Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday 27 March 2012

UPDATE PROJEK JV

Assalamualaikum
5
Projek JV 1, 2, hasil sudah pun dibahagi-bahagikan. Jika tiada sarang yang boleh dituai maka kita perlu menunggu sehingga bulan yang boleh dituai.

JV 3 burung sudah banyak menetap di dalamnya cuma sarang belum banyak. Kita akan terus berdoa agar hasilnya banyak. InsyaAllah

JV 4 juga akan dibahagikan hasilnya.

JV 5 di Tanjung Sari sudah ada sarang terbentuk.

JV 6 di Titi Gantung sudah semakin bertambah burung di dalamnya.

JV 7 Lekir jenis 2 tingkat sudah ada lebih dari 10 tempat burung tidur. InsyaAllah semoga banyaklah lagi burung yang datang.

JV 8 bangunan sudah siap namun bekalan TNB dalam proses untuk di pohon.

JV 9 belum dibina. Masih berurusan dengan tuan tanah. Maaf kerana terpaksa mengambil masa sedikit bagi JV 9 ini.

JV jerteh hasil sudah 2 kali dibahagikan. Bagi tuaian yang akan datang kita harus menunggu 3 bulan lagi bagi menunggu sarang-sarang baru membesar.


Zahirudin Salehuddin
0196558840

Wednesday 21 March 2012

BENARKAH BURUNG DI KLANG SELANGOR SUSAH NAK MENETAP DALAM RUMAH BURUNG?

Assalamualaikum

Alhamdulillah kelmarin dapat saya singgah di rumah burung (Banglow yang diubahsuai) di Perapat Kapar, Klang. Sudah keluar 2 sarang dan terdapat hampir 30 ekor ke 40 ekor yang sudah menetap dalam masa 6 bulan.

Saya mendapat tahu dari penduduk di situ terdapat 5 hingga 6 buah rumah burung diantara 3 hingga 4 tingkat yang tidak dimasuki burung walaupun sudah bertahun beroperasi. Alhamdulillah rumah banglow yang kami ubahsuai sudahpun ada sarang dan jumlah yang tinggal di dalamnya juga kian bertambah dari minggu ke minggu.

Pagi tadi sebelum saya bertolak ke Perak saya singgah ke rumah burung kawan berbangsa Cina di Klang. Katanya di Klang memang susah nak panggil burung walit masuk dan tinggal di dalamnya. Buktinya rumah beliau sendiri sudah hampir 4 tahun beroperasi tetapi burungnya tidak banyak. Saya pun beritahu padanya rumah banglow yang kami ubahsuai di Perepat Klang dalam masa 6 bulan sudah banyak yang tinggal di dalamnya. Beliau terkejut.

Saya katakan kepadanya rumah beliau perlukan aroma yang baik. Buktinya rumah banglow tersebut kami letakkan aroma buatan sendiri yang terbukti berkesan, insyaAllah. Selain itu bagi orang Islam kami berdoa kepada Allah. Bagi saya bukanlah faktor tempat masalahnya tetapi faktor teknik menarik burung masuk dan menetap. itulah puncanya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Tuesday 13 March 2012

Banyaknya rumah burung yang gagal


SETINGKAT PUN BANYAK BURUNG. RUMAH BURUNG CHANGKAT BANJAR


Assalamualaikum

Banyaknya rumah burung yang gagal. Bagaimana saya tahu? Iklan kami baru sahaja masuk suratkhabar Harakah dan hasilnya majoriti yang menelefon kami semuanya mengadu rumah burung mereka tidak dimasuki burung walit..Kalau sudah tidak dimasuki burung walit bagaimana pula kita nak mengharapkan sarangnya?

