Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Tuesday 11 October 2011

Kemanakah arah remaja dan orang muda kita?

Tajuk di atas agak lama bermain-main dalam fikiran saya. Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Maka tidak terkecuali dengan pekerjaan yang begitu banyak. Mengapa di Malaysia kita perlu mengambil orang-orang warga asing untuk bekerja di pelbagai bidang?

Semuanya terfikir di kepala ini apabila setiap kali saya ingin membina rumah burung saya terpaksa memanggil warga asing untuk menjadi tenaga buruhnya. Mereka ini membuat wang yang banyak setiap hari bekerja. Waktu itu saya terasa betapa ruginya warga muda melepaskan peluang untuk menjadi tenaga mahir dalam bidang pembinaan. Wang negara banyak keluar ke negara asing menyebabkan pertukaran wang asing yang menguntungkan negara yang mana wangnya dihantar.

Memang inilah masalah yang sering dihadapi kita. Alangkah eloknya jika kita dapat mendidik remaja agar menjadi tenaga mahir dalam pembinaan. Mungkin juga kita sebagai ibu bapa moden terlalu memanjakan anak-anak? Kata peribahasa Inggeris "You spare the rod you spoil the child". Mungkin kita perlu membuka minda anak-anak muda agar mereka rajin bekerja dan berfikiran jauh.

Semoga masa hadapan kita akan dapat melihat mereka ini maju dan mahir dalam bidang masing-masing kerana inilah acuan bagaimana negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan lain-lain maju dalam pelbagai bidang di dunia ini.


Zahirudin Salehuddin

Monday 10 October 2011

Perjalanan ke Kelantan




Assalamualaikum

Saya bertolak dari Bangi lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di Jertih jam 8 malam. Ikut jalan dalam, banyak sungguh lori balak. Hujan pun turun dengan lebat sepanjang perjalanan. Sampai di Krai Kelantan melalui Gua Musang, saya teruja melihat rumah burung yang begitu banyak di Krai. Saya anggarkan lebih dari 100 buah rumah burung yang ada (maaf jika tersilap). Rumah-rumah kedai telah ditukar menjadi rumah burung.

Alhamdulillah, semoga semuanya itu majoritinya milik orang-orang Islam. Saya akan berada disini sehingga esok insyaAllah. Hari ni ke Pasir Putih. Ada testing tanah, insyaAllah.

Zahirudin Salehuddin

Friday 7 October 2011

Rumah burung yang murah atau yang mahal jadi pilihan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rumah burung yang bagaimana akan jadi pilihan anda? Yang murah atau yang mahal? Jika yang mahal pula bagaimana harganya? Adakah rumah setingkat RM 160 ribu dikatakan mahal? Atau adakah rumah setingkat RM 40 ribu dikatakan murah?

Rumah yang murah sudah tentu banyak kekurangannya. Spesifikasi bangunan sudah tentu tahapnya lebih rendah. Jika kita ingin memiliki rumah burung biarlah ketahanannya sehingga puluhan tahun ataupun mungkin ratusan tahun. Ini kerana rumah burung yang hanya tahun 10 ke 20 tahun adalah sangat merugikan memandangkan selepas tahun ke 5 rumah burung bakal mencapai tahap maksimum pengeluaran sarangnya setiap bulan.

Rumah yang murah umpama dari papan, tidak akan tahan lama. Dari segi kecurian, pecah masuk juga amatlah tinggi risikonya. Melainkan kawalan keselamatan dipertingkatkan. Rumah yang mahal sangat juga tidak saya galakkan pembinaannya. Sebagai contoh, harga rumah burung 3 tingkat yang ditawarkan MECTTEN ialah RM 450 ribu, namun ada kontraktor di Kuala Selangor meletakkan harga RM 700 ribu.

Bagi rumah yang terlalu murah juga dikhuatiri kontraktor yang membuatnya akan mengurangkan pelbagai kualiti seperti bancuhan simen, pasir dan besi di dalam rumah berkenaan. Ada juga yang menggunakan lantai bagi tingkat 2 menggunakan papan sahaja. Akibatnya papan tersebut mulai reput bila masuk tahun ke 2. Ada juga yang buat secara kecil-kecilan. Ianya bagus untuk percubaan tetapi bagi jangka panjang, ianya tidak menghasilkan pulangan yang lumayan.

Jika anda mahukan yang terbaik maka pilihlah kontraktor yang berwibawa. Kontraktor yang berwibawa juga tidak akan meletakkan harga yang dibawah harga pasaran demi hanya untuk mendapatkan job. Pastikan duit yang anda keluarkan adalah setimpal dengan pulangan yang dijangkakan. Tetapi yang paling penting bagi saya, pastikan kontraktor yang anda lantik adalah benar-benar pakar dalam industri ini kerana ketika ini kontraktor rumah burung sudah tumbuh bagai cendawan namun sebenarnya mereka hanyalah "marketeer" yang tugasnya mencari pelanggan dan akhirnya memberikan kepada kontraktor lain. Sudah ramai yang menjadi mangsa. Mintalah perlindungan dari Allah, semoga kita semua terselamat dari penipuan. Wallahualam