Projek JV rumah burung - Pendapatan Selama 40 tahun

Assalamualaikum

Rumah burung 2 tingkat untuk di kongsi.

Modal hanya sekali pendapatan selama 25 tahun. Pembinaan akan di mulakan apabila peratus syer habis dijual. Siapa cepat dia diutamakan.

Maklumat seperti berikut:

1) Modal serendah RM 4000 sahaja.
2) Lokasi Perak.
3) 100 lot untuk dijual. 1 lot bersamaan 0.5%.
4) Perjanjian syarikat dengan syarikat
5) Pendapatan selama 25 tahun
6) Saiz 20kaki x 80 kaki x 2 tingkat
7) Perjanjian RM 500
8) 4 peratus ke atas perjanjian adalah percuma
9) Jangkaan hasil 20kg sarang sebulan selepas tahun ke 6 atau ke 7
10) Boleh diwarisi ke anak cucu
11) Hanya untuk ummat Islam sahaja
12) Segala urusan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan ASTANA SYIFA'.

Hasil pada permulaannya memang sedikit tetapi akan
bertambah dari tahun ke tahun. Jika kita tidak mengubah hidup kita, siapa lagi yang ingin kita harapkan.

Bisnes apakah yang boleh anda labur RM 4000 dan dapat
pulangan sehingga puluhan tahun?

Rebut peluang ini..apatah lagi industri ini bernilai RM 1.5billion setahun di Malaysia.

InsyaAllah, man jadda wa jadda.


Ust Yus
019 343 4590

AIR SARANG WALIT SYIFA'

AIR SARANG WALIT SYIFA'
CARA HIDUP YANG SIHAT

Alat Penggera Rumah MECTTEN- DISKAUN HEBAT

Alat penggera rumah Mecten V-01.

Tawaran diskaun hebat.

Harga asal RM 1500 (Tidak termasuk
pemasangan)

Harga Diskaun: RM 1200 (Tidak termasuk
pemasangan)

Ciri-ciri:

1) Mempunyai siren (Siren luar dan siren dalam)
2) Mempunyai alat remote (seperti remote kereta) untuk keluar dan masuk rumah.
3) Menggunakan sistem trigered magnetic sensor
4) Wireless
5) Menggunakan kuasa 240v
6) Datang sekali dengan 4 magnetic sensor 4 tingkap atau
pintu
7) Warranty selama 6 bulan
8) Buatan Mectten sendiri
9) Qualiti yang baik

Sesuai untuk:
Kawasan
perumahanKawasan Rumah
KedaiRumah burung

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di talian 019 655 8840.Hanya bagi yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja.

Zahir 0196558840

Wednesday 15 June 2011

Mengejar kebahagian

Assalamualaikum.

Semalam sewaktu saya sedang berehat-rehat selepas isyak, saya terlihat TV 2. Dah lama rasa nak berehat sikit. Tiba-tiba pandangan saya tertumpu ke sebuah cerita yang mana filem ini saya sudah lama tidak menontonnya. Tajuknya The Persuit of Happyness. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang yang hidup miskin berubah menjadi jutawan. Kisah benar ini telah menunjukkan bagaimana seorang yang sangat berani mencuba dan dapat bertahan sehinggakan isterinya pun lari meninggalkan dia. Akhirnya beliau menjadi seorang jutawan walaupun tiada siapa yang menaruh harapan agar beliau berjaya.

Kisah sebegini amatlah baik jika kita teladani tetapi haruslah kita selarikan dengan Islam. Sepatutnya orang-orang Islam lah yang lebih kuat dan baik serta tidak mudah putus asa. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan baik kecil mahupun besar, kita mesti mempunyai sifat-sifat asas seperti rajin, tidak tamak, berfikiran kreatif, positif dan yang utama ialah sabar. Usaha sahaja tidak mencukupi jika kita tidak berdoa dan bertawakkal.