Kerana itu saya selalu berpesan, carilah kontraktor yang benar-benar pakar. Kalau setakat cerita mulut dari mereka, memang indah khabar dari rupa. Saya terperasan beberapa kontraktor yang saya tahu mereka ini tidak tahu sangat tentang rumah burung tetapi bercerita di blog dan internet bagaikan pakar sudah berbelas tahun. Harga yang diletakkan pula cukup rendah dan murah. Hasilnya ada rumah burung yang tak dapat disiapkan. Adapula rumah burung yang hidup segan mati tak mahu. Ada juga rumah burung yang baru setahun dibina sudah mula retak dan ada yang mula mereput di makan anai-anai. Ada pula yang bocor kerana dimasuki air hujan..masyaAllah..

Ada seorang kontraktor (mengaku kontraktor sebenarnya) cukup hebat di blog dan internet. Beliau pernah menelefon saya. Saya berbual panjang dengannya mengenai rumah burung. Pada mulanya saya bersangka baik dengan hamba Allah ini. Beliau mengatakan mempunyai kepakaran dalam rumah burung. Saya bertukar-tukar pandangan. Sehingga satu soalan bila ditanya beliau tidak boleh menjawab. Akhirnya saya minta bertukar teknologi dan dia mengaku beliau tidak mempunyai teknologi. Beliau hanya dapatkan job dan sub kan kepada orang lain. Beliau ambil untung atas angin. Wow!! Beliau kata beliau meletakkan kepercayaan penuh kepada kontraktor subnya. Saya bertanya kepadanya, katalah rumah dah siap tapi burung belum masuk lagi atau belum bersarang lagi, tiba-tiba kontraktor sub beliau mati atau lari, bagaimana untuk terus melakukan pemantauan pemanggilan burung. Hampir 5 minit beliau terdian dan akhirnya mengatakan dia sendiri tak boleh menjawab soalan ini.

Persoalannya, adakah halal baginya mengambil kerja-kerja membina rumah burung sedangkan apa yang dikatakan itu tidak benar. Adakah halal rezekinya jika saban waktu ramai yang tertipu? Pelanggan rumah burung terlalu mengharap agar rumah burung mereka dimasuki burung walit tetapi jika tiada jaminan pemantauan saya fikir tentulah ramai pengusaha yang akan rugi!! Ada yang meletakkan harga dua tingkat setakat RM 160 ribu. Jangan terkejut rumah jenis ini akan gagal disebabkan faktor bahan binaan, suara dan lain-lain yang tiada kualiti. Dengan harga sebegini pastinya pemantauan berterusan tidak dapat dilakukan kerana kos berulang alik setiap bulan.

Sebagai "player" dalam bidang ini saya menyeru supaya setiap pelanggan yang ingin mebina rumah burung jangan terlalu memikirkan kos yang murah kerana sudah tentu ada bezanya murah dan mahal. Namun jangan pula mengambil kontraktor yang mengenakan harga terlalu mahal seperti yang saya dapat tahu di Kuala Selangor harga 3 tingkat bersamaan RM 700 ribu. Untuk selamat, mana-mana kontraktor yang kata mereka pakar rumah burung, sila minta mereka bawa masuk ke rumah burung yang telah mereka bina. Sebagai pelanggan anda berhak untuk melihat rumah burung mereka. Jika mereka memberikan pelbagai alasan, maka lupakan sahaja khidmat mereka kerana mereka mungkin...saya kata mungkin seorang broker!!

Wallahualam

p/s Saya harap kepada semua yang sudah call kami untuk melihat rumah burung mereka yang gagal, suapaya dapat bersabar. Kami perlu melihat jadual kerja dan perjalanan kami.

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Sunday 11 March 2012

Harga barang senakin meningkat

Assalamualaikum

Nampaknya harga barang binaan semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Harga besi, bata dan lain-lain naik agak mendadak.

Bagi yang ingin memiliki rumah burung kami masih menawarkan harga pilihan yang menarik. InsyaAllah kami akan membina dan memberikan khidmat yang terbaik..

Zahirudin Salehuddin

0196558840

Friday 9 March 2012

Aroma papan sangat penting untuk rumah burung

Assalamualaikum

Ramai sahabat rumah burung bertanya saya, bagaimana rumah burung kami boleh menghasilkan sarang yang banyak dan sarang yang berkualiti? Saya katakan untuk memanggil burung satu persoalan, menarik untuk mereka tidur satu persoalan dan untuk membuat sarang satu persoalan.

