Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Monday 28 November 2011

Buatlah rumah burung persendirian

Assalamualaikum

Bisnes Rumah burung merupakan satu perniagaan yang sangat berbaloi bagi kita semua. Perniagaan yang sudah 3 generasi di Malaysia ini, masih lagi memerlukan bekalan sarang burung yang banyak di seluruh dunia.

Kebanyakan pemilik rumah burung di Malaysia berpendapatan RM 40 ribu ke atas sebulan bagi yang bersaiz 20 kaki x 80 kaki atau lebih. Dalam masa 5 tahun sahaja, sebuah rumah burung mampu mengembalikan RM 1 juta ke atas secara keseluruhan.

Buatlah rumah burung secara persendirian. Anda boleh berkongsi dengan adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan dan binalah di atas tanah yang anda pilih secara bersama. Bila sudah ada hasil nanti dan anda mampu untuk membinanya sendiri maka binalah sendiri rumah burung tersebut.

Jangan ditunggu lama-lama. Semakin lama, semakin kita akan ketinggalan. Pilihlah lagi 5 tahun anda menjadi jutawan ataupun lagi 5 tahun anda masih di tempat yang sama.


Zahirudin Salehuddin
0196558840

Bagaimana Menangani Rumah Burung Agar Tidak Gagal?

Assalamualaikum

Bagaimana anda ingin menangani rumah burung supaya tidak gagal? Sebenarnya sangat mudah untuk kita mengenali rumah burung yang dibina gagal atau tidak. Sebagai pemilik rumah burung kita perlu memantau rumah burung dalam tempoh 6 bulan pertama. Jika sepanjang tempoh tersebut tiada tanda-tanda burung tidur di dalamnya maka anda perlu mengambil inisiatif yang cepat dan pantas. Rumah burung yang tidak kelihatan sebarang tompokan najis walit menandakan rumah tersebut tidak didiami burung tersebut.

Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil? Cuba lihat tip-tip di bawah:

1) Pastikan suara luar ditukar kepada yang lain.
2) Suara dalam juga perlu ditukar kepada yang lain.
3) Cuba lihat pintu masuk adakah sesuai atau tidak. Seeloknya gunakan lorong masuk dari atas.
4) Jika anda tidak menggunakan monkey house, maka gunakan bilik-bilik VIP di dalamnya.
5) Perhatikan suhu dalaman (puncak panas dan puncak sejuk)
6) Letakkan aroma dinding dan aroma papan.
7) Pastikan tiada pemangsa yang menganggu di dalamnya.

Ambil dahulu langkah-langkah di atas. Jika tetap tidak berkesan maka sudah tiba masanya bagi pakar untuk melawat rumah anda.

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Wednesday 23 November 2011

RAMAI YANG SUSAH TAPI TAK RAMAI YANG MEMBANTU

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi saya dapat menulis di ruangan yang terhad ini. Saya ada menerima pelbagai sms memohon bantuan dari banyak pihak. Alhamdulillah Mectten sememangnya menyediakan tabungan untuk membantu kehidupan saudara seagama kita. Namun kami tidaklah dapat memberikan bantuan yang sama setiap bulan bagi orang yang sama. Kami memiliki begitu banyak senarai nama-nama sahabat-sahabat kita yang memerlukan bantuan. Buat masa ini kami juga telah mengambil keluarga miskin untuk dijadikan keluarga angkat syarikat ini.

Bila saya lihat ramai orang-orang Islam yang hidup susah saya merasa terpanggil untuk menyeru semua agar kita dapat bersatu dalam berniaga. Kalau kita lihat orang-orang kita begitu sedikit yang berniaga. Yang dah kaya tak teringat nak membantu yang susah. Ada pula yang baru berjaya sedikit sudah pula melupakan apa yang Allah tuntut dalam membela nasib saudara se Islam.

Ada pula orang miskin yang dihina dan disindir pula bila mereka ini meminta bantuan. Ingatlah bagi yang kaya bahawa Allah swt telah memilih anda menjadi orang berharta dengan harta yang Allah pinjamkan. Bersedekahlah selain berzakat yang menjadi kewajipan kita. Kita harus memberi dorongan kepada semua saudara-saudara kita untuk terus bangun berjuang menentang kefakiran dan kemiskinan. Bagi yang tidak juga mahu membantu walaupun berupaya, ingatlah akan pertanyaan Allah swt di akhirat kelak jika masih ada saudara-saudara kita yang masih kelaparan di malam hari.

Bagi yang sedang berusaha mengubah nasib maka teruskan dengan cara yang betul. Cubalah berniaga apa sahaja yang halal. Jangan gentar dengan kegagalan. Jangan takut dengan dugaan. Semua orang yang berjaya di dunia ini pernah gagal. Bangkit dan terus berusaha lagi. Buat perniagaan secara kecil-kecilan. Perlu mencari ilmu dahulu. Saya sendiri sudah melihat ramai orang yang hidupnya susah tetapi kini Allah swt telah mengubah nasib mereka. Jika ada yang menyindir kalian pekakkan telinga dan fokus untuk berjaya. Panjatkan doa siang dan malam ke hadrat Allah swt. Siapa tahu, esok lusa nasib kalian akan berubah. Jika Allah berkehendakkan "Jadilah" maka pasti ia akan "JADILAH".