Allah swt akan memberikan kita kejayaan jika kita sudah pun memiliki segala syarat yang diperlukan. Cuma perlu kita sedari, adakah kekayaaan dan kejayaan kita itu diberi dengan limpah kasih atau tidak. Adakah Allah swt redha dengan segala urusan kita?  Jadi, sebagai hamba Allah swt, kita wajib bersangka baik dan jika belum berjaya teruskan mengejar kebahagian kita. Pastikan kita mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Zahirudin Salehuddin
019 6558840

Tuesday 14 June 2011

Kita masih di sini

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pagi-pagi lagi ramai yang menelefon saya bertanya mengenai bisnes sarang burung ini. Malah ada juga yang terus buat pembayaran bagi pembelian lot mewakili syarikat masing-masing.

Dalam banyak-banyak panggilan, saya mendapat satu panggilan dari seorang Ustaz di Kuala Selangor yang ingin membina sebuah rumah jenis setingkat. Alhamdulillah. InsyaAllah sabtu ini saya dan rakan-rakan akan ke Kuala Selangor bagi melihat tapak tanah.

InsyaAllah dalam masa 5 tahun, dengan izin Allah swt, rumah setingkat sahaja mampu memberikan pulangan RM 1 juta ke atas. Bagaimana pula dengan yang kurang mempunyai modal? Mengapa tidak anda masuk ke bahagian perkongsian beramai-ramai?

Sebenarnya seharusnya kita berani mencuba. Apatah lagi setiap rumah yang dibina adalah hakmilik kita selama 40 tahun. Bukti kewujudan rumah amatlah jelas. Setiap rumah yang telah siap dibina akan dilancarkan dengan memanggil semua rakanniaga untuk melihat keadaan rumah burung tersebut. Setiap perjanjian juga adalah jelas.

Kita sering terlepas untuk memulakan bisnes yang baik. Cuma ada juga yang tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya. Sebagaimana yang telah kami terangkan, ini bukanlah skim cepat kaya. Ini merupakan gabungan rakanniaga yang akan melihat sendiri bagaimana kita membangunkan rumah burung dari A sehingga Z. Sistem juga adalah melalui mudharabah.

Bayangkan selama 5 tahun akan datang, jika kita tidak mengambil apa-apa inisiatif, ayat yang paling sesuai untuk kita ialah "KITA MASIH DISINI" sedangkan yang lain sudah di depan.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Friday 10 June 2011

Al Fatihah Buat Sahabat

Assalamualaikum

Pemergian seorang sahabat di Bukit Mahkota baru-baru ini benar-benar meruntun jiwa hamba Allah yang sangat kerdil ini. Sahabat saya itu seorang yang sangat pemurah dengan senyuman, tenang dan sangat pandai mengambil hati sahabat-sahabat yang lain. Pemergiannya dalam usia 32 tahun amatlah mengejutkan.

Saya masih ingat sewaktu tahun lalu saya bertemu dengannya berhampiran sebuah restoran, beliau bertanya mengenai projek sarang burung walit. Saya terangkan kepadanya betapa penting bagi kita semua memiliki sesuatu yang dapat kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita apabila kita tiada satu masa nanti. Beliau sangat berminat namun kewangannya belum mengizinkan.

Namun itulah takdir Allah swt, beliau pergi menyahut seruan ilahi dalam usia yang sangat muda akibat peyakit kanser usus. Terlalu banyak kenangan bersama beliau terutama sewaktu di atas padang bola. Semoga beliau ditempatkan disisi orang-orang yang soleh dan berada di bawah limpahan rahmatNya. InsyaAllah.

Al fatihah untuk saudara Arif

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Thursday 9 June 2011

Burung walit - bangkainya tidak berbau


Assalamualaikum

Subhanallah. Maha Suci Allah. Baru-baru ini 2 ekor burung walit di Layang-Layang Kanan Perak ditemui mati. Sewaktu kami menjumpainya di atas atap, keadaan bangkai burung tersebut dianggarkan telah mati dalam 2 hari. Ini kemungkinan terjadinya perlanggaran sewaktu burung-burung tersebut berlegar-legar dengan banyaknya di atas rumah tersebut.