Terdapat rumah burung yang banyak burung di dalamnya tetapi sarangnya sedikit. Selalunya untuk menambahkan jumlah sarang terdapat beberapa cara yang digunakan. Antara yang terpenting ialah meletakkan aroma papan di kayu meranti. Aroma ini boleh didapati di kedai-kedai yang menjual peralatan burung walit.

Bagi kami pula, kami membuat aroma papan dengan teknologi kami sendiri. Melalui kajian yang kami jalankan, ianya dapat menghasilkan sarang yang baik, cepat dan juga dapat menarik burung-burung yang baru masuk untuk menetap. Walaubagaimanapun berbalik kepada Islam, semua ini adalah atas kehendak Allah swt jua...

Baru-baru ini kami didatangi seorang pengusaha berbangsa Cina di Tangjung Sari Teluk Intan. Beliau membuat rumah 3 tingkat tidak jauh dari rumah burung setingkat kami. Dia mengadu rumahnya 3 tingkat tidak dimasuki burung walit. Sedangkan rumah burung kami hanya setingkat sudah dimasuki burung dan sudah mengeluarkan sarang...Begitu juga di Layang-Layang Kanan apabila 7 bulan yang lalu terdapat sebuah rumah burung 3 tingkat mula beroperasi tetapi menurut perkhabaran seekor burung pun belum menetap di dalamnya. Sudah berbagai-bagai cara dicuba..namun masih gagal.

Apapun semua ini kehendak Allah swt. Setiap perkara ada rahsia dan kepakarannya. Kami hanya menceritakan apa yang sebaiknya dilakukan oleh pengusaha. Kita cuma berikhtiar, Allah swt yang menentukan..insyaAllah...

Bagi yang berminat mencubanya boleh membeli terus dari kami. Harga RM 1000 bagi 5.5 liter (harga yang agak murah berbanding keluaran lain)
Zahirudin Salehuddin
0196558840

Monday 5 March 2012

Air Sarang Burung Walit Syifa' Untuk Tempahan Perseorangan

Gambar kenangan bersama Ust Aqil Hai Rawa dan Man Rajalawak sewaktu ceramah di Layang-Layang Kanan Ahad lepas.


Assalamualaikum. Bagi sesiapa yang mahukan rawatan air alternatif bolehlah mencuba air sarang burung walit kami yang telah di doakan. InsyaAllah ianya mampu mengubati berbagai penyakit seperti sakit paru-paru, asma, saraf, dan sebagainya. Ianya juga dapat mencantikkan kulit, penghadaman yang baik, awet muda dan lain-lain. InsyaAllah segalanya atas kehendak Allah swt jua.

Harga yang ditawarkan RM 100.00 bagi 1.5 liter.

boleh hubungi saya di talian di bawah bagi yang berminat.

Zahirudin Salehuddin
0196558840
Jazakallah

Sunday 4 March 2012

Isu harga sarang burung selesai bulan Mei ini

Assalamualaikum..

Berita terkini yang saya dapat ialah harga sarang burung dan isu yang bersangkutannya akan selesai bulan Mei ini. ini berikutan jaminan dari kerajaan yang dikatakan sedang berunding dengan negara China bagi mendapatkan kembali kepercayaan negara tersebut dalam mengimport kembali sarang burung Malaysia.

Seperti yang saya katakan ketika ini, sarang burung mempunyai pasaran yang cukup luas. di Malaysia sahaja pun sarang burung yang diperlukan setiap bulan tidak pernah cukup. Sarang burung dari rumah burung MECTTEN pun seringkali ingin dibeli oleh pengusaha pengilang sarang namun kami juga tidak mahu menjualnya kerana mempunyai perancangan untuk mengkormesialkannya. Apapun ianya satu berita yang baik dan positif..Alhamdulillah