Zahirudn Salehuddin
0196558840

Perhatian: Bagi yang ingin mengikuti seminar percuma usahawan sarang burung walit sila lihat iklan seminar di atas. Terima kasih

Wednesday 16 November 2011

Rumah persendirian Ust Harullah di Tanjong Karang

Alhamdulillah, rumah persendirian Ust Harullah di Tanjong Karang sudahpun beroperasi berikutan kemasukan meter elektrik dari TNB semalam.

Sebagaimana yang dapat dilihat, di situ jumlah burung adalah ribuan ekor. Marilah kita semua mendoakan kejayaan rumah burung tersebut. InsyaAllah.

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Thursday 10 November 2011

Rumah burung Banglow di Klang

Alhamdulillah...

itulah yang dapat saya ucapkan apabila melihat 4 ekor burung walit sudah pun balik tidur di rumah banglow klang. Rumah yang sudahpun beroperasi dalam sebulan yang lalu sudah pun menjadi rumah baru bagi burung-burung tersebut. Rumah tersebut mampu menghasilkan antara 15kg ke 20kg sarang melalui jangkaan saya.

Di sana, burung-burungnya agak besar menandakan mereka semua sudah agak berumur. Kebanyakannya sudah berpasangan. Sebenarnya memang sukar untuk memujuk burung-burung besar untuk berpindah rumah melainkan kita membuat rumah yang lebih istimewa dari rumah asalnya. Saya telah memasang suara garau bagi memanggil burung-burung besar ini. Mereka hanya akan tertarik dengan suara burung besar dan bunyi anak-anak dibelakangnya. Suara dalam pula saya masukkan suara ibu bertelur beserta anak-anak. Suara-suara ini mampu memikat burung-burung walit yang berpengalaman untuk menetap di situ.

Kini giliran rumah papan di Kg Gajah pula untuk saya ubahsuaikan. Di situ lebih mencabar kerana rumah tersebut dari papan yang mana suhu dalaman perlu dijaga antara 30 darjah celcius ke bawah. Di Kg Gajah Perak ini burung-burung walit begitu banyak namun rumah burung belum ada lagi dikawasan tersebut (melalui pemerhatian saya). InsyaAllah berkat kita berusaha dan berdoa, tiada yang mustahil.

Sempat saya bersembang dengan owner rumah burung di Klang semalam. Katanya dia baru bertemu dengan seorang owner rumah burung lain di Klang. Beliau mempunyai kedai hardware. Yang menariknya, rumah tersebut tidak dimasuki burung walaupun pembinaannya sudah setahun. Saya hanya tersenyum dan mengatakan inilah rezeki Allah swt. Apa yang penting teruskan mencuba yang terbaik, berdoa dan bertawakkal. Jangan lupa bersedekah selalu. InsyaAllah akan berjaya. Janji Allah itu sentiasa benar.

Zahirudin b. Salehuddin

0196558840

Sunday 6 November 2011

Peringatan bagi kita...urusan dunia hanyalah untuk ke dunia akhirat yang kekal.

Zaid bin Thabit melaporkan,

“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”

Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi

Saturday 5 November 2011

Stok sarang burung tak cukup

Assalamualaikum

Bulan lepas saya dapat call dari beberapa buyer yang mencari sarang burung. Ada yang minta sampai 30 kilo. Saya kata, sarang yang keluar dari rumahburung kami, kami beli semula. Kami sendiri memerlukan sarang burung yang banyak setiap bulan. Restoran kami yang akan dibuka bulan 12 ini akan menghidangkan menu sup sarang burung asli.

Jadi amat susahlah untuk sesiapa yang ingin membeli sarang burung kami. Malam tadi ada seorang hamba Allah dari Kedah menelefon mencari sarang burung juga. Katanya beliau membuat ubat dengan sarang burung tersebut. Beliau ada 2 buah rumah burung namun beliau katakan ianya masih belum cukup untuk produknya.

Kami sendiri ada mengeluarkan air sarang burung asli dengan doa syifa' bagi permintaan khas dan istimewa bagi yang berminat. Alhamdulillah terdapat feedback dari pelanggan yang meminumnya mengatakan terdapat perubahan yang mendadak hasil meminum air tersebut. Namun semua ini adalah kehendak Allah jua. InsyaAllah, semakin lama nampaknya sarang burung semakin mendapat perhatian yang cukup memberangsangkan. Kalau dahulu semua sibuk hendak eksport ke negara luar, tetapi sekarang, sarang yang ada di Malaysia sudah pun menjadi rebutan orang-orang tempatan. Perancangan kami, insyaAllah jika ada keizinan Allah swt, kami ingin mempelbagaikan produk yang ada termasuklah produk kosmetik. Bagi yang pernah mengamalkan sarang burung, hasilnya begitu menakjubkan dari segi kecantikan kulit dan kesihatan dalaman badan. Antara sakit yang dikatakan mampu diubati ialah sakit lelah, penyakit batuk kering, sakit paru-paru, sakit saraf, melambatkan penuaan, masalah kulit, strok, dan lain-lain. Namun semua ini hanyalah usaha sedangkan yang menyembuhkan itu tetap dari Allah swt jua..InsyaAllah...

Zahirudin Salehuddin
0196558840