak.

Bagi yang ingin menjadi stokis air sarang walit syifa' boleh terus menghubungi kami.

Zahir
0196558840

Projek 2 tingkat adalah projek seterusnya



Rumah burung kami di Lekir yang sudah pun menghasilkan sarang walaupun belum sampai setahun.



Assalamualaikum

Nampaknya semakin hari semakin ramai rakan kongsi bagi rumah burung setingkat yang telah disertai.. Bagi rumah setingkat ini harganya ialah RM 160 ribu. Modal seorang hanya serendah RM 1600 sahaja.

InsyaAllah selepas sahaja rumah perkongsian pertama ini habis kita akan buat rumah perkongsian yang kedua yang mana harganya RM 350 ribu. Dimana setiap rakankongsi mempunyai modal serendah rm 3500 sahaja. Rumah bersaiz 2 tingkat yang mampu menghasilkan pulangan 20kg sebulan selepas tempoh maksimum 6 ke 7 tahun.

Perjanjian rumah ini selama 40 tahun. Kami hanya bertindak sebagai moderator mencarikan partner anda. Kami juga akan membina dan mengajarkan cara penyelenggaraan. Ayuh, rebutlah peluang yang ada. Jadilah pemilik rumah burung hari ini dan anda sudahpun 100 langkah dihadapan orang lain yang tidak berbuat apa-apa.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Saturday 11 August 2012

Majlis berbuka puasa di Soodoo bersama rakan sekolah st Michael


Alhamdulillah semalam berlangsungnya majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan sekolah di St Michael Ipoh bagi batch akhir 1992. Sudah 20 tahun tidak bertemu kini dapat juga kami bertemu kembali bagi mengeratkan silaturrahim. Majlis yang di buat di restoran Soodoo ini dihadiri sekitar 17 orang semuanya.

Yang membuatkan saya gembira dan bangga apabila ramai rakan-rakan saya yang sudah berjaya. Ada yang mempunyai syarikat kelas A, ada menjadi Vice President sebuah bank internationl, ada pula yang menjadi arkitek yang hebat, dan ada pula yang menjadi ustaz. Ada yang menjadi anggota Pegawai Polis, ada pula menjadi Tokey restoran mamak yang terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor. Alhamdulillah.

Apapun inilah yang kita perlukan jika kita sebagai umat islam ingin berjaya. Kita perlu bangkit dari hidup yang pasif dan menjadi aktif. Jangan asyik kita melihat kemajuan orang lain dan kita sendiri hanya mampu memuji org yg berjaya sahaja. InsyaAllah semua orang mempunyai peluang yang sama cuma bergantung kepada kita untuk bijak mengambil peluang yang Allah sediakan.

Wallahualam



Zahir
0196558840

Monday 6 August 2012

Rakyat Brunei juga inginkan projek perkongsian

Assalamualaikum

Baru-baru ini partner saya Azmir Effindi mendapat sms dan emel dari warga Brunei yang berminat untuk membawa projek perkongsian rumah burung dari MECTTEN ke negara Brunei pula. Menurut mereka projek perkongsian ini sangat menarik menerusi konsep yang ingin memberikan peluang kepada semua umat Islam agar dapat memiliki rumah burung dengan lebih mudah lagi.

InsyaAllah perbincangan masih diteruskan dan kemungkinan kami akan ke sana bagi majlis penerangan jika diizinkan Allah swt. Asalkan kita berniat kerana Allah swt, insyaAllah pastinya akan membawa manfaat kepada semua.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Sunday 5 August 2012

Rakan Kongsi Kilang air

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya telah pulang ke Selangor semalam dari Kedah atas urusan kilang air walit. Seorang Dr telah menghubungi dan bersetuju untuk mengambil 4 lot. Alhamdulillah. Perjanjian adalah melalui syarikat Mectten dan syarikat beliau.

InsyaAllah masih ada lagi lot bagi yang masih berminat. Esok pagi kena pulang semula ke Kedah.

Wallahualam

Zahir
0196558840

Projek Pendang dah nak siap...



Assalamualaikum

Nampaknya projek di Pendang Kedah hampir siap 100%. InsyaAllah esok bolehlah kami on kan suaranya. Walaupun projek ini agak terlambat sedikit dari jadual asalnya namun insyaAllah kami telah menggunakan segala teknologi dan pengalaman kami yang terbaik bersama rumah burung ini.

Bersaiz 20kaki x 60 kaki x setingkat, mampu mengeluarkan 8kg sebulan apabila sampai ke tahap maksimumnya. Esok saya akan ke Kedah semula. InsyaAllah

Zahirudin Salehuddin
0196558840