Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Thursday 28 July 2011

Projek perseorangan di Tanjoung Karang.

Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan di Tanjong Karang Selangor untuk Ust Harullah sedang giat dijalankan. Tanah yang lapang (sawah padi) memperlihatkan kehadiran ribuan burung di situ atas kurniaan Allah. Terima kasih saya ucapkan kepada ust Harullah yang telah memberikan kami kerja-kerja ini. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik..InsyaAllah.

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTTEN





0196558840

Wednesday 13 July 2011

Benarkah Burung Walit Tidak Suka Bunyi Suara yang kuat

Sarang yang kelihatan terbentuk di Twitter.



Assalamualaikum.


Macam-macam teori yang kita boleh dengar dari macam-macam orang. Baru-baru ini ada orang yang berjumpa saya dan bertanya benarkah burung walit tidak suka pada bunyi panggilan yang kuat. Saya katakan semakin kuat bunyi panggilan luar semakin banyak burung yang datang terutama dari atas. Namun mengikut peraturan yang telah ditetapkan kita wajarlah menggunakan had 40dc agar ianya tidak mengganggu penduduk sekitarnya.


Suara yang perlahan bukan sahaja mampu menjadikan rumah burung kita gagal malahan mampu pula menjadikan rumah burung kita diduduki oleh kelawar dan lain-lain. Ada juga teori yang mengatakan rumah burung yang memasang suara dalam yang kuat akan menyebabkan telinga burung walit pekak. Agak kelakar juga bunyinya. Kalaulah anda dapat masuk ke mana-mana rumah burung, cuba anda lihat sebelah malamnya dimanakah burung-burung tersebut tidur. Jangan terkejut jika anda melihat kebanyakan burung akan meletakkan kepala di dalam twitter dan ekornya di luar. Bagi kita, sudah tentu telinga kita bingit dan boleh pekak, tetapi bagi burung walit bunyi tersebut cukup mengkhayalkan dan menenangkan.


Apa yang penting ialah kita boleh mendengar pelbagai teori dari sesiapa pun yang dianggap pakar, tetapi kita sendiri perlu melihat dan mengkaji adakah benar segala teori tersebut.


Wallahualam


Zahirudin Salehuddin