Sebenarnya bangkai burung walit tersebut tidak mengeluarkan sebarang bau. Aneh tetapi itulah kuasa Allah. 

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
0196558840

Tuesday 7 June 2011

RUMAH SETINGKAT INDIVIDU DI LEKIR SETIAWAN PERAK.

SILA KLIK DI BWH:

NAK RUMAH YANG MURAH TAPI HASIL MAHUKAN YANG LUMAYAN?

Assalamualaikum.

MECTTEN baru-baru ini mengambil bahagian dalam karnival Halal HUB di Kelantan. Alhamdulillah ramai juga yang menyertai projek ini bersama kita. Ramai juga yang menempah ingin membina rumah sebuah-sebuah.

Namun terdapat seorang dua yang berleter mengatakan rumah kami harganya mahal. Saya sendiri pernah didatangi seorang hamba Allah yang mengatakan rumah yang dia bina hanya daripada zink tetapi burung banyak masuk. Saya memberikan beberapa fakta untuk kita fikirkan secara logik akan kebenaran kata-kata mereka:

1) Jika benar menggunakan zink burung boleh masuk, sila tunjukkan dahulu kepada saya di mana rumah tersebut .

2) Bawa saya masuk untuk melihat dalamannya. Jika benar ada burung pastikan ada sarangnya.

3) Bagi yang buat rumah secara murah, apa pula material yang digunakan? Adakah tahan untuk 10, 20 atau seratus tahun. Ada rumah yang murah 2 tingkat dalam RM 160 ribu sahaja tetapi dalamannya ..MasyaAllah ...hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

4) Rumah yang murah dengan saiz yang kecil seperti 20kaki x 40 kaki akan hampir dengan kegagalan. Jika anda bertanya kontraktor yang tidak jujur dia akan memberikan jawapan iaitu...BOLEH! Namun bila setahun burung takde yang tidur maka kontraktornya pun hilang entah kemana.

5) Rumah berharga murah diberi jaminan? Terus terang saya katakan jika rumah 2 tingkat berharga RM 180 dan diberi jaminan sehingga burung bersarang, maka anda mungkin sedang ditipu.Saya pernah lihat seorang makcik Melayu yang membelanjakan RM 350K untuk rumah 3 tingkat namun seekor burung pun tak masuk walaupun sudah 2 tahun rumah tersebut dibina. Kontraktor berbangsa cina yang membinanya hanya memberikan alasan ..TUNGGU dan TUNGGU lagi. Akhirnya kami yang telah pergi membetulkannya.

6) Bata jenis apa yang digunakan? Lantai slab simen atau hanya pakai papan plywood seperti yang saya lihat di Sg Buaya, Rawang?

7) Rumah murah ini sebulan sekalikah maintenance atau 4 bulan sekali? Kalau twitter rosak sanggupkah mereka turun untuk tukar? Cubalah anda lihat rumah burung yang ditinggalkan begitu sahaja. Sedih apabila lihat rumah-rumah tersebut gagal.

8) Benarkan yang buat secara murah ini kontraktor yang berkaliber? Kebanyakan kontraktor walit ini bukannya guru-guru yang sebenar. Semua orang boleh kata mereka guru. Tapi buktinya langsung tiada. Yang tertipu hanya kita sendiri yang telah mengeluarkan belanja yang besar.


cukuplah persoalan-persoalan yang saya lemparkan tadi. Namun fakta menunjukkan 70% rumah burung di Malaysia GAGAL! Gagalnya rumah-rumah burung ini ialah kerana tiada kepakaran dan pembinaan dalam harga yang cukup murah. Kononnya mahu berjimat tetapi akhirnya hanya lebih merugikan. Wallahualam

Zahirudin Salehuddin

MECTTEN BIRDNEST SDN BHD

Pengarah Urusan

0196558840
mdmecten@gmail